Isnin baru lepas adik dan Kak Yasmien mengikut papa ke tapak projek. Kali pertama mengikut kebetulan cuti sekolah. Bekerja dengan syarikat swasta kena banyak tabungan. Biasanya andai ada projek-projek kecil hubby akan cuba masuk tender bagi menambah tabungan keluarga. Balik dari tapak itulah anak-anak sudah melihat cek pembayaran tuan empunya projek kepada hubby. Melihat jumlah cek anak-anak sudah besar mata. Menjangka semua itu adalah milik keluarga. Papa mereka kenalah menerangkan semua jumlah tersebut untuk menampung balik modal yang telah dikeluarkan sepanjang projek berjalan. Membayar gaji pekerja dan petrol yang digunakan untuk berulang-alik dari JB ke tapak projek.
Adik dengan papa - Bila mahukan sesuatu begitulah muka adik. Papa kena memujuk untuk memberikan dia faham bukan mudah. |
Walaupun akur dengan penerangan tetapi masing-masing masih memasang permintaan yang diidam-idamkan. Seringkali kena dijelaskan bahawa papa mereka bekerja disyarikat GLC, mama pula swasta; tabungan kena kukuh untuk masa depan pembelajaran mereka. Ditakdirkan mama/papa dijemput Allah sebelum mereka tamat belajar kemana mahu dicari. Meminjam pun rasanya masa akan datang andai masih di bawah payung pemerintahan yang sama pasti perit akibatnya.
~~ Anak-anak masih belum dapat melihat masa depan mereka bagaimana tinggal di bumi Malaysia yang bertuah ini andai tidak mempunyai tabungan dari sekarang.~~
81 comments:
Salam singgah pg aunty. Saya suka n3 ni, mcm kena batang hidung sendiri !
Salam Kak..memang kena terapkan amalan menabung dlm diri anak2 dr sekarang kan..buat bekalan masa depan mrk..andai kita pergi awal, mrk tidak akan terkapai2...:):)
Pesan Rasulullah saw, "ingat 5 perkara, sebelum datang 5 perkara"..
alangkah baiknya jika kos belajar ni, percuma saja atau dikenakan fee yg rendah..ringan beban ibubapa..
terus rasa nak menabung huuhuh
nak bagi paham tuh yg susahkan.. diorg ni kalau ckp takde duit, mesti suruh kita g cucuk kat atm, kalau tak pun bayar pakai kad lah hihihi...
kena bagi paham konsep
Betul tu kak. Kena ada tabungan masa depan. At least ada back up klo jadi apa2.
Saya pon bekerja di syarikat GLC ☺
Haihh memang betul kak, kadang saya berterus terang je dengan anak2, ibu takde duit ok..Biar diaorang paham
xpe..suatu hari nnt..adik akan paham bila semakin membesar...
Sesekali kne ajari anak2 dgn hidup sederhana. Cukupla apa ada..kalo dipenuhi semua kehendak anak2 aiih..pening kepala..walaopun kita mmpu :)
inshaallah amalan menabnug ni mmg kna terap dr kcik kn..esok bsar dh pndai berjimat..guna utk keperluan saja ;-)
beringat utk diri sendiri juga kak. ishh... tingat kat qausar.
InsyaAllah..bila rezeki papa murah, rezeki anak-isteri pun murah juga, sedikit-sebanyak dapat juga merasa.
Betul tu Kakzakie..menabung penting sangat, bila anak2 masuk universiti nanti, kos nak tanggungnya tinggi juga.
menabung untuk masa depan.. mungkin hari ini kita senang.. di kemudian hari kita tidak tahu apa nasib kita..
Salam Kak Zakie..n3 ni dapat membuka mata dan menyedarkan saya yg selalu lalai dalam bab tabung menabung ni..sura ambilnya sebagai satu peringatan..tema kasih kak..:)
Setiap famly mesti ada tanbungan.Tbungan untk jangka masa panjang,tabungan untuk kegunaan di masa hadapan.untuk di masa-masa sulit.walaupun tak sekaye mana tapi rezeki cukup untuk famly,Syukur sangat2 kan..
betul kak.bekerja swasta ni tak pasti lagi masa depannya. kalaula syarikat ada masalah di masa depan (nauzubillah) memang kena ada tabungan..
betul kak.. saya pun dari sekarang kena beringat untuk menyimpan demi anak2..
sekarang ni kene bnyk berjimat.. semua pun mahal.. jadi pandai² lah menabung
tak mustahil masa akan datang,semua dikenakan bayaran..tabungan masa sekrang nie perlu supaya kita tidak melatah di kemudian hari..
Kira kanda ni isteri kontraktolah ni yeh hehe....
Biasalah kanda budak budak yang dia nak happy je samalah mcm si TLBD....nak berjalan je cuti sekolah ni ...tak tau ayah dia dah naik stress...
Betul tu kakzakie,kena ada tabungan dari kecik lg,mcm Nurul dan hubby dua2 kerja gomen lglah susah nak menyimpan....
anak2 memang x mengerti.
Samalah KakZakie, saya pun bekerja makan gaji di syarikat swasta. Kalau tak menabung sekarang, manalah nak cekau duit nanti.
Sy dri kecik mmg arwah abah ajar menabung...katanya..syiling pun x pe...janji ada simpan tiap hari...sikit2....lama2 jd bukit kan kak...:-)
Betul kakak..bila dibumi malaysia memang kena ade tabungan untuk masa depan pemblajaran anak2 kalaumahu mrk berjaya peperingkat yg lebih tinggi.
kalau kat sini fr next yrr all education free, kat u blh pinajm tanpa faedah..namun kami inshaallah mahu anak mendpat ilmu yg takder disini..terpaksa
kanda kalau free mai le Kg Baru Bakri Batu 6, Ahad ni 24/11.... depan Petronas sebelah kubur MRSM. Abg dinda yg hari tu kawenkan anak lagi...boleh kita jumpa! Dapat tengok muka kanda hehe...apa apa hal emaillah hainomharyani@yahoo.com
assalamualaikum,
saya sangat setuju tentang peri pentingnya menabung dari awal. Ingin saya kongsi cara saya jika sesuai untuk orang lain. Pendapatan dibahagi 3. Satu bahagian untuk menyara kehidupan, satu bahagian untuk kemudahan kehidupan cth kereta, rumah dsb dan satu bahagian untuk simpanan. Untuk simpanan dipecahkan lagi, cth sspn anak, TH, dll
Jejaki saya di mamasiti64@blogspot.com
Bertuah anak2 akak dapat ibubapa yang beringat tentang masa depan mereka... :D
Menabung ni adalah sangat perlu dalam kehidupan ini untuk menampung saat-saat sukar di waktu yang mendatang. Budaya menabung jarang sekali diterapkan dalam budaya konsumerisme kita sekarang ni. Kita lebih banyak digalakkan supaya berbelanja dan terus berbelanja. Jika tiada wang sekalipun, kita digalakkan pula untuk berhutang.
setuju dgn pendapat kakzakie.. anak2 skrg bertuah.. lagi2 ada jaminan insurance yg dibuat oleh ibubapa sedari anak2 masih kecil.. inshaAllah rezeki anak mesti ada.. :))
yang bertudung biru tu sape kak? heh heh heh.
saya amalkan menabung . bukan setakat utk masa depan tapi utk saat2 kecemasan . klu nak beli smarphone pun , saya akan pertimbangkan sama ada itu utk keperluan atau sekadar kepuasan ... elak pembaziran !
Insya Allah terjamin masa depan mereka, sbb dpt ibubapa mcm akak & suami yg sentiasa beringat.
kalau mula dari sikit...lama-lama jadi banyak kan kak...
betul tu .. kena simpan dari awal. sama la mcm kami. kerja di luar negara mana ada kwsp hapa semua. nak-nak husband sorang saja yg kerja.
dalam makna entri kak zakie ni
moga di permudahkan urusan ye
menabung itu amalan murni ;)
tabungan mmg penting.. andai keadaan memaksa, tabunganlah yg kita harapkan.. sediakan payung sblm hujan :)
Betul tu kakzakie kena beringat utk masa depan... teringkat kata nabil "apa maksud lama-lama jadi bukit tu mama"... saya kata tengok tabung mickey maouse nabil dah jadi tinggi belum... baru dia faham bukit tu duit semakin meninggi... :)
betul tu kak kita kena menabung untuk masa depan anak dan famili kita...
Tulah kak..emmmm...asyik keluar je ni...
huhuhuhu.. terus rasa nak start menabung balik.. huhuhuhu
salam k.zakie..
mendalam entri akak ni..
menabung itu mmg perlu utk masa depan..
cma sndiri kdg2 on off menabung.. huhuhu
mmg x mudah nak explain pada anak2 ni.. kdg2 kita puluk yg merajuk balik kan... Alhamdulillah amalan menabung mmg terbaik kak!
Salam...sy suka entry ni.kebanyakkan kita menabung pastu wat kuar semula...mcm saya la...tak berdisiplin n x istiqamah
Assalammualaikum kak..betul kak..tak banyak..walau sedikit simpanan perlu ada..apa yang akan berlaku kelak sukar untuk kita jangka..insyaAllah anak-anak memahami..
as-salam kakak
ya betul tu.macam saya sendiri pon masih menabung.walaupon kami masih blom ada rezeki utk dapat baby.
saya amalkan menabung tu lepas kawin. atas nasihat member yang diberi nasihat oleh orang tua tua.
heheheh ala kak masa kite kecik2 pun kite bkn nyer nk paham semua nih... tau nk seronok2 je
menabung demi keluarga..in shaa Allah mudahan dipermudahkan.. kami yg xde anak pun byk gak belanja nak kena byr mcm2 tau kak.. alhamdulillah deqla berkeja.. kuranglah sikit beban suami..sama2 membantu.. in shaa Allah..
sediakan payung sebelum kuyup... Alhamdulillah punyai ibubapa yg memikir masa depan anak2.
selagi anak2 belum habis belajar dan berkahwin..selagi itulah kita kita kena menabung..
hmmm firas msh belum memahami erti xder duit....tadi mraung2 kat pasaraya nakkan kete mainan,semua org pandang dan senyum2...mgkin satu fenomena yg jrg berlaku di brunei kot. sudahnya mama mengalah sbb malu punya pasal huhuhu
itulah tak tau macam mana zaman Mifz hendak belajar di masa hadapan , mesti banyak pakai duit...huhu
Tabungan itu perlu, kalau bukan kita yg jaga diri dan keluarga sendiri, siapa lagi.
zaman sekarang ni kena banyak menabung.. maklumlah.. hurmm..
salam kak..
dtg melawat..
menabung memng bagus..
memng bapak saya suruh kami amalkan
dari kecil :)
Bagus kakak ajar anak-anak menabung. memang betul sekarang ini, kena jaga tabuangan kita,tak tahu apa lagi akan jadi pada masa akan datang.
betul tu kak, menabung tu penting supaya masa depan terjamin..
Myra ngn asben walau blom punya anak kena jugak cuba menyimpan
dapat ilmu parenting pagi-pagi ni.
saya pun sedang belajar mendisiplin kan diri untuk menabung selama ni leka sangat~
betul tuh kak kite sbgai ibu bapa kne tergkan dengan jelas kat anak anak kalo bab2 duit nih spya diorg fhm..
Salam singgah Jummat Kak..:)
Menabung memang sangat penting.. Terutama untuk kecemasan, lepas tu untuk pelajaran..
Dah la duit sekarang dah makin rendah nilai..
alhamdulillah..tabungan utk masa depan
Entry akak bagi sha alert tentang nih kak..
Tq kak!!
Salam Kakzakie,
Memang orang muda2 sekarang kurang gemar menabung, ramai yang nak enjoy. Muda lagi, kata mereka. Tahu2 aje dah tua dan duit simpan tak ada. Anak2 pulak dah mula masuk kolej dan akan perlukan duit banyak untuk menyambung pelajaran.
btul tu kak..
lya pon mmg dari dulu hingga skarang akan menabung.. utk msa depan.. bgitu jgak utk asya..
Latih anak2 sejak kecil supaya bijak menabung...disamping memberi keterangan kepada mereka kebaikkannya menabung...agar mereka faham...
Salam hujung minggu kak:)
tabiat tabungan yg bak dtg dari ibu bapa yg pandai menguruskan kewangan.Insyaallah dah besar nti baru adik faham..waktu kecil mmg ssh sikit nk b mereka faham nilai wang untuk pembelajaran mereka suatu masa nti..:)
btol la kak. kerja swasta ni kena byk menabung. nak buat pinjaman mmg susah.
kami yg belum ada anak ni pun mmg cuba skit2 untuk menabug.senang kalau ada kecemasan nanti.
kalau time tu dapat pendidikan percuma alhamdulillah la kan kak..bukan semua benda kita nak percuma..eh malas lah nak cakapa panjang..persediaan tu sangat penting..saya sokong akak :)
betul kak..sy pun sekeluarga semua swasta..dan memang dr kecil diterapkan supaya menabung...tak kiralah walaupun 10 sen sehari...:D
Amalan menabung memang bagus...anak kecik saya pon dah ada tabung sendiri kak.
anak2 sekarang tak sama dengan zaman kita kak. kita tau emak aya susah, tak sampai hati nak minta itu ini. la ni, boleh tanya kita balik, "ummi dah gaji belum?" "abah ada duit tak?" bila nak request barang yg mereka hajati..
Betul kak. Entry ni satu reality yang kita semua kena faham. Dlm maknanya
Saya dr kecik jrg mintak n emk atau ayh..mgkin sy tau diorg bukn senang..klu nk sesuatu mmg kna kumpul duit sendiri kak.
Tp ank sy berbeza plk..he hee bdk skrg katanye.
betul tu kak, tabungan penting utk kesenangan masa hadapan..
Sediakan payung sebelum hujan..
Yang bujang kena menabung.. yang dah ada anak2 pun kena menabung. Kita tak tahu bila2 masa aja ada kecemasan... Sy fikir tu aje.. :)
Mmg payah bab memujuk anak ni. Kalau x kena cara lain lk jadinya.
betul la kak. senang sekarang tak semestinya senang akan datang..
betul tu kak, kena standby tuk tabungan anak2...sbb kita pun taktau apa akan jadi kat kita di masa depan nanti
Post a Comment