Sana-sini di sekolah sekarang mempunyai kegiatan masing-masing sementara mahu menghabiskan sisa-sisa sekolah yang tinggal seminggu ini. Kem keusahawanan, sukaneka, majlis makan-makan di kelas dan tidak kurang juga kem motivasi. Sabtu lepas adik dengan rakan-rakan dan guru sekolah agama ke kem motivasi di Hotel Le Grandeur.
|
Riadah dan sukaneka - Swimming pool dan padang tempat permainan di waktu pagi sebelum memulakan motivasi. Petang itu baru kami pergi menjemput adik. Sementara itu kami meninjau kawasan. Hubby pernah bertugas di sini dulu tapi nama hotel tersebut waktu itu masih lagi Sofitel Hotel. Sekarang telah dijenamakan baru menjadi Hotel La Grandeur. |
|
Jam 5:30 petang - Balik dengan muka selamba melihat papa-mama sudah menanti di luar dewan. Keletihan seharian mendengar motivasi tentang 'mencari cinta'. |
|
Posing - Bersama kakak-kakak tahun 6 yang akan berpisah tahun depan. Moga kakak-kakak mendapat keputusan UPSR yang terbaik (dijangkakan keluar pada hari Khamis ini) |
Pada hari itu adik dihidangkan dengan motivasi mencari cinta. Menurut adik cinta kepada Allah dan rasulNya kenalah melakukan apa yang disuruh dan hindar segala laranganNya. Cinta pada mama/papa jangan sesekali melakukan perbuatan yang tidak disukai. Cinta pada guru/ustaz/ustazah mestilah belajar bersungguh-sungguh. Cinta pada keluarga, kawan, jiran, pemimpin dan negara semuanya ada diberikan. Suka juga mama-papa mendengar apa yang adik khabarkan kepada kami ketika seharian berada di La Grandeur. Apa yang penting dia mendapat maksud dari kem tersebut.
|
Lasagna - Singgah di Secret Receipe Airport Senai (berdekatan dengan La Grandeur) menikmati makan. Adik memang tidak lapar tetapi mama dengan papa yang berhajat untuk mengisi perut yang lapar. Kami tidak makan tenghari bila tinggal berdua. Mak Zah balik kampung. |
|
Popia - Mama bila masuk SR tidak pernah lupa membeli ini sebagai hidangan. |
|
Mi Kari - Tidak terhabis adik makan sebab sudah puas makan dengan makanan yang lazat dan sedap di hotel. |
~~ Sesungguhnya rasa cinta itu adalah anugerah Allah kepada kita hambaNya yang sangat bernilai. Menikmati dan memberikan rasa cinta adalah hak kita yang perlu dibaja dan dijaga. ~~
63 comments:
adik jumpa tak dengan apa yang dicari tu?? hihihi
Dapat sedikit pengajaran pagi ni...
Wah untung adik dapat dengar motivasi yang bermakna..Betul tu kak, dah hujung2 nak cuti sekolah ni macam2 la pihak sekolah buat program untuk pengisian anak2 kita..
bagus pengisian yang cikgu sekolah adik ni buat.. tidaklah murid buang masa dgn sia2, tp dapat byk manfaat kat sana. makanan pulak sedap2, ambi, sampai tak layan SR punya menu sedap ...
Motivasi yang sangat bermanfaat kak....
Sedap semua makanan tu kak terutamanya popia SR tu mmg feveret...:-)
alhamdulillah
,mencari cinta Allah
adik dah jumpa cintanya le tuu...hihihi....
terliur pulak tgk mee kari tu kak..
kecik pulak nampak adik..
banyak mafaat yang adik dapat..
lasagna tu menawan kalbu kak..waduhhh
Bagus klo dpt gi motivasi mcm ni. Cinta padaNYA juga yg kekal abadi.
Dah lama tak mkn kat SR.
insya Allah lain kali saya turun Johor.. saya cari kak Zakie ya..
salam akak...lama tak berkunjung ke sini...semua menu nampak sedap la akak...terus rasa perut ni lapar...tapi kan...tengah on diet...kena sabar je la ;)
perghhhhh kak...lapar tengok makanan2 tu :(
alhamdulillah tercapai maksud dari kem itu..
Seronoklah adik dapat ilmu dan dapat makan sedap2 kat hotel.
alhamdulillah kem motovasi yg beri manfaat kpd adik
Motivasi mcm tuhlah yg terbaik kakak..yg patut diterapkan pd anak2 kita semua..
sy ingat dl kalau SR suka tomyam dier...ahhh lamanyer tak mkn..
Dekat SR tak penah plak try Popia.. Mesti sedap kan kak? :)
Alhamdulillah adik mencapai maksud dalam kem tersebut
teringat pulak dengan pengalaman lalu di sekolah..mcm2 aktiviti..semoga adik mendapat manfaat dr program motivasi nya..
p/s: tak pernah jemu dgn popia SR..walaupun cenonet jer size..tak puas mkn!
Bagus nya adik siap boleh ulang balik apa yg dia dpt dr ceramah itu..InsyaAllah kena lah Cinta Pada Allah & Rasul dulu baru cinta pd yg lain..
*suka makan popia tu...:):)
wah.. hebat sekolah zaman sekarang.. buat kem motivasi kat sekolah.. sedapnya cheese tu nampak melting melting lagi kak..
sedang berfikir tentang aktiviti apa nak dibekalkan kepada anak2 cuti sekolah ni...huhu
Alhamdulillah.....moga ada kebertatan dengan program2 macam nie...anak2 pun akan memahami erti kecintaan gitu.....
Sy pun pnh pegi progrm cmni dlu2.. mmg bggus sgt kak.. terisi masa dgn ilmu n mnfaat...
*terliur sy tgk lasagna tu.. nyum2
Bagus motivasi macam ni kan Kakzakie. Beruntungnya adik dapat menyertainya, dapat lebih memahami erti CINTA.
Kakzakie..lasagna tu, buat ummi terliur, cheesenya, olala, bestnya!!!
Bagus program motivasi macam ni kakzakie... Adik dah ketemukan cinta yg hakiki ;)
Tergoda pulak tengok lasagna tu...yummy
kalau nak bercerita nie luas definasinya..tapi cintalah Dia kerana cinta Pada Nya adalah cinta abadi..cewahh...akak...love lasgna...
Alhamdulilah..bnyak ilmu yang diperolehi..anak anak mudah dapat!
Syukur adik dapat peluang mencari ilmu dalam masa yg sama mencari cinta...
Adik nampak bersemangat jer kak. Bila dari kecil dah terbiasa menghadiri majlis ilmu, ianya akan menjadi sesuatu yang dirindui jika ditinggalkan. Bila dikongsikan ilmu macam adik buat tu, beroleh lagi pahala. Mamanya pula kongsikan lagi, Alhamdulillah, berlipat kali ganda lagi pahala adik. Insya Allah.
menonong je adik balik heheheh...
Dah lama rasanya tak makan di Air-port senai... dulu ketua imigresen air-port senai selalu belanja di Lavender lepas sy & rakan2 opis buat site visit. hehe
Assalamu'alaikum kakzakie
Alhamdulillah terisi motivasi yg baik buat adik.
Lasagna, popia dan mi kari tu sangat2 menarik rasa...
bagus lah ada kem motivasi ada manafaat jgk..setengah sekolah dok fikir nk p rombongan.
Ya rabbi kakk...! terliur tengok Lasagna tu.. :D
Rindunya zaman rombongan sekolah ... eksaited nak bejalan.. hehe
Sedapnya makanan tuh.. terliur !!
xtvt yang bagus untuk anak2 lah camnih. mesti banyak ilmu kalo joint kem cam nih.
menarik tajuknyer tu.. semoga adik dapat ilmu di sini..nampak dia happyt...
ala sedapnyer dah lama tak makan kat SRni..
sedapnye kak...lasagna...
Alhamdulillah bagus tu pi program motivasi... bley memotivasikan minda
Wah...bkn sng nak dpt peluang attend program motivasi mcm ni. Untung adik....
Masa tidak di sia-siakan, kem sebegini amat bagus...
Tapi makanan mesti ada, hehe
Gambar makanan juga yang menarik hati saya. Hehe.
adik mencari cinta?...semoga ilmu yang dapat dimanfaat sebaiknya..
bagusnya bila anak2 sertai kem motivasi camni..dididik dari kecil untuk mencari cinta yang bagaimana..
pandai adik menerangkan pada papa dan mamanya..maknanya dia faham dengan apa yg disampaikan untuknya tu..:)
Mmg byk xtvt ujg thun kn kak..lama dh x ke airport senai klu x seminggu skli mnggu cik suami turun fligh dr kl..
mesti berdebar tunggu khamis ni..
seronok Adik dpt tambah ilmu... SR mmg best lah kak !
cuti sekolah ni memang byk program2 motivasi, bagus utk budak2 sekolah..ibubapa yg parah, tapi takpe, investment for your children..
Tak pnh dpt join kem motivasi masa sekolah dulu...skrg byk disediakn tuk pelajar2..bgus sgt kan
Kemain kak, lepas ambik anak pekena lasagna secret recipe terus tu. Hehe. Biasalah, kita parent ni kat rumah malas nak masak sangat kalau anak-anak takda di rumah. Masak lebih-lebih pun bukan ada siapa pun yang nak habiskan.
bagus pengisian kem motivasi tu... mencari cinta sebenar :)
Kami yg bc pn dpt ilmu dr adik=)
setiap kali epa boleh bercerita semula apa yg diperolehi dalam setiap kem/majlis yang dihadiri, kita pun tumpang suka dengar. saya ni dengar tazkirah 2 Abdul balik solat Jumaat je kakzakie..
hotel perancis makanan peranciss :D
sedap makanan tu .
Pndai adik mengambil intipati ceramah....bgus la begitu....bertuah akk ada anak solehah sebegitu...
Salam K.Zakie..
Alhamdulillah.. terisi ilmiah dpt hadir kem motivasi mcm ni.. muka adik nmpk letih..tp seronok..
congratz adik..
sedapnya lasagna tuu..hihi
popia tu macam mengancam jerrr..
Cik PM masuk SR tak pernah try popia tu. Sedap ek? Nanti nak try ler... :)
Bayaran dikenakan walau sehari suntuk dengan peralatan sukaneka, makanan, dewan semua hanya RM25/- sahaja kerana pengerusi sekolah membayar subsidi yg banyak. Pengerusi seolah adik ini seorg usahawan petrol kiosk, ada bangunan sendiri yg disewakan(tak bolehlah sebut nama di sini) di Putrajaya tetapi seorg yg humble dan pemurah. Sebab itu ramai anak-anak yg dapat menghadirkan diri.
Terima kasih semua yang memberikan komen:-
cheqna, asyifa mustaffa, Nurulhuda Abdul Latip, Aisy Nasiha, Mia Kassim, Knor, gadisBunga™, :: Mrs.Eady ::, Zee Suhaini, Fiza Rahman, Dr Singa (boleh, ajak aje GB dia tahulah cari kakak hihi...), wawa syaida, NURSHAKIRA ABDUL HALIM, Mizz Aiza (Dunia Kecil), JunAina, redza, ummuaidan, Myra Jay (kakak memang suka Myra), nadia rashid, aTieYusof Family, Rai Ourkizuna (memang sedap menternak lemak hihi...), Kniedaz, yan's cottage, BERT, ummiross, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Kisah Si Dairy (rasanya utk bebudak motivator tu cakap yug mudah mereka faham Eda), NEKCIK, eynda, Aziela (kena juga kita tanya nak tahu apa yg dia dapat seharian dok sana tu Ziela), norhidana miswan, Rizal Slaughterheart, Werdah (cikgu mereka yg kreatif Kak Werdah), Sarah Talib, acik idah, SAMIQA ♥, Nafira usof, Cho Zila, Haryati Faizal, faraherda.razalan, Bin Muhammad (budak-budak yg sukanya main dan makanan dia BM), wanariahamiza, Riedaffya ibrahim, Sura Mohd, ,NoEn, zila norazila, Fifi Nadhrah, Kesuma Angsana, nohas, adrianna syaz (sekarang kena buat sebab environment sekarang tak sama dulu), Sylarius Yusof (itulah kakak dgn abang lapar sebab tak makan bila berdua), nurbijen, aine ainun, ANIM (untung macam tu tiap minggu ada pengisian Anim), syuk shusuke, HeNRieTTa JoSe, ♥ Cmª shIemª ♥, BUNDA a.k.a KN, Penjejak Mimpi (kakak suka PM).
Terima kasih sekali lagi semuanya:)
Baguslah Adik dapat mencari cinta yang sebenarnya.
SR tu selalunya makan kek aje yang lain-lain tak berapa berkenanlah, kak.
Wahhhh adik dah khatam mencari cinta yeh....Tengok muka adik pun dah berbunga bung cinta...
Tak pernah mencuba mee kari kat SR Kanda...sedap ke?
seronoknya adik.. tgk makanan tu yg x menahan tu..dah la tgh lapau skng..huhu...
Pasti seronok bila dapat join aktiviti macam tu..
Post a Comment