Thursday, May 22, 2014

Fotosintesis dan gandingan pernafasan kita

Biar pun semua pasu berasak antara satu-sama lain namun aku tetap usahakan juga apa yang boleh hidup di tanah sekangkang kera kediaman kami. Sementara cuaca tidak panas dan pasu baru pula sudah dibeli jadi usahakanlah mana yang patut. Cantas sana, cantas sini, alih sana, alih sini bagi membuat sedap mata memandang. Mana yang boleh ditukar baru, pokok lama dibuang (kesian dia).
Sambung hayat - Dari mana dapat nama ini aku pun tidak tahu.  Makan raw dengan sambal belacan. Ada mint, aroma special dan rangup itu yang menambah selera makan. Semua pucuk aku petik dan sulam kembali untuk mendapat pokok yang baru.
Pucuk bebuas - Keluarga aku memanggilnya daun singkel. Bukan sikil - salah pronounce sangat jauh beza maknanya. Masak dalam hidangan ikan asam pedas pun sedap sebab ada aroma yang sukar digambarkan. Buat botok-botok salah satu daun ramuan inilah dia.
Sisa pokok - Sulam baru untuk pokok sambung hayat tadi. Semua tanaman aku memang di dalam pasu sebab rumah kami punya tanah secoet kecil saja. Sangat mudah untuk kembali bercambah pokok ini seperti ros jepun juga, cantas dan cacak mesti hidup subur.
Daun Kari - Cantas bagi menghalang pokok menjadi tinggi.  Maklumlah tanam pun di dalam pasu. Bila pokok mula melebihi ketinggian kita kenalah cantas.
Menanam pokok di kawasan rumah kita sekurang-kurangnya dapat menyumbangkan oksigen keperluan kita sebagai manusia. Tidak dapat menyumbangkan banyak, dapat sedikit pun sudah memadai. Maha kaya Allah dihidupkan kita dengan adanya oksigen untuk pernafasan dan karbon diaoksida untuk fotosintesis dedaun pokok. Mari kawan-kawan kita bercucuk-tanam mana yang kita mampu.

~~ Bayangkan andai proses pernafasan atau fotesintesis Allah hentikan.~~ 


51 comments:

Nor Azimah said...

saya( eh bukan saya, larling saya, he he ) rajin juga menanam di belakang rumah, ada Tanah rezab jalan yang agak luas.

Eyda said...

Pokok sambung hayat (kami panggil sambung nyawa) tu boleh ubat sapa yang sakit kencing manis. Abah saya selalu rebus minum air, alhamdulillah berkesan. Darah tinggi pun xda

Farah Waheda Wahid said...

lama dah tak sebut fotosintesis, sampai blog akak terus throwback and memories... he he he...

aTieYusof Family said...

Salam Kak..
1st time sy dengar pokok sambung hayat ni..hehe..
kat belakang rumah kami, hubby yg menanam..adalah jg serai, kunyit & lada.. :)

Bitt (double IS) said...

fotosintesis gituw...tanam dalam pasur senang skit kalau atas tanah macam ngerik pula ada baja tambahan...buat masa skang saya stop dulu sebab tak larat nak bermesra dengan pokok2 hehehhe

Mar Mansor said...

rajin kakzakie bercucuk tanam..bagus..saya pon kena rajin nih..untuk kegunaan harian kan..

UmmuAidan-Arissa said...

Betul kakak...tanaman hijau pd sekitran amatlah perlu tuk seimbangkan udara..rs segar jer ngan suasana kehijauan kan..

Falsya said...

Betul3..umah falsya xleh nak becucuk tanam la kakak..nak tanam dlm pasu tp xtau mana nak letak pasu tuh..hehehe..

Ujie said...

Bestnya..mesti sihat akak selalu makan ulam.
Sambung hayat tu tak pnh dgr.
Bebuas..dulu masa arwah bapak ada selalu dia soh buat botok-botok.

Mia Kassim said...

Mcm bljar sains pulak kak ... proses fotosintesis... hehe

PeRdU cINta said...

Kak..daun singkil tu masam asam rebus campur tempe..wah sedapnya..ikan kering sepat..nasi panas..telur dadar..wah..begitulah kehidupan kita saling bergantungan dan memerlukan satu sama lain..

nadia rashid said...

yer kak tumbuhan dan kita saling memerlukan...:D

MOKCIK AZWA said...

Azwa tak pandai berkebun, tapi cik abe memang rajin sesangat..penuh keliling rumah dengan hasil tanaman yg ditanamnya..alhamdulillah, ubi kayu, cili padi, pandan, kunyit, lengkuas, halia, daun kari tak perlu membeli..semua ada hehehe

Eye_nee said...

Walaupun Mak saya tak pandai istilah sains ..tp mak selalu bercakap2 dgn pokok2 yg ditanamnya..nak2 pokok sayur-sayurannya...mak kata kita dan tumbuhan harus bersahabat supaya mereka terus subur dan kita juga sihat...Saya kata..Baja kan jer pokok2 lagi subur...

Julia Johari said...

Julia dok kt apartment sis...so nak tanam pokok ruang cahaya tak cukup....kan best dpt menanam..sbb julia suka menanam

Nafira usof said...

Salam kakak~
Zura belom pernah tengok lagi pucuk tuh.. selalunye makan pucuk ulam raja, pucuk gajus. tuh pon beli jer kat kedai.. nak taman x de tanah. hehehe.. alasan pon yer jugak tu~

makan ulam nih memang baik untuk kesihatan kan kakak~

Normala Saad said...

Menanam pokok-pokok ini juga boleh memberi keceriaan dan satu terapi yang bagus untuk minda dan tubuh.

Knor said...

SAYANGNYA RMH NOR TAK ADA POKOK DAUN KARI...SUKA BAUNYA...

paridah said...

pokok sambung hayat boleh buat ulam ya...tempat kak dipanggil pokok sambung nyawa.

missyzaraismail said...

wah saya memang minat bab herba-herba ni..kalau dulu selalu tolong ayah buat nasi ulam di bulan puasa..saya akan tanya nama setiap satu daun tu..daun sendawa (serai kayu), limau garam, sekentut, kunyit, kadok, kesum, keladi kemoyang..dan macam2 lagi..rindunya saat itu..

http://kedaivitamin-ku.blogspot.com/

t.a.t.a said...

tengok perkataan sambung hayat tu tiba² teringat daun tumbuh daun.

ct cheery said...

pokok sambung nyawa tu cheery penah mkn.memang sedap cicah ngan sambal belacan. mak cheery ckp daun ni bagus untuk penghidap darah tinggi.

aizamia3 said...

sayuran yang dibuat ulama saya suka tapi nak menanamnya macam tak berbaloi sebab saya sorang je makan..

are_lin@yu said...

rjinnya akak tnm2..msti pnuh rumah kan..nti nk msk ke sng ja g ptik ja.hehe

Aziela said...

Kalaulah saya nie dok menetap di sebuah rumah saja, saya pun berangan nak cucuk tanam juga. Ulam2 ni seronok di tanam sebab boleh jadi lauk yang menyihatkan kan kak...

saniah ibrahim said...

pokok sambung hayat tu,pernah tanam utk hiasan je ...tau juga boleh buat ulam tapi tak pernah mencuba walaupun sya ni suka ulam2an ...takut pula salah daun .

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.zakie..
dlm byk2 pokok tu, cma kenal daun kari jer.. hihi..
teringat maseskolah dulu..belajar bab fotosintesis...

Tihara said...

akeh juga yo mbakyu ku nandor ey lalap2 ney ..

nang umah nyong pun enek pokok sambung hayat kie..nyong ncelok ey sambung nyawa hehe..

ANIM said...

Kat sp pun panas...bukit bukau dah tarah jadi perumahan
Ada tak ada, tumbuhan dalam pasu jadi penyelamat...

Daddy Ziyyad said...

Daun Sambung Hayat tu pun mak saya makan selalu, fresh...buat ulam...tapi mak saya panggil daun Sambung Nyawa..hihihih..

Teringat tazkirah Ustaz Azhar Idrus, tentang nikmat Allah yg kita selalu takl sedar: BERNAFAS. Kalau tak boleh nafas, tak guna wang ringgit anak pinak..

Sura Mohd said...

daun sambung hayat tu pertama kali dengar...nampak sangat tak makan ualam-ulaman..hehe..:)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Rajin kakzakie menanam ye.. saya ada tanam yg asas jer kakzakie, daun pandan, pokok kari, limau purut, daun kunyit.. semua dalam pasu hehehe :)

Fai CeritaCinta said...

kat rumah fai ni husband yg rajin menanam.. pokok dlm pasum yg kat halaman rumah.. semua dia yg tanam. hihi...

Khairul Bariah said...

salam kak..ptg2 baru boleh bw..
sambung hayat tu, saya panggil sambung nyawa :)
daun dia baldu2 sikit kan? sedap buat ulam...

Acik Erna said...

acik panggil pokok sambung nyawa..sama je makna nya kan kakzakie..ada 2 warna kan..satu hijau dan satu jenis lagi warna merah

nohas said...

manusia sebahagian dari alam..saling berkait, dan memerlukan..bestnya, nak masak kari, petik je daun kari..

Jari Manis said...

Kak zakie, klau sebut fotosintesis teringat zaman sekoloh dulu itulsh nikmat ygballah bg tapi ramai yg x bersyukur. Allah hu akhbar

Ema Johari said...

kat depan rumah ema pun ada pokok kari..kalau nak ambil daunnya mesti kena lompat...hehehe

Sobri Yaacob said...

walaupun tanah skangkang kera menanam tu wajib..he..he.. kalau ada msa..lawa pokok2 tu

Sylarius Yusof said...

Tanpa tumbuh-tumbuhan dan proses fotosintesis ni, rasanya manusia pun tak boleh nak wujud akibat keracunan gas karbon dioksida. Hehe

nurbijen said...

Pokok kari yg dah cantas tu pos ke sini tau kak...
Yg pucuk2 lain tu, semua saya tak kenal...

aizu's life said...

Dalam byk2 pokok, yg last tu je kite kenal.. kari! hehehehe
berbudi dgn tanah mmg bbaloi :)

RDZ Z said...

Suka tengok pokok-pokok yang hijau ni..indah kejadian kejadian Allah kan KZ...tanpa pokok manusia pun tak boleh hidup..

kakyon said...

zakie.. pokok bebuas tu tinggi tak.akak tak pernah nmpk pokoknya. kalau mkn di kedai ada ulam ni pasti akak mkn..suka rasanya.nak tanam benihnya camne ye..

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu kakak ada sedikit pokok hijau dihadapan rumah dah cukup...

Mummydearie said...

Kecuali daun kari, yang lain-lain tu memang saya tak kenal. Bila tengok pokok-pokok menghijau dalam pasu mahupun berbunga lebat, tetiba timbul minat nak menanam pulak. Tapi tangan saya ni bukan macam Hulk, tak hijau pun.Memang terkulai layu aje!

n O e s u h a i m i said...

sambung hayat tu noe pernah makan...rasa lemak2 dan mmg sedap buat ulam...dulu noe ada tanam...skang dah x ada...

hainom OKje said...

Tak pernah tau dinda yg daun bebuas tu boleh masuk asam pedas....Ada bau yeh kanda?....
Dinda kurang suka buat kerja tanam menanam ni kanda...entah apa yg finda sika pun tak tau hehe

Kira Sakura said...

kira pun suka tanam dalam pasu. rumah takde tanah. tanah yang ada owner dah simen sebab kesian kt kami penghuni semua perempuan kalau nak cantas lalang yang naik.

suka tanam pokok yang daun kita pakai sikit-sikit dalam masakan, mcm daun kari, daun kunyit. bila nk guna cuma petik je. kalau beli kat pasar. gunanya sikit nanti yang lain terbuang. takkan nak beli sehelai dua je kan, depa pun xjual huuu

elly nadyra said...

saya menanam gak kak kat umah
serai, pandan, daun kari, ulam2an, pokok keledek dan beberapa jenis pokok bunga
tak lupa lalang2 dan rumput2 yang kian meninggi hehehehehhe
itu yang tak larat nak kasi trim kak

Nazayiena Ayiena said...

As salam kakZakie,
Nurul cari daun buas atau sinkeh sini x jumpa,klu di Sarawak bukan byk lg pokok nie tumbuh,buat masak bubur pedas bila bulan puasa,sedap....kakzakie tanam ke pokok tu?klu boleh tanam nak nanti klu blk sarawak ambik pokoknya dan tanam di sini,sbb di sana pokok tu dia tumbuh liar je.