Tuesday, February 4, 2014

Bazar karat Johor Bahru

Bazar Karat yang kami kunjungi ini terletak di tengah-teangh bandaraya Johor Bahru. Bukan saja sesak dengan booth-booth penjual tetapi juga sesak dengan umat manusia. Kami mengunjunginya malam itu bersama anak-anak. Ada yang mereka hajatkan. Barang jualan di sini agak murah berbanding di kedai-kedai biasa. 

Lambakan jualan - Beraneka jenis barang ada dijual di bazar ini.
Booth terakhir - Selesai membeli jeans, handbag, wallet, stoking, perfume dsb kami singgah si sini. Casing untuk S3 di sini ada dijual hingga serendah RM20/- saja.  Tetapi sekadar PVC biasa cuma warna yang menarik mata anak-anak.
Mengisi perut - Letih menghayun kaki mengikut kehendak anak kami berhenti di sini. Tengah malam buta kami makan. Aku mampu juga mennghabiskan cheesy wedges dan tea ini saja.
Papa punya - Beli set ini. Sungguh tidak disangka ramai juga pengunjung yang makan di tengah-tengah malam begini.
Anak-anak dgn Mak Zah - Mereka makan bersama di meja ini. Lihatlah Yasmien menunjukkan casing S3 dia yang dibeli dengan harga RM20 saja.
Bazar karat di sini menjual bukan saja barang baru tetapi juga menjual barang terpakai. Kepada yang kurang mampu dan tidak kisah boleh membeli kerana harga sangatlah berpatutan. Namun tidak kurang juga yang jauh lebih mahal. Kenalah pandai memilih.

~~ Sebenarnya aku kurang berminat ke tempat begini kerana sesak, tetapi demi memenuhi kehendak anak-anak kami jejaki juga.~~

67 comments:

asyifamustaffa said...

Penah ke sini 3 thn yg lepas...mmg ramai orngnya kak...org msia kan ke suka berbelanja...itu manjang ramai je org...nak cri parking pun payah...

Sayap Biru said...

pernah tinggal kat jb sekejap ... tapi xpernah pulak kawan2 bawa gi pasar karat ... huhuhuh cerita je lebih (o_O)

AtieYusof said...

Kat sini jarang ada Bazar / Pasar Malam kak..klu ada nk juga pegi sbb suka cuci mata...hehe..mmg murah2 kan brg depa jual..:)

BinMuhammad said...

Ada pasar karat di JB...kat area mana tu? Saya pun kurang suka bersesak2..sungguh xselesa nak bergesel2 ni...Nak belek2 barangan pun payah. Dulu sebelum ada Plaza Angsana, suka jalan2 di pasar Bt 5...ntah ada lagi ntah tidak.

Fiza Rahman said...

Rambang lah mata klo gi tempat macam ni ☺☺

rostina76 said...

aduhhhh sedih. lama dah tak merasa kemeriahan pasar mlm mcm ni. kat brunei tak happening sgt

Unknown said...

saya tak pernah sampai pasar karat kak.. rugi betul.. kena tunggu anak2 besar sikit lah nak bawak jalan malam2..

Mia Kassim said...

Sesekali pegi ke bazar camni memang seronok kak....ada banyak barang yang boleh dibeli, sambil2 tu cuci mata..hehe

Nor Azimah Ali said...

kzakie, kenapa nama dia pasar karat, bukan pasar malam cam kat tempat lain?

Nor Azimah Ali said...

Laa, sori..bazar karat, bukan pasar karat, tapi tetap juga nak tau kenapa nama dia ada karat?

t.a.t.a said...

Typical rakyat Malaysia kak, in fact dah namanya pun manusia, hampir semua jenis rakyat negara mana sekali pun waktu malam masih ada lagi yang makan.

OKje said...

Wah bestnya kanda....dinda suka jugak pergi meronda pasar pasar mcm ni cumanya tulah.... kadang tu parking susahkan kalau tempat macm ni.... tu yg hubby malas tu

cheqna said...

suami cheqna memang tak suka tempat2 begini...sesak katanya..tapi cheqna suka..hahaha

Sura Mohd said...

sura pun suka kalau pergi tempat2 camni..tapi suami pulak takberapa suka..yg bestnya bila dah penat berjalan..perut pulak mintak diisi..
beli barang tak seberapa..makan jer yang lebih..:)

Kamsiah yusoff said...

anak lelaki dan suami saya jugak gemar ke bazar karat mcm tu...saya sekali pergi..dah tak mau dah...sesak...

Fazleyatul Aini said...

cuti hari tu semua tempat sesak kak
macam saya ni rumah dekat dengan pantai. nak ke pantai tu pon dah jammed. aishhh

Tie HT said...

seronok juga ya bazaar karat ni

Unknown said...

ke bazar karat lagi ye akak :)
time cuti mmg ramailah umat manusia..apa lagi cuti sekolah kann..
boleh pi larut malam pon tak kisah,hehe

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Macam-macam ada barang kat bazar ni. Seronok boleh cari danpilih macam-macam barang yang berkenan.

ummiross said...

sekali-sekala menemani anak-anak membeli keperluan mereka best juga kan Kakzakie, kita tumpang dua kaki, kalau ada yang berkenan, boleh juga kita shopping sekali. Tapi yang bersesak tu memang tak tahan sikit kan. Menggoda pula tengok cheesy wedges tu..

paridah said...

pasar karat ni pelbagai barangannya n murah pula ya...

Umm AA said...

Kadang2 pasar camnie menjual brg2 yg jrg didapati kat trmpat lain dgn harga yg lebih murah..kalau sy sesekali pegi tpt camnisuka jugak kakak..:)

Bunda_nora said...

pernah dengar tapi tak pernah sampai lagi...

Unknown said...

sll gop dgr pasal pasar karat nih... tapi rasanya saya pon malas nak g.. dah makin byk umur ni.. malas dah nak bersesak sesak ngan org ramai.. hihi.. tapi kalau dah sampai johor..wajib singgah kot... lahai.. ntah bila nak sapai johor nih

pB said...

nak bersesak dengan orang ramai memang meletihkan

letih fizikal
dan
letih mental

Sweetamieda. Blo said...

kami pun pernah singgah sekali masa ke JB dulu...mmg ramai manusia bersesak2

saniahibrahim said...

anak bujang sya balik cuti selalu pergi bazar karat ni ,kata dia barang murah dan bnyk pilihan yg dia nak.

saniahibrahim said...

anak bujang sya balik cuti selalu pergi bazar karat ni ,kata dia barang murah dan bnyk pilihan yg dia nak.

saniahibrahim said...

anak bujang sya balik cuti selalu pergi bazar karat ni ,kata dia barang murah dan bnyk pilihan yg dia nak.

saniahibrahim said...

anak bujang sya balik cuti selalu pergi bazar karat ni ,kata dia barang murah dan bnyk pilihan yg dia nak.

saniahibrahim said...

anak bujang sya balik cuti selalu pergi bazar karat ni ,kata dia barang murah dan bnyk pilihan yg dia nak.

gadisBunga™ said...

saya suka jalan jalan bazaar karat tu sebab nak tengok tengok. menarik juga sebab malam kan sejuk...taklah berpeluh menyukat. heheh~

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..
mesti meriah giler sampai ke pagi..
kalau kt area umah cma ni, kitorg pegi uptown.. :)

yan's cottage said...

pernah sekali sampai sini....cari barang2 antik gitu.....

Penjejak Mimpi said...

Assalam kak Zakie. Baru2 ini sy juga berpeluang ke Pasar Karat di Ipoh. First time so excited yang teramat2. Siang dan hanya ada hari Ahad je. First time pergi so just usya2 je mana2 yg berkenan di mata. 2nd time nanti tahulah apa yang hendak dibeli. Rambang bijik mata menengoknya kak.. huhu...

Aina Adam said...

Sama kita kak... sy pun tak suka tempat sesak mcm nih. huhu..
Tapi kalau tak pernah pergi dan alami sendiri x de lah pegalaman tu nanti kan..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

assalam...saya pula suka pergi pasar tani shah alam..macam2 ada dari barang basah hingga brg antik...semua ada.

ohpanduan said...

Boleh singgah nanti bila sampai sini. Macam menarik semua barangan yang ada kat pasar ni.

cahayahidupku.blogspot.my said...

En suami saya yang suka sangat ke bazar karat @ pasar karat ni kakzakie, saya kurang gemar jugak sebab sesak dgn orang ramai, pastu tak tahan nak berjalan kaki mengelilingi bazar tu :)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu mmg ramai org tapi kalau ada benda yg perlu dicari disini kena juga pergi...sesekali pergi seronok juga rasanya kan...;)

JunAina said...

Aina sejak umur dah bertambah ni rasa sangat malas nak pergi tempat org ramai, penat sangat rasanya.

Cho Zila said...

anak2 memangler suka badan kuatkan.. kita yang dah banyak umurnyani mulalah ketaq lutut... ada jgk pasar karat ,,,

babYpose said...

Nampak meriah pasar karat ni, anak-anak mesti suka pergi dengan mama dan papa.

amirah said...

amie suka juga kalau ke pasar2 mcm ni kak..kdng seronok tengok je takde apa yg boleh dibeli

Cik Lily Putih said...

tak de masa lagi nak ke sini, nanti kalau free time mau gak ke sini ek

Mummydearie said...

Abang ipar saya yang duduk di JB ni panggil pasar karat. Dialah yang 'mengfemeskan' pasar karat ni kat kita orang adik beradik. Katanya semua ada, semua pun murah! Saya kalau ke JB teringin juga nak pergi tapi tak larat bawa budak berdua ni keluar ukur jalan siang malam. Bazar karat ni macam downtown bazar kat KL lah yek!

Eh, sejak bila Burger King ada cheezy wedges? Ke saya yang tak tahu dan lama tak jejak kaki ke situ?

Hudalatip said...

Akak ni bazar karat yang dekat dengan kompleks kotaraya tu eh..Bila la nak dapat pergi situ kan..

emarieys said...

oh kat JB pun ada bazar karat yer kak... kalau KL ada pasar karat..tp hanya dibuka time awal pagi saja..

Unknown said...

syuk kekadang shopping baju dngan dompet kat sana. ada barang jarang temui kat sana :D hehe

Zaitun said...

Anak kak Zai selalu cerita tentang bazar ini tapi kak Zai belum pernah pergi.

Kasih Salina said...

bazar karat tu nama bazaar ke apa kak..tempat2 camni kan memang akan ramai manusia..

ellynadyra said...

pernah pi few times kalau balik ke JB, tapi tu la, end up balik tak beli apa2, tapi mmg seronok cuci mata, tgk barang2 dan mcm2 ragam org

nohas said...

Ramai jg org tengah2 malam..

Akupenghibur.com said...

acik selalu jugak pergi sini

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

nhhas said...

hehehe... kat mana tempat ne kak? 5 tahun duduk JB tak tau pun... hehehe...

kak, kalau suka shopping online, boleh shop kat sini:
catch of the day...
http://www.catchoftheday.com.au/

hari tu adek saya beli casing iphone 15sen jer... comel betul... jeles saya. ;-)

Nastyna said...

Sekali sekala seronok tengok barang2 yang dijual, dan kadang2 boleh terkejut dengan harga yg ditawarkan. Saya pun sama la, tak boleh berlama2 kat tempat sesak macam ni, pening dan semput.

ANIM said...

Apa yang karat kat situ agaknya
Anak2 saya pun suka p tempat2 camni...kita mak pak depa je tak tahan dengan suasana bising dan sesak

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

salam kak...
kat perak pun ader bazaar karat tapi dibuat setiap hari ahad pepagi sampai ketengahari...
kat johor buat malam lagi best nih tak der la panaskan kak..
sesak2 tu yang tak best, hubby saya suka juga pergi bazaar cam ni...
memang murah2 harganya...barang2 antik ader jual kat sini...

Cikli said...

Hidup banyak pilihan.

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih kepada semua teman yg sudi menitip komen. Mohon maaf kakak agak kesibukan dua-tiga hari ini.

Bazar karat ini kakak pun tidak tahu mengapa diberikan nama "KARAT" tersebut. Mungkin dulu asalnya banyak menjual barangan lama tapi kini tidak lagi. Bahkan lebih banyak yg baru berbanding yg 'second-hand'. Penjualan juga hingga menjelang dinihari.

Buat semua terima kasih sekali lagi.

Anonymous said...

menarik tu.... mesti singgahlah kalau ke sini yer kak !

Azhafizah MN said...

tak pernah pergi pun bazaar karat

Unknown said...

rajinnye anak beranak jln2 bazar.. deqla x penah lagi sampai johor.. haha

Cik Rose said...

ni tempat wajib Ros ni kak.. hahahha.. selalu gi ngan husband.. kadang -kadang tak membeli pun, cuma tengok-tengok dan jalan-jalan je :)

nOe suhaimi said...

ooo namanya mmg bazar karat yer???...klu kat KL ni mungkin jenis2 downtown kut...

rakyat malaysia mmg suka makan ... x kira waktu...hehe

noe pun x berapa suka pegi tempat sesak mcm ni...rasa lemas...sekejap boleh la..

Unknown said...

The official theme for this year abstract fest 2014 will be FUSION!!FUSION!!FUSION!!
be prepared guys and lets spread it out guys!

we will be announcing the official line up...for this year ABSTRACT FEST 2014 soon..for those who that interested in joining this year event..we are searching for :-

LOCAL ART PERFORMER
LOCAL CLOTHING BRAND
F&B VENDORS
ZINE VENDORS
LOCAL EXHIBITOR
LOCAL ART EXHIBITOR
ANYTHING THAT RELATED

plz pm us or contact our PIC

AMANDA -0183500463
KANESH-0143107821
MARZUKI-0182396310

kehidupan sihat said...

tak silap saya ,nama pasar karat kerana disitu ada lorong yang bernama pasar karat..jadi,kekal nama pasar karat bagi seluruh pasar tu.