Monday, January 5, 2015

Ole-ole dari Pantai Timur

Biarpun yang di sini merasa puas melihat misi mereka selesai dan selamat, tetapi menurut mereka yang pulang dari pantai timur ada sedikit terkilan kerana masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Kedudukan yang jauh nun di pantai timur dan kekangan masa dek tanggung-jawab yang digalas terpaksa juga pantai timur ditinggalkan. Namun dalam perancangan yang telah disusun-atur dari sini akan ada 7 kumpulan akan bergilir turut memberikan bantuan. Kini kumpulan ke dua sudah pun berada di sana bagi menyambung misi seterusnya dan bergilir sehingga kumpulan yang ke 8 berakhir.

Walau dilanda musibah hebat masih ada yang punya kekentalan dalam meneruskan tuntutan kehidupan. Dengan keadaan sekeliling yang suram masih ada peluang untuk membeli makanan. Di sinilah juga dapat memberi peluang untuk menghulur jika mahu.

Ole-ole 1 - Keropok lekor rangup dan pedas.
Ole-ole 2 - Buhulu yang sangat manis.
Ole-ole 3 - Kuih akok yang menjadi kesukaan si isteri.
Ole-ole 4 - Buah keranji dalam perahu hihi... tetapi kali ini di dalam plastik
Ole-ole 5 - Telekung pemberian Cik Azie yang menjadikan rumahnya sebagai tumpangan hubby and the group. Dalam kesedihan masih mampu menghulur buat diriku menjadi sayu. Terima kasih Azie.
Melihat setiap paparan gambar yang hubby ambil aku dapat gambarkan keadaan di sana bagaikan tsunami walaupun tidak kelihatan mayat bergelimpangan seperti di Acheh pada tahun 2004 tetapi melihat kadaan yang bagaikan padang jarak padang tekukur; sehingga terdapat kawasan yang lapang tidak tinggal rangka rumah sedikit pun. Apa yang tinggal hanyalah sisa tapak rumah. Sayu dan sedih melihat mereka berlindung di dalam khemah sementara. Besar sungguh ujian buat mereka.

~~ Teruskan membantu tidak kira dalam bentuk apa sekali pun kerana mereka benar-benar memerlukan bantuan kita. ~~

55 comments:

Mar Mansor said...

murah rezeki kak zakie sekeluarga ye..tulah kan..berkat keikhlasan membantu..
orang memberi kita berbahasa

Kakcik Seroja said...

Semoga Allah SWT memberikan ganti yang lebih baik buat mereka dan merahmati para sukarelawan yang bertugas tanpa mengahrapkan apa-apa...

Aamiin...

p/s : kakcik pun suka makan kuih akok... :)

babYpose said...

Terharu pulak Cik Azie memberi lagi walaupun beliau dari pihak memerlukan..Alhamdulillah dapat memudahkan urusan mereka.

Farah Waheda Wahid said...

Kak buah keranji tu rasanya? Cuba gambarkan... he he he ....

paridah said...

sentiasa tertunggu-tunggu n3 kakzakie tentang misi bantuan yg diterajui hubby kakzakie n kawan-kawannya ke sana...membaca tulisanmu bergelinangan air mata menitis...moga kesempatan memulakan kehidupan baru buat mrk teratur dgn lbh sempurna dgn bantuan insan2 prihatin yg sentiasa dihulur. tinggalkanlh kenangan pahit yg amat menyedihkan itu. tapi mmg xtersangkalkan mrk disini semangat juang utk meneruskan hidup dgn lbh baik amat tinggi..

Umialya said...

Bangga dengan rakyat Malaysia, tetap bersatu hati tanpa mengira fahaman politik..

Alhamdulillah, anda adalah insan prihatin

eMMe said...

Moga tahun baru 2015 ini member sinar buat mangsa banjir esp. di Pantai Timur... Kak Zakie, kita bantulah mane takat yg kite mampu kan... ni dpt ole2 dari sane ke Kak Zakie? ada bantuan dari Johor ke Pantai Timur ye Kak Zakie? Alhamdulillah..... moga dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa...

Nor Azimah Ali said...

saya pun bercadang nak balik jap tengok rumah arwah mak, walaupun ada makcik 2 org kat sana, tapi dua-dua pun dah tak larat juga, walaupun bukan banjir, cuma air pasang malam sampai 10 hari kata makcik, habis almari pinggan mak kembang, nak kena dibuang rasanya, cuma memikir-mikir camane nak balik, kalau boleh alas nak bawak anak-anak, nanti tak jadi keje, tapi nak tinggalkan apa halnya nanti..
Alhamdulillah, orang pantai timur mmg camtu kzakie, suka memberi..

Nieyla Nadia said...

Rakyat malaysia bersatu hati dalam memberi bantuan..Tidak kira agama,bangsa..mereka saling membantu..

Yana Shaiful said...

rumah yana kat pasir mas pun kena banjir jgk..wlaupun semua brg dlm rumah rosak tp syukur Alhamdulillah..rumah masih ada..mak dgn adik pun selamat..slalu kna ingat..kita susah org lain lg susah..x leh nk bayangkan mcm mana mereka yg hilang segala2nya..rumah yg berdiri teguh tiba2 hilang..sayu sangat rsnya..

Fazleyatul Aini said...

bila banjir dah surut, kene mengemas la apa yang patut kan kak
nak cuci rumah
tengok kat fb, Allah hai nak mengemas tu ambil masa jugak tu

Unknown said...

baru jer sampai semalam dari kampung kak..
ya allah, sedih sangat tengok keadaan mangsa banjir..ada yang tidor atas jalan, ada yang tidor bawah canvas..bekalan air terputus, letrik pon sama..ya allah, tak dapat nak bayangkan..
paling sadis yang dok tunggu makanan kat tepi jalan..kita hulur jer sumer berebut nak amik..

Kayu Manis said...

alhamdulillah syukur nikmat...yg bgi tumpang rumah tu...alhamdulillah bgusnya..

Lynn Huraiza said...

syukur alhamdulillah...dah lama x makan buah keranji tu...

Uncle said...

Salam Kakzakie.
banyak hikmahnya apabila kita membantu...tahniah!

Unknown said...

Alhamdulillah...tak penah makan buah keranji...nak kena cari gak ni...

Rosdi Eunos said...

Betul tu.. walaupun sanak saudara saya di sana selamat.. tapi hati tetap sedih dan terkilan sebab tak banyak yang dapat saya lakukan dari sini. Mudah mudahan semuanya akan berakhir dengan baik

cahayahidupku.blogspot.my said...

Benar kakzakie, kita perlu banyak menghulur bantuan.. banyak yg mereka perlu baiki.. ujian untuk mereka yg terpilih kan kakzakie.. semoga mereka tabah dan redha dengan ujian ini..

p/s Buah keranji saya suka.. ada juga dibawa balik oleh staf dari kelantan tempohari sebelum banjir melanda negeri mereka..

Inani Hazwani said...

alhamdulillah. nani tak suka sangat buah keranji sebab rasa dia amacm masam masam sikit :D

Izwa Kamaruddin said...

sedih sebab semua tu tak dicerita di berita tau kak...

Fiza Rahman said...

ALhamdulillah...murah rezeki akk. Baru saya tau itu buah keranji. Tau makan jer.

Memang sedih tgk keadaan kat sana. Hilang harta benda sekelip mata jer. Macam mana lah anak² dorang nak sekolah nanti ni :-(

nohas said...

semoga mereka tabah menghadapi ujian ini, hilang tempat berteduh, hilang nyawa ahli keluarga..hidup mesti diteruskan..

imm said...

kak zakie..smalam balik rumah mak, pastu mak cerita, ada volunteer dari johor bagi biskut dengan beras..terus teringat group hb kak zakie ☺
terima kasih kepada semua yang datang bagi sumbangan..xtau dah nak cakap terima kasih camane lagi, terharu sangat :')

adarnadzmie said...

moga sumbangan sedikit sebanyak dapat membantu saudara2 kita di sana...
keropok ikan sudah menjadi ole2 wajib dari kawan2 ofis saya kalau diaorang balik kelantan atau terengganu....

lieyalatif said...

semoga Allah permudahkan urusan mereka di sane kan kak.... tak terluah dgn kate tgk kesan banjir tu... moga ade hikmah disebaliknyer...harap pihak2 berwajib, ngo2 semua same hulurkan bantuan tuk mangsa banjir dpt meneruskan kehidupan.....

kak tu semua tu mmg wajib beli kalo ke pantai timur..bahulu manis tu sedapnye....kalo kawan lieya balik kelatan mmg wajib kirim dgn die heheheeh

hepi new year n salam maulidur rasul kak zakie....

Acik Erna said...

memang sedih kan kakzakie..semoga mereka semua dapat perhatian dan bantuan yang sewajarnya

Azhar said...

minta kebenaran untuk berkongsi link. Saya dah memasukkan link blog ni dalam bloglist saya.

http://pentekan.blogspot.com

lia said...

membaca dr blog & cerita dari opismate sendiri, sungguh saya hiba...

Hudalatip said...

Salah sorang lecturer kat sini menangis balik dari membantu di sana...Sungguh kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan membantu mereka selagi boleh..

insan marhaen said...

memang begitu ketentuan alam. give n take...

saya pun tak lupa menyumbang sekadar kemampuan.

masa saya kecil dulu rumah saya setiap hujung tahun akan banjir. sebab itu rumah saya lantainya tak sama tinggu dan dindingnya reput..

Aziela said...

Bagusnya komuniti kejiranan kakak yer. Siap bergilir ada group. Dengan cara ini, sumbangan tak putus, dan semua orang dapat turut mengambil bahagian.

Unknown said...

betui tu~

teruskan membantu mereka~

Unknown said...

cemana la diaorang nak memulakan semua nya semula ye?harap2 ada la tabungan dan bantuan yang boleh diaorang gunakan..

Cikgu Ma said...

moga mangsa banjir tabah hadapi dugaan...kita yg lihat pon rasa sebak, apa lgi mereka yg terlibat..

Zaitun said...

Syabas buat pasukkan hubby kakzakie kerana telah berjaya mengagihkan sumbangan buat mangsa2 banjir. Semoga mendapat rahmat dari yang Maha Esa.

Unknown said...

alhamdulilah selamat kembali setelah melakukan khidmat bakti pada mereka yang malang itu..semuga akan sama sama diberkati..amiin

Falsya said...

Dh lama xmakan buah keranji..hehe..alhamdulillah murah rezeki kakak sekeluarga..

εïзmmyHazaεïз said...

Semoga murah rezeki buat mereka & yg membantu...

Haza tak pernah makan buah keranji...
Kuih akok paling jadi kegemaran haza time puase, susah nak dapat bila Ramadhan belum muncul..

Dr Singa said...

apa rasa buah keranji eh ?

Unknown said...

salam. moga hubungan dgn azie tu dpt diteruskan.teruskan dgn usaha murni tu.. Pandai ke mkn buah keranji tu?

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah murah rezeki ...:)

mamawana said...

Assalam.

Itu buah keranji. Guwe mahu....ngeeeee

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah. Murah rezeki Kakak sekeluarga.

Normala Saad said...

...orang memberi kita merasa,budi yang baik dikenang jua...

Unknown said...

sayu bila tengok gambar-gambar lepas banjir ni kak..

Kak Vit said...

first time tengokk buah keranji.. gitu rupanya..

BinMuhammad said...

Alhamdulillah...abang selamat kembali dan berjaya menyempurnakan misi yg murni.
Ya...sangat besar ujian buat mereka. Semoga kehidupan mereka akan bertambah baik dan tabah serta bersemangat utk meneruskan kehidupan.

Suria Amanda said...

Alhamdulillah murah rezeki akak kan...

ellynadyra said...

kita bantu la apa yang termampu
doakan urusan mereka di sana dipermudahkan
kalau kita tengok kesan banjir
memang menyayat hati
semoga semua mangsa tabah

Mummydearie said...

Kita hulurkan bantuan mana yang termampulahkan, kak! Melihat keadaan pasca banjir ni memang sedih. Bukan setakat part of the house, tinggal tapak rumah je. Macam manalah nak start all over again! Tapi Allah tu Maha Mengetahui, mungkin rezeki yang akan dilimpahkan kepada mereka, mangsa banjir ni akan membuatkan mereka tersenyum semula.

emarieys said...

memang rasa sayu tgk keadaan selepas bencana banjir di sana kak...belum berkesempatan lagi nak balik kelantan.

amirah said...

harap dpt la bantuan dr kerajaan sewajarnya kak..kesian sgt siapa yg hilang lnsung rumah tu..

OKje said...

Pandai cik abe beli ole ole yek Kanda..... Ohh....kuih akok tu pun faveret dinda tu kanda.....sedapnyaaaa.....
Moga Allah memudahkan urusan org yg di sana dan org yg membantu

Unknown said...

Salam Kenal kami jual Obat Rematik Jelly Gamat Gold G. Barang samoai baru bayar gratis ongkos kirim,,,

Unknown said...

Assalamualaikum.kopok kat mana yang sedap sis.takziah diucapkan pada mereka