Tuesday, May 27, 2014

Memperingati peristiwa Israq & Mikraj

Peristiwa bagaimana perjalanan baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam melebihi 1400 tahun dulu mengambil masa sehari dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ke Sidratulmuntaha membuat ramai yang menganggap itu tidak dapat diterima akal. Kalau Abu Jahal memperlekehkan peristiwa tersebut, namun Saidina Abu Bakar apabila dikhabarkan oleh baginda rasulullah berkata "Andai ada peristiwa yang lebih besar dari itu pun aku percaya". Lihatlah bagaimana ajaran baginda rasulullah sudah meresap sebati dalam sanubari sahabat baginda Saidina Abu Bakar.  Peristiwa ini juga berlaku setelah baginda dihalau oleh kaum Quraisy dari Taif. Namun sebagai utusan Allah baginda tidak pernah lelah untuk mendidik umatnya ke jalan yang diredhai. Rasulullah guru agung kepada kita seluruh umat yang tidak ada tolok bandingnya.

Penghargaan - Oleh itu tidak salah menghargai guru-guru kita sebagaimana adik menghargai guru-gurunya sewaktu menyambut Hari Guru tempohari. Hadiah ini tidak setimpal dgn didikan yang diberikan tetapi sebagai simbol menghargai dan terima kasih adik kepada cikgunya.
Hadiah - Dari salah seorang anak yang mengaji di rumah. Baginda rasulullah dulu mengajar, menyeru umat tidak ada siapa pun yang memberikannya hadiah.
Kain pasang - Pemberian salah satu anak yang mengaji dua hari lepas. Katanya " Hadiah buat mama sempena Hari Guru". Aku pasti ini ibu-bapanya yang memberi. Terima kasih dariku tidak terhingga. Terharu sebab aku bukanlah guru sebenarnya.

Kalau kasih kita kepada guru yang mengajar dengan memberikan hadiah, apa salahnya kita berselawat dan salam buat junjungan kita baginda nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Itu tanda kasih kita kepadanya bahkan moga mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Bersamalah kita memperingati peristiwa Israq & Mikraj dan mengambil iktibar dari kisah bagaimana balasan kepada mereka yang mungkar dan balasan baik yang ditunjukkan sewaktu perjalanan baginda sepanjang malam tersebut. Betapa sayangnya baginda memohon kepada Allah diberikan kepada umatnya untuk menunaikan solat lima waktu saja sehari. Bayangkan kalau kena 50 waktu!

~~ Sebaiknya peritiwa Israq & Mikraj baginda diambil iktibarnya untuk mengukuhkan keimanan kita bukan sekadar bercuti kerana menyambutnya. Menyambut dan mengambil iktibar peristiwa adalah dua perkara yang jauh berbeza.~~
 


52 comments:

Mia Kassim said...

Salam Israq dan Mikraj Kak Zakie....:D

Tie HT said...

Salam israk dan mikraj juga :)

Masya said...

salam israk mikraj kak ... seronoknya dapat hadiah mcm² mmg tersa dihargai...

Fazleyatul Aini said...

salam israk mikraj kak zakie sekeluarga

saniahibrahim said...

kakzakie pun dpt hadiah juga ya...selain dapat brbakti pda ank bangsa jadi guru ni boleh jdi jutawan akhirat..
salam israk mikraj..

AtieYusof said...

Salam Israq dan Mikraj Kak..sama2 lah kita memperingati...
Alhamdulillah, rezeki dr anak2 murid tu..cantik kain tu..:)

Jari Manis said...

Ramai yg x menghayati peristiwa ni kan kak zakie yg dorang tu hari tu mesti cuti je

Zaza Abdul Latif said...

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

SALAM ISRAK MIKRAJ :)

Sura Mohd said...

Salam Israq dan Mikraj Kak..
Betul kak..ramai yg menyambutnya tanpa mengambil iktibar..malahan ramai juga yg tak tahu apa itu Israq dan Mikraj..:)

Umm AA said...

cuti ker ari nie kakak..? kat sini dorang ade buat sambutan distadium dkt umah kami nie..tapi tak pergi lah..sebenarnya kat sini tahap pecah belah pahaman islam tuh sangatlah ketara antar golongan miladun dorang panggil yg pentingnya selawat shj tapi perkara2 lain tolak tepi..golongan lain lak tabligh..yg ikut btul ahlul sunnah wal jamaah sangatlah tidak ketaranya..takut jugak kami memkikirkanya.

lia said...

Terharu dgn ingatan ibu/bapa anak2 yg mengaji dgn akak... Tentu mereka menghargai jasa akak mendidik anak mereka...

nohas said...

salam Israk Mikraj..perjalanan agung seorang Rasul..uswatun hasanah..

'Selamat Hari Guru'..cantik kain pasang, boleh buat baju raya..

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah...rezeki.

Salam israq & Mikraj kak.

Aziela said...

Selain baginda Rasulullah, ada ramai sangat lagi guru kita. Even alam semula jadi juga adalah 'guru' sekiranya dihayati dengan teliti, kan kak.

Salam Israk Mikraj. N9 cuti hari nie....

musang said...

salam israk mikraj kakak

OKje said...

Salam Israk Mikraj kanda....Johor cuti yeh hari ni kanda.....
Cantik dah baju tu kanda,.... dah ada dah sepasang untuk Raya ke dua hehe...Raya pertama tentunya lap lip lap lipkan kanda...hehe

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..murah rezeki akak..

eMMe said...

Salam Israk mikraj Kak Zakie serta keluarga... bersama kite enghayati dan mengambil inisiatif rentetan pengorbanan Rasulullah s.a.w, dan menghargai setiap detik perjuangan Rasulullah s.a.w yang sanggup berjuang untuk umatnya.

faraherda.razalan said...

Salam Israk Mikraj. Tapi sy keje. Sobs...

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam K.Zakie..

salam israk dan mikraj juga..
terima kasih atas perkongsian..
tgk plastik tu 'hinode' lama tak pergi sana, time cma sekolah dulu selalu beli brg2 utk hadiahkan cikgu kat situ jgk.. hihi...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

salam Isra' Mikraj Kak Zakie

NM03 said...

salam isra' mikraj kak...

MOKCIK AZWA said...

Salam Isra' Mikraj Kakzakie.. guru yang mengajar celik AlQuran mesti sentiasa diingati oleh anak muridnya..

Dr Singa said...

banyak sungguh jasa dan jariah para guru ni kan..

norhidana said...

cikgu mengaji pun cikgu jugak kan kak.... teringat zaman sekolah dulu hari guru lah hari yg dinanti2

Kayu Manis said...

kita layak ambil hadiah ajekan kak...sedekah tak layak pun..ramai lgi fakir kat luar sana...

byk memberi maknanya murahlah rezeki kakak sekeluarga..

HeNRieTTa JoSe said...

btul tu...jasa guru tiada balasan nye....tpi kita beri tanda mata sekdar igtan...

Shahrul Yusof said...

Memang banyak iktibar dan pengajaran yang boleh kita ambil melalui kisah perjalanan baginda Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra' & Mikraj :-)

Ujie Othman said...

Biasanya kita suka sbb ia hari cuti. Bkn sbb ambil tahu & menghayati peristiwa tersebut.

Wah..dpt hadiah hari guru jugak. Best!

nhhas said...

Assalamualaikum wbt...

Selamat mengambil ibrah daripada peristiwa isra'mikraj tahun ini...
Semoga semangat dan pengajaran daripadanya diambil dengan serius... Insya Allah...

p/s: kami tak cuti kak...

ANIM said...

kakzakir pun guru apa...:-))

p/s semoga solat kita selama ini diterima Allah. semoga pelaksanaan solat kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Unknown said...

salam israk mikraj kak :)

babYpose said...

salam israk mikraj kak zakie, selamat hari guru. Alhamdulilah dapat rezeki memberi ilmu hingga budak2 hargai. cantik kain pasang tu :)

Umie Nadhirah said...

banyak nye hadiah. boleh buat kain raya nanti ehe.

salam israk mijrak:D

paridah said...

SALAM ISRAK MIKRAJ...PERJALANAN NABI SAW KE LANGIT ADALAH KEHENDAK ALLAH MEMPERLIHATKAN KEAGUNGAN KEKUASAAN MELIPUTI SEGALANYA....

Dkna Abza said...

Salam israk mikraj akak ;)

sobri yaacob said...

salam Israq dan Mikraj sis..
terima kasih ats pkongsian yg saling ingat mngingati

Dr K said...

Memang terlalu banyak ibrah yg boleh kita ambil kan kak dari kisah Israq wal Mikraj nya Rasul kita...

Alhamdulilah..rezeki tu kak...dpt hadiah :)

Bunda_nora said...

Salam Isra' dan Mikraj...

nadia rashid said...

Didikan bacaan Quran sangat besar kak...cantik kain nya sebagai penghargaan atas usaha ikhlas akak...salam israk mikraj

gadisBunga™ said...

saya nak jadi cikgu jugaklah... keje macam saya sekarang tak ramai yang appreciate.

emarieys said...

Salam Israk Mikraj Kak Zakie, seronoklah dapat berkumpul satu keluarga kan..dah cuti sekolah ni.

ummiross said...

Salam Kakzakie.hari ni baru sempat singgah.

Berkatnya ada kalau tau menghargai guru-guru kan Kak zakie.

InsyaAllah sama-sama kita perbanyakkan berselawat kepada baginda nabi junjungan.

aby said...

salam kz ..
moga kita menjadi golongan yg dikata nabi saw ..
"pada masa itu golongan ni tidak pernah bertemu dengan ku namun mereka patuh dengan ajaran ku " ..
moga dengan mengingati peristiwa Israk dan mikraj ..
kita tergolong dalam kumpulan yg patuh dengan ajaran nya

Nor Azimah Ali said...

Maha Baiknya Tuhan menghibur dan menghadiahkan kepada Nabi sebuah perjalanan agung, di situ juga Baginda menerima perintah solat utk umatnya, sayangnya kita jarang mahu mengambil iktibar..

@na said...

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMAD SAW...
Moga kita semua mendapat syafaat BAGINDA....

Blog Santai said...

Salam Israk Mikraj KZ...sama-sama kita jadikan peristiwa bersejarah ini sebagai panduan hidup..

Selawat & salam ke atas junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad S.A.W

Rozie said...

Alhamdulillah rezeki kak... Jasa kakak amat bermakna..

BinMuhammad said...

Setuju dengan akak...mengambil ikhtibar itu lebih baik dari mengingati kerana sekadar ingat jer, hanya sia-sia...

Mummydearie said...

Kat Johor cuti ya kak sempena Israk Mikraj?

Berkat jadi guru yang baik, dpt hadiah dan pahala juga ya, kak!

kakrose said...

salam israk mihraj Zakie..

Chot said...

Semoga peristiwa israk mikraj ini dapat meningkatkan keimanan kita kepadaNya,..amin