Tuesday, February 11, 2014

Hujan turun juga akhirnya

Petang Sabtu yang baru lepas kami meredah panas terik mentari menuju ke Plaza Angsana kerana mencari beberapa keperluan diri. Namun tidak semua barang yang dicari dapat dibeli. Sementara adik bermain; aku, hubby dan Mak Zah menuju ke beberapa booth jualan. Membeli sedikit makanan dan buah tangan untuk Kak Long aku yang terlantar di hospital Sultan Ismail. Niat di hati sebenarnya ke Plaza Angsana sebentar saja kerana tujuan utama mahu ke hospital.

Padat - Booth jualan banyak tidak diketahui anjuran apa. Buat adik permainan  ini lebih mengujakan. Sebaik membeli baju-baju anak dan makanan kami beredar keluar.
Alhamdulillah - Setelah sekian lama bumi Johor Bahru gersang dari simbahan hujan, petang itu hujan turun dengan lebatnya. Tiba di Taman Mount Austin bertambah lebat sehingga tempat parking pun sudah dinaiki air.
Hospital dan Masjid - Kami ke hospital menjenguk Kak Long aku. Adik tidak dapat naik sebab umur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan.  Sementara kami naik ke wad adik ditemani sepupunya Kak Aza yang bercuti melihat mummynya (Kak Long aku itulah). Balik kami singgah di Masjid An-Najah untuk bersolat kelihatan ada masak-masak. Mesti ada majlis besar sebab kami dapat mencium aroma masakan mereka tetapi kami sekadar menumpang bersolat saja. Selesai solat kami balik.
Kak Long aku sudah berusia.Masuk wad kerana tulang punggung retak akibat jatuh terduduk. Usia sudah 60 tahun begitulah. Berpunca dari kain tersangkut pada motor temannya lalu dia terduduk di halaman rumah. Kak Long tidak perasan sewaktu dia turun dari motor kain masih tersangkut di bahagian pemijak. Sebaik kawannya mahu beredar itulah Kak Long terduduk. Sedikit saja insiden terjadi tapi akibatnya terlalu besar. Pada 15-02-2014 ini Kak Long akan di operation. Moga tidak ada komplikasi sebab Kak Long sudah berusia.

~~ Ujian Allah kalau hendak datang tidak mengira usia dan waktu. Menuntut kesabaran tinggi anak-anak dan keluarga. Anak sulung Kak Long dulu teman sepermainan aku.~~


68 comments:

Mia Kassim said...

Semoga Kak Long kakak cepat sembuh.....Kat KK cerah jak kak...adalah juga hujan tapi renyai2 jak...:D

Kakcik said...

Kakcik jug5akan menjalani pembedahan kecil pada 13/2 ini. Semoga semuanya akan baik2 saja. InsyaAllah.

Petak Bunga said...

lama tak hujan..
kalau hujan sedap sikit.. tepi jalan banyak pokok2 terbakar. tak tau terbakar sendiri atau dibakar, cuai ke.. cuaca panas sgt.
perit rasa.

lia said...

plaza angsana.... da dekat 10-11tahun x jejak...

Cik Puan said...

semoga kak long cepat sembuh..
malang tak berbau kan kak zakie..

Zee Suhaini said...

sini pon panas terik kak sekarang..
tido malam membahang rasanya..

moga kak long akak cepat sembuh..

Chot said...

Hurmm... Moga op berjya n kak long sembuh cpt..

Mila@Rimbun said...

Moga dipermudahkan oleh Allah segalanya

Bestnyer hujan lebat, kat KL dah lama jugak tak hujan

Farah Waheda Wahid said...

semoga kakak akak cepat sembuh yer...

plaza angsana...dah lebih 5 tahun tak jejak sana kak...last masa farah organize event di Pasir Gudang dulu semasa handle company sendiri...

BUNDA a.k.a KN said...

tempat kami di sini dah hampir 2 minggu tak hujan...panasss..pagi petang kene siram tanaman ..kalu tak kering..ada yang dah hampir mati...

Knor said...

sini belum hujan lagi kak..terasa bahangnya..

wah teruja adik main..
bila umur meningkat sakit makin lambat sembuh''

t.a.t.a said...

Baru nak tanya, cuaca mendung atau akak saja bagi gelap macam tu. Tup² tengok hujan. Oh betul la mendung.

Fazleyatul Aini said...

melaka dah lama tak hujan kak. panasnya jangan cakap la. berlengas2

aizamia3 said...

Moga semuanya berjalan dengan baik hendakNYA..

Aisy Nasiha said...

Saya doakan proses pembedahan Kak long nanti semuanya selamat k.. risau ya kita bila ada ahli keluarga yg sakit...

aTieYusof Family said...

Moga Kak Long akak cepat sembuh ya & moga pembedahan nya berjln lancar..
Tak pernah sampai lagi Plaza Angsana ni...:)

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...hujan juga kat sana. Kat sini dah lama tak hujan kak. Mengharapkan hujan turun ni.

Smoga kak long akk cepat sembuh.

~ yus ~ said...

Semoga Kak Long kak Zakie cepat sembuh.

Sini takde hujan lagi kak, panas je...

Rizziela said...

sekarang memang panas membahangkan..dpt hujan lega rasanya

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Semoga kak long kakzakie dipermudahkan urusan pembedahannya oleh Allah dan cepat sembuh...

Di selangor pun dah lama tak hujan... sekarang ni kena siram pagi petang pokok bunga, kalau tidak cepat layunya :)

nohas said...

kdg2 tak sangka, insiden yg kecik, melarat kpg perkara yg besar..semoga selamat semuanya..besar juga jarak umur antara akak dan kak long..

Alhamdulillah, hujan dah turun..kat KL belum lg..

Rai Ourkizuna said...

Allahuakbar.. semoga pembedahan berjalan lancar..

Cho Zila said...

gituler kalau nak datang musibah sekelip matajerkan.. namun semua itu ujian dariNya.. moga kita semua tabah...
kat sini tak hujan lagini...

JaSSNaNi said...

semoga kak long cepat sembuh ye.. ya allah.. macam2 dugaan allah kan.. sabar je...

>>> puchong tak hujan2 dah hampir sebulan..

Acik Erna said...

ditempat acik belum hujan kakzakie..
mudah2an kak long kakzakie cepat sembuh

Aziela said...

Semoga segera sembuh Kak Long kakak tu... Bumi Melaka masih kering kentang lagi... namun, bersyukurlah kan.. Kain jemuran cepat kering...hehehehehe

JunAina said...

KL tetap panas tanpa hujan lagi Kak Zakie, kalau hujan gembira pokok2 kata suami Aina.

Semoga Kak Long cepat sembuh, bila baca cerita akak hati terus teringatkan mak.

Roha said...

jangan di melaka lya..yg dekat ngan bandar JB ni pon tak sampai hujan nya..tu yg bahang dia lain macam jew..petang sabtu tu..kuasa allah :)

mungkin masjid taman daya tu..nak buat sambutan maulidul rassul agak nyerr akak..tuk yg aroma masakkan semerbak harum :)

semoga dipermudahkan segala urusan kak long akak..

UmmuAidan-Arissa said...

Harapnya kak long kakak cepat sembuh yer,tringat ayah yg berusian 70an eksiden tahun lalu sampai koma dan pendarahan..alhamdulillah with the mercy of Allah wpun berusia, namum masih dipanjangkan usia dan dberikan kesihatan..harapannya begitulah tuk kak long kakak..inshaallah

NEKCIK said...

sama samalah kita doakan agar segala nya dipermudahkan dan kak long diberi kesembuhan sepenuhnya..amiin

asyifa mustaffa said...

Moga selamat semuanya kak...

Kat rmh sy sabtu lepas hujan...itupun kejap jer...

Nafira usof said...

Kakak, di Shah Alam cuacanye masih panas. belom ade hujan rahmat lagi turun. rasanye sudah cecah 3 minggu x hujan. moga2 bumi selangor pon akan di hujani dengan hujan Rahmat. amin~

Zura doakan Kak long Kakak selamat menjalani pembedahan dan akan pulih kembali seperti biasa. Amin~

Bin Muhammad said...

Kat tempat saya ni masih belum ada setitis hujan yag turun. Siang panas terik. Rumput pun dan kering.
Namun tetap bersyukur, Insyaallah...tak lama lagi hujan lah... :)

Ema Johari said...

Semoga Kak Long akak lancar dlam menjalani pembedahan..dan mudah-mudahan kembali sihat seperti sedia kala... KL juga dah lama tak hujan.

Kesuma Angsana said...

mudah2an kak long akak tu kembali pulih seperti biasa yer ...

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

kemain seronok adik main kat situ...lambai2 mama ker tuh hehe...alhamdulillah dah hujan yer kak..
moga kak long akak cepat sembuh yer...

lieyalatif said...

aduh malang tak berbau kak yek...harap kak long akak dipermudahkan segala urusan...harap2 operation berjalan lancar.....

byk betul tapak booth tu kak...emsti mcm2 ade...lieya suke gak jalan2 karnival mcm2 nie...sbb byk produk2 kg nanti....baju ke shawl2 ke pun lawa....harga pun biasenye tak le mahal sgt kan kak....

ibuhebat said...

Moga Allah beri kesembuhan pada kak long... take care kak. putrajaya pun dah lama panas n jerebu ni. rindu musim sejuk sebelum ni ..

cheqna said...

sini pun panas...
panas sangat2..

mummY daniSha said...

semoga cepat sembuh =)

Rapunzel Cikilolo said...

semoga kak long (yg itu) cepat sembuh.

kat kl dah lama tak hujan...

bahangnya masya-Allah, mcm bulan puasa.

eelobor said...

semoga kaklong cepat sembuh & sihat walafiat...

Raudzah Z said...

Semoga cepat sembuh..Tapi betulkan KZ..sekarang ni panas sangat..lain macam betul..dulu sejuk ya..hmmm..kuasa Allah kan!!!

ummiross said...

Kakzakie, ummi doakan dari kejauhan, moga Kaklong kak zakie pulih seperti biasa. Moga operation berjaya sepenuhnya dan moga Allah permudahkan segalanya.Tabahkan hati ye Kakzakie..

saniah ibrahim said...

wah dh hujan lebat...kat sini msih kering lgi ,dh renyai2 xjdi hujan.rumput2 dh mcm kena racun...
moga kak long zakie kembali pulih setelah pembedahan nnati...amin

NM03 said...

dah ujan?? bestnyer... saya hari2 doa minta hujan kak...

Nurulhuda Abdul Latip said...

Batu Pahat aritu dapat ujan tapi sekali lalu jer...Tapi tu pun dah memadai untuk menyejukkan keadaan. Semoga kaklong akak cepat sembuh yea....

:: Mrs.Eady :: said...

allahhh sian nyer kak long...
semoga dipermudahkan semua nyer..

nadia rashid said...

Semoga k.long akak selamat menjalani operation nya...

hainom OKje said...

Moga kak long cepat sembuh....
Kak Long dinda lagi tua daripada kak long kanda ...Kak Long dinda sebaya dengan MIL dinda, kanda...
Betul tu kanda....ujian dan dugaan datang tanpa diduga...

Amanda Suria said...

bestnya hujan dah turun...alhamdulillah..tp kan...kenapa KL x hujan2 lagi...panas....semoga kak long akak cepat sembuh...

Nastyna said...

alhmadulillah hujan, nyaman la sikit kan pas ujan. Haa kesnyer tersangkut kain kat motor gitu jer, tapi kan... ketentuan Allah. Yang jatuh kena gelek keta berkali boleh pulak bangun segar bugar macam takder apa2.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah dah hujan kembali.

munna said...

Cuaca kat sini kering dan panas ... Anak munna dua2 demam .... Jumpa doc pesan nya minum air masak banyak2.... Semoga k. Long cepat sembuh

Kakzakie said...

Bumi JB ini walau ada simbahan hujan tapi tidak merata tempat. Banyak yg masih kegersangan hingga rumput di tepi jalan bagaikan kena racun, terkulai layu dan kering. Bersama kita berdoa moga ianya tidak berpanjangan.

Terima kasih atas segala doa buat Kak Long kakak dan komen yg diberikan oleh semua:-

Mia Kassim, Kakcik (doa kakak juga buat Kakcik moga semua berjalan lancar esok), Petak Bunga, lia, Cik Puan, Zee Suhaini, Chot, Mila@Rimbun, Farah Waheda Wahid, BUNDA a.k.a KN, Knor, t.a.t.a, Fazleyatul Aini, aizamia3, Aisy Nasiha, aTieYusof Family, Fiza Rahman, ~ yus ~, Rizziela, CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati), nohas, Rai Ourkizuna (sebenarnya kakak lupa bahasa melayu kata pembedahan Rai), Cho Zila, JaSSNaNi, Acik Erna, Aziela, JunAina, Roha (itulah kakak pun rasa mungkin nak buat maulidurrasul), UmmuAidan-Arissa, NEKCIK, syifa mustaffa, Nafira usof, Bin Muhammad, Ema Johari, Kesuma Angsana, Lizz) http://haslizalizz.com/, lieyalatif, ibuhebat, cheqna, mummY daniSha, Rapunzel Cikilolo, eelobor, Raudzah Z, ummiross, saniah ibrahim, NM03, Nurulhuda Abdul Latip, :: Mrs.Eady ::, nadia rashid, hainom OKje, Amanda Suria, Nastyna, Pokok Manggis Depan Rumah, munna.

Harapnya bumi Malaysia akan disimbahi hujan dan kak long kakak tabah dgn ujian Allah ini.

Terima kasih buat semua sekali lagi.

Nor Azimah said...

sekarang baru masuk februari, tapi cuaca panas tu dah terasa sangat, kawan saya kata, mungkin musim panas bln Mei nanti suhu sampai 40c,,Ya Allah..tak tahulah nak cakap camana kalau betul camtu..semoga Allah tak menguji kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.

salam takziah buat kakak kzakie.

n O e s u h a i m i said...

kat sini...x turun2 lagi hujan...panas terik jer...harap2 kak long sembuh sepenuhnya

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.zakie..
kanak2 suka la ade booth mainan mcm ni..
betul tu kak..mmg bahang sgt terasa skrg ni.. tmn medan pun tak hujan2 lagi..

semoga kak long kembali sihat spt sediakala..

memmet lenggeng said...

semoga kaklong kakak tu cepat sembuh ya, teringat pula emak di kampung

PearlVelvet SueQys said...

Salam singgah rabu yer!

QasehnyaRania said...

smga cpat sembuh.. harap tiada apa apa yg serius la slpas operate nnti..
rindu HSI

Azhafizah Md Nor said...

alhamdulillah hujan..sejuk sikit rasa kan :)

Sharifah Nadzarah said...

ASSALAM KAK...HARI SABTU TU...ADA MAJLIS MAULIDUR RASUL KAK KAT MASJID AN-NAJAH TU..MAJLISNYA MALAM...TU YG ADA MASAK2...

Mr Noble said...

Ha'a betul tu, bukak pintu rumah je nmpk mcm berasap pastu ada bau macam asap.

Mummydearie said...

Semoga Kak Long Kakzakie cepat sembuh dan pembedahan berjalan dengan lancar. Pada usia emas, memang perlu lebih berhati-hati. Semalam di KL ni pun hujan panas sekejap kak tapi masih bahang panas masih tak surut lagi.

Deqla Manjew said...

alhamdulillah.. kat putrajaya pun hujan semlm.. yelah kan, mlm2 tdo bahang jer.. semlm alhamdulillah tak rasa bahang pun..alhamdulillah!

Smartan Dad said...

It has not been raining for almost a month here.

Smartan Dad said...

It has not been raining for almost a month here.