Tuesday, May 20, 2014

Bila mata memandang yang cantik

Sebaik turun dari kereta, mata sudah galak dengan bibir senyum puas. Dari pintu masuk hingga ke bahagian dalam satu pun tidak dipilih lagi bila semuanya memikat hati. Mata terasa puas tetapi tidak tahu mana satu menjadi pilihan. Banyak sungguh pasu-pasu bunga yang berlonggok di banyak tempat.

Berukir - Cantik dan memikat mata
Licin - Walau licin tapi warnanya memikat hati
Banyak saiz - Pilih saja mana satu yang dikehendaki. Ada yang sesuai untuk bunga kektus, bunga pokok besar, pokok kecil dan sebagainya
Salah satu pilihanku - Menggantikan pasu untuk pokok kenangaku yang sudah pecah pasunya. Selesa mata memandang bila sudah dialihkan ke dalam pasu baru. Lihatlah ada batang daun kesum anak dara kecik aku menanam. Biasanya untuk menghalang dari tanah terkeluar aku tanam pokok bunga ros jepun tapi tidak sempat lagi. Lihatlah hari minggu ini.
Alhamdulillah - Nasib baik tidak terencat walau pada mulanya agak layu.
Minggu lepas aku ke nursery bagi mencari keperluan taman mini di rumah. Membeli baja untuk pokok orkid dan pasu bunga yang sudah tidak sesuai. Mana pokok yang sudah besar perlu dialih ke pasu lebih besar. Santai-santai membuang masa bila sendirian di rumah. 

~~ Bunga kenanga zaman kanak-kanak aku dulu dijadikan sebagai salah satu ramuan untuk minyak rambut yang akan di pakai setiap hari sebelum ke sekolah - sedihnya.~~

57 comments:

Dr Singa said...

sedapnya bau kenanga!

Farah Waheda Wahid said...

akak sama dengan mama farah, pantang nampak pasu cantik dan pantang ke nursery, mesti ada jer yang nak dibeli... hik hik hik...

Khairul Bariah said...

rajin akak tanam bunga...
oh..saya baru tau bunga kenanga boleh buat minyak rambut :)

Izwa Kamaruddin said...

cantik nyer pasu..dah tentu tgn akak sejuk ni sebab subur pokok nyer :)

amirah said...

rajinnya akak berkebun..aishh...kami punya kebun dah tak nampak apa dah..bila la nak dtg semangat lagi ni..

zmarl (ibu) said...

minat akak berkebun..dok kampung lagi best cucuk tanam ni..
kat sini ape jer yang boleh buat..
tanam cili pon tak lepas..

Tie HT said...

pokok kenangan ni macam susah nak jumpa dah sekarang ni,
sama dengan pokok cempaka kan kak

nadia rashid said...

akak permintaan nanti akak tunjuk orkid2 akak...n nak juga tgk susun atur nya...hihi tgh semangat nak ber Orkid ni....pasu! haih mmg meroyan nak yang cantik2 berukir..:D

Falsya said...

Kakak..falsya tingin nak letak pasu bunga kat umah..tppppppppppp takut bunga xtahan..

Ujie Othman said...

Kalau balik kg..suka petik sikit bunga kenanga letak dlm keta.

dwatyKNY said...

nak tengok taman mini akk... hehehe

AtieYusof said...

salam Kak..
wah! dah berganti pasu lah ni ye..hehe.. sy mcm dah lama tak nampak bunga kenanga..;)

Mila@Rimbun said...

suka tengok laman orang yg berbunga.. lama sendiri takde hihi. beli pasu takat nak tanam serai belakang umah jer

PeRdU cINta said...

Adik tumpang pasu mama ye tanam pokok kesom..hehe..2in1..mama PC pun..Ya Allah..fanatik pasu dan pokok bunga..PC pun keliru..bila balik kampung.."mama ni anjung rumah kita ke nursery jual bunga.."setiap kali balik kampung mesti koleksinya bertambah..sambil menanam..sambil berzikir katanya..

BinMuhammad said...

Mesti subur tumbuhnya pokok bunga kenanga tu bila dah dapat rumah baru. Akan harumlah satu rumah...:)
Sejak jiran sebelah pasang awning, ruang depan dah tak boleh letak pokok bunga, sebab dah gelap, xdpt cahaya matahari mencukupi maka semua pokok dah pindah keluar tapi ruangan terhad. Ada separuh kena hantar balik kampung. Dah tiada penyeri di ruang pakir...huhu

@na said...

salam ;
berapa lama dah kakzakie tanam kenanga tu? Dah mcm bonsai...seronok tgk...tentu wangi tu

Mar Mansor said...

rajin kak zakie tanam bunga..hobi y sihat..

Lydia Miza said...

Salam

Dah dekat sebulan sy x g nurseri kak. Minta suami je belikan baja. Wahh tgk kenanga akak tu lawa. Berkenan pulak saya

Yaya Azura said...

anak pokok kenanga kat sini dalam rm20-25 cm tu lah..teringin nak tanam tp belum jadi kenyataan..hehe

Anonymous said...

seronok kalau laman penuh pokok2 dan bunga2an ni kan kak ! KA suka..

nOe suhaimi said...

rajinnya kakzakie...tp tu la...bila dh masuk kat situ...rasa mcm2 nk beli...heheh

Unknown said...

rajin akak tanam pokok bunga.. saya teringin nak bertanam tanam.. harap ada rezeki duduk di rumah bawah tahun depan..

Fiza Rahman said...

Rajinnya akk bercucuk tanam. Best lah dok landed house. Dok apartment ni susah sket.

Kayu Manis said...

tempat yg luas ok sgt kak...

t.a.t.a said...

Kalau lalu nursery memang boleh buat saya giler tau kak. Huhu. Tapi kat rumah tak pulak byk pokok. Ni tengah musim malas banget ni.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terapi minda juga tu kakzakie bila tengok tumbuhan hijau dan bunga cantik berkembang dan harum baunya..

Rumah mak pun ada tanam pokok kenanga ni.. pastu mak tanam pokoko bunga rajawali.. masa balik kuang sabtu tengah berbunga lebat.. konon malam tu nak tunggu lah ia berkembang tapi dah mengantuk pulak.. pagi tengok dah layu.. pokok bunga rajawali berkembang di malam hari.. harum jer baunya.. ehe dah ke bunga lain pulak :)

sudipVSsenduk said...

bunga "wajib" utk bunga rampai

kakrose said...

pokok bunga seperti keluarga kita jugakan Zakie..bila dah membesar perlukan pasu/tempat yg lebih besar supaya selesa gitu..

Cik Ecah said...

pokok kenanga ke ni kak??

aisyhh serba boleh akak ni...
buat baju rung pandai..menanam pokok bunga pun menjadiii

saniahibrahim said...

kakzakie pokok kenanga tu rasanya kena tanam pasu lebih besar...
sebab tu lah org dulu2 rambutnya sehat2 je lambat pula beruban...pakai minyak dan wangian asli utk rambut.

norhidana said...

bunga kenangan nih wangi nyer lain sikit... kalu bau time mlm2 mcm seram gitu kak.... kalu kt kampung bunga nih mak tnm kt tanah je... biar cpt membesar katanyer...

Masya said...

SAYA BARU TERPIKIR NAK CARI PASU BUNGA HIHIHIHI .... TGK AIM MANA YG SESUAI .. HAIH SAWAN RASANYA KALAU PG KEDAI BUNGA NI.. MAU MACAM² NAK DIBELINYA...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie...
cantik2 pasunye..mane tak rambang mata.. :p
hehe.. cma suka bau kenanga.letak dlm bilik, harum semerbak :)

Unknown said...

Seronoknya pandai menanam...sy ni tgn panas la kak zakie...huhu..

Unknown said...

Salam Kakak~
rajin akak menanam bunga yer~
kemain menjadik lagi bunga kenanga tuh.. zura suka bau bunga kenanga.. wangiiii sangat.. kalo zaman mengaji dulu..suka letak dl al-quran.. nanti al-quran bau wangiiii jer.. hehehe

paridah said...

dh lama xmemborong pasu ni...cantik semuanya nampaknya...kenanga akan tambah subur n harum setelah diganti pasu baru tu...

aizamia3 said...

psstt: nanti saya tunjuk pulak pokok bunga kat rumah saya.. hehehe..

ummiross said...

Kakzakie, bercucuk tanam tu terapi minda juga kan.

Eye_nee said...

Bila pasu besar..bunga2 yg ditanam pun dpt membesar dgn sihat...saya byk pasu yg perlu ditukar dirumah..bunga dah lebih besar dari pasu..kasihan pulak lihatkan bunga2 tu...

Unknown said...

aikss gila pulak nengok pasu..maklum le sy baru berjinak ngan tanah hehe

ANIM said...

Mesti wangi je lalu rumah kakzakie..
Dahle bunga2 penuh luar dan dalam rumah. Hihi

nohas said...

cantik design pasu tu..kat Ayer Hitam byk pilihan..

Cho Zila said...

dulu masa kecik selalu ikut mak beli pasu... suka bebeno kalau dia pergi kedai pasutu... banyak dipilihnyer penuh bonet kereta....
tapi sejak duk rumah sendiri tak ler serajin itu lagi.. isyh tengok rumah orang cam bestjer banyak bunga.. rumah sendiri alahai.. jeles kat kak zakie tau...

NEKCIK said...

salam kakzakie...nekcik pun suka bunga kenanga...harum malam...dan segala pokok yg berbunga...rasa puas bila pokok yg divtanam mula berbunga

Fazleyatul Aini said...

my mom fav place too
mak saya kalau p nursery, paling2 sejam. ada je pasu dengan bunga2 nak di angkut belinya

Afasz said...

kak sy rasa sy pon dah mula nak minat menanam la. nak tanam apa yg best ek. ada pasu ni kat umah tp tk pakai.

nurbijen said...

saya suka tgk bunga, tapi tak suka tanam bunga...
Menumpang kasih bunga kat taman aje la... hihihi

Jari Manis said...

Salam Kak Zakie, JM pun minat berkebun tapi dek kerana duduk umah falt ni..hanya mampu beli pasu tanam pokok daun kari je :-)

Blog Santai said...

My mom pun sama KZ..peminat tegar pasu

memmetlenggeng said...

cantik kan, banyak pokok bunga dalam rumah, tapi saya ni tak pandai berkebun...haha

Aziela said...

Hubby saya tanam 2 pokok. Wangiii bunga dia kan kak...

emarieys said...

bunga ni letak atas katil..bau wangi...

Fifi Nadhrah said...

kak.. arwah nenek suke letak bunge ni atas katil lepas tegangkan cadar hari2.. wangi bau katil nnti..

Rinna said...

Rajinyaa.. bercucuk tanam.. :)

OKje said...

Dulu belakang rumah dinda ada pokok kenanga ni kanda.....emak selalu selit kat sanggul. Kalau buat bunga rampai mesti buh bunga kenanga ni....Jarang nak jumpa bunga kenanga sekarang kan kanda ....kecuali kat rumah kandalah hehe

ellynadyra said...

bunga kenanga tu wangi kan
kalau pepagi duk sebelah pokok tu harum je bau

Mummydearie said...

Teringat pokok bunga kenanga yang banyak di rumah arwah atok sebelah rumah mak saya. Sekarang semua pun dah takda :(