Tiada tujuh dulang hati nyamuk, pinang muda dan sebagainya dibawa sebagai persembahan ketika menjejakkan kaki ke sana. Tatapi sekadar membawa sandwich tuna, nugget, air kopi panas, air mineral dan kacang goreng sebagai bekalan. Destinasi di tuju adalah Airterjun Gunung Ledang. Lama sudah kami tidak menjejakkan kaki ke sini. Bersempena cuti berderet tiga hari yang lepas buat negeri Johor kami ke sini lagi.
|
Papan tanda - Mengalu-alukan pengunjung yang berkunjung |
|
Cenderahati - Belum mendaki gunung sudah sibuk. Kak Yasmien membeli selipar jepun. |
|
Tangga - Mendaki hingga berpeluh-peluh. |
|
Buah hatiku - Kak Yasmien dan adik baru mula warm-up |
|
Posing - Muka Kak Hanis tertutup tanganlah pula. |
|
Papa - Menggigil-gigil kesejukan kerana hampir subuh bumi Ledang disimbahi hujan lebat. Sandwich, nugget, air panas semua habis baru kami balik. Selesai tukar baju kebetulan pula solat zuhor pun masuk. |
|
Kelaparan - Selesai solat di surau yang disediakan kami pulang. Singgah di pekan Ledang mencari makanan. Anak-anak sepakat mahu makan KFC. Ikutlah saja. Ikut tekak aku dan hubby mahu mencari nasi tapi tidak terjumpa pula restoran. |
~~ Melihat terjunan air yang jernih aku membayangkan tsunami yang melanda, kebakaran sana-sini. Air, angin, api semua ini bagaikan tentera Allah. Jika ia besar tidak terlawan oleh kita. Maha berkuasa Allah mencipta semua ini.~~
68 comments:
Seronoknya mandi manda...dah lama juga tak berkelah ni Kak..jernih je tgk airnya... lapar2 pekena plak KFC ye kak..hehe
assalamualaikum & selamat pagi kakzie..
wahhh..besnyaaa...dah lama x mandi manda kat waterfall...
pastinya sejuk hingga ke tulangkan, kalu saya pandang dari kejauhan, tak sanggup nak masuk ke dalam air sejuk
bestnya kak main air
kalau nasib baik jumpa tuan puteri.. hehehhe
kak cantik tak kat situ??ingat lenkali nak gi bercuti sana kalo ok..selain dari air terjun and jungle treking,ada aktiviti lain tak??
lepas berendam makan plak kfc memang syok la kak..perot tengah lapar kan..tapi kalo zee pon nak cari nasi jugak..heheheee tekak kampung..
Akak tau tak, kami anak beranak cuma pnh pegi mandi-manda kat PD. Itupun sekali je. Hehehehe...pas dari tu, terus tak de. Teringin gak nak bwk Aydin mandi-manda.
Bestnya tgk family akak ni. Happy family. Comel2 gak anak dara akak, kan? Hehehehe....
Comel aje tgok kak meniarp tu...sejuk sampai sini hah...semua puteri ye kak...putera kak tu tk mndi ke kak?
seronok nyer kan sekali sekala mandi air terjun...kami tak pernah lagi mandi air terjun..
Walau dekat nak pginya kak....tp sy x pnh smpi lgi ks sini...
Hujan2 ni...airnya mungkin agak deras kan...
Wah seronok tengok kakzakie berjimba-jimba dengan anak-anak ... elok berbaris tertangkup puteri gunung ledang di dalam air sungai tu ye :)
salam kak zakie
dulu masa study kat segamat, selalu gak pergi air terjun gunung ledang ni. kadang2 pergi air terjun bekok. best mandi manda kan
Assakamualikum kakak syg. Wahhh syoknya mandi manda ye..
sungguh pun saya orang johor tak pernah lagi sampai gunung ledang kak.. memalukan sungguh..
assalamualaikum kakzakie...seronoknya bercuti n bermandi manda di sana...;)
kakak
bestbnya..dah lama tak mandi air terjun ni
skang musim hujan kat trg..susah sket la takut "kepala air" datang menyerang
hai kak zakie...seronokknye kak...rombongan cik kiah ke gunung ledang hah...lieya penah sampai seklai jek ni ikut rombongan sekolah dulu...mmg seronok....lieya suke mandi air terjun kat sane...sejuk n segar jek kan kak.....
waahhh..seronoknya mandi manda!!
waa...seronoknya buat aktiviti mcm ni. amie dah lama x buat aktiviti mcm ni..teringin nak bawak budak berdua tu. tp payah juga kalau buat perangai tak mau naik pulak
seronok dapat bermandi-manda bersama keluarga.. aiza pernah ke gunung ledang sekali saja ketika belajar dulu..
seronoknya kakak dpt pegi mandi air terjun n berkelah sekeluarga..mcm tak sesak ngan org sgt kan...gunung ledang nie ade tempat tuk bermalam jgk kan kakak..?
bestnye....saya tak penah pegi lagi sana! :D
Saya pergi gunung ledang ni kak masa darjah tiga kak, punyalah lama kan..Ni zarif pun dah nak masuk darjah tiga hehe
salam K.Zakie..
trrrr...terasa sejuknye air terjun gunung ledang..cma dah pernah singgah..mmg best.. ihhi.. :)
seronoknye puteri2 & mak puteri mandi air terjun ye =)
saya lebih teruja mandi di air terjun mcm ni dari SWMpool dan laut kak...seronoknya bercuti santai2 begini...Saya suka ayat2 dibwah tu...kecil comel cantik ciptaan ALLAH berseronok kita dgnnya...Dan yg kecil comel itu bila besar tidak terdaya kita melawannya...
banyak lalat tak?
As-salam kak zakie..
seronoknya ke gunung ledang.. melihat gambar pun dah dapat rasa kesejukan airnya.. bestnya.. Alhamdulillah.. comelnya adik tu..
Kakzakie..tengok gambar pun ummi dapat rasa riang ria sekeluarga.Anak2 dara Kakzakie comel2 tu...
alahai bestnya mandi air sungai yg belum di cemar...sejuk tu
salam..
seronoknya hujung minggu..
tambah2 musim cuti sekarang..keluar
beriadah bersama keluarga :)
wah, semuanya happy jer..menggigillah mandi air terjun ni
lamaaaa tak ke sana.. ;)
dulu pergi pun sebab ikut family member amik adik kat UiTM sana.
Sy tengok ni rasa nak berendam sekali....Dah lama betul tak beriadah di air terjun
seronok sesekali berkubang macam ni..lepas mandi mmg lapar sgt.mkn kfc macam tak cukup je kan..spoil la takde nasik.hehe
Yang bersusun kat atas batu tu adik beradik puteri gunung ledang ye kak.. :D
Kakak.. seronoknye mandi air terjun!
terasa kesejukkan air terjun tuh bila tengok gambar tuh.. memang syok abes kalo dapat berendam. lagi satu kan kakak.. kalo pergi mandi manda camnih. semua makanan dirasakan sedap sangat2 kan~ memang habes semua makanan.
Lama kak Zai tak mandi kat air terjun kalau tak silap last sekali tahun lepas. Bersih dan sejuk airnya.
jenuh gak nak mendaki tu ye kak.. lama tak bawak anak2 pi mandi manda..
Salam kz,
Pernah juga smpai tmpat tu melalui Sagil. Mmang bez tmpat nya. Lps kami ke sana blk brjalan keJB. Mase tu brsamaan hari perkahwinan Mawi. Blh tahu pd thn brape kan kami smpai
msa di tangkak dlu...xsempat singgah...lalu saja berulang dr segamat...
dulu naik gunung ledang nampakler air terjunni yang penuh dengan orang mandi manda.. tapi sebab nak balik cepat masatu tengokjerler.. memang bestler air terjun di sini...
seronoknyer kak.. terasa kesejukannya sampai ke sini hehehe
sungguh kak, saya tak pernah sampai lagi ke daerah ledang ni :)
Bestnya kakzakie mandi manda dlm air terjun.
dah banyak minggu gak plan nak bawak anak bujang saya pegi mandi manda bersama sepupu2 dia. ramai2 baru seronok. tapi bila di pikirkan nak bawa ke air terjun, risau lak dengan "kepala air" maklumlah sekarang musim hujan. nak bawa ke tempat kolam... mak oiii sekarang punya harga.
mcm dh byk perubahan je kat gunung ledang ni.. miza last dtg sini kak tahun 2002 kot.. hehehe
seronoknyer kak mandi2 air terjun gitu..... pastu dh pnt2 lyn lak kfc mmg syok betul lah
seronoknyer kak mandi2 air terjun gitu..... pastu dh pnt2 lyn lak kfc mmg syok betul lah
wah bergolek sakan... hehehe chumel jew... gunung ledang belom pernah sampai lagi.. huhu
rindu nak baca tulisan kakzakie..acik tak berapa sihat tu yang lama tak jenguk kawan2.
acik tengok air tu pun jadi teringin kakzakie
Seronoknya akak sekeluarga mandi2 manda!betul yg akak ckp tu sumer ciptaan Allah itu indah bila manusia hargaikan...kehijauan alam...kedinginan air dll.cth api bila kecil mjadi kawan bila besar mjadi lwnkan.begitu juga angin n air.
Cantik2 anak dara akak!
bestnya piknik seisi keluarga, i dapat bayangkan betapa sejuknya air tu, huhuhuu memang lalu makan lepas main air.
Asalam kak zakie..baru ni dpt tengok muka muka puteri kak zakie...untonglah encik putera di.kelilingi wanita wanita solehah
Seronoknya tengok... macam terasa pulak sejukknya...
Adik dah siap berbaju mandi dari rumah ke?
bestnya dpt berkelah mcm ni..
Lama dah saya tak pegi berkelah kat Air Terjun...tengok gambar anak2 kakzakie kat air terjun tu rasa seronok pulak nak pegi :)
Sha tak pernah jejak kaki kat cni lg kak.. Ooo ada sungai ek kat ctu.. Heheheh lepas nih lehla singgah
ada rezeki bolehlah mandi manda di Gunung Ledang pulak , tapi nak mandi tuh memang ke daki dulu yer kak..?? tinggi sangat ke..??
Sebenarnya walau kami berseronok tetap teringat seorg lagi puteri sulung kami yang sedang exam dan tidak dapat balik. Namun dek kerana mengejar cuti yg ada kami pergi juga. Air terjun Gunung Ledang kalau bahagian atas sangatlah jernih dan sejuk. Kalau yang malas mendaki boleh saja menikmati yg bahagian bawah. Tapi kami mahu tempat yang tidak ada org jadi sanggup mendaki tinggi. Terjunan airnya juga lebih cantik.
Terima kasih semua yg sudi memberikan komen:-
aTieYusof Family, Cik Puan Fadli, umi alya (dah sampai tak boleh tahan tau kalau tak mandi hihi..), redza, Cikda, Zee Suhaini (kalau nak lagi cantik kena sampai puncak Zee.. tapi yg tempat kakak landing ini pun dah best sangat), faraherda.razalan (akak sebenarnya lebih suka airterjun dari pantai Fara), Knor (putera tua hahaha... jaga anak-anak Nor), :: Mrs.Eady ::, asyifa mustaffa (tapi sebab sebelum subuh hujan airnya jadi jernih dan cantik Syifa), CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Fazleyatul Aini, Ibu Lala, Rai Ourkizuna, Mas Zull, cheqna, lieyalatif, mama_ka0ri, amirah, Mizz Aiza (Dunia Kecil), ummuaidan (ada ummu kalau nak sewa), gadisBunga™, Nurulhuda Abdul Latip, ♥ Cmª shIemª ♥, Eye_nee, Dr Singa (kakak kat atas oklah lagipun kami mandi tak nampak pun lalalt hihi...), Hanis Azla, ummiross, Sarah Talib, Sobri Yaacob, Ema Johari, aizamia3, nadia rashid, Puan Kutu, acik idah, Nafira usof, Zaitun, Haryati Faizal, aby, HeNRieTTa JoSe, Cho Zila, Kesuma Angsana, Ann Ishak, Nazayiena Ayiena, eelobor (tapi banding pergi pantai baik ke air terjun ee. Bawalah Muaz tu cari tempat yg landai), Queen Teratai, norhidana miswan, Sayangku Zie, Acik Erna, Tuan Juhaida, Nastyna, NEKCIK (aminnn...), makchaq (A'ah makcahq, adik dia dah siap lepas tu sarung t-shit, bila sampai buka t-shiar aje), nohas, ZalinZalina, mysha (air terjun bukan sungai Sha), Papa Mifz.
Buat semua terima kasih sekali lagi.
Bermandi manda yeh kanda....seronoknya meniarap dalam derasan air yang laju sampai lupa nak balas sms dinda!..
Tengok tu ...muka kanda dah di Mr beankan hehe....
seronoknye mandi manda,,,sy pernah sekali sampai kat sini dlu....
lama saya tak kesini, last masa zaman sekolah rendah dulu2
wah seronoknya akak dpt mandi manda...
Jumpa tak ngn Puteri Gunung Ledang?..hehe..
Family outing bestnya...jalan2 mkn2...walopun dokek2 yo..jnii dpt luangkan detik brsama2. Suka tgk..
Lama sungguh tak sampai ke Gunung Ledang ni, Kak. Rasanya last sekali pergi masa ikut rombongan sekolah ketika umur 17 tahun dulu. Berdekad jugalah nih :D
Tenangnyer bermandi air terjunnn :) eh mama posing tutup muka la...hahhaha
bestnye kak..sukalah tgk pic yg berbaring ramai2 dlm air tu.. happening tgk..
Post a Comment