Friday, September 23, 2016

Makanan dan obesiti amat sinonim

Perdana Menteri pun maklum hobby rakyat Malaysia adalah makan. Inilah salah satu yang beliau katakan sewaktu memberikan ucapan pada Hari Malaysia tempohari. Kami juga keluar makan di luar pada hari tersebut. Rasa bagaikan tersindir sama. Namun apa yang sedihnya statistik menunjukkan, Malaysia menjadi salah satu negara yang mencatat ranking tertinggi punya rakyat yang obesiti. Suatu yang tidak boleh dibanggakan. 
Papa punya
Mama dan Kak Meen punya citarasa sama
Kak Reen dan adik membuat pilihan sama
Kak Meera memilih yang ada nasi
Kami membeli dua set ini. Mak Zah punya mee kari lambat sampai sehingga kami semua sudah kenyang baru sampai. Itu yang lupa mengambil gambarnya.

Betul, bersyukur di negara kita beraneka resepi dan hidangan boleh diperolehi. Apa lagi buat golongan pertengahan yang makan gaji apabila sudah keletihan, alternatif yang selalu dipilih adalah makan di luar. Risiko dihinggap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung juga amat tinggi bukan saja disebabkan makanan terhidang, bahkan kekangan masa untuk beriadah juga terhad. Itulah salah satu penymbang obesiti di negara kita. Sebenarnya bukan tidak boleh makan, tetapi kena ada keseimbangan dengan kemampuan diri mengamalkan gaya hidup sihat. Aku sendiri merasakan aku amat culas dalam hal ini.

~~ Telah dikatakan penyakit seseorang dikaitkan dengan cara pemakanan atau gaya hidupnya.~~

* Aku sekarang berada di kampung - sepakat semua anak-cucu-cicit buat kenduri almarhum bapak .


42 comments:

Mun said...

hehe saya pun suka makan makan dan makan...

Nieyla Nadia said...

salam jumaat...
nieyl kalau pergi makan SR biasanya akan amek tomyam kung tu..sedappp!

Kamsiah yusoff said...

hehe..terliur tgk menu pilihan keluarga kak zakie..

norhidana said...

huhuhu dana slh sorang penyumbang pada statistik tuh kak kih3....

puas lah niat diet tp selalu kelaut...cemana tuh

sedapnya nengok menu2 tuh kak...

aiezza.sue said...

setuju sangat tu kak zakie, penyakit datang tak kira umur sekarang...sama-samalah kita saling ingat mengingati untuk beringatlah selalu.

Nor Azimah Ali said...

Akn dtg camanelah yek rakyat msia...? Semua gumuks2 ker?

Nor Azimah Ali said...

Akn dtg camanelah yek rakyat msia...? Semua gumuks2 ker?

saniahibrahim said...

Family saya ni kakzakie yang mudah naik berat badan saya dgn fateha lah.Jeles dgn hubby makan,makan,makan tapi tetap kurus ....
Sedap nampak menu2 pilihan keluarga kakzakie tu...

saniahibrahim said...

Family saya ni kakzakie yang mudah naik berat badan saya dgn fateha lah.Jeles dgn hubby makan,makan,makan tapi tetap kurus ....
Sedap nampak menu2 pilihan keluarga kakzakie tu...

insan marhaen said...

Kerajaan tahu rakyatnya ramai obes tapi masih promote tentang Malaysia syurga makanan.

Sepatutnya kerajaan buat sesuatu supaya boleh atasi masaalah obes rakyat.

Contohi Jepun dalam membina rakyatnya daripada dulu bentuk tubuh yang kecil berbanding kita kini dah setara. Mebina sahsiah anak anak sejak kecil semasa di sekolah dan mengekalkan budaya serta warisan di kalangan mereka sendii.

raihanah said...

saya dah insaf dengan gemuk ni kak. alhamdulillah berhasil turunkan berat badan. masalah org malaysia, makan banyak sangat dan bergula yang tinggi. Selain tu suka amik processed food. Jom sapa nak kurus boleh join dgn saya.

Inani Hazwani said...

Kalau bab makan memang semua suka kan tapi masuk bab nak bersenam apa semua fuhhh !

AtieYusof said...

Bab makan ni susah nak cakap kan Kak..makan di luar juga dah jadi budaya sesetengah kita.. kekangan masa & tenaga.. apa pun terpulang dr kita..kena bijak amalkan gaya hidup sihat..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

sekali sekala mkn cmni xpe kak.. sdp tuu

Rozita Ceritaita said...

sedapnya tgk yg memula dan last tu.. eh tengok semua sedap la... hehe.. makan kat mana ni kak?

tang obesiti tu setuju kak.. kita tak jaga makan.. :'(

amirah said...

betul kak...masa yang takde nak beriadah tu...erm...kalau ada masa pun lebih sanggup main2 bergumpal dgn budak2 ni je kak...

imm said...

bila dah ade diabetis pulak kebarangkalian besar penyakit buah pinggang, dan kerabunan menyusul.

~semoga kenduri untuk almarhum bapak akak berjalan lancar ye~

imm said...

bila dah ade diabetis pulak kebarangkalian besar penyakit buah pinggang, dan kerabunan menyusul.

~semoga kenduri untuk almarhum bapak akak berjalan lancar ye~

nohas said...

takpe, byk makan tapi kena byk exercise jg....huhu..

Kayu Manis said...

Rezeki
Esok sakit2 dh tak lalu nak mkn...
Makan jgn ikut nafsu...boleh bawa penyakit klu berlebih2..
Punca sakit dri apa yg masuk dlm perut..

Nor paling byk masak,paling kurang makan..hihi....😅😅

QasehnyaRania said...

menu mmbuka selera
betul tu kakak
kena berjaga jaga bab pemakanan

semoga kenduri almarhum bapak berjalan lancar hendaknya

Mummydearie said...

Lagipun kat Malaysia ni makan 24-7 sehari. Selagi tak tidur, selagi tulah makan. Sebab itulah kadar obesiti pun tinggi. Kalau nak terasa, saya pun terasa juga sebab kami ni memang rajin alahai makan di luar. Kalau masak di rumah pun, yang kadar-kadar semuanya jauh dari seimbang ^_^

cahayahidupku.blogspot.my said...

Begitulah kan kakzakie..
Bila dah ada kekangan masa terpaksa mencari alternatifnya..
Bila nak beriadah pun tertangguh ajer..
Saya ni cukuplah beriadah didalam rumah..
mengemop, mengemas dan naik tangga turun tangga tu je..

Semoga majlis tahlil arwah berjalan lancar.
Alfatihah

ajax85 said...

Pehhh terbaikk

Amy Hilmirda Daud said...
This comment has been removed by the author.
Amy Hilmirda Daud said...

memang ada macam-macam makanan nak pulak kita ni berbilang kaum.
Makanan semunya tinggi lemak dan kolestrol tapi nak buat macam maner... tulah yang sedap :)

NanyFadhly said...

Couldn't agree more. I pun nowadays..nak makan beringat2 sket. Kalau dulu, pagi dah teh tarik, petang nak nescafe panas pulak. So, sekarang, if pagi dah teh tarik then, petang air kosong. Takpun..you can have teh tarik pagi and petang tapi half cup - half cup and kurangkan gula. Apa yang I tengok di Jepun..if pegi restoren derang kat sana, air yang dihidangkan air green tea , juice and bicarbonat. Kita Malaysia ni memang terlebih creative..air teh buih smpi jatuh meleleh...air teh 3 layers..hahah! tapi sedap kan?? ais krim pun depa nak goreng. Eh ! Fengsanlah ahkak...

@na said...

Hehehe....makmur sungguh malaysia...sebut ja nk mkn apa semua ada..italian, western, japanese, arabian etc2...pilih ja...hebat m'sian..

Gee Lion said...

makan tak salah, yg salah bila terlalu banyak makan sampai timbul penyakit. aiyarkkk... konsep saya pula, selagi boleh makan; makan aje laaa.. hahaha ^_^

Warisan Petani said...

Buat kenduri nasi ambeng lah tu ye
Semoga kenduri berjalan lancar.

arzmoha said...

betul kak...banyak sangat makanan sedap di Malaysia

Unknown said...

makanan sedap2 melimpah ruah disana sini kakzakie
tulah macamana tak gemukkan
kalau ikut selera anak2 mmg yg bercheese jadi pilihan

semoga semuanya berjalan lancar lah kakzakie ya

Qhaifa Nur said...

Semuanya sedap2 kak zakie...terlebih makan pun susah..elok berwaspada...penyakit senang datang

Semoga urusan berjalan lancar...

Dila said...

salam kenal sis,,singgah sini ye,sudi2 singgah blog saya,,tq ^_^

OKje said...

Betul tu kanda.....kanda mmg patutlah, bekerja, dinda ni yg tak bekerja, hujung minggu mmg makan luar aje kerjanya. Entah bila nak berubah agaknya

Dinda ni alas betul nak bersenam kanda.....

OKje said...

Betul tu kanda.....kanda mmg patutlah, bekerja, dinda ni yg tak bekerja, hujung minggu mmg makan luar aje kerjanya. Entah bila nak berubah agaknya

Dinda ni alas betul nak bersenam kanda.....

Puan Kutu said...

Semua orang suka makan..memang malaysia ni kaya dengan makanan!to tylah bak kata kak zakie..kita ni selalu culas

monalea said...

saya pun suka makan kak. sanggup g jauh2 asalkan sedap. hahaha

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah kita masih bisa mendpt makanan di sini kn...kesian kat rakyat di negara yg mengalami kemiskinan dan kekurangan makanan...

Kak Wawa said...

alhamdulillah, negara kita memang kaya dengan makanan. kita pun tergoda sekali nak makan macam2.. hihi

Mar Mansor said...

amboi...sedap spegetti

Jari Manis said...

JM jenis badan cepat naik..kalau mkn menu2 seperti dlm gambar tu..get ready lah semua baju x muat huhu