Thursday, December 12, 2013

Pertemuan untuk menghilangkan rasa rindu

Dua tahun berpisah kerana tugasan, hari Isnin baru lepas sempena cuti Hol Al-Marhun sultan Johor kami bertemu lagi. Kali ini kembali bagi menghilangkan rasa rindu lama tidak berjumpa. Anak yang dulu sewaktu perginya belum tahu apa-apa kini sudah boleh memanggil walidnya dengan fasih sekali.

Mohd Thaqif - Inilah dia cucu saudara aku yang masih bayi ketika walidnya terbang ke Riyadh kini sudah boleh makan sendiri. Tidak mahu disuap oleh umminya. Sangat-sangat cerdik. Sepah tidak mengapa nenek zakie alas dengan tikar plastik Acik Adik Usu punya.
Si kakak - Sudah hendak masuk tadika tahun 2014 ini. Sedap betul kelihatannya makan mee soto nenek Zakie buat. Tidak toleh lagi bila dipanggil:)
Ala-kadar - Kunjungan yang tidak diberitahu. Makan sajalah apa yang nenek  masak ye sayang.
Tengok walid yang sihat bukan main - Ada cerita yang membuat kami ketawa. Sehari ketika walidnya baru tiba di rumah bila ditanya mana walid? Pantas jari telunjuk menunjukkan ke arah laptop. Walau jauh di Riyadh tetapi setiap hari mereka berhubung melalui skype. Sebab itu walau walid sudah di depan mata dia masih menunjukkan di laptop itu ada walidnya. Tapi darah daging walau tak pernah berjumpa sejak sudah besar (baru dua tahun) tetap mahu dipeluk/sayang dengan walidnya. Dengan orang lain dia tidak mahu.
Ole-ole - Banyak juga ole-ole dibelikan buat mama zakie dan keluarga. Salah satunya kurma madu ini. Kalau dulu masa beliau masih bersekolah mama Zakie memberinya duit raya tapi kali ini beliau yg memberi mama Zakie. Terharu rasa.
Balik sekadar tiga minggu pasti terasa cepat benar masa berlalu. Berada di rumah sendiri di KL seketika terus balik kerumah mummynya (Kak Long aku). Kemudian berziarah ke rumah semua nenek-atok dan mak-pak saudara.  Setelah selesai semua urusan dua anak yang akan ke sekolah tahun depan beliau akan terbang semula ke Riyadh pada 29-12-2013. Kerana tuntutan tugas terpaksalah berpisah dengan anak dan isteri lagi.

~~ Doakan moga anak buah aku terus berbahagia dan akan dapat bertugas semula di Malaysia.~~

74 comments:

Ujie Othman said...

Tabahnya isteri dia...kalau saya, mcm tak sanggup je...nak ikut sekali.
Moga cepat dia dpt kembali kerja kat sini.

Unknown said...

woohh....jauhnya kena keje..kalau saya tak sanggup nak PJJ lagi..mesti anak2nya rindu yang amat pada walidnya kan..

Acik Erna said...

Memcari rezeki yang halal.wakaupun berjauhan kan kakzakie..demi tugas

Nor Azimah Ali said...

kzakie..nenek..hi hi, saya pun ada cucu, cucu sedara, cicit sedara pun ada..terasalah tuanya...

Fazleyatul Aini said...

comelnya si kecik tu makan. lapar pulak tengok dia makan tu macam sedap je ye

AtieYusof said...

Alhamdulillah..dpt juga berjumpa kan Kak? comel & nampak bijak Mohd Thaqif ni..nak makan sendiri ye..hehe..takpe Kak zakie masak sedap msti thaqif ni suka...
Harap Umminya dpt berpindah ke Malaysia semula..:)

Irfa said...

sayu rasa hati baca kisah si anak tnjuk walidnya di laptop..sy tak terbayang kalau duduk berjauhan dgn suami.. sbb tu sy kagum dgn perkahwinan jarak jauh ;)

emmm si kakak makan x toleh kiri kanan konfem sedap lah tu

Unknown said...

makan sekeluarga mengeratkan hubungan sesama keluarga...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

pandai thaqif makan sendiri...
kemain berselera dierang makan kak...mesti sedap akak masak...

Masya said...

dugaan dan cabaran bila berjauhan ni mujurlah ade skype yer.. tidaklah terputus perkabaran

Unknown said...

mencari rezeki halal tak kira tempat kak zakie. semoga terus diberkati ALLAH.. :)

Kayu Manis said...

Hidangan nenek zakie tu sudah tentu tip topkan cucu2 semua.

mmg lh kak salah satu syarat nak berkerja di sana, isteri tak boleh bawa....fasihlah berbahasa sana yeencik suaminya.

ummiross said...

hihi..pandai je tunjuk kat lappy ye bila ditanya mana walidnya, cerdik anak zaman IT!.

Umm AA said...

Seronok kan dpt jumpa ahli keluarga yg lama jgk terpisah..
yg kagumnya anak boleh ingat lagi bapa mrk sbb sll berinteraksi mll internet kan..semoga suatu hari nanti mrk dpt hidup bersama seadanya..inshaallah

Fiza Rahman said...

Cabaran PJJ. Lama tu 2 tahun tak jumpa.

Unknown said...

tabahnya mereka.. saya mmg tak sanggup berpisah jauh dari keluarga kerana tugas..

adyna AB said...

Insyaallah semoga dpt ardor bertugas kembali di Malaysia , alangkan slgr n perak pun saya dah rasa jauh ;)

lia said...

tersentuh hati saya baca bler d tnya walid, d tunjuk laptop... dan mahu pula d peluk wpon terpisah lama...

YUS said...

Sedih pula bila baca entri ni. Harap perhubungan mereka kekal bahagia hingga ke jannah..

Sedap nmpak mee soto tu. Teringin la pulak! hehe..

Rizziela said...

rezeki utk anak2..tp sedih bila terpaksa berpisah dengan anak2...

kak tie said...

demi mencari rezeki..itulah pergorbanan terbesar seorang ayah dan suami

Bunda_nora said...

assalam, demi tugas demi mencari rezki...rela apa saja...

Kakcik Seroja said...

Assalamualaikum Zakie...

InsyaAllah, Ahad hingga Selasa (15-17/12), kakcik akan ke JB. Kalau diizinkan Allah, mungkin kita akan bertemu juga. :)

Rozie said...

seronok dapat berkumpul makan2.. berjumpa semula

amirah said...

aiii...sedihnya kalau terpaksa duduk berjauhan macam ni kak. tapi apa nak buat..sekali sekala brcuti bagus juga melawat semua sedara mara

nuyui a.k.a miss YUI said...

rasasayu baca entry ni kak.

nohas said...

tetamu jauh..suami, isteri yg tabah..

maszull said...

assalamualaikum kak zakie....seronoknya anak buah dtg bertandang ke rumah yer...tengok tu cucu saudara pun seronok menghadapi hidangan dr air tangan tok zakie nyer...;

Unknown said...

meriah juga makan ramai2 cam tu kan Kakak~ sesekali menerima tetamu jauh memang terasa meriah. lagi2 kalo ade anak2 kecil pulak.

jauhnye anak saudara kakak kerja. isteri dan anak2 tak dapat ikut yer~

Cik Puan said...

pengorbanan sumai buat isteri dan anak-anak tercinta...demi mencari rezeki yang Halal..

Unknown said...

lamanya baru dapat jumpa walid dier..kesian..
walaupon dok skype hari2 kak tapi ada beza jugak..sib baik dier masih rapat ngan walid..

mysha said...

Hadoii bila terpaksa berjauhan mmg sedey kak..

Sha harap permohonan sha utk tukar kampus berjaya.. otherwise sha pun terpaksa tempuh banda yang sama jugak nnt huhuhu

faraherda.razalan said...

Comelnya Thaqif tu kak. Tgk gaya dia mkn, pndi betul.

Kak, sy terliur tgk mi soto akak tu. Haish...mane nak cari ni kak? Ni yg mula nak mereka masak mi soto kak. Sedapnya!!!! Mi tu yg bt sy geram tu kak. Arghhhh!

Anonymous said...

singgah jgk kejap cuti2 ni !ssh benar nak brblog dgn tab ni

Unknown said...

salam kak zakie..
kalau di beri pilihan of coz tak nak berjauhan dengan family kan..

dek kerana tanggung jawab yg memaksa kita berpisah untuk semantara so, kena redholah kan kak zakie..

kalau bole..dok eah!!..dok eah !!..

Mia Kassim said...

nampak berselera semuanya makan kan kak.... :-)

Sarah Talib said...

seronok tetamu datang ke rumah..lebih2 yang lama tak jumpa.

aanie said...

3 minggu bercuti mmg takkan rasa cukup kakak...

aizamia3 said...

Moga urusan di sana mudah dan cepat selesai hendakNYA.. dan moga semuanya sihat selalu hendakNYA..

Mizz Aiza said...

jauhnya di riyadh.. semoga dipermudahkan segala urusan kerja di sana oleh Allah.. tabah betul anak dan isteri di malaysia..

emarieys said...

lama tak ketemu..terubat rasa rindu...

Unknown said...

Menu mengejut akak amboii bukan main... macam2 ada... :D

Errmm... agak2 kalau datang buat appt apa kak zakie masak gak nyer ekk!!... ermmm.... lamb chop? :D

ellynadyra said...

Menu mengejut tetap terbaek.
Napa x ikut walid?

Falsya said...

Adehhh..serious falsya terliur tgk makanan tuh...

Julia Johari said...

Assalamualaikum kak zakie...
Akak berjaya buat umi QI sebak hari ini...

Mohd Thaqif: Allah kurniakan dia di dunia ini sangat2 bijak...ditanya mana walid...tunjuk di laptop....ya Allah...wpun walidnya jauh di perantauan semacam dia sudah mengerti pekerjaan walidnya...bijak dia kak...ju nangis bila teringat Qi...sbb Qi pun sebut walid...wpun belum pandai mcm thaqif nk sebut walid sedikit sebanyak tersentuh hati julia kak....moga thaqif happy selalu

Rinna said...

Beselera tengok Mohd Thakif makan.. biasa laa budak2 kejap aje membesarnya.. :)

Unknown said...

jauh merantau yer untuk bekerja , dah rezekinya di sana...alhamdulillah...

Sura Mohd said...

bila tengok pasangan lain berjauhan rasa terharu..kalau sura camtu rasa tak sanggup..:( nak ikut jugak..

Aziela said...

Walau jauh beribu batu, walau tidak dipeluk di manja, tapi kasih sayang itu adalah tali yang tak terlihat dek mata kasar.

Shahrul Yusof said...

Independence sungguh Mohd Thaqif ni. Kecik-kecik dah pandai makan suap sendiri. Cute jer. Hehe

haryati said...

seronok akak dapat jumpa diaorang semua ye...

Kniedaz said...

jauh tu...

KakNi said...

Sayang nya nenek dgn cucu sedara kan..... sabar jer lah, demi mencari rezeki terpaksa bekerja di perantauan

ZalinZalina said...

Suka lak saya tengok si kecik tu makan suap sendiri...sedap kak zakie masak tu :)

Nina Mads said...

besarnya pengorbanan isterinya yg sanggup berpisah dan membesarkan anak2 sendirian. semoga dpt bertugas di tanah air nanti. aminn

Murni Alfathunnisa said...

ikatan darah daging...macam tu lah kuat nya. walau lama tak berjumpa..bonding tu tetap ada. mudah-mudahan dapat balik ke Malaysia..in shaa allah.

Adriannasyaz said...

Semoga dpt melepaskn perasaan rindu wlu bertemu sekejap ^_^

BinMuhammad said...

Mujur ada teknologi, walaupun terpisah jauh tapi masih dapat melihat muka dan perkembangan anak. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian...semoga segala urusan dipermudahkan

asyifamustaffa said...

Siannya...demi tuntutan kerja kan kak...sian si kecik tu...klau sy....x tau la cmne...tabah sungguh isterinya....

Kasih Salina said...

lamanya berpisah selama 2 tahun..tak pernah balik langsung ke kak..sedihnya kalo saya yang jadi camtu..berat benor beban yg dipikul isterinya..

Puan Kutu said...

comel tgok dia makan sendiri,dah tu dpt byg comelnya ia tunjuk walid dekat laptop..ye la zaman canggh da je cara nk berhubung cuma sentuhan fizikal tu yg tak mampu..harap isterinya terus tabah,semoga anak saudara kakak zakie cpt dpt kembali bekerja di Malaysia..

kurma madu tu nmpk best..sy dah la gla kurma.hehe

aby said...

salam kz ..
dikata dunia tanpa sempadan ..
wlu diriyadh .. tp tetap dekat bila nak berkomunikasi

Anonymous said...

mcm kwn saya . keje kat taif , arab saudi . anak isteri kat sini . bila ada cuti jer , bawa anak isteri melancong kat oversea ...

sal said...

Assalam...Lama tak bersua dgn anak buah yg jauh di mata:skrg dpt face to face...alhamdulillah...moga sentiasa erat di hati..

Kakzakie Purvit said...

Kalau ikutkan anak saudara kakak tak tahan tapi dek tuntutan kehidupan kena lalui juga. Tapi bermula tahun depan beliau akan balik setiap 6 bulan sekali memandangkan anak sudah bersekolah. Isterinya memang tabah tapi bersyukur sebab ibu-bapanya duduk berdekatan dgn rumah mereka. Jadi dalam hal anak-anak adalah mak-ayah yg boleh dijadikan rujukan.

Terima kasih kepada semua yg sudi mentitipkan komen di N3 kakak ini:-

Ujie, mama_ka0ri, Acik Erna, Nor Azimah (kakak dah ramai cucu Azi), Fazleyatul Aini, aTieYusof Family, Irfa (kita rasa kita tak boleh kan), Santri TPINI, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Masya, syuk shusuke, Knor (boleh bawa Nor tapi itulah kos utk anak sekolah terlalu tinggi hingga puluhan ribu setahun), ummiross, ummuaidan, Fiza Rahman, Rai Ourkizuna, adyna (impian tuk duduk bersama tetap ada Dyna), lia, YUS, Rizziela, Kak Tie, BUNDA a.k.a KN, Kakcik (Insya-Allah kakcik), Sayangku Zie, amirah, nuyui a.k.a miss YUI, nohas, Mas Zull, Nafira usof (kalau ikut kos pembelajaran 2 anak terlalu tinggi Zura), Cik Puan, Zee Suhaini, mysha, faraherda.razalan (buatlah Fara, tak susah pun, jgn sampai dah bersalin nanti ngences hihi...), Kesuma Angsana, Roha, Mia Kassim, Sarah Talib, aanie, aizamia3, Mizz Aiza (Dunia Kecil,) Ema Johari, acik idah, elly nadyra (kos persekolahan puluhan-ratusan ribu elly), Falsya, Umi Qi (oh ye anak-anak mereka panggil mak/ayah dia macam Qi jugalah), Rinna, Papa Mifz, Sura Mohd (kita tak kena mesti kata macam itu Sura), Aziela, Sylarius Yusof, Haryati Faizal, Kniedaz, KakNi Sihat Cantik, ZalinZalina (mereka dah laparlah Ina), Amanina Mads (ada bantuan mak-ayah yg duduk dekat Nina), Murni Alfathunnisa (betul Murni), adrianna syaz, Bin Muhammad (lagi 3 tahun balik M'sia rasanya), asyifa mustaffa, Kasih Salina, Puan Kutu (sebab tiap hari berbual di skype itulah jadinya), aby, harumankasehvee, sal.

Dijangkakan akab balik M'sia lagi pada bulan Jun 2014.

Terima kasih sekali lagi buat semua.

nOe suhaimi said...

Nenek Zakie masak sedap sangat...tu yg si kakak berselera je makan...mesti seronok...sbb dah lama x jumpa...lepas segala rindu..

wawa syaida said...

teknologi penghubung jarak jauh dan dekat....

Syamimi Saad said...

kuatnya hati seorang isteri.. ditinggalkan bersama permata hati.. sesungguhnya permata sebagai teman tu la sumber kekuatan kan.. :)

Ibu Lala said...

Akk msk sedap sgt tu. Tu yg kakak mkn x tgk kiri kanan.

Kalau saya tak sanggupnya kena tinggal mcm ni. Biar la sy kena uruskan itu ini asalkan x berjauhan sudah.

PeRdU cINta said...

Assalammualaikum kak..demi mencari rezeki yang halal untuk keluarga..untuk melunaskan tanggungjawab pada majikan juga..insyaAllah semuanya pasti selamat..amenn..Allah memilih mereka kerana Allah tahu anak buah akak sekeluarga mampu untuk menghadapinya..comel cucu saudara akak la..lantaran sudah terbiasa dengan berdikari..tu yang makan tak nak bersuap..hikmahnya begitu simbolik..

ellynadyra said...

besarnya pengorbanan setiap ahli keluarga mereka kan....hubungan kekeluargaan, walau lama tak jumpa, tetap masih boleh bersama

OKje said...

Alahai tak bestnya kanda kena tinggal lagi...kalau dinda ikut je duk Riyadh...tak sanggup duk berjauhan....

Unknown said...

2 tahun.. lama gak tu.. terpisah jauh di mata tp di hati dekat slalu.. deqla mcm kak okje gak.. mmg x sanggup nak berjauhan.. hukhuk

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..

jauhnya anak buah akak bertugas.. alhamdulilah dpt isteri yg memahami..

dah lama tak berjumpa, sekali bersua pasti byk yg nk di ceritakan.. :)


insyaAllah..amin....