Ada yang mengukur semua ini sebagai sebuah kebahagiaan. Bahagia kerana rezeki yang melimpah-ruah, anak yang cemerlang, rumah tersergam dan mampu menjelajah seluruh pelusuk dunia. Persepsi hidup hanya sekali sering berlegar di minda. Lupa bahawa mati sebenarnya yang akan ditempuh hanya sekali kerena selepas itu akan ada sebuah kehidupan kekal di dunia yang kekal abadi. Sewaktu di 'dunia mati' itulah kesal sudah tidak berguna lagi. Sama ada berteman cahaya dan keindahan atau siksaan sementara menanti hari perhitungan di padang Mahsyar semua terpulang pada kehidupan awal sebelum Izrael datang menjemput pergi.
"Kullunafsin zaa iqotul maut" - Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Tapi jangan lupa kerana semuanya akan dihidupkan semula dan disempurnakan segala balasan pada hari kiamat kelak.
Berbelanja malam tadi - Nikmat dunia yang entah sampai bila boleh dinikmati |
Bangga dan lupa bila mempunyai kuasa dan darjat. Mudah mengarah itu-ini tidak mengira. "Makan-pakai-duit-melimpah atas usaha aku. Kalau malas bekerja, malas berusaha mestilah miskin jadinya" itu detik hati. Ketawa terbahak-bahak syaitan di kiri dan kanan. Diri pula lupa siapa yang memberi. Lupa pada istidraj. Allahurobbi... siapa aku ini tanpa Dia yang kholiq. Ampunkan aku Ya Allah dan kembalikan aku ke jalan di redhai andai ada kelalaian aku sebagai hambaMu.
"Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan olehNya kembali, kemudian kepadaNyalah kamu dikembalikan?" - Albaqaroh:028
~~Renungan buat diri kerana sedetik jarum jam bergerak sedetik juga masa kematian kian mendekati.~~
63 comments:
mati itu pasti..
bila teringat kematian mesti rasa takut..rasa kecik sangat diri..rasa kurang sangat amal tuk bekalan..
moga dipanjangkan umur tuk topup balik apa yang kurang..
Insaf dengan kata2 akak ni. Semoga kita diberikan peluang untuk berbaik dgn semua orang dan tambahkan ibadat selagi kita masih ada kesempatan. Semoga ibadah kita boleh membantu kita di sana nanti.
Salam... terima ksh kak atas pkongsian ni di pg jumaat... merenung kmbali diri sendiri... cukup ke bekalan tuk disana kelak...
nice tazkirah pagi pagi jumaat ni
walaupun tido, jantung tetap bergerak, cuma lebih perlahan dari kita bergerak. tiada rehatnya untuk kita, walaupun rehat minda rehat badan. jantung seperti jarum jam gak kan kak zakie, thanks ingatkan
Tq aunty atas perkongsian ini...
penerapan yang sempurna, tq atas pesanan dan peringatan ni :)
betul tu kak..ramai yang lupa apa tujuan kita hidup ni..
glup!
tertelan air liur kak!
seram..meremang bulu roma ni!
peringatan yang tepat pada dahi!
terima kasih kak..
Salam Jumaat Kak..
Insaf bila memikirkan diri sndiri yg masih daif dlm segala hal..msh mencuba memperbaiki diri ini..
Makasih kak sentiasa mengingatkan..
Terima kasih kakzakie dengan perkongsian yg bermanfaat.. sungguh mengetuk pintu hati.. menggerak fikiran utk berfikir... apa kah terus menunggu kematian itu tanpa usaha utk memperbaiki amalan bagi kebangkitan yg kedua buat diri ini...
Allahu Akhbar... tunjukanlah aku jalan yang lurus, jalan yg Kau redhai ya Allah. Amin..
selamat pagi kak
renungan bersama pagi jumaat =)
mati itu pasti kan kakzakie.
sesama lah kita mohon keampunan kepada Allah swt
Salam Jumaat kakzakie..
setiap kali ingatkan mati itu pasti..memang menginsafkan...tapi masih belum bersedia lagi..byk lg yg persiapan yg belum dibuat..AllahhuAkbar..terima kasih untuk peringatan..
Menginsafi diri, terima kasih di atas entri ini..
salam jumaat..
rezeki Allah bagi.. jangan lupa dalam setiap bahagian yg kita peroleh tu ada bahagian untuk orang lain juga..
ما شاء الله كان ما لم ىشاء لم ىكن
sangat terkesan dihati peringatan ini kak... terima kasih.
Kita pasti mati, dan kita pasti hidup kembali
entry terbaik, yang menginsafkan dari kak zakie...saya suka sekali.
sama2 kite muhasabah diri ek kak, kt dunia nih sana sini gunakan pangkat, darjat kt akhirat nnti kite semua sama je amalan je yg membezakan kite
sama2 kite muhasabah diri ek kak, kt dunia nih sana sini gunakan pangkat, darjat kt akhirat nnti kite semua sama je amalan je yg membezakan kite
setiap yg hidup pasti akan merasai mati...istigfar...insafi diri yg hina ini
sentiasa berterima kasih pada akak kerana sentiasa up n3 yg mengingatkan diri saya...
Mati kemudian dihidupkan kembali kekal abadi di akhirat itu yang selalu orang lupa kak..walaupun seringkali diingatkan..ditegur,, dinasihati..mungkin terpana dengan indah dan asyiknya dunia..PC juga sentiasa ingatkan diri..
Insaf falsya baca entry kakak..
Mati itu pasti!!!..jodoh pertemuan ajal maut semua rahsia Allah..
bagus kak zakie sesekali kuar entry gini. bahagia tu, kalau nak diukur dari segi duniawinya mmg takkan sama piawaiannya dgn kebahagiaan akhirat.
kematian itu menginsafkan bagi sesetengah orang....sesetengah yang lain pula tak berasa apa-apa....
Makin usia ni meningkat matang...makin kerap mengingati mati...lebih2 lagi bila mendapat berita kematian mengejut jiran, kawan, sanak saudara terdekat di usia yang masih muda
astaghfirullah...sesungguhnya hidup ini bergantung sepenuhnya kpd rahmat Allah...tq peringatannya.
Mekasih atas perkongsian dan peringatan kak. Mati itu pasti. Smoga kita dapat gandakan amalan sebelum maut datang menjemput.
Ye Kak Zakie,yang dunia hanya nikmat yang dipinjamkan, jika silap menangani, nikmat memakan diri. Moga mati kita dalam husnul khatimah.
hihi...jap nak fikir dan mari kita renung2kan :D
Satu perkongsian yang dapat membuka pintu hati kita semua....
Salam Kakak~
Terima kasih atas peringatan bersama ini. sangat2 hargai.
memang betol kakak~ urusan dunia ini selalu buat zura leka untuk mengejar yang akhirat.. Allah~ ampukan dosa2ku Ya Allah.
terima kasih sekali lagi kakak~
terima kasih kak kerana mengingati.
Biar sesibuk mana pun saya setiap hari..Bloq kakzakie akn tetap saya kunjungi..Ada satu pengisian disini setiap hari..bukan hanya utk dunia saya diingatkan tetang satu alam yg tidak akan pernah mati makhluk didalamnya kemudian nnt...Tq kak atas satu lagi perkongsian keinsafan ini...
Kadangkala, nafsu dalam diri kita itu yang membuatkan kita leka dengan kehidupan di dunia. Hinggakan kita lalai dengan ingatan tentang hari Akhirat kelak.
betul mati itu pasti..tapi kadang2 kita lalai macam tak akan mati..
syukran diatas peringatan...menyesal didunia, masih boleh diperbaiki, menyesal di akhirat berkekalan...
salam kak;
betul kak...siapa kita tanpa keredhaanNYA...moga kita semua selamat di sana nnti...Amiin
baca n3 kakzakie ...menambah keinsafan diri
salam kenal... tima kasih follow kite...kite follow cni plak ye :)
Saya guna ubat gigi Mukmin!
manusia sekarang sungguh mengejar dunia walaupun tau yg semuanya tak kekal,sama2 kita renungkan kak zakie..
salam kz ..
nak sambong maksud ayat surah ali imran ayat 185 tu .
Dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu .. ketika itu sesiapa yg dijauhkan daripada neraka dan dimasukan kedalam syurga, maka sesungguhnya ia amat beruntung> Dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yg memperdayakan ...
soalan perekso semester lps psl kematian ..
kuwei seng inget ayat karo terjemahan nay
Ya... sebab hidup atas dunia ni sekali saja lah, yang kena fikir tentang kehidupan sebenarnya pulak... yang kekal pulak tu. Bersama lah fikir-fikirkan bab ni dan jauhilah dosa sesama manusia yang lebih susah untuk ditnggung diakhirat kelak. Pernah terdengar bahawa, kalau kita menyakitkan hati orang lain, ianya seperti doa meruntuhkan kabah berkali kali... astaghfirullahhalazim... mohonlah dikasihani diri ini...
Well said KZ. Kena muhasabah diri..Salam hujung minggu ya..
kita manusia selalu lupa....terima kasih atas peringatan kakzakie
semuga nikmat dunia yang kita kecapi menjadi jambatan ke jannah...aamiin
Tazkirah yg bagus..semoga kita tak lupa akhirat dan trus leka dgn nikmat dunia
smga kita sentiasa mngingati mati.dan sentiasa perbaiki amalan ..aamiin
saya teringat kpd seorg hamba Allah ini . buka mulut saja , cerita pasal duit n sentiasa merungut krg itu ini sedangkan hakikatnya , duit berkepuk dlm simpanan . tdk terfikirkah dia , dlm kesibukannya mengumpul harta tetiba Allah ambinya pergi . berguna lagikah harta yg ditinggaln di dunia ini ? ... subhanallah !
Betul tu kak..Hidup hanya sementara. Semua nikmat itu hanya pinjaman dari Allah.. Laksanakan segala amanah dengan sebaik mungkin dan perlu sentiasa bersyukur. Selamat Hari Ibu buat Kak Zakie.. Semoga menjadi ibu mithali buat anak2 permata hati akak..♥
salam K.Zakie..
begitulah manusia..
kadangkala kita leka, semakin bertambah hari yg kita lalui,semakin dekat kita dengan yg maha pencipta...
byk akak borong..belanja bulanan ke tu.. ? :)
Yelah kanda...bila membeli penuh setroli kadang tu kita alpa.....yg kematian itu akan dtg bila bila masa aje...
Tapi syukur sebab hati kita belum mati untuk masih mengingatNya tatkala nikmat kesenangan itu didepan mata
Renungan bersama.. TQ kak..
Mengenang mati membuatkan kita akan lebih bersedia
betul kak... banyak reminder yang Allah bagi dalam Quran...tinggal lagi kita nak sedar atau tidak... huhuhu...
antaranya dalam surah ali-imran ayat 26...
"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu..."
thanx kak... for remind us thru ur entry...
tq kak.. berkongsi sesuatu untuk kita renung2kan bersama !
kadang kala terleka jugak.. tapi, jangan sampai terhanyut...
Sangat terkesan dgn entri akak nie.. yup setuju mati itu pasti.. :(
assalamualaikum kakzakie...setuju dgn kata2 akak..:)
Terima kasih kak atas nasihat. Setiap detik nyawa kita berharga. Samada harga dibayar disyurga atau neraka kan kak ;(((
Kaya tu subjektif bagi saya. Berbeza pendapatnya. Mungkin kebanyakan orang rasa kaya bila banyak duitnya :)
Sesekali bila diingatkan tentang mati itu pasti, memang terasa seram sejuk diri. Yalah, bila menyambut ulangtahun tu, bukannya umur kita makin bertambah tapi semakin berkurangan sebenarnya, semakin hampir dengan kematian.
Post a Comment