Bila cuti sekolah saja, akan bermulalah majlis bertunang, majlis menikah, majlis kenduri-kendara atau apa juga majlis yang melibatkan saudara-mara dapat berkumpul bersama-sama untuk meraikan majlis yang dirancang.
Hari pertama cuti sekolah akhir tahun 2013 - Majlis pertunangan anak kakak yang menyewa rumah kami |
Bila ada majis pertunangan atau pengantin pula pasti ada gubahan. Gubahan pula mengikut kretiviti masing-masing. Ada yang hasil tangan sendiri. Tidak kurang juga ada yang sanggup menempah hingga ribuan ringgit semata-mata untuk mendapat kepuasan di hati.
Cantik - Semuanya hasil gubahan sendiri. |
Apa yang pasti, mereka yang menjana pendapatan yang berkaitan dengan musim cuti sekolah pasti dapat imbuhan yang berlipat-kali ganda. Mak andam, Pak andam, syarikat membuat gubahan, syarikat catering, pembuat kek/coklat, sewa-beli khemah, kedai peralatan pengantin dan sebagainya semuanya senyum lebar.
Menggoda mata - Ferraro Roche yang sedap tu:) |
Begitulah indah dan seronoknya hidup dalam kelompok bangsa Melayu, sehinggakan mereka yang bukan Melayu pun sudah pandai bahkan ada yang lebih maju perniagaan mereka dengan menjadi pembekal barangan untuk kegunaan komuniti masyarakat Melayu. Bahan membuat kek/coklat, alat membuat bunga, perencah masakan semua rahsia telah mereka tahu.
Tersusun - Sebelah kiri dari perempuan untuk lelaki dan kanan dari lelaki untuk pihak perempuan. Selamat bertunang buat mereka. Jaga pergaulan moga kekal hingga disatukan tahun hadapan. |
~~ Melimpah-ruah rezeki bila cuti sekolah Allah berikan dengan berbagai bentuk dan cara.~~
79 comments:
dah berderet kad jemputan kakzakie..
rezeki juga buat tuan rumah dan pengantin kan kakzakie..
salam keruk, hihi:-))
assalamualaikum kakzie..
suma gubahan tuh akak ke yg gubah?..kreatif sunggoh yee..
Bagi yang kreatif, kraf tangan halus elok buat sendiri jer. Jimat dan lebih puas hati.
Bagi yang kreatif, kraf tangan halus elok buat sendiri jer. Jimat dan lebih puas hati.
Saya ni risau la...tak pandai nak gubah2 ni..anak dara dah la ramai..
hai... nampak gayanya kena belajar mengubah ni, maklum le anak2 makin membesar..
kreatif = penjimatan dalam membina gubahan...
musim org kahwin dah tiba
salam akak.
akak ke yang buat gubahan tu..cantik..
akk banyak kenduri ke kena hadir kak.selamat berkenduri ye kak.hehehe
cantik betul semua hantaran tuh kak zakie....sonok yer
seronoknya tengok hantaran yang cantik2 ni..segar mata..:)
Salam Kak..
musim cuti sekolah ni lah mmg byk majlis perkhawinan, pertunangan dll..bertambah2 rezeki org yg menjana pendapatan drpd hasil itu...ALhamdulillah!... cantik2 gubahan tu Kak...:)
Alhamdulillah...thn ni, berderet gak wedding invitation. Mak buyung ni teringin nak makan nasi kenduri, kak...hahahah!
Suka sgt mkn nasi kenduri :)
saya perati..mmg lebih ramai org cina yg meniaga brg hantaran org kita ni kan. tau je diorang ni...
Akan tetiap mnggu ler gantung periuk belanga....off msak...mkn nasi minyak....:-)
time cuti sekolah jer, weekend jalan jem kan hihi.. kendurilah.. bercuti lah.. mcm2
banyak la tempahan musim cuti ni kak. ramai yang naik pelamin / tunang
Inilah bulan mak2 pak2 andam dan katering mendapat imbuhan rezeki berganda...jgn ambil kesempatan naikkan harga sudah...
sy takat ni dah kumpul 6 card jemputan bermula majlis hujung minggu ni...musim kenduri datang lagi....suka jugk buat persiapan majlis ni seronok!
Assalam Kakzakie..
hurmm asal musim cuti sekolah je dah pasti jemputan kenduri kahwin sana sini yer kak.. :)
Musim cuti sekolah musim orang berkenduri kendara yer kakak..mmg orang yg pandai boleh buat duit dgn adenya majlis2 gini..
kat sini cuti sekolah dalam seminggu lebih lagi, so far takder jemputan kenduri 1 pun lg..heheh, takder org nak kawen kot..:)
Alhamdulillah kak..bt tambah pendapatan..utk org mcm knor yg tak pandai ni..
belajar tk tinggi mana pun...syukur dgn limpahan kurnia dr Allah
Betul tu kakak, bila tiba musim cuti sekolah mamang meraka ni dapat banyak tempahan, rezeki masing-masing. Boleh tumpang gembira dengan musim perkahwinan ini.boleh lihat orang bahagia.
Biasalah kan kak zakie, musim cuti mmg berebut org nk buat majlis. Sampai kan nk bercuti pun kena tarik tarikh ke sana sini x jumpa ruang sbb byk kenduri
kalau duk umah mak ni confirm ada orang tempah utk buat hantaran..kita suka jugak hias2 hantaran ni..hihi..
musim cuti sekolah musim penyatuan dua keluarga
tu la kak..kira ni jenis bisnes yang bermusim jugak..cuti sekolah mesti ramai yang buat kenduri kan..
zee takat ni blom lagi ada jemputan..heheheee..kalo kat kampung dah berderet la..kat sini nan hado..
Kakzakie..ummi bila duduk jauh ni, jarang dah dapat menghadiri majlis kenduri-kendara, bila teringat memang seronok dan meriah dapat jumpa saudara mara yang lama tak jumpa.
Betullah kanda.... rasa dan dan ni jugak nak kursus kraftangan nak bukak bisnes gubahan pengantin kanda hehe..
Nampaknya sama cita rasa dengan kanda...BILUUUS
Kalau kat KL ni gi je Nilai 3 semuanya ada siap duit je kak.
Bila cuti skolah ni mmg byklah majlis kan kakak..
Cantik gubahan kakak buat tu.. :)
kak zakie...
byk ke jemputannya?
teringat zaman2 sebelum kawen dulu...eh...tetiba...
cantik dan kreatif gubahannya :)
senang lah kalau boleh hias sendiri..nnt anak2 kawen sume buat sendiri
Amboii akak... pandai yer buat gubahan... :D
Ermm.. kalau idah mau hancur semua barang tu jadinya.. hik3x...
Assalammualaikum kak..meriah dengan undangan majlis kak..belum lagi masuk pun tahun 2014..tapi undangan majlis perkahwinan dan sedia menanti..kak sirih junjung tu cantiklah..:)
Setakat ni saya baru terima 3 kad jemputan...:) Saya tangan kaku tak berseni nak gubah2
memang betul bila cuti sekolah..kenduri kawen sana sini...
seronoknya kalau dapat gubah sendiri kan kakzaie...1 kepuasan juga
kita sebelum cuti sekolah dah busyjer ngan kenduri kawen.. cuti sekolahni nanti mesti lagi bestkan..
betoiler yang menjual secara besar2an bangsa dia gak yerk.. kitani buat bisnes kecil2anjer...walhal berkaitan ngan adat dan budaya kitakan..
cantik hasil gubahan tu kakak.. lebih jimat dan puas hati jika buat sendiri..
musim makan nasi minyak...
cntik hntrn..
byk jmputan cuti skolah ni kan..
Sayangnya tak ramai Melayu yang berani berniaga.
adik lelaki zura pon kawen Jumaat haitu. hehhe. semua gubahan hantaran buat sendirik jer.
tu dier kak... dah bermula cerita pengantin2 ni bila cuti sekolah. KA pun gemar buat2 hantaran mcm ni !
musim cuti sekolah.. musim buat duit & musim belanja duit juga kak... hehehe
Moga jodoh mereka berkekalan hendakNYA.
cuti sekolah musim kenduri kendara ...
Lepas nie tiap2 minggulah ada majlis kahwin....
Musim cuti skolah sinonim dengan kenduri kawen kan :)
Alhamdulillah rezeki dari Allah juga kan :D
Musim cuti sekolah ni memang banyaklah jemputannya. Seronok juga bila dapat berjumpa dalam satu majlis. Memang betul sekarang ni bukan Melayu pun dah pandai membuat gubahan untuk majlis kahwin kita.
Seronok buat gubahan nih kak.. sha suka... hik3
Kak sha pun tak taw mcm mn nak solve problem yg gambo no entry tu..
musim ct sekolah sinonim sgt musim org kawen nak bertunang kan
betul kakzakie..jemputan pun dah berderet menunggu untuk dipenuhi..
Hujung-hujung tahun ni macam biasalah, akan tiba musim cinta. Cewah!
Haha.
Time-time macam ni kalau ada kemahiran bersangkut dengan majlis perkahwinan memang tak menang tangan terima tempahan macam-macam.
cuti2 skolah la ramai yg berkenduri kendara.. deqla pun bakal tolong akak buat hantaran..tp utk abg kandung sendiri la..hihi..bln dpn in shaa Allah deqla follow rombongan merisik bagi pihak abg.. ;)
Musim cuti sekolah vs musim orang kahwin tak dpt dipisahkan.
Akk buat ker gubahan tu.
Tu la kan kak zakie...
Last2 cina yg conquer bisnes peralatan kawin Melayu! nasib la kita kena makan makanan yg halal...agak agaknya kalau tak, catering kawin pun cina yg conquer!
Wah boleh gantung periuk kuali ni kakzakie... banyak undangan yg diterima tu :)
Wah! Seronoknya.
ya betul tu kak, dah mula dah kenduri kendara ni...syok jugak klu join sama2
bestnya makan kenduri..hahaha..
Suka tgk gubahan. Cantik cantik. Tpnx pandai nak buat
Masa budak2 suka sangat kalau dapat rasa kuih2 hantaran ni.. walaupun cuma kuih baulu, bangkit, putu dan agar2/puding..
Musim raya, musim kawin memang bangsa cina yang banyak buat duit..
Salam kak.. kenduri hujung tahun ni memang banyak, moga-moga cuaca menyebelahi mereka ya kak..
p/s : jom tengok blog kita..ada entri lain sikiiit..
salam.
catik. org melayu memang terkenal dgn kreatifnya.
seronok la kalau amongs the family boleh buat gubahan sendiri.. tak payah nak bayar mahal2 kat orang lain :D
Kan..dorang mmg pantas dan cekap ambil peluang berniaga apa pun, satu yg saya respek dorang boleh lebih maju sebab dorang rajin.
lbh baik beli bakul hiasan yg dah siap drp gubah sendiri sbb kosnya lbh krg jer . tu la yg saya nampak masa abg kawin dulu ...
musim nasi minyak kak..
barakallah untuk semua pasangan baru!
Musim cuti sekolah, musim kenduri kendara...hehe
aduhhhhh..orang sekarang ...majlis bertunang pun dah macam majlis nak kawin...tapi kan..alangkah indahnya kalau buat ikut yang disyariatkan..tiada pembaziran..macam Diana Amir tu...
Menghadirkan diri atas undangan yg kita terima adalah satu kewajipan sebenarnya. Namun sekiranya ada yg membuatkan kita terhalang kewajiapan itu terjatuh serta-merta. Oleh itu selagi mampu dan boleh kenalah kita menghadirkan diri undangan/jemputan yg kita terima.
Gubahan semua itu bukan kakak yg buat. Adik-beradik kakak yg menyewa rumah kakak yg membuatnya.
Terima kasih semua yg sudi memberikan komen:-
Anim, Cik PUan Fadli, azieazah (betul Azie), Sarah Talib (tapi ramai sanak-saudara biasa boleh membantu jgn bimbang), umi alya, lia, redza, Kisah Si Dairy (taklah Eda), Cik Puan Rara, Umi Qi, Sura Mohd, aTieYusof Family, faraherda.razalan (puas makan nasi minyak baby dlm tu Fara), :: Mrs.Eady ::, Ujie (betul Ujie, mereka dah pandai), asyifa mustaffa, Mila@Rimbun, Fazleyatul Aini, Eye_nee, nadia rashid, ZazaMyMoon, ummuaidan, Knor (macam Nor salah satu yg dpt menjana lebih kan cuti sekolah ni - syukurlah Nor), Pokok Manggis Depan Rumah, Lydia Miza, mama_ka0ri, Mimie_Zatun, Zee Suhaini, ummiross, hainom OKje (boleh dinda pelan-pelan), JunAina, Ratu Hatiku (bukan kakak buat sayang), azian, C.M.A @ CikMoonAdnan, Zuraidah Butang, acik idah, PeRdU cINta (pandai mereka buat kan), Nurulhuda Abdul Latip (akan bertamabha kad tu Huda), Qhaifa Nur, Cho Zila, ,Mizz Aiza (Dunia Kecil), Kniedaz, nuyui a.k.a miss YUI, Aziela (kalau ada pun tak sehebat org dia kan Ziela), Nafira usof, Kesuma Angsana, Queen Teratai, aizamia3, Masya, Nazayiena Ayiena, Myra Jay, Mummydearie, mysha, izan mama mia, Acik Erna, Sylarius Yusof, Deqla Manjew, Fiza Rahman, Daddy Ziyyad (nasib baik tak pada catering ye hihi...), CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), wanariahamiza, Haryati Faizal, Rai Ourkizuna, Ibu Lala, makchaq, che mid (CM pun busy dgn sound system ye), Juhariah Johari, Time Traveller, Nastyna, harumankasehvee (diaorg buat bakul sendiri dari suratkhabar vee, siap varnish lagi - berbaloi cuma modal varnish sebotol tak sampai 10 ringgit), dhiera, Mia Kassim.
Buat semua terima kasih sekali lagi.
ramai kwn2 dkna kawen musim cuti nie..
Betul tu kak..bila bermulanya cuti sekolah mmg bnyak majlis kenduri terutama sekali jemputan kahwin..saya sejak pindah ni kemain banyak jemputan kahwin dapat...suka tau mkn lauk kenduri...
salam k.zakie..
btl2.. cma ada 4 jemputan kahwin utk bulan ni.. belum bulan depan lagi..
hehe.. cma uska menyibuk bwk dulang hantaran...sbb ada mcm2 terhias cantik :)
Rezeki cuti sekolah. Gantung kuali la nampaknya!
Post a Comment