Saturday, May 17, 2014

Liebster Award di sana-sini

Tanpa di duga setelah genap setahun hari ini aku menjawab tag yang lebih kurang sama seperti di sini. Tag untuk Liebster Award di berikan oleh adindaku dan sahabatku yang di sini dan sini.


11 Soalan adinda Hainom OKje:
  1. Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa? (Panggil kanda pun tak apa)
  2.  Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca? (Tak ada yg special pun)
  3.  Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu? (Hmm... tidak pandai marah kepada budak-budak tapi ini sebenarnya satu kelemahan.)
  4.  Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?(Kalau penat saja malas untuk masak)
  5.  Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?(Kena tanya hubby baru tahu hihi...)
  6.  Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang? (Nak jumpa balik dengan arwah mak )
  7.  Peristiwa paling best dalam hidup korang?(Hari menjadi isteri seorang lelaki)
  8.  Impian korang yang masih belum tercapai?(Banyak benar kalau mahu disenaraikan)
  9.  Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?(Lemon tea dan nasi berlauk sayur brokoli)
  10.  Kalau korang jadi kaya?(Mohon dijauhkan jadi lupa daratan - moga tidak)
  11.  OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ..... mak OK jer! (Seorg yg pandai menghormati dan menghargai sesama umat)
11 Soalan sahabatku Acik Idah:
  1. Berikan sedikit pengenalan tentang diri anda? (Seorang mama dan punya 3 anak dara)
  2. Makanan yang paling anda suka?(Tidak kisah apa pun di makan janji halal)
  3. Siapakah idola anda di dalam Malaysia ini?(siapa lagi kalau bukan TGNA)
  4. Apakah channel televisyen yang sering anda tonton? (SBC channel 5 & channel News Asia)
  5. Apakah yang anda suka lakukan diwaktu lapang? (Baca buku atau menjahit)
  6. Masakan apakah yang anda master menyediakannya? (Oh... ini kena tanya anak-anak dan en hubby)
  7. Berapakah umur anda pada tahun ini? (Lama sudah menjadi nenek)
  8. Siapakah Acikidah yang anda kenali? (Seorang yg suka bermasyarakat)
  9. Apakah yang wajib anda lakukan sebelum tidur? (Tutup pintu bilik dan pakai setokin)
  10. Apakah kategori blog anda? (Macam-macam ada cuma ilmu berblog tiada)
  11. Apakah pendapat anda tentang blog acikidah ini? (Banyak pengisian terutama hal kemasyarakatan)
Sedikit tentang diriku seperti yg pernah di tulis di sini.
  1. Walau nama Zakie tapi aku ini wanita, mama dan hamba Allah (moga jadi Muslimah terbaik).
  2. Anak Hj Purvit (bapak) dan Allahyarhamah Hjh Neema (Al-fatehah buat mak)
  3. Membahasakan diri kakak. Semua mereka yang mengenali aku tidak kira mak-bapak-nenek-atok-moyang-pakcik-makcik-abang-kakak semua memanggil aku kakak. Anak-anak jangan pula panggil kakak ye sayang - panggil auntie, makcik atau nenek.
  4.  Mama kepada tiga anak dara dan isteri kepada papa anak-anak dara yang tiga itu.
  5.  Kerjaya awal menjadi cikgu. Telah banyak kali bertukar kerjaya dan akhirnya tersadai jadi kuli mengetuk calculator dan computer hingga kini.
  6. Tidak pandai memasak walau boleh dikatakan setiap hari memasak (tapi hari cuti dapur pun cuti).
  7.  Hari-hari memandu pergi-balik kerja dari zaman anak dara sampai sudah ada anak dara masih lagi tidak mampu menggaji pemandu.
  8. Menjahit baju tidak pernah upah sebab dilahirkan dalam keluarga miskin - sedih. Masa anak dara dulu mengambil upah menjahit baju dan knitting untuk menambah pendapatan itu yang buat sekarang sudah letih mahu mengambil upah lagi.
  9. Menjadi tempat anak-anak merujuk untuk musabaqah dan berzanji walau suara bagai itik serati.
  10. Menanam pokok bunga bagaikan terapi tapi kebanyakan pokok tidak simpati. Hasilnya daun saja yang banyak tanpa bunga.
  11. Paling suka melihat keletah anak-anak, sebab itu blog yang memaparkan kisah anak-anak comel menjadi terjahan utama perempuan bernama Kak Zakie ini.
 Tugasan seterusnya memberikan sebelas soalan pula:-
  1.       Apa yang membuat anda berblog?
  2.       Apa keindahan berblog yang anda rasa?
  3.       Waktu bila anda berblog?
  4.       N3 bagaimana pilihan anda?
  5.       Sejauh mana eratnya teman-teman blog anda?
  6.       Mana keutamaan anda -  blog/FB/Twitter atau yang seangkatan..
  7.       Pengisian blog yang bagaimaa pilihan anda?
  8.       Anda lapar, tidak sihat tetapi masih duduk mengadap blog mengapa?
  9.       Apa jadi kalau semua ahli keluarga anda berblog?
  10.       Apa tindakan bila terasa malas untuk berblog?
  11.       Bila hendak berhenti berblog?
Selesai semua satu tugasan lain tag 11 teman teman. Sebaiknya biarlah aku tag ke semua 1140 orang teman Titisan Nurani yang disayangi. Silalah jangan malu dan segan. 

~~ Pakai kasut tali merah, 
baju jingga jadi pilihannya, 
sahabat semua janganlah marah, 
semua ini hiburan sahaja.~~

42 comments:

paridah said...

salam pagi panjang juga jawapannya penat nak menaip tu...selamat bersegmen.

zmarl (ibu) said...

banyak soalan dah terjawab ni kak..
bab masak tu, hehehe.. sama jer kita kak..masak tetap masak tapi takde la pandai sangat..
TGNA idola forever and ever..
memang nampak sangat sifat keibuan akak..
al-fatihah jugak tuk arwah mak..

Ati Masrif said...

assalam,

rajin akak :)

kelemahan tak reti nk marah budak2 tu kelebihan tau

ati pun sama.. kalau penat mesti malas msk tp baking ok je..hihi

Kayu Manis said...

dah baca kak..sikit2 tau mengenai akak..

BinMuhammad said...

Banyak perkara yg saya ketahui tentang Akak disini. Tidak semua orang mahu menceritakan dan menjawab soalan terutama berkait perihal diri...hehe, saya le tu.

memmetlenggeng said...

saya pun ada orang tag, tapi tak terjawab-jawab lagi kak

Qaseh Vee said...

baru tahu purvit tu nama ayah kak zakie .

Umm AA said...

Wah sib baik kakak rajin menjawab soalan2 tuh semua dptlah kitorang lg lebih byk lg tentang kakak...mmg bagusnya kakak nie jd cikgu quran yg tak garang..bukan senang nak dapat..heheh

cahayahidupku.blogspot.my said...

Saya juga dah kena tag kawan blog ni kakzakie.. tengok bila free nak buat segmen ni..

Dah semakin mengenali kanda ku ini.. ;)

Shahrul Yusof said...

Selamat bersegmen kak :-)

Boleh tahan banyak juga soalan yang perlu dijawabnya yer. Hehe

Unknown said...

Assalamualaikum KakZakie..

Nama panggilan kakzakie mengingatkan nama anak bungsu sy Zaki..

Jenuh gak nk menaip jwpaan panjang2 ni kan..

nadia rashid said...

Sy tak reti bersegmen kak...tp dgn entry ni tau la sikit mengenai akak..:D

Amie said...

Banyak soalannya ye Kak Zakie... apa pun bila dah baca jawapan Kak Zakie, maka kenallah secara lebih mendalam siapa orangnya :) Cantik prinsip hidup dan rutin harian Kak Zakie.

Nina Mads said...

banyak kali juga kena tag akak.. hehe.

Cik Puan said...

in shaa Allah...nanti ade masa free cik jawab soalan tu.

Umialya said...

agak2nya OKje bg markah penuh ke tak ni? saya GAGAL sbb beri jawaban tak menepati soalan..

Unknown said...

byknya soalan kak..hehe..
sm mcm sy..bila rasa pnat rasa mls nk masak hehe

nurbijen said...

Dah lama rupanya "entry berantai" ni... tetiba jadi fenomena semula sejak akhir2 ni... Tapi bagus juga sbb kita boleh kenal dgn lebih rapat dgn rakan blogger yg sporting menjawab soalan2 yang ditanya :)

nohas said...

ada homework kena buat..hehe..selamat bersegmen..

Cik Ai said...

hai kakak..nk panggil aunti mcm tua sgt plak =)

**selamat bersegmen kak ;p

Bunda_nora said...

Bunda pun ada yang tag...tapi belum berjawab2 lagi...ntah bila nak jawab ntah...rasa bersalah pun ada...

saniahibrahim said...

rasanya sya tak perlu jawap kut sebab tak ada yg istimewa pun nak di uar2kan ...

babYpose said...
This comment has been removed by the author.
babYpose said...

pandai mengaji smpai boleh buat rujukan, proud of you sis. best soalan bila sakit tapi berblog tu :)), Al-Fatihah untuk arwah kak zakie...



maszull said...

assalamualaikum kakzakie...selamat bersegmen yer...:)

sobri yaacob said...

malas masak..tapi skali masak bayak x abih mkan plakkan ..he..he..
nice sharing sis

Nor Azimah Ali said...

saya nak sangat tag kzakie aritu, tapi terbaca plak salah satu syaratnya blog yg nak ditag tu followernya kena bawah seribu, so tak jadi lah nak tag blog kzakie, apa pun moga ada manfaatnya kan kzakie.

Kira Sakura said...

sama!!! suka makan brokoli tapi si Fateh Uwais tue kalau bagi makan brokoli buat muka sikit T.T

Mar Mansor said...

sedikit sebanyak mengenali kakzakie..
saya tak terjawab2 merekea y tag saya..

Zul fattah said...

addoii kak.. kena jugak la sy mcam ni.. tmasuk dlm frendlsit.. haha..
wish to see arwah ayah ..

mummY daniSha said...

hehhee...dengan tag ni dpt kenal akak lebih lg =)

Unknown said...

Terima kasih Kak... sudi jawab soalan2 idah tu... :)
TGNA memang idola terbaik masa kini...

ANIM said...

idola kakzakie tu TERBAEEKKK!!

p/s saya ni dapat satu tag pun masih belum terbuat2 lagi kakzakie..

Puan Kutu said...

Alhamdulillah dpt brkenalan lebih rapat dengan kakak zakie..betul tu sana sini liebster kan

Puan Kutu said...

Alhamdulillah dpt brkenalan lebih rapat dengan kakak zakie..betul tu sana sini liebster kan

Puan Kutu said...

Alhamdulillah dpt brkenalan lebih rapat dengan kakak zakie..betul tu sana sini liebster kan

Anonymous said...

Aduhai.. KA masih berhutang segmen ni lagi !

Masya said...

ada jugak yg taq saya, p x sempat lg nak jawab

ellynadyra said...

susah nak cari org pandai berzanji
saya dulu sempat belajar
bleh la ingat sket2 lagi skang nih

OKje said...

Terima kasih kanda sudi join.....ni yg sayang lebey ni hehe....
Unik tau nama bapak tu....nama arwah emak kanda pun sedap.....mcm nama org muda!...
Kanda....teringin nak dengar kanda bertaranum.....mesti merdukan...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam k.zakie,,

hehe..cma pun dpt award ni..baru je ingat nk tag akak.. kekeke.. :)

alhamdulillah..seronok dpt lebih berkenalan dgn akak :)

Mummydearie said...

Barulah saya tahu 'Zakiepurvit' tu memang nama real ya kak. Ingat nama komersial gitu :)

Saya bab masak pun ikut mood gak. Datang rajin, memang mewahlah hidangan. Datang malas, nasiblah. Channel 5 SBC tu rancangan apa ya kak? Maklumlah kita kat KL nih. Biasanya kalau dapat pegang remote control terus Channel 393 (Korean drama)