Sementara menuju ke destinasi yang dituju kami singgah sebentar di tempat ini untuk mengisi perut. Dua-tiga kali pusing mencari tempat parkir akhirnya baru berjumpa bila ada yang mahu meninggalkan tempat itu. Sebaik melabuhkan punggung, dalam kesibukan itu ada juga yang sangat bermurah hati menghulur di setiap meja dengan beberpa biji buah dukong. Manis dan sangat segar dan aku pasti mesti baru dipetik dari dusun. Mula kami teringat ketika di Mekah dan Madinah. Setiap hari pasti ada saja hamba Allah yang bersedekah dengan memberi kepada kita seperti kurma, buah tin, roti dan sebagainya.
|
Kacang pool Haji - Inilah warung destinasi kami |
|
Hidangan - Sebiji telur mata lembu, sebelah limau kasturi, kuah dan sekeping roti berharga RM4/- |
|
Lapar - Oleh kerana lapar hubby menambah sekeping lagi roti ditambah pula kuah masih banyak lagi. |
|
Perhatian - Bermula 01-01-2014 harga kacang pook haji akan dinaikkan ke RM5/- |
Aku dan hubby boleh tersenyum dan menjenakakan hal ini. Siapa mahu marah tuan punya restoran? Harga gula naik, petrol naik, tambang bas sekolah anak naik, bill elektrik akan naik, toll juga akan naik apa kemampuan kita? Berbahaslah juga sesama pasangan tetapi apabila kacang pool haji akan naik aku dan hubby senyum sinis. Siapa kisah sebab walau RM5/- kacang pool haji ini tetap mempunyai pengunjungnya yang tidak berhenti. Kesimpulannya akibat dari banyak yang naik harga itulah kacang pool haji pun naik harga sama.
~~Betullah hujan saja yang selalu turun di Malaysia; selainnya semuanya naik-naik belaka.~~
62 comments:
haahah.. hujan je yang selalu turun ye.. betul juga..
nampaknya beberapa hari ni kena makan kacang pool banyak2 sementara harganya tak naik lagi... apa lagi yg nak naik harga nanti ye...alahai
Salam Kak..
haha, semua nak naik...kacang pool pun sama ye..tapi sebab sedap msti org akan dtg beli juga..sy pun suka jenis2 kekacang ni...hehe
barang naik harga..rakyat makin sengsara
Wah...nmpak sedap....ini bru kli kedua ataw ketiga rietta bca ttg kacang pool ini...teringin jugamerasa, tpi tidak tahu dimana hendak dicari....
Kak, kacang pool tu apa sebenarnya?
Frust lah kakzakie.. makin hari makain naik semua brg kat msia ni =(
Suma naik kan kak. ADa terbaca kat FB smalam pasal ni. Tak pernah lagi merasa kacang pool ni.
dulu sibuk memerangi inflasi sekarang menggalakan pertumbuhannya pula...nampaknya otak kiri n otak kanan sama saja jalan pemikirannya kan....
kacang pool? tak pernah makan..
itula kak zakie..kita pon boleh naik darah ni..haha..
First time dengar kacang pool nie kakak..mesti sedap kan...kalau dah ade pengujung ttp will not make any different kan...
yg hujan tuh ade betulnya jgk..:)
peniaga tak boleh ambil kesempatan menaikkan harga sewenang-wenangnya.
kali pertama dengar kacang pool..
sabar ajelah kak...pening jugak..nipun anak 2 org nak sekolah tak kurang seribu, semua naik harga
Kalau ke JB memang tak miss ke sini.. memang best sgt.
Teringat masa kecik2 dulu, seringgit tuh sangatlah besar nilainya. Now bagi seringgit kat anak buat belanja sekolah pun x cukup.. takat dapat sepinggan bihun dua tiga suap jer hihi
Kerajaan kata menaikkan harga barang adalah pendekatan baik untuk rakyat... Tahniah BN dan rakyat Malaysia.
Hahahahhaa.........
Peh, kacang pool pun dah naik jadi RM4 sekarang ni. Apa nak buat, kacang yang dalam tin kat kedai pun dah naik harga.
Ikutkan, memang payah nak maintain harga murah kalau kos sampingan macam elektrik, gula, petrol semua dah naik.
memang sedap kacang pool kat situ..naik harga ye tahun depan..
kenapa telurnya telur mata lembu kak? biasanya orang panggil mata kerbau..?
saya tak pernah makan kacang pool.. ketinggalan sungguh..!
byk dah org upload gambar kacang pool ni, sy tak berkesempatan nak rasa lagi. katanya sangat sedap..
oo naik harga pulak...
jemput singgah blog sy pula ye -->
http://afasz.blogspot.com
Kacang Pool depan Wisma Persekutuan ke ni Kak?.
Naik harga?.
Hmmm..... jom kita masak sendiri je la Kak.
ada panggil ful.. ada panggil pul..
tertunggu2 jugak bila gaji kita nak sama naik :)
Assalammualaikum kak..wah nampaknya semua naik ye kak..Allahuakbar Allah itu maha mengetahui..kadangkala melalui suatu kepayahan itu Allah mhu mendidik..mengajar dan meningatkan kita..moga kita sentiasa bersabar walu terasa bebanannya..
Hujan aje yang turun, lain-lain naik sesaja :D Berbalik kepada kacang pool ni, kalau saya nak merasanya terpaksalah bayar RM5 ya. Tak dan nak mencubanya tahun ni :)
assalamualaikum kakzakie...ikut peredaran masa dan barang2 sekarang ni semuanya naik....
belum dapat merasa kacang pool haji ni..dah nak naik harga...huhu..rakyat didahulukan..
semua naikkkkkkkkkkkk
pasrah sajalah
sedap mkn nampak...
kacang pool
Sedapnyaaaaa kacang phool.... Ngences ni kak....
Salam Kak Zakie, kalau dah naik, mustahil utk turun, betul tu Kak Zakie, hujan saja turun... mmg pelik la kalo kejadian hujan naik, hahahaa...
Teringinnya. Selalu tengok blogger2 update psal kacang pool ni.. Kat TV pun pernah tengok.. Sekarang sume naikkan.. tak boleh kita nak salahkan tuan kedai pulak.. Kesian diorang cari makan juga.. huhu..
Betul kata kak zakie...naik harga pun,org tetap akan dtg makan kacang pol nya...hahahah...itulah best nya meniaga makanan..kalau dah sedap,org tetap dtg makan
Salam Kakzakie...
Amboih! Naiklah semuanya eh? Nak salahkan siapa? Mmmm....tak apalah. Nak buat mcm ne. Terima jelah apa saja yg naik pun. Nak melawan pun, kite ni timun. Allah je yg Maha Mengetahui segala. Apapun, siapa yg menganiaya.....beringatlah sebelum diturunkan bala.
=(
assalamualaikum kak.. :)
mama dulu selalu membeli, sekarang tak lagi.. mama buat sendiri.. lebih puas hati, jimat.. hiihihihi
kalau mmg sedap, harga bukan lagi ukuran.
bilalah saya nak rasa kcg pool ni..nama je org Johor.
Semua barang dah naik harga kan kak....terpaksa berjimat cermatlah lepas ni...
Tak pernah lagi merasa kacang pool ni.
Betul tu kak.. semua naik.. lepas ni caj doktor pun naik sebab ramai org sakit.. temperature naik, naik hangin, aisshh
kita nak salahkan peniaga pun tak boleh sebab semua tu datang dari pihak kerajaan.
kakzakie...saya tak pernah makan kacang pool..dkt utara tak ada orang jual..kena cari resipi ni
takleh slhkan tokey..hihi
Hujan turun tapi air naik kakzakie... penyudahnya banjir... begitu jugak kaedah barang naik... pengguna yg menanggung nya :/
Swdapnye kakak..kalau sedap, naik la berapa ringgit pun, ttp org akan dtg..smbl go el harga naik tp suap jugak masuk mulut..ttp dtg jugak..hehehehe
Waa bestnya, teringat hari tu ummi pergi, sempat merasa kacang pool, memang terbaik ah, kat area Putrajaya ni takde pula jual kacang pool Kakzakie.
Yelah hujan je turun kan Kakzakie..sampai banjir, yang lain2 semua mencanak naik. hihi..
Ya Allah takut nak menghadapi hari esok.. semuanya naik2
In shaAllah nor tak kan naikkan harga jualan...masih murah dn sedap...
Kadang2 xboleh nak salahkan juga...semua barang dan perkhidmatan dah naik harga. Selain hujan...Bonus pun mungkin turun juga...huhu
hmmm smua nak naik rege yer.. sadis betol.. huhuhu.. err.. deqla x suka telor separuh masak cam tu.. deqla suka yg masak betul2, garing2 pun xper.. haha..
erm agensi masz keje ada buat promosi di angsana JB, (padang A), ada jemput kacang pool haji ni buat demonstrasi masakan, harga dorang jual memang rm5.00, masz x tau pon harga sebenar berapa sebab x pernah dengar menu ni sebelum ni..
hurm, semua naik yerk... lepas ni apa pulak yang naik...
Sejujurnya kak, saya x pernah mkn lg menu ni walau saya anak johor dan mertua saya kt tampoi
Hmmm...mengeluh pun rasa tak bermakna dah dengan kenaikkan harga2 barang...rakyat didahulukan katanya..
Semua naik.. kita lak naik angin benggang sebab semua naik harga.. :)
alaa....belum pernah try sekali pun lagi tup tup dah naik harga. sampai hati....huhu
Jom kita naik kanda hehe.....tulah pasal....semuanya naik, apa nak jadikan kanda dgn negara kita ni.....huhu.....
Adoii..semuanya nk naik..jenuh ler kita bekerja keras siang mlm..donia..donia..huhu
Adoii..semuanya nk naik..jenuh ler kita bekerja keras siang mlm..donia..donia..huhu
Sesuatu tempat makan andai sudah diwar-warkan melalui tv pastinya akan mendapat sambutan sana-sini. Perasaan ingin mencuba pasti ada. Ini juga salah satu sebab mengapa Kacang pool pak haji femes amos. Kakak memang suka makan roti bercecah jagi kacang pool ini menjadilah salah satu favorite.
Apapun kenaikan harga tidak dapat dielak kepada pengusaha restoran andai di keliling mereka (kos) telah naik. Mangsanya tentulah pengguna juga.
Terima kasih kakak ucapkan kepada semua yg memberikan komen:-
Aisy Nasiha, aTieYusof Family, redza, HeNRieTTa JoSe, t.a.t.a, ZazaMyMoon, Fiza Rahman, paridah, mama_ka0ri, ummuaidan, Shaiful Zaidi, memmetlenggeng, Mila@Rimbun, Qashmere, Sylarius Yusof (sekarang RM4/- tahun depan jadi RM5/-), Mar Mansor, Rai Ourkizuna (keluarga kakak sebut telur mata lembu Rai), Afasz (sedap sangat tu taklah Fasz tapi kalau suka roti bercecah sedaplah), Miss Mirror a.k.a Sam (ini yg belakang bomba Larkinlah Sam), Dr Singa (ful jadi fool mcam tak eloklah pulak. Baik sebut pul), Ann Ishak, PeRdU cINta (merungut juga PC), Mummydearie, Mas Zull, nohas, izan mama mia, Aziela, eMMe, YUS, Daddy Ziyyad (dah ada nama kacang pool haji ni doc.), faraherda.razalan (yg duduk atas tu kena beringat lebih Fara), Norhasniza Khalid, Ujie, Mia Kassim, Muja.., aizamia3 (kami memang tak salahkan peniaga sebab kos mereka kena tanggung kita kena fikirkan sama), Sarah Talib, nuyui a.k.a miss YUI, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)(betul Yati rakyat marhaen yg menanggung semuanya), Falsya, ummiross (tempat yg sama ummiross makanlah ni), Sayangku Zie, Knor (tapi kos mesti lebih kan Nor), Bin Muhammad (betul tak boleh salahkan peniaga sebab kos mereka sudah naik berganda-ganda juga), Deqla Manjew, maszmadi, elly nadyra, Mat Gebu (rakyat didahulukan merasa kesannya CMG), mama maman aka yana, Murni Alfathunnisa, hainom OKje, wanie amerie (apa nak buat dik kita tak ada kuasa).
Buat semua terima kasih sekali lagi.
nak tau kakzakie, saya jarang sangat beli mayonis,last beli puasa baru ni, sebotol kecik tu rm3.60, tapi MasyaAllah saya beli minggu lepas kat pasaraya yang sama, nak tau berapa harganya..rm5.50...kulit popia rm 3.90 dah naik jadi rm4.90, tapi kita pengguna ni kenalah bijak yer...bak kata-kata kat fb..ayam mahal, makan ikan, ikan mahal, makan sayur, sayur mahal..nak makan apa ek?
Sekarang semua naik kan kak :)
Kita yang pengguna akhir yang merasa tenat.. huhuu
yela kan kak...semuanya naik..terpaksa la telan jugak..aihhh...yang terkena kita jugak..
Selamat menuju ke Tahun Barang Naik... hehehe...
Tak lama lagi darah pun naik jugak... hehehe...
gegegege .. mempengaruhi jugak .. sampai naik harga huhuhuhu
mmm, semuanya naik kan.
jgn kata kacang pol je naik air semua naik.
semua dah naik kan...kita yang rakyat marhain ni paling kuat terasa kesannya
salam k.zakie..
cma tak pernah lagi merasa mkn kacang pool.. kena cicah dgn roti bakar ye kak?
hehe.. mmg hujan je yg turun kat mesia ni.. yg lain semua naik.. :p
Post a Comment