Wednesday, May 14, 2014

Merancang perjalanan dalam hidup

Merancang perjalanan kerana ada urusan penting, kalau boleh semuanya mahu berjalan dengan lancar. Malam hari sebelum tidur sehingga bangun pagi pun doa sudah dibaca berkali-kali. Namun kekuasaan Allah tidak siapa mampu menghalangnya. Masa 24 jam yang diberikan kepada semua manusia tetap sama. Tetapi andai ada halangan semua itu tetap atas kehendakNya kerana kita tidak punya kuasa apa-apa pun tanpa bantuanNya. Walau bagaimanapun kami tetap bersyukur kerana halangan hanya setelah segala urusan selesai. Sewaktu dalam perjalanan untuk pulang saja ada sedikit tergendala. Niat untuk berbelanja selepas selesai urusan saja terpaksa dibatalkan.

Nun dari jauh - Sayup-sayup sudah kelihatan yang menjadi punca kami sekeluarga terperap di dalam kereta berjam-jam.


Kemalangan - Sebuah lori sarat muatan yang tergolek di tengah jalan. Mungkin kerana pusingan U yang tajam disamping barang muatan yang berat sebelah membuat lori ini terbalik.
Kelaparan - Kalau berpuasa boleh bertahan sehingga maghrib tetapi bila tidak berpuasa bagaikan kelaparan hanya kerana belum makan tengahari. Bukan tidak bersarapan, tetapi kerana sudah menjelang hampir Asar perut masih kosong masing-masing mohon berhenti.
Adik - Walau singgah di Burger King tetapi tetap ayam goreng juga menjadi pilihannya. Entah berapa kali setiap kali terjaga dari terlena adik bertanya "jauh lagi ke papa?"
Rezeki - Akhirnya dapat singgah di sini untuk meluruskan pinggang. Setiap set mesti ada kentang goreng hingga memenuhi separuh dulang. Akibatnya bungkus bawa balik. Tiba di rumah hidangkan pada kucing liar di belakang dapur rumah.
Tidak semua perancangan yang kita rancangkan akan berjalan lancar. Tetapi sebagai manusia kita tetap kena ada usaha untuk membuat perancangan dalam apa juga perjalanan hidup kita. Apabila terjadi sesuatu itu adalah qada' dan qadar Allah.

~~ Kita merancang dan Allah juga merancang, tetapi sesungguhnya Allah juga perancang yang terbaik.~~

46 comments:

Farah Waheda Wahid said...

farah memang jenis yang suka planning dan tak suka buat sesuatu atau pergi ke mana2 tanpa planning... kalau jenis yang last2 minute tu, only for emergency cases atau kalau mood rasa rajin...

*planning itu penting dalam hidup... dan melatih kita menjadi seorang yang ada planning dalam hidup dan sentiasa merancang untuk masa depan kan kak?

lieyalatif said...

betul tu kak.... kite rancang sekadar ape yg kite mampu...sebaliknye Allah punye kuasa tuk menentukan segala perancangan berjalan lancar atau tidak...

dpt bygkan lame akak terperangkap dlm kesesakan tu...tapi nak buat camne kan kak...kalo kite nak cepat, ade org lain lagi nak cepat so kene laa tunggu kemalangan tu di bersihkan.....

kak, lieya terliur lak tgk burger king tu...dah lame tak makan kat burger king...

AtieYusof said...

salam Kak..
betul tu kita merancang Allah jua penentu... tu yg tak boleh nak yakin sgt semuanya akan berjln lancar kan..kena plan lain gak..hehe..
ayam goreng adik tu menggoda...:)

che mid said...

Itu menunjukkan bahawa Allah swt la sebaik-baik perancang..

kalau dah lapar, makan apa pu jadi..

Zaza Abdul Latif said...

Assalam Kak Zakie..
sebagai manusia biasa kita hanya mampu merancang & selebihnya Allah yang menentukan.. :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

manusia hanya mampu merancangkan.. errr.. pandai lak kucing tu makan fries, hehehe

cahayahidupku.blogspot.my said...

Memang benar kakzakie.. semuanya atas Tadbir Allah s.w.t .. barangkali apa yg kita fikir baik utk kita itu belum tentu baik untuk kita.. begitu sebaliknya.. apa yg difikirkan tidak baik belum tentu tidak baik kepada kita kan kakzakie

amirah said...

betul kan kak...kita ni merancang aje..bila dah tak tercapai apa yg dirancang tu tak bolehla nak kecewa sgt..dah qada dan qadar Allah

Time Traveller said...

Ya Allah ada kemalangan moga di jauhkan la.. betul tu kita sekadar merancang.. Allah jua yang mentakdirkan nyer ..

http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/sehari-di-kawasan-pendalaman-termeloh.html

ellynadyra said...

nak buat mcm mana
kita dah plan
tapi bila ada halangan
kena la bersabar
mmg la stress nak2 terperangkap dlm kesesakan lalu lintas
tapi apakan daya
keta kita tak leh terbang kan

PeRdU cINta said...

Perancangan kita beserta usaha dan doa..perancangan Allah itu hakiki..dan kita perlu mendidik diri agar redha..

Umm AA said...

Betul kakak wpun kita merancang namun Allah jua yg beri kata putusnya..takperlah dpt jgak isi perut seiisi keluarga ngan makanan yg halal ...:)

Hudalatip said...

Yup saya pun suka merancang tapi suka last minit walaupun adakalanya tersasar jugak..Tapi saya pentingkan planning laa senang..sedapnya berger kingg

Shahrul Yusof said...

Lain yang dirancang, lain yang jadinya. Hehe. Nak buat macam mana, bukan semua perancangan manusia ni menjadi.

Mar Mansor said...

kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukan

ummiross said...

Ye betul Kak zakie, begitulah hebatnya Allah, dia penentu segala. Tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah perjalanan yang selamat walaupun lambat.

mysha said...

Betul tu kak.. Segalanya da ditentukan Allah...

Lamanya akak tersagkut dalam jammed tu.. adoiii cian akak!!

nadia rashid said...

Betul kak...rancang2 tapi tak semestinya dapat laksanakan semua...macam sy...rancangnya nak uruskan semaian tapi tergendala disebabkan hujan....tapi Alhamdulillah hujan...tak perlu lah siram pokok yang lain tu..:D

Kira Sakura said...

Alhamdulilah selesai jugak urusan akak sekeluarga. Mesti bersebab Dia halang akak sekeluarga tue kan. ;)

BinMuhammad said...

Ya! Kita hanya mampu merancang...Hanya Allah yg menentukan.
Makanan segera kalau tak beli satu set, rugi pula...tapi bila beli pasti tak abis, rezeki utk yg lain rupanye... :)

mama maman aka yana said...

setiap detik kita merancang.. tp perancangan dariNYA tak mampu diubah.. terima dgn hati terbuka.. huhu

Kayu Manis said...

masa tu kepunyaan Allah. kan kak..

HijrahKuKeranaMu said...

sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah

Unknown said...

Salam Kakak~
nampak sungguh manusia nih insan yang lemah kan kakak. mampu merancang sahaja.. segala2nye Atas perkenan dari NYA.

Mia Kassim said...

Betul tu kak.....biar kita merancang dengan sebaik mungkin tp Tuhan jugalah yg menentu segalanya......

saniahibrahim said...

kalau sudah rupa gitu accident nya memanglah segala yang dirancang akan trtangguh...sesungguhnya kita hanya mampu merancang..

Cik Ai said...

betul sgt tu kak..planing tu sgt penting dlm hidup..
kita harus ada perancangan tuk trs kehidupan wpun perancangan Allah sebaik2nya :)

*betula kan kalo bln puasa laparnya tdk terasa tp kalo bkn bln puasa,tgh hari dh pedih perut2..hehe maybe niat kita tu kot kak :)

Cik Ai said...
This comment has been removed by the author.
JunAina said...

Selalunya macam tulah kak kita merancang tetapi izinnya datang dari Allah jua...

Kalau sampai ke Asar mana tak laparnya Kak Zakie...

terokai seni said...

assalamualaikum w.b.t

cam nak ujan je tu... pekena cekodok dengan kupi mesti sedap

Unknown said...

Fikirkan yang baik-baik sahaja.. Dia sebaik-baik perancang kan.. :)

@na said...

Alhamdulillah...semuanya dah selesai dengan baik....

haryati said...

Salam kak... betul tu kdg2 apa yg kita harapkan tak bjln ngan lancar apapun yg pntg kita doa yg tbaik....

t.a.t.a said...

Kids: Are we there yet?
Are we there yet?

Parents: We get there, when we get there!! Grrr...

MOKCIK AZWA said...

Salam Kakzakie,

aduhai lama tak meronda2 ke pondok kenkawan..

benar tu, kita memang perlu merancang namun perancangan tidak semuanya akan menurut apa yang kita rancang..sebab itu perlu ada plan A, plan B..

Terus lapar pulak tengok BK tu hehehe

lia said...

tanpa d duga, d ujiNYA...

Izwa Kamaruddin said...

semoga terus dipermudahkan

Dr K said...

tu la kan kak zakie..kalau berpuasa, boleh pula kita menahan lapar sampai ke maghrib...

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

huhu..kita sebaik2 yg merancang..tapi allah jua yg menentukan..
teruk benar keadaan lori terbalik tu..cma seriau kalo tgk kemalangan lori besaq mcm ni.. huhuh...

paridah said...

merancang tetap perlu walau perancangan Allah jd penentu...

Unknown said...

Iskkhhh mujur lori tu tak hempap motor atau kereta lain kan kak... seriau laaa

Ummu Madihah said...

Salam Kakzakie,

Itulah dia perancangan Dia mengatasi segalanya. Kita hanya mampu merancang tetapi menjadi atau tidak perancangan kita bergantung pada-Nya jua. Kalau selari dengan perancangan Dia oklah tetapi kalau tidak, punah segala yang dirancang. Kita hanya boneka manakala dialah Dalangnya!

QasehnyaRania said...

alhandulillah, halangan selepas selsai segala urusan..
Allah adalah sebaik baik perancang..

Blog Santai said...

Kita pun sama KZ, kalau nak travel memang siap awal..tapi tulah. Secantik mana planning kita, kadang-kadang sangkut jugakkan. Allah tau apa yang terbaik untuk kita kan..

Mummydearie said...

Biasanya kalau nak buat apa-apa, memang saya rancang sebaik mungkin. Tapi dalam pada itu pun, ada juga yang tak menjadi. Betullah bagai dikata, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya.

OKje said...

Itulah namanya qada dan qadarkan kanda.....apa pun syukur sebab urusan kanda fipermmudahkan walaupun sedikit tersasar dpd perancangan..