Monday, February 10, 2014

Jawapan teka-teki lepas ada di sini

Teka-teki membawa bahagia. Bermula mendapat idea ini apabila adik bertanya mengapa selepas subuh dan asar tidak ada solat sunat. Begitu juga sebelum maghrib tidak ada juga solat sunat. Lalu sebagai mama kenalah jelaskan. Buat anak-anak di sini makcik jelaskan sebagai panduan dan sekiranya masih kurang jelas bolehlah rujuk kepada mama/papa masing-masing atau ustaz/ustazah di sekolah.

Baginda rasulullah bersabda "Barangsiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka" (HR Abu Daud & Tirmidzi)


Ibnu Umar meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah bersabda "Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhor empat rakaat." (Hadith riwayat Ahmad At-Trimidzi r.a) Empat rakaat di sini bermaksud dua sebelum (Qabliyah) dan dua selepas (Bakdiyah).


Sunat rawatib sebelum Asar (Qabliyah) adalah dua rakaat sebelum solat. Kena beringat tidak ada solat rawatib Bakdiyah selepas Asar. Baginda rasulullah bersabda " Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka." (HR At-Tabrani). 


Kesimpulannya sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu dipanggil Qabliyah dan Bakdiyah. Solat subuh hanya ada Qabliyah. Solat Zuhor ada Qabliyah dan Bakdiyah. Solat Asar hanya ada Qabliyah saja. Maghrib hanya Bakdiyah dan Isyak ada Qabliyah dan Bakdiyah. Manakala untuk lebih indah jika mahu melakukan sunat selepas subuh tunggu setengah jam selepas waktu syuruk bolehkan melakukan solat sunat Dhuha. Begitu juga sebelum tidur bolehlah melakukan solat witir. Namun sekiranya masih ada kemahuan untuk bersolat sunat seperti tahajjud/hajt/tasbih dan sebagaikan lakukan witir selepas soalt sunat tersebut kerana itu lebih afdhal. Makcik harap anak-anak dapat faham dari penerangan makcik ini. Wallahu'alam.

Walau bagaimana pun makcik mahu mengucapkan terima kasih kepada semua teman makcik berikut:-
BloggerCikli
Delete
Rapunzel Cikilolo
Delete
mama_salyBlogger  
Cik Puan
Delete
 UmmuAidan-Arissa
Delete
Delete
BloggerKnor
Delete
paridah
Delete
Farah Waheda Wahid
Delete
Bloggerumi alya  
izan mama mia
Delete
adyna
Delete
BloggerbabYpose
Delete
BloggerBin Muhammad 
hazlina azmiBlogger 
Mia Kassim Blogger 
nadia rashid
Delete
Zaitun
Delete
Delete
Delete
Delete
BloggerAzhafizah Md Nor
Delete
BloggerMas Zull
Delete
Bloggeraby
Delete
Bloggerros_reeza
Delete
Ibu Lala
Delete
Bloggersuri solehah Blogger  
ANIM
Delete
ummiross

Delete
~~ Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah untuk kita amalkan.~~

56 comments:

Cikli said...

Syukran kak.... terbaik tazkirah

nhhas said...

Salam,
thanx kak beri peringatan ini...

Sura Mohd said...

alhamdulillah..n3 yg memberi semangat untuk meningkatkan lagi ibadah..:)

Kamsiah yusoff said...

beberapa hari saya tak berblog..terlepas entri ni..

Cik Puan said...

Terima kasih kak zakie..
ilmu yang sangat berguna..bekalan untuk diri kita di sana nanti...in shaa Allah..

BERT said...

alaa bizi tak dapat bw terlepas soalan tekateki ni..takpelah. dpat jugak saya ilmu tentang solat sunat sblum zohor dan asar ni.. mekaseh kak zakie :)

BinMuhammad said...

Terima kasih akak krn bagi backlink dan penerangan yang berilmu ini. Penting untuk pengetahuan bersama.

Farah Waheda Wahid said...

salam isnin kak, terima kasih atas backlink... ^_^... ye memang berkaitan dengan solat kan kak... *_^...

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulilla..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...terimakasih atas penerangan yg cukup bermakna ini...:)

dhiera zainudin said...

alhamdulillah. positif vibe pagi-pagi.

terima kasih kak

Mia Kassim said...

Terima kasih kak...ilmu yang sangat2 berguna untuk Mia.... :D

Fazlina Ridzwan said...

assalamualaikum kakak...mekaseh atas info yg berguna nie...

Kayu Manis said...

alhamdulillah kak..subuh tadi hampir terlajak kak..sempat buat tahajud dgn witir..masih hidup utk skrg..

Fiza Rahman said...

Mekasih atas penerangan kak. Baru baca entry tu harini. Weekend memang tak ber blog pon.

AtieYusof said...

Makasih Kak.. sentiasa berkongsi ilmu dgn kami.. :)

Unknown said...

Allah..terlepas pulak n3 akak kali ni :)
apa2 pon akak..thanks saling mengingati :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Oooo hari ahad kakzakie ada buat main teka teki ye... dah dua hari kredit utk internet dah tamat masa tu... lepas topup balik tak buka blog pulak..

Terima kasih kakzakie.. pengisian yg bermanfaat..

Bunda_nora said...

assalam,

singgah tengah hari...terima kasih ye infonya...

eelobor said...

kekurangan waktu untuk "berblog" sekarang ini menyebabkan banyak entri2 kat sini yang telah saya terlepas

Umm AA said...

Oh solat sunat yer kakak yg lainnyer tuh yer...
hmm kalau orng2 kat sini solat sunnat sblm & selepas mcm wajib bg mereka..mesti kena buat..kalau yg buat wajib sahaja tuh mmg kira yg jahillah sgt..huhuh..
skrang ngan anak kecik terkejar2 jugak nak buat wpun yg wajib..hmmm

PCL said...

Salam singgah Kak Zakie..

panduan yg berguna kpd semua muslimin dan muslimat. alhamdulillah.

Unknown said...

alamak..saya pun terlepas entry akak.. terima kasih kak..

paridah said...

salam pagi penerangan yg sangat jelas lagi xmengelirukan...tq Kakzakie...saling berterima kasih.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Terima kasih perkongsian ini kakak.

sud@is said...

Tq kak n3 yan ghebat moga ada manafaat bersama

Azhafizah MN said...

Terima kasih kak berkongsi ilmu ni :)

saniahibrahim said...

terima kasih kerana info yang diberikan,insya Allah akan kami ikuti

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

terima kasih...sharing is caring

Blog Santai said...

Thanks KZ untuk tazkirahnya..sama-sama belajarkan..

ummiross said...

Sama-sama kasih Kakzakie :)
Moga kita sama-sama istiqomah, itulah bekal kita yang daif ni kan untuk kembali ke 'sana' nanti.

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie..
alhamdulillah..sharing is caring.. cma amek yer :)

yan's cottage said...

info yg bermanfaat....untuk semua....

Anonymous said...

terlepas lah KA>. xpelah xde rezeki, neway perkongsian terbaik ni kak

Unknown said...

Zura pernah terbaca pasal waktu2 x boleh mengerjakan solat sunat. cuma x tahu sebab ape.. hehehe

Terima kasih kakak atas perkongsian yang sangat bermakna nih. :)

babYpose said...

Alhandulillah dan terima kasih atas penerangan yang baik ini, semoga diberkati dan dirahmati Allah kakzakie sekeluarga.

Tie HT said...

alhamdulillah perkongsian yang bagus kakak :)

Dr K said...

sama sama kita berusaha utk istiqomah solat2 sunat ni kan kak...

makchaq said...

Baca ni teringat masa kecik makchaq pernah tanya arwah tok pasai apa dia solat banyak kali sangat... Bila diterangkan baru tau arwah bersolat sunat..
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman..

emarieys said...

Alhamdulillah...terima kasih kak.sharing entri ini

t.a.t.a said...

InsyaAllah kita sama-sama dapat sahamnya.

Azian Elias said...


thanks for sharing kak..

Cho Zila said...

Moga kita dapat mengamalkannyer..

aby said...

salam kz ..
sbb tu bila jamak zohor dan asar, baik buat jamak taqdim@waktu zohor,
utk mengelakan timbul fitnah bila dibuat pd wktu asar .
perpeksi org yg setelah selesai buat asar tiba2 bangun buat solat 2 rakaat .. mesti dalam hati akan berkata "solat sunat apa plak di org tu buat" dan mungkin org ni tk nampak yg bersolat tu cuma buat asar 2 rakaat jer

Umialya said...

alhamdulillah pengetahuan buat kita semua

Acik Erna said...

terima kasih kakzakie..in syaa allah akan sentiasa ingat

HeNRieTTa JoSe said...

Terima kasih kakak atas perkongsian...rietta mmg xpndai..setakat solat sunat yg biasa dibuat saja yg rietta thu..masih byk lg yg perlu rietta pelajari...

Time Traveller said...

Terima kasih kak .. perkongsian peringatan yang cukup baik.. :D

adyna AB said...

Tq kak , perkongsian yg byk manfaat nye , ;)

Kakzakie Purvit said...

Kakak percaya untuk kita yang dewasa sudah maklum ini semua tetapi kepada anak-anak seusia anak kakak yg bongsu masih belum begitu maklum. Harap boleh dijadikan panduan buat anak-anak tersebut.

Terima kasih kakak ucapkan kepada semua yg sudi memberikan komen:-

Cikli, nhhas, Sura Mohd, ❤Kamsiah❤, Cik Puan, BERT, Bin Muhammad, Farah Waheda Wahid, :: Mrs.Eady ::, Mas Zull, dhiera, Mia Kassim, Eza Ridzwan, Knor, Fiza Rahman, aTieYusof Family, Roha, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) (bukan Ahad Yati tapi Sabtu kakak kerja half-day itu yg buat hihi...), BUNDA a.k.a KN, eelobor, UmmuAidan-Arissa (kalau bukan mazhab Syafie kadang memang mengamalkan yg sunnah bagaikan wajib UAA), PakcikLie PCL, Rai Ourkizuna, paridah, Pokok Manggis Depan Rumah, sud@is, Azhafizah Md Nor, saniah ibrahim, Be Simple Beb(BSB) - threeQ, Raudzah Z, ummiross, ♥ Cmª shIemª ♥ (silakan Cma), yan's cottage, Kesuma Angsana, Nafira usof, babYpose, Tihara, Daddy Ziyyad, makchaq, Ema Johari, t.a.t.a, Azian Elias, Cho Zila, aby (betul ada ketika mereka yg solat 2 rakaat lepas asar adalah sebab solat jamak/qasar), umi alya, Acik Erna, HeNRieTTa JoSe, Time Traveller, adyna.

Walau bagaimana pun sekiranya kita berada di Masjidlharam tiada had dan masa utk kita bersolat sunat. Hanya di sinilah satu-satu tempat yg membolehkan kita sentiasa bersolat tidak mengira waktu.

Kepada semua teman sekali lagi kakak ucapkan jutaan terima kasih.

zila norazila said...

Salam kak..tq sbb share..prkongsian yg baik..ilmu yg berguna

OKje said...

Dah tua tua mcm ni pun kekadang lupa kanda mana solat yg ada dua dua solat sunat rawatib ....maklum le selalu buat hehe

nOe suhaimi said...

wah...ada teka teki upanya...

thx atas info kakzakie

memmetlenggeng said...

terima kasih kak zakie, atas informasi yang diberi

Mummydearie said...

Perkongsian bermakna walaupun ada di antara kita yang dah sedia maklum. Inilah rupanya teka-teki yang akak bagi sebelum ni ya!

Unknown said...

teka apa pulak ni kak?huhu.. maaflah x smpt nak join..