Sebelum tahun 2014, adik dan dua lagi rakannya membuat rakaman di RTM setiap hari Sabtu atau Ahad. Bermula tahun 2014 ini ada sedikit kecelaruan. Dari Januari hingga kini mereka baru dapat membuat sekali rakaman. Cuti sekolah mereka kini adalah hari Jumaat dan Sabtu. Hari Sabtu pula masuk minggu ke tiga terkena pula hari ganti sekolah untuk Tahun Baru Cina. Masuk minggu ke 4 pula cuti am Tahun Baru Cina. Penerbit cuba mengelak membuat rakaman pada hari Jumaat kerana sebelum jam 12:30 tengahari rakaman perlu diselesaikan sebab yang lelaki mahu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Walau bagaimanapun pada hari Jumaat minggu pertama bulan Februari (minggu lepas) terpaksa juga membuat rakaman sebab Sabtu minggu ini adalah hari sekolah ganti. Jam 8:00 pagi sudah berada di studio rakaman. Kena siapkan rakaman untuk 4-5 siaran dan sebelum jam 12:30 akhirnya dapat juga diselesaikan.
Bertiga - Inilah dia anak-anak tersebut. Adik dengan Nusroh dan Hafiz. |
Kesian juga melihat penerbit yang agak sukar mencari waktu sesuai untuk rakaman anak-anak. Sudah dua-tiga kali rancangan untuk membuat rakaman tergendala. Kalau tahun-tahun sebelum ini rakaman boleh dimulakan pada jam 9:00 atau 10:00 pagi tetapi sekarang jam 8:00 pagi sudah kena masuk konti rakaman. Jadual rakaman untuk program lain pun kena tempias terpaksa ditukar. Buat anak-anak pula jika hari bersekolah pastinya mereka tidak boleh membuat rakaman.
~~ Ketidak seragaman cuti hujung minggu antara ibu-bapa yang bekerja swasta dengan cuti anak-anak nampaknya kian terasa Peluang untuk bersarapan pagi, makan tengahari dan minum petang atau beriadah di hujung minggu kian longgar. ~~
61 comments:
Btul lah kak...kesian..kat anak2...masa bersama agak kurang...apa boleh buat...
insya allah lama2 nanti akan jadi biasa..
alahai bila bertindih² jadi bercelarulah jadualnya .. bdk² pening.. penerbit lg pening..
penerbit pon garu kepala nanti
Adik buat rakaman utk rtm ke Kakzakie? sorry zana baru nak tanya, apa nama program? whatsapp zana ye..
Pihak swasta ada option untuk tidak bercuti pada hari Jumaat ke kak? Baru tahu
masa yg penting utk kiter bersama anak-anak pun terkejar-kejar kan kak kalau tak sama waktu..
Baru-baru ni tentu terasa sangat kan Kakzakie, banyak perkara rutin dah tak dapat dilakukan seperti biasa, harap lama2 nanti akan ok.
Baru-baru ni tentu terasa sangat kan Kakzakie, banyak perkara rutin dah tak dapat dilakukan seperti biasa, harap lama2 nanti akan ok.
Rakaman utk program apa tu kakzakie... hehehe minta maaf lah kalau terlepas entry ;)
Ada pro and kontra bila cuti Jumaat ni kan kakzakie, bagi suami saya suka cuti Jumaat sbb senang katanya nak solat Jumaat... tapi bila tak sama cutinya ,dah tak dpt nak kumpul hujung minggukan...
memang pening jugak kalau macam ni gayanya...knape cuti swasta tak ikut kerajaan negeri jugak?kalau dapat selaras baru best..:)
Antara pro and cons bila waktu bekerja suami isteri tak sama kan kak. Masa cuti weekend lah kita nak spend time together ngan famiily. Smoga semua urusan akk & family dipermudahkan olehNYA.
sebab dah biasa cuti sabtu ahad kan kak tu yang cari celaru skit..
kalo tak sumer company ikut follo camtu memang kesian la kat yang ada family..takde masa nak gelak santai bersama lepas ni..harapkan sabtu pon setengah hari jer la kalo kena yang keje sabtu..
banyak sangat sekolah ganti cuti..
salam,
owh, saya ingatkan cuti jumaat n sabtu tu apply to all...
swasta tak ke?
ish ish ish... tak boleh lah macam tu. kena lah selaras...
p/s: adek buat rakaman apa yer?
memang susah tu kak. perlu selaraskan semua la. baru senang.
Dah jadi macam ini pula yea. Harap-harap dapat cepat di selesaikan. Kena buat surat kat kerajaan negeri kot Kakak. Minta mereka selaraskan juga cuti bagi syarikat swasta jika boleh.
Problem jugak kan bila tidak keselarasan cuti nie..apa pun harap program yg adik masuk nie berjalan lancar..inshaallah
eemm.. yelah kak.. terlupa yang negeri Johor cuti adalah hari Jumaat dan Sabtu.
Susah juga nak diselaraskan begini yer kak...
sepatutnya diseragamkan untuk cuti sekolah dan cuti kerja juga..
salam K.Zakie..
huu..lama2 nnti senangla diorg nk buat jadual..
sbb kat johor jumaat sabtu yg cutikan..
dgn sekolah ganti lagi..
Mungkin hanya utk sementara waktu sahaja ni kakzakie...sbb perlaksanaan cuti Jumaat ni pun baru bermula...mungkin lama2 nnt dapat disesuaikan...
salam jumaat...kenalah pandai2 cari kesesuaian waktu kan...apa2 perubahan mengenai kebiasaan ambil masa juga nk selesa dgnnya..
tulah kak... abg saya yg bekerja sendiri pun mengeluh bila cuti dah tak sama.... kesian dgn anak2 yg bersekolah diluar negeri johor...
samalah ngan yati... anak2 cuti sekolah jumaat sabtu, mak ngan ayahnya pulak cuti sabtu ahad... ada 1 ari je pun nak kuar berjalan2...
Penerbit yang pening bila cuti tak seragam ni kan Kak? kesian juga..kena lah cari waktu yang betul2 anak2 free. Waktu cuti bersama keluarga pun dah payah..
Susah juga ya kak kalau cuti tak seragam macam ni. Kalau satu family dah hari rehatnya berbeza-beza, macamana. Kita ni kalau namanya hujung minggu mestilah nak duduk bersama like one happy familykan.
jadi tak seragam pula yea kak
moga dimudahkan segala urusan, insha Allah
program rancangan ape ne kak zakie??
anak akak buat rakaman program apa kat RTM..?
masih baru dengan jadual baru cuti persekolahan..tu yg agak bercelaru sikit..lama okaylah tu..:)
bagi yg berberkerja..pastu cuti pulak ahad tak sama masa dengan cuti sekolah anak2..mmg kuranglah quality time dengan dorang..:)
Sementara nak rasikan jadual dgn cuti yg diubah amik masa kak ;)
Rakaman program ape nih kakak?
zura tertinggal ketapi kah??
kenapa x seragamkan jer gomen ngan swasta kan. kat terengganu & kelantan boleh jer seragamkan semua sektor. urrmm.
susah juga kalau mcam ni yer, bila masa cuti anak2 & ibu2 x sama.. apapun bagus anak2 ni kecik2 dah pandai cari rezeki sendiri hehehe bagus2
assalamualaikum kakzakie...betul tu susah juga kalau jadual yg x sama mcm ni...mmg semua perkara kena rombak balik...:)
hihi.. gara2 johor cuti ari jumaat ye kakak..
xpe, lelama ok la tu.. gud luck utk adik.. bagusss, kck2 lg dh didedahkan dgn aktiviti cmni.. tahniah pd kakak & suami :)
Alhmdlh selesai sudah masalah masa
kesian yang bekerja swasta kan kak.. lagi kalut jadinya.. ramai jugak yang mengeluh akibat cuti tak seragam..
utk program ape kak
assalamualaikum kak zakie.. program apa ni yer? maaflah baru terjah sini smula.. tenet tenat!
Salam jumaat kak zakie
SA pun mcm kurang kualiti masa untuk anak SA, nak plak SA ni weekend mama...weekend je baru jumpa anakanda....rasa macam x puas cuti tu...nak tanya...anak2 akak buat rakaman segmen apa kak...
memang terasa sangat kak perbezaannya...sy dan suami pun jarang berhujung minggu bersama..
dah tahu..program Mari Mengaji..sanggup check entry lama..InsyaAllah, perkara yg baik, akan dipermudahkan Allah SWT..
salam kz ..
semoga semua urusan2 kz dan anak2 dipermudahkan Allah swt
program mari mengaji ke kak zakie ?
hehe. baik diselaraskan sebelum waktu maghrib. takde la orang radio ke tv memekak cerita tak masuk akal. :)
hmmm susah jugakan..kesian kzakie..InsyaAllah moga dipermudahkan dan ada jalan penyelesaiannya.
Semoga pihak kerajaan negeri nampak akan kesan ketidak seragaman cuti ini. Mungkin juga masih dalam kajian...
Semoga satu hari nanti akan diseragamkan cuti utk semua sektor.
Assalamualaikum KakZakie, bestnya adik terpilih buat rakaman masuk tv, untuk rancangan apa tu? Moga di pernudahkan urusan dengan wiujudnya cuti berlainan hari ni.
kesian juga kak yer bila bertindih cuti camni..kesian dengan anak2 ni..kenapalah tak pilih jer hari jumaat cuti semua negeri..kan lagi senang..
Moga titik keselarasan dapat ditemui bagi memudahkan setiap urusan..amin..
tu la kan kak zakie,klu selaras kan bagus..benda baru mmg agak ssh sikit nak adapt..
memang susah kalau jadual cuti tak sama..kalau selaras mungkin aktiviti akan teratur..ape pun arrange sebaik mungkin
kian longgar ye kak , sedih pulak PM membacanya...huhu
Wah bagus nya ank akak ada buat rakaman dgn RTM...mesti petah..:D
Pasal cuti ni mmg susah kalau tidak diselaraskn...mungkin peringkat awal ni susah nk biasa kan diri...in shaa Allah dipermudahkan urusan akak sekeluarga
salam kak zakie, harap tak berterusan menjadi masalah selepas kembali normal nanti bila semuanya terbiasa...
#pcl teah melaluinya sepuluh tahun dulu kat Kedah .
Alhamdulillah dapat jugak buat rakaman untuk beberapa siaran sekali gus.....
Cuti tak sama memang buat masa untuk keluarga makin kurang kan....
Kalau ct xsama pyah nk wat program famly kn tgu ct sekolah la ya
Susah sikit kan kak kalo waktunyer bertindih...nasib adik berkesempatan buat rakaman...sekaligus pulak tu..
Sebenarnya inilah yg kami alami sekarang. Kakak rasa bagaikan tidak puas bercuti hujung minggu bila bercuti tidak ada abang dan anak bersama. Harap ada declaration baru mengarahkan swasta juga bercuti pada hari Jumaat/Sabtu.
Adik sebenarnya membuat rakaman rancangan Mari Mengaji utk radio FM Johor. Sudah mengikuti sejak 4 tahun lalu hingga kini.
Terima kasih buat semua:-
Sharifah Nadzarah, Masya, Fazleyatul Aini, zana fahmi, Mila@Rimbun, :: Mrs.Eady ::, ummiross, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), Sura Mohd, Fiza Rahman, Zee Suhaini, Mimie_Zatun, nhhas (sebab diberi pilihan inilah jadinya dik. Swasta biasalah mana nak ikut), Pokok Manggis Depan Rumah, UmmuAidan-Arissa, aizamia3, Aziela, Mizz Aiza (Dunia Kecil), ♥ Cmª shIemª ♥, Eye_nee (pada kakak selagi swasta tak cuti sama payah. Kalau macam Kelantan/kedah/Perlis bagus semua sama - senang), paridah, hajar, Haryati Faizal, aTieYusof Family, Mummydearie (itulah masalahnya MD), Tihara (patut swasta kena paksa sebab mereka bukan boleh diberi peluang inilah jadinya), Cik Puan, Roha (Mari Mengaji Roha. Tapi kakak rasa makin lama makin memboringkan sebab selalu cuti sendiri kat rumah kakak ni), adyna, Nafira usof, Kesuma Angsana, Mas Zull, aizu's life, lia, Rozita (kalahlah salah satu mangsa Rozi), Mimi Azirah (mari Mengaji Mimi), Deqla Manjew, Bitt (double IS), Amanda Suria (betul SA cuti pun rasa tak puas sebab tak dpt sama-sama), Kisah Si Dairy, nohas (A'ah betullah tu), aby, syuk shusuke, Nor Azimah, Bin Muhammad (kakak harap macam tu BM. Swasta ni tak boleh diberi peluang mesti tak ikut punya), babYpose (program dlm radio bukan tv), Kasih Salina, PeRdU cINta, Puan Kutu, Azhafizah Md Nor, Papa Mifz, nadia rashid, PakcikLie PCL (Kedah semua cutikan termasuk swasta), makchaq, sud@is, (Lizz) http://haslizalizz.com/.
Kakak memang berharap cuti diseragamkan. Bila cuti tanpa keluarga lain makan pun tidak selera.
Buat semua terima kasih sekali lagi.
Kanda dari dulu dinda nak tanya...tp lupa...rakanan adik ni keluar kat tv ke radio? Bila?
semoga urusan dipermudahkan...
Post a Comment