Apabila tiba musim peperiksaan biasanya seisi keluarga tidak dapat lari dari meminta-memohon lebih daripada Allah. Selain usaha yang menduduki peperiksaan sebagai manusia biasa, pengabdian diri kepada Yang Esa tidak dapat tidak pasti akan dilakukan lebih dari biasa. Tanpa segan-silu memohon terlalu banyak hingga hilang rasa malu padaNya. Tidak mengapa meminta-minta memohon kepadaNya kerana ini juga salah satu penyerahan diri menandakan keupayaan kita terbatas jika tanpa izin dariNya.
1. Sebelum masuk tidur tanamkan niat mahu melakukan Solat Tahajjud.
2. Semampu yang boleh menjauhkan diri dari melakukan apa juga yang dilarang agama.
3. Bersederhana makan-minum sebelum tidur. Kekenyangan membuat tidur terlalu lena.
4. Membaca ayat-ayat Al-Quran moga dapat membantu dari gangguan syaitan
Baginda rasulullah bersabda, "Sesiapa yang hendak tidur dan berniat untuk bangun mengerjakan solat sunat Tahajjud, tetapi tidurnya terlajak hingga ke pagi, maka dicatat niatnya itu sebagai satu pahala. Manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang diberikan kepadanya." (Riwayat Al-Nasa'i dan Ibnu Majah r.a).
~~ Peluang memperbanyakkan solat selain solat fardhu bila kita mahu meminta sesuatu yang diluar dari kemampuan kita adalah seperti solat Hajat, Tasbih, Tahajjud dan Dhuha.~~
65 comments:
Salam Jumaat Kak......berusaha + berdoa kepadaNya, in sha Allah kita akan berjaya...
Terima kasih atas peringatan kakak :D
Assalamualaikum KakZakie...tema kasih diatas perkongsian yg amat bagus..tahun depan anak Sura sorang Spm..sorang lagi PBSRM..In Sha Allah..Sura akan ikut petua akak tu..sebagai Ibu kita memang kena lebih2 minta denganNYa..:)
Insyaallah kak. Allah tak pernah memungkiri janji kepada setiap hambanya, memberi kepada yang meminta secara bersungguh2 memberi kepada yang sanggup mengabdikan diri memberi kepada yang sanggup mengorbankan waktu tidur yang lena. Syukur alhamdulillah.
Thanks akak atas perkongsian, kekadang kita beriya nak tambah amalan hanya apabila ada hajat yang tertentu shj kan (contoh bila nak exam etc)... tapi sebeanrnya kita lupa yang setiap hari kita sangat berhajatkan pengampunan dan redha Allah, ya Allah... moga di ampunkan atas kelalaian hamba Mu ini..
terima kasih berkongsi kak.. Mudah2an bermanafaat buat semua yer !
Terima kasih atas ingatan akak, mudah2an berguna utk kita semua
Assalam,
Bila dah terbiasa melakukan solat2 sunat, bila ditinggalkan walaupun sekali terasa kerugian dan kerinduan padaNYA..Allahu Akbar
Memang betul kak. Hilang rasa malu padaNya. Kadang2, nak minta lebih2 memang malu mengenangkan amal kita yang tak seberapa. Tapi, kerana Allah itu Tuhan yang satu, kerana kasihNya pada kita semua, hilang rasa malu tu.
thanks sharing kak zakie =)
perkongsian dan peringatan yg bagus kak..
betul tuh kakak..Allah suka pd yang bergantung n meminta2 padaNya..bila berhataj sesst solat malamlah waktu paling baik tuk meminta..
yg ummu tahu n sll buat mcm kakaklah, solat hajat sblm masuk subuh..istigfar 70 kali barulah mintak doa...
assalamualaikum kak zakie..salam jumaat...akak sihat tak?
terima kasih atas info ni kak...peringatan tuk kite2 bersama....ada masa kite lupe dan leka....
selamat berhujung minggu kak...
Salam Jumaat Kak Zakie, terima kasih atas petua tersebut. akan dijadikan panduan Me dan semua pembaca InshaAllah....
semoga amalan dan doa di angkat Allah azawajalla
sehabis daya bila sudah berusaha..hanya doa dan tawakal sahaja lah jln terkahir...
Tak mengapa kita tamak dalam meminta-minta kepadaNya kerana kita memang lemah dan tidak mampu tanpa campur tangan dari Dia...
Salam jumaat kak zakie. Moga perkongsian akak ni jadi semangat utk sy dan lain2 berazam jd insan yg lbh beriman
biasanya mcm tu la kak,sianak yg amik exam..kita mak ayah yg gabra lebih...masa nak amik result nanti pun sama..anak relaks ja..kita yg dup dap dup dap..
moga bermanfaat untuk kita semua...kalau kunci jam pun,kadang2 susah jugak nk bangun..yang penting niat kita kan kak
salam kak,
thanks for sharing
Salam pagi jumaat kak.
Mekasih atas perkongsian dan tips tu.
Solat untk ketenangan hati..selamat hri jumaat kak! Semuga urusannya dipermudahkan.
Salam Jumaat Kak Zakie, memang untuk berjaya selalu kena berdoa dan mohon maaf keapda emak dan ayah
tq kak berkonsi dan mengingati sesama kita...
Betul kak...doa seorang ibu tiada hijab...
salam jumaat kakzakie..terima kasih atas perkongsian yg bermanfaat ni..buat peringatan utk diri deqla jugak..
Salam Jumaat kak~
Azam baru zura, nak perbaiki lagi solat wajib dan nak perbanyakkan solat sunat. masih mencari ilmu utk perkukuhkan ilmu didada.
moga zura istiqomah. Aminnnn.
doakan untuk zura jugak yer kak~ :)
untung sebenarnya ada anak kecil.. sebab kerap terjaga.. tapi kadang jadi juga alasan tak bangun sebab kononnya letih layan kerenah sorang sorang.. macam lah keja kontrak penat sangat sampai tak boleh nak bangun solat sunat 2 rakaat pun kan.. T_T
salam kakzakie,
lama nya tak melawat blog ni...rindu. tapi saya sibuk sesangat. kakzakie sihat..?
salam jumaat kak, dulu masa saya ambik spm selalu solat dhuha...
InsyaAllah kak..TQ mengingatkan.. sy ni masih byk kekurangan diri...masih terasa diri ini naif...:(
morning & singgah pagi membaca !
Salam Jumaat
Satu ingatan dan tazkirah yg baik utk ingatan diriku yg lalai.
Assalammualaikum kak..usaha je kan kak..bila kita solat secara tidak langsung kita berdoa..berdoa itu senjata orang mukmin..mudah-mudahan apa yang kita minta Allah kabulkan :)
Perkogsian yang berguna. Baik betul Allah dengan kita.jika tak sedar dan kita dah niat pun dapat pahala atas amalan tersebut.
terima kasih kerana berkongsi kakzakie :-))))
Teringat bertahun-tahun dulu ketika nak mengambil peperiksaan SPM, setiap malam sepanjang tahun saya melakukan Solat Hajat. Alhamdulillah, memang tak sia-sia kalau sentiasa mendekatkan diri denganNya.
Salam ziarah jumaat.
semoga Allah makbulkan doa kita untuk anak2...saya pun kalau anak exam..saya yg ketaq kepala.
insyaAllah kak..moga anak2 diterangkan hati & tenang ketika menjawab exam
Time-time musim peperiksaan ni memang ramai yang akan risau. Kadang yang parent nya pulak yang lebih risau dari anaknya. Kalau anak sama-sama paham, takpe jugak. Kalau yang jenis buat derk je, mau hangin mak bapak tu. haha
betul tu kak..kdg2 kita pulak yg neves sebab takut anak2 tak dapat nak jwb ngan baik...apapun doa ibu bapa tu memang penting tuk kejayaan anak...
Mog dpt teruskan amalan ni walau bkn utk meminta sesuatu pun.
salam kakzakie....terima kasih saling ingat mngingati...semuga kita sntiasa istiqamah untuk mncaribkeredhaanNya...sesungguhNya Allah itu amat hampir bagi yang mncariNya...insyaallah..bermohonlah apa jua....
teringat zaman2 study dulu.setiap kali nak periksa abah akan solat hajat disamping kita buat sendiri yang mana lebih afdal kan..ni anak kecik lagi so tak merasa sangat debaran si anak nak periksa :)
tq kakakku syg
sggh bergn ilmu yg dikongsikan
akn dpraktikkan....
:)
Memang nervous KakZakie bila anak2 tgh exam.. terbayang kalaulah kita terlajak bangun dan tak sempat mengejutkan mereka..
Baru sekali berjaya bangun untuk tunaikan solat tahajjud.. Kena lebih kuat lawan nafsu ngantuk lepas ni.. Huhu..
Mieza Suri Shaklee
salam K.Zakie..
alhamdulillah..
thanks for sharing..
semoga dipermudahkan segala urusan.
Salam bertamu kembali, baru balik cuti ni Kakzakie.
Betul tu Kakzakie, banyak mendekatkan diri dengan Allah, hati jadi tenang, bila hati tenang insyaAllah semuanya jadi lebih mudah.
Setuju kakzakie...jgn Malu utk terus berdoa memohon pada Nya...in shaa Allah dgn usaha, doa Dan tawakal..permohonan Kita Akan makbul
yup, syuk setuju kak zakie. jangan kite segan kerana allah terima doa taubat kita :)
Sebagai umat Islam...itulah yang sewajarnya kita lakukan setelah berusaha, berdoa dan mohon kepada Allah... Bukan sahaja di saat dalam kesusahan tetapi di jadikan amalan untuk menambahkan bekalan.
trm kash kak zakie atas peringatan..
kalau dulu, zmn belajar rajin je bgn tengah2 malam buat solat hajat..
tp lps belajar dh lm x buat..
setuju sangat..
perbanyakkan solat tahjut..\dan doa. semoga dipermudahkan segala urusan kita :)
salam kz ..
spt dalam perniagaan ..
buat yg rukun hanya pulang modal sahaja ..
nak keuntungan .. perlu buat yg sunat ..
kakak...saya pun selalunya begitu. time nak exam atau bila ada hajat baru kita mengendeng lebih lebih dengan Allah. Syukur Allah itu Maha Penyayang, Maha Mengasihani dan Maha Pengampun.
rindu kat akak dan keluarga. lama pulak saya tak buat surprise. hehehe.
memang betul, bila kita dah pasang niat, Insya Allah akan dipermudahkan. cuma tinggal antara nak buat dengan tak hendak jer....
Sekadar menitip sedikit renungan utk kita bersama.
Terima kasih semua yg memberikan komen:-
Mia Kassim, Sura Mohd, JunAina, Mila@Rimbun, Kesuma Angsana, Nurulhuda Abdul Latip, Marina Monroe @Nanie, Aziela, Fazleyatul Aini, :: Mrs.Eady ::, ummuaidan, lieyalatif, eMMe, Angah, asyifa mustaffa, Nor Azimah, Lydia Miza, ❤Kamsiah❤, Kisah Si Dairy, Kniedaz, Fiza Rahman, Chot, memmetlenggeng, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Knor, Deqla Manjew, Nafira usof, Rai Ourkizuna, Murni Alfathunnisa, Edi Fadli, aTieYusof Family, PearlVelvet SueQys, Juhariah Johari, PeRdU cINta, Pokok Manggis Depan Rumah, Seri Kandi Tanah Jauhar, Mummydearie, wanariahamiza, Sarah Talib, Nini D.., Sylarius Yusof, Haryati Faizal, faraherda.razalan, NEKCIK, Eliss Mie, izan mama mia, Miss Mirror a.k.a Sam, Rosmiza Ali, ♥ Cmª shIemª ♥, ummiross, nadia rashid, syuk shusuke, Bin Muhammad, LadyBird, Sobri Yaacob, aby, gadisBunga™, eelobor.
Terima kasih sekali lagi buat semua.
salam bakyuku
Dolan2 dino setu nang kene.kabare
salam.....
terima kasih di atas peringatan dan perkongsian ilmu kepada semua pembaca
Terima ksih atas perkongsian akk....rietta pling suka solat dhuha...terasa tenang akal dan fikiran...
Hanya kepadaNya kita memohon pertolongan ...hanya kepadaNya kita berserah...moga doa dan sokongan kita sebagai ibu bapa buat anak diterima dan diambilkira oleh Allah yang Maha pengasih lagi maha penyanyang!
Moga kita semua di bawah lindunganNYA..
Post a Comment