Lama sudah adik merengek mahu ke sekolah dengan menaiki basikal. Walaupun dekat tetapi laluan kenderaan yang banyak membuat aku dan papanya tidak pernah memberikan kebenaran. Alasan kami berikan sebab basikal adik tidak ada bakul dan beg sekolah pula berkilo-kilo beratnya. Tidak boleh diberikan alasan banyak kenderaan kerana padanya dia boleh berhati-hati. Lama menyepi sehingga pada hari Sabtu lepas apabila pihak sekolah mengadakan acara merentas desa kami benarkan adik ke sekolah menaiki basikal sebab tidak membawa beg berat dan kenderaan pun kurang bila hari cuti. Beg sandang kecil sekadar diisi dengan botol air. Pergilah adik dengan sahabat baiknya Mohd. Hafiz. Telefon bimbit juga aku bekalkan untuk mudah berhubung - tidak ada kelas boleh. Itu pun sewaktu pergi papanya mengekor dengan motorsikal di belakang. Balik mereka berdua selamat, kami pun lega.
Basikal adik - Menunggang basikal inilah adik ke sekolah semalam. |
Semalam sebab hari Rabu adalah hari ko-korikulum merengek lagi mahu berbasikal. Alasan juga diberi hari Rabu jadual buku tidak berat. Kami benarkan lagi. Tengahari balik sekolah sudah menelefon aku di pejabat. Bila telefon bimbit berdering waktu tengahari aku pasti mesti salah seorang anak yang memanggil. Solat Zuhor aku tidak khusyuk. Selesai solat aku telefon balik. Adik mengadu "Sesak nafaslah adik balik tadi mama. Sudahlah panas ada kebakaran lagi dekat sebelah jambatan tadi. Banyak asap sampai adik tak nampak jalan. Nasib baik ada polis jaga. Adik dengan Hafiz dah tak nak naik basikal lagilah." Alhamdulillah lega aku sebab tidak perlu memaksa lagi. Hati aku sebenarnya tidak senang anak berbasikal tanpa pengawasan. Sedangkan bermain di kawasan rumah pun bimbang apalagi bila ke sekolah.
Topi keselamatan - Rasanya adalah sekali-dua saja topi ini dipakai sewaktu mula membeli basikal. Selepas itu tersadai tidak digunakan lagi. Dulu RM50/- tidak tahu sekarang. |
~~ Aku mahu anak pandai berbasikal sebab tidak mahu seperti aku, tetapi jika ke sekolah walau dekat hati aku tidak tenang.~~
57 comments:
Samalah kak....rasa sangat bimbang utk lepaskan anak ke sek dgn berbasikal. Nasib baik jarak sek dan rumah kami agak jauh jd ada alasan kukuh diberikan kpd shumi kenapa dia x boleh berbasikal ke sek
saya pun sama ngan akak..bimbang takut apa2 terjadi..Aqil tak merasa naik basikal..malah x pandai pun..dia pun dah bising suruh beli basikal..kalau nak main2 naik basikal boleh..tp kalau kesekolah rasanya tak harap..
Salam Kak..memang risau juga hati walau dekat nak berbasikal tu.. klu dengan pengawasan boleh lah kan...Pa'e skrg klu berbasikal pun dlm kawasan pagar rumah je...:)
hehehehe... cerita adek selalu buat saya tersenyum... hehehe...
p/s; kak zakie, nnt bg emel address yer... kita nk paskan cd/ rakaman tu ;-)
salam kak ..
lama rasa nya tak singgah sini...
anak saya (darjah 1 dan darjah tiga) pernah melintas jalan raya besar balik sekolah ..punyalah saya tunggu depan gate sekolah... dia lalu gate belakang duduk kat surau.. memang tak berjumpa lahh.. saya ingat ade kelas tambahan ke... sekali tu adek saya call cakap dorang dah sampai rumah...punyalah berderau darah...
bila tanya macam mana melintas..?!.. pakcik jaga jalan tu ada... Alhamdulillah mereka selamat...
Siapa yang tak risau kak. Kalau saya pon memang tak senang hati. Macam² kes skang nih.
dulu ke sekolah jalan kaki je sebab dekat. tapi kadang2 gatal jugak nak naik basikal sebab tengok kawan2 ramai naik basikal. hihi
ye lah kak..sedangkan main kat rumah pun bahaya..dgn keta lalu lalang yg laju jek..inikan pulak ke sekolah..klu sy pun x senang hati...tp apa yg penting pandai naik basikal..hehehe
alhamdulillah..lega dah 1 perkara..
Samalah nekcik tak tenang hati klau anak berbasikal atau moto...ngeri klau tengok yg tergolek xsiden tu..mntak jauh
Memang kak sama lah saya...Basikal cuma buat bermain dihalaman jer...
Saya dulu masa sekolah rendah tak pernah berbasikal. Masa sekolah menengah aje yang berbasikal. Itupun hanya sekejap je. Tak larat nak berkayuh dengan cuasa yang panas. (anak manja la konon..). Last2 naik bas aja.. Hehe..
mmg lah berat rasa hati nak lepaskan anak guna basikal gi sekolah,kan kak.SB cam tu jgak walaupun jalannya cuma dalam kampung..risau hati lagi ada..
bahaya ada di mana2 tak kira dekat ataupon jauh..jadi kene berhati2 lah...
sib baik adik sendiri yang rela hati tak nak berbasikal lagi
kalau tak jenuh dengar pujuk rayu adik nak berbasikal kan kakak hehehe
Memang risau nak lepaskan budak2 kesekolah dengan basikal.. kenderaan makin banyak, tentang keselamatan lain pun risau jugak...
Memang risau kakzakie kalau mereka berbasikal tanpa pengawasan... Nabil pun kalau main depan rumah pun, mata saya tak lepas pandang... Alhamdulillah adik tak mahu berbasikal kesekolah lagi...
zaman sekarang dah tak macam zaman saya kecik dulu kak..dulu memang tak susah hati walau pun balik sekolah jalan kaki.. jiran saling mengenali.. ambil berat..kenderaan pun tak banyak macam sekarang.. pencemaran kurang..
betul kak..kalo dulu jalan kaki berpuluh kilometer pon tak kisah tapi sekarang memang tak boleh..bahaya ada jer kat mana2..dah tak selamat..
si along pon dok mintak nak gi ngan basikal..memang tak la zee nak kasi..
kita sebagai orang tua, macam2 fikirkan..
Lega kan Kakzakie, bila adik sendiri dah tak nak, kadang-kadang kita pun serba salah, nak bagi risau, tak nak bagi pun bila anak dah beria tak sampai hati pula.
rietta dulu ke sekolah dengan basikal..jauh sangat dr rumah...tapi sekarang, rietta sndiri xsanggup tgk anak anak kecil naik basikal ke skulah...sebab nya kenderaan sekarang snagat banyak...lepastu pula...soal keselamatan sekarang agak kurang meyakinkan...
mmg bahaya..biar anak naik basikal ke sekolah.. kereta laju dan banyak.. mmg risau..kalau saya mmg tak bagi laa sampai sudah..sanggup pergi hantar dan amnil...
skrg byk pengguna jalanraya yg syok sendiri, memandu membonceng moto membahayakan nyawa org lain. tak de sivik
Alhamdulillah adik tak mahu berbasikal lagi ke sekolah. Bahaya akak jika banyak kenderaan macam tu. Nanti kita kerja pun tak tenang bila tiba masa anak-anak balik dari sekolah.
bagusla adik tak mo naik basikal kesekolah..takderla mama risau...lepasni adik naik basikal kat kawasan rumah jerla...boleh ajar mama sekali yer dik...
Dulu ms sekolah rendah saya adik bradik p blk naik basikal kak. perjalanan jauh gak. Nak wat mcm mn mak bpk x blh nak hntr.
Tapi dulu kat kampong masih selamat lagi. Sekarang ni saya x berani nak cakapla
Aiman wlpn main basikal dpn umah pun saya risau. Sebab penunggang2 yg lain bkn fikirkan org lain. Isshhh seriau saya.
Akak, sekolah Zarif tu seberang jalan dari taman kitaorang, siap ada jejantas lagi..Ramai budak n kawan dia naik basikal tapi saya takmo, entah la risau sangat..Alangkan dia main naik basikal tiap petang pun hati saya tak tenteram, kang tak bagi main naik basikal tak patut lak cuma suh hati2 je..Cuma g sekolah memang kitaorang hantar walaupun ramai je yang naik basikal.
zaman dahulu okey lagi kak gi sekolah naik basikal sbb keadaan boleh dikatekan selamat..skrang ni takut mcm2 kan kak...mujur adik ade kawan so takle risau akak nak lepas kan...
akak tau, lieya dulu mase tingkatan 1 merase gi sekolah naik basikal....seronok ngan kawan2....sejuk2 pagi kayuh basikal heheheheeh
la ni kenderaan banyak di jalan. saya pun sama kak. kadang si abdul merengek nak naik basikal ke kedai atau surau..saya pulak terlebih bimbang
ya bimbang sgt dgn keselamatan anak2 ni kalau mrk berbasikal ke sekolah...hati sentiasa curiga risaukan pelbagai kejadian yg xbaik berlaku kpd mrk...pabila adik dh rasa kesusahan berbasikal mamanya mengurut dada lega ya...xperlu beri alasan gitu gini ya...
kak! akak tak pandai naik basikal ker..
lumrah tu kak..mak bapak risau kan keselamatan anak2..saya pon begitu juga dulu..risau sangat..tapi sekarang saya kuat kan hati melepaskan anak sulung saya menaiki motor ke sekolah..of couse la ada lesen dulu hehe..
tapi yg dua orang tu..pegi balik di hantar :)
macam mak aiza duu pun sama juga kakak.. nak lepaskan anak-anak naik basikal sendiri ke sekolah memang tak.. puas aiza dan adik memujuk mak, tetap tak boleh dan katanya bahaya.. naik basikal hanya dibenarkan di kawasan rumah sahaja.. sekarang kami dah besar barulah boleh menaiki basikal keluar dari kawasan rumah.. selain dari kenderaan banyak kes penculikan juga kerap berlaku di zaman sekarang..
SAMA LE KAK.. KALAU SAYA PUN TAK IZINKAN GAK.. RISAU NANTI...
tak sama situasi sekarang dengan dulu kan kak.. dulu anak main kat taman sebelah pun tak risau..
macam dak Kakak, merengek nak naik basikal pergi sekolah.. saya tak benarkan sebab risiko tinggi, kenderaan dipandu laju kat area depan taman saya.. biarlah saya berhabis sedikit duit naik van sekolah dari mendatangkan masalah kemudian hari..
moga anak-anak kita semua selamat pergi dan balik sekolah hendakNYA.
pengajaran yg mcm ni sy suka..tak perlu sesi merajuk nangis bagai..bila dah rasa..ank2 akan mengalah sendiri...:D
Dulu2 begitu agaknya perasaan ibu ku bila aku kesekolah naik basikal. Tapi itulah kenderaan yang kami ada, tiada pilihan lain walaupun terpaksa mengayuh sejauh 10km setiap hari. Keadaan sekarang sudah jauh berbeza, risaunya pasti berganda.
mak bapa selalu risau akan keselamtan anak2 tanda dalamnya kasihsayang
Pandai kak zakie bagi alasan beg berat bukan kerana tak yakin dia tak boleh berhati-hati sebab budak-budak nak berdikari tapi belum sampai masa lagi kan..
Iman pun selalu merenggek nk bwa basikal ke sekolah tpi kami x kan izinkan sejak dri abng kakak dia dulu lgi....nanti kami di rumah yang risau memanjang.
faham sangat tu, ibu mana yag tak bimbangkan anak2 !
hehe.. cepat gak luntur smgt adk nk berbasikal :)
tp betul tu.. sbg ibu, msti kakak rasa x senang ati kalo adik nk g sendiri.. nak2 skrg ni kete/moto semua laju2.. but alhamdulillah, adik slamat dah g & balik :)
salam k.zakie..
teringat time sekolah dulo2 bwk beskal g sekolah.. hihi..
tp sekarang kena hati2 bahaya lagi dua tiga kali ganda drpd dulu..
adik kena dgr nasihat mama,jgn nek beskal lagi ya..
Kak, honestly speaking anak saya si Abang sampai sekarang tak pandai berbasikal. Terkilan pulak rasanya sebab saya ni terlalu risau tak bertempat. Sekarang ni terfikir nak belikan dia basikal dan belajar naik basikal nanti bila umur dah meningkat malu pulak dengan kawan-kawan kalau mereka tahu... Banyak yang anak saya terlepas belajar dek kerana emaknya yang fobia tak bertempat!
dgn sendirinya tidak mahu berbasikal lega hati si ibu kan.tak perlu memaksa lg
baik tak benarkan kak..bahaya juga bawa basikal ini..walaupun kita dah berhati-hati...tapi orang lain yang atas jalan raya tak tahu macam mana lagi
x pyh la berbasikal ke skolah.. bahaya.. just berbasikal kat tmn waktu ptg2 jer la kalo nk belajar berbasikal pun.. kan kak.. teringat dulu arwah ayah belikan deqla basikal.. deqla penah eksiden terlanggar motor org.. hikhik..
risau jugalerkan.. elokler dia sendiri yang tak nakkan... kita tak boleh halang sangatkan.. sbb dia tengok kawannyer okjer...
mmg risau kak... skrg mcm2 boleh jadi... dulu relax je sekolah rendah naik basikal siap bonceng adik lg... kiki
Bila tengok adik-adik ni naik bicyle. Suspen je coz dia orang berkawan-kawan..bahaya..KZ kena fikir banyak kali sebelum bagi kot..
Betul tu..setuju sgt!sy pun nak anak2 pandai berbasikal tetapi hati mmg x tenang jika dia nak ke sek berbasikal kan.tambah2 la kat kl ni..jln raya mmg sentiasa sesak..
Sebenarnya kakak dgn abang memang tak benarkan adik ke sekolah menunggang basikal. Kami memang bimbang. Hari Rabu itu kami harap menjadi pengajaran buat adik. Selain cuaca panas terik dan incident kebakaran di tepi jalan itu membuat dia takut. Serik agaknya.
Terima kasih kepada semua yg memberikan komen N3 kakak kali ini:-
Mia Kassim, Sura Mohd, aTieYusof Family, nhhas, CiKPuaNLawA, Fiza Rahman, Fazleyatul Aini, Sharifah Nadzarah, :: Mrs.Eady ::, NEKCIK, Eye_nee, Aku Yang Berbicara, Sue Bee, Cik Puan, cheqna, makchaq, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Rai Ourkizuna, Zee Suhaini, umi alya, ummiross, HeNRieTTa JoSe, izan mama mia, Mak Su, Pokok Manggis Depan Rumah, (Lizz) http://haslizalizz.com/, Muja.., Nurulhuda Abdul Latip, lieyalatif, ANIM, paridah, Roha (ye Roha kakak tak pandai sebab itu tak ada lesen motor, lesen kereta aje ada), Mizz Aiza (Dunia Kecil), Mayang ABDUL RAZAK, aizamia3, nadia rashid, Bin Muhammad (kakak pun sama dulu kayuh basikal ke sekolah), sud@is, babYpose, saniah ibrahim, Kesuma Angsana, aizu's life, ♥ Cmª shIemª ♥, Mummydearie (kena ajar juga MD kalau tak nanti jadi macam kakak ni - rugi juga kan, kalau tak boleh exercise naik basikal), QasehnyaRania, Ema Johari, Deqla Manjew, Cho Zila, mama maman aka yana, RDZ Z, Tuan Juhaida.
Kalau masa kakak kanak-kanak dulu usah kata kayuh basikal, jalan kaki ke sekolah pun tak ada masalah. Selain tak banyak kenderaan tak ada kes culik-rogol semua tu. Itu sebenarnya yg paling kakak bimbang.
Terima kasih kepada semua yg meberikan komen.
Kalau dinda pun tak sampai hati nak lepaskan kanda....tak percaya walaupun mungkin mereka boleh berhati hati..... Kadang tu mmg kita ni berhati hati tapi org lain tu....
Baguslah kalau adik yg tak maukan kanda hehe...Legalah hati mama
huhuhu ank saya kayuh basikal roda 3 jer lg... cian dia sellau ngadu.. x reti kayuh kalau xde roda kecik..
pad yg belum ada anak mungkin tak memahami erti kerisauan seperti ini...
Ada hikmahnya. Kalau ibu bapa masih berkemampuan dan berkelapangan boleh hantar anak-anak ke sekolah. Sesekali boleh juga biarkan dia berdirikari dengan ke sekolah sendiri. Namun, pada umur yang sesuai dan ikut keadaan.
saye pon risau kalau budak2 naik basikal cmni,,mcm adik lelaki saye tu,,nk d halang mcm mane pulak kn
Post a Comment