Thursday, January 15, 2015

Pangkat dan darjat di sekolah

Sebaik melangkahkan kaki ke tahun tiga baik di sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama, adik sudah dilantik menjadi pengawas sekolah tidak seperti kakak-kakak yang dua orang dilantik ketika berada di tahun empat. Pada aku berkemungkinan tempias dari publisiti kakak-kakak. Tidak ada keistimewaan lain yang aku boleh nampak. Tetapi hari pertama adik ke sekolah agama tahun ini, ada satu kejutan. Guru besar dan guru pengawas bertukar guru baru. Hari pertama adik sudah berpakaian pengawas tetapi apabila tiba pemberian borang perlantikan pengawas untuk tahun 2015 adik tidak tercalon. Bermakna tahun ini terlucutlah jawatan adik sebagai pengawas. Mama-papa yang akur malam itu pergilah membeli baju kurung putih, tudung putih (sebab sudah suntuk tidak sempat jahit sendiri) dan kasut putih walaupun uniform pengawas adik sudah siap tiga helai semuanya (ini semua aku jahit sendiri). Siapa sangka sebab tidak pernah terjadi pada anak-anak lain.

Petang hari pertama balik sekolah itu aku lihat kemurungan adik jelas terpancar. Melihat airmata adik yang luruh buat aku sebak. Mulalah adik mencari dimana keburukan dia sehingga dia tidak tercalon. Tahun lepas Guru Besar lama bagaikan memberi mandat mahu dia menjadi penolong ketua seperti kakaknya dulu tetapi lain pula jadinya. Alasan aku sebab semua ustazah yang terlibat ustazah baru mereka pasti ada caranya sendiri untuk memilih murid yang berkriteria bagaimana. Kenalah akur. "Mungkin Allah nak adik concentrate dengan UPSR adik, jadi kenalah terima. Mesti ada hikmahnya yang kita tak tahu." Itu nasihat aku dan papanya. Dalam sendu sambil menyembabkan muka dipangkuanku dia berkata "Adik tak pernah dapat nombor bawah 2. Adik selalu jadi imam. Adik wakil sekolah baca berzanji. Adik wakil sekolah musabaqah Quran. Adik malu dengan kawan-kawan adik yang lain." Wah! sungguh aku tidak sangka dia boleh mengungkit itu semua. Habis! pening Rokib dan Atid berbincang mahu ditolak atau tidak pahala budak kecil ini.
Sijil - Ini keputusan UPKK adik tahun lepas. Selalu tewas satu nombor dengan rakan rapatnya tetapi bila peperiksaan besar begini sebab tidak menggunakan nombor mereka sama-sama mendapat keputusan yang sama. Biasa adik mendapat tempat ke dua dan rakan karibnya tempat pertama.
Tetapi petang hari kedua bersekolah balik adik dengan senyum lebar. "Adik dah dapat surat pelantikan balik mama." Aduhai! baju putih, tudung putih dan kasut putih baru sehari dipakai tiba-tiba ini pula jadinya. Bila diceritakan tahulah kami kisah sebenar. Pihak sekolah mahu mengurangkan jumlah pengawas dan secara tidak langsung ustazah yang bertanggungjawab menggugurkan banyak nama termasuklah nama adik. Tetapi apabila ramai ustaz-ustazah lain tiba-tiba terlihat adik berbaju putih pada hari itu mereka memanggil adik lalu adik dilantik semula. Papa berkata "Sikit benar ujian buat adik dah menangis. Ingat tu dik, kalau Allah nak tarik apa pun bila-bila masa aje boleh. Adik kena sujud syukur." Adik akur.

Melihat scenario adik, dapat aku bayangkan mereka yang tewas dalam pertandingan merebut sesuatu jawatan. Adik sekadar anak mentah yang lebih banyak dilingkungi alam sekolah pun sudah rasa kecewa apalagi orang dewasa. Mungkin sebab itulah ada yang kita lihat hanya kerana mengejar pangkat dan darjat ada yang sanggup berbunuh.

"Maha berkat Allah yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik, dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana yang tersergam indah".- (Al-Furqaan:10)

~~ Besar mana pun jawatan disandang ia akan ditinggal juga akhirnya.~~


53 comments:

Kakcik Seroja said...

Keyakinan diri Adik begitu tinggi.

Mudah2an dia terus dengan keyakinan, kebolehan dan kebijakannya menggalas amanah yang diberi...

Hudalatip said...

Alala sedihnya adik, tapi alhamdulillah diterima semula kan..Tu la berkat doa mama dengan papa dia la tu kan..

suka suka said...

Segalanya mungkin... sod ba ro ya dik.. semoga adik berjaya mencapai cita2 dan impian bonda dan ayahanda..

Nor Azimah Ali said...

Bebudak kan kak, belum tau nak fikir secara matang, dan Alhamdulillah..cikgu pun tahu tu kelebihan adik hingga dapat dilantik semula

Buat adik, ingat pesan acik ni..Allah berhak buat apa saja dik, Allah uji Allah sayang.

Kayu Manis said...

mestilh kak. anak2 kecil. mesti mlu dgn kekawan.. kita pun terkejut jugalh kn... alhamdulillah dpt blik oklh tu... klu dr mula tk dpt apa2 jawatan tkpe lgi...
sikit sgt ujian adik tu dh ngis ye... manjanya... klu iman soffea pun mcm tu agaknya... huhu

paridah said...

TURUT SEBAK BACA KISAH ADIK NI...SBG ANAK YG TERPANDANG DI SEKOLAH TENTU TERKILAN N BERJAUH HATI TIDAK DILANTIK SBG PENGAWAS SETELAH LAMA MENJAWATNYA...

lieyalatif said...

laa boleh plak sekolah buat mcm tu kan kak...kenape tak disettle kan dari sebelum cuti sekolah..ye laa kos nak beli baju kasut semua bukanmurah...dah tak pasal2 beli baju putih plak....kan membazir namenye tu...

tapi takpe, tahniah utk adik...moga menjadi pelajar, pengawas, anak yg hebat key...

Sheila Adziz said...

sangat tersentuh... nk keuar air mata saya... allhamdulillah rezeki adik jg...

sek keb tohoi tu ssh nak pergi akak... mmg bantuan pun tak sampai san

sitirohaida said...

lama dah tak bertandang di blog ni kak...

saniahibrahim said...

ialah kakzakie kt sek agama sini pun ustazah pun ramai yg bertukar...urusan dgn ustazah lama ada yg belum selesai lagi contoh gmbr konvo Azim dn kwn2 xdpt lgi ,bila tnya ustazah baru xtau apa2.
Pengalaman ank yg lepas sya tak buat dulu baju mereka ,bila dh dpt surat prlantikan kelamkabut menjahit tapi masa tu masih kain merah/hijau je.Bila masa Azim sya buat baju besar sikit buat dipakai 2 tahun .

eMMe said...

Alhamdulillah... Adik dilantik semula jadi pengawal, aunty yakin, adik boleh berjaya... walaupun tidak jadi pengawas...pembelajaran tetap diteruskan seperti biasa.. adik jgn mudah kecewa... adik boleh berjaya suatu hari nnt... semangat adik!

Muja.. said...

sedeh pulak baca kisah adik pagi ni.. dulu pun pernah jadik budak sekolah.. cuma adik bertuah sebab dapat nangis dipangkuan mama.. akk xder peluang dik..

Unknown said...

alahai.. macam tu pulak.. pihak sekolah patutnya buat lah perlantikan pengawas ke perlucutan jawatan hujung tahun.. kalau buat awal tahun macam ni lah jadinya.. kalau orang yang agak susah, tentu sukar jugak nak beli pulak baju putih untuk ke sekolah.. malu usah cerita lah..

Umialya said...

Alhamdulillah.. tahniah buat adik..

Falsya said...

Alahaiiii..kesian adik..mestilah sedih kan kakak..bile diberi harapan yg tinggi menggunung sekali ditarik balik, boleh kecewa hati..tp alhamdulillah sekejap je..adik dh diterima balik..mesti berbunga hati adik..apatah lg hati kakak sebagai mama..;)

Umm AA said...

Sedih lak baca kesah adik nie..dpt paham perasaan dia tuh yg awal & akhirnya...rezki adik tuh ttp milik adik..sedikit ujian kecil bak kata papa kan..:)

amirah said...

alhamdulillah akhirnya adik dilantik balik ye kak...ujian kecil untuk adik.. : )

AMIIZAA@Mieja said...

tahniah adik :)
moga suksess dlm UPSR:)

aunty baca pon aunty yang mengalir airmata...

imm said...

mesti kecewa pada awalnya tu..
tapi Alhamdulillah dilantik semula, semoga semangat adik makin berkobar2 untuk cemerlang di sekolah.. :)

Sharifah Nadzarah said...

alahai sian adik..tapi pastu hepi balik..tapi skolah aleya x pulak kak..setiap tahun trus jek dgn pengawas yg sama..budak2 masih mentah lagi..

Inani Hazwani said...

alahaii kesiannya dia nangis nangis.selamat menjalankan amanah dik. nani dulu masa f5 jadi penoolng ketua pelajar. mana nak fokus spm lagi. amanah lagi. allah je yang tahu macam mana rasanya :)

@na said...

nukilan kakzakie ni walau mencatat kisah simple tapi sarat dengan pengajaran...
hebat!
tima kasih kakzakie...semoga kita semua mendapat iktibar..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wahhhhh.. saya pun pelik mulanya di mana kesilapan adik sehingga digugurkan dari menjadi pengawas. Mungkin cikgu tersilpa pandang. Kakzakie.. kalau sy jadi Kakzakie mungkin sy akan suruh ank sndiri brtanya di sekolah sbelum mmbelikan persalinan baru.. hihi.

Permata Malap said...

terkesan dengan entri akak ni..dulu masa sekolah pun IbuNoey pernah gak alami keadaan macam tu,tak terpilih untuk jadi pengawas masa darjah enam.tapi alhamdulillah,UPSR dapat straight A's masa tu.ada hikmah kan semua tu.

Ibu Yusuf Maryam said...

Adik, adik.. Mula2 baca ni tumpang rasa sedih. Tp endingnya happy balik. Hihi..

Apapun, penulisan dan rumusan kak zakie mmg terisi dgn pengajaran.

Ujie Othman said...

kalau saya pun, mungkin rasa yg sama..sedih malu kecewa. Mmg amik masa utk terima. Tapi Alhamdulillah..akhirnya.

aizamia3 said...

Bukan setakat kecewa tapi sedih dan malu bila jadi macam tu.. sepatutnya sebelum sesi perwekolahan bermula murid2 telah dimaklumkan. Takdelah membazir baju yang telah dibeli lebih awal.

Sura Mohd said...

senyum baca kisah adik ni...ada pengajaran buat adik...lepas ni adik mesti lagi tabah dlm apa2 ujian..cikgu pon satu mana boleh nak lucut jawatan camtu jer..persiapan pakaian yg dah dibeli/jahit camna...hrp pihak sekolah lebih peka dgn benda camni..Sura boleh bayangkan perasaan kecewa dia..kesian kat dia..nasib baik juga ada ustazah yg prihatin..adik dilantik semula..muka mesti manyak senyumm.,:)

ini kisahnya said...

la mcm tu pulak.. kena beli baju pengawas baru pulak la lepas ni.??

sabar kak.. ni ujian buat akak jugak.. :)

Unknown said...

setuju sangat dengan akak..
itulah..sehebat mana pon kita,sekaya mana pon kita, setinggi mana pon pangkat kita..kalo allah nak tarik sekelip mata jer lesap..dah berada di atas jangan lupa jengah ke bawah..jangan takbur dan bongkak..

pepon tahniah adik..ujian jugak buat akak yer sebab dah beli pakaian baru..hehehee..sedekah kat anak jiran jer la kak..

sud@is said...

kalau bintang jatuh kemana pun tetap memancar, bukan apa cikgu terleps pandang tu, kebetulan cikgu baru..Thniah yang bernama adik

Mar Mansor said...

walaupon hanya kisah seorang anak kecil tapi ikhtibarnye meluas..
suka ayat yang papa tuturkan

Izwa Kamaruddin said...

Allahhu...sebak pulak baca kak..walaupun adik dapat semula jadi pengawas tapi ini sebagai peringatan pada saya juga utk masa akan dtg

Dr K said...

sikap guru yg terlibat tu mmg tak patut...menyusahkan parents yg kena beli uniform lain,di saat2 akhir pulak tu!
lps tu jadi pulak lantikan nya!!

Fiza Rahman said...

Alahaiiii...touchin plak baca kak. Sedih betul adik. Tapi alhamdulillah...kalau dah rezeki jadi pengawas tu, memang akan jadi lah ☺

Shahrul Yusof said...

Lain benar suasana sekolah zaman kita dulu dengan anak-anak zaman sekarang ni ye kak. Dugaan budak-budak zaman sekarang ni pun dah lain.

lia said...

kecil2 sudah d duga begini yer, adik... Alhmdlh sudah menyandang smula jawatan pengawas tu ;)

Zaitun said...

Kesian adik.

Alhamdulillah adik dilantik semula walaupun mama dah beli baju putih.

Dua orang anak kak zai dipaksa cikgu jadi pengawas tapi dua2 menolak. Mimi hanya menerima penolong ketua masa tingkatan 4 dan 5.

Aziela said...

Adik dah tentu kecil lagi....memang ada perasaaan begini. Untung dia kerana ibu dan ayahnya membimbing dengan platform yang betul. Yang menyedihkan kalau ada anak yang balik dengan rintihan seperti adik, esoknya terus ke sekolah dan melenting kerana anaknya diturunkan pangkat.

Kniedaz said...

Anak saya Danial pun dilucutkan jawatan pengawas tahun ni..tapi cikgu dah bagitau awal sebelum cuti tu...sebab dia lelaki kot, dia tak kisah sangat..kami pun xkisah cuma kami melawak ngan dia kata mesti dia pun sama naik nakal tu yg cikgu tak lantik jadi pengawas lagi..

Unknown said...

saya paham perasaan Adik tu..kecewa yang macam tu saya pernah rasa..nak nagis pulak bila baca..huhu..

mummY daniSha said...

alhamdulillah kak..dari sudut positfnye...die amat berminat nak jd pengawas...terserlah ciri leadershp kat situ kak

Etuza said...

Tahniah ya adik. Di sekolah Etuza jawatan pengawas ni ada yang nak sangat jadi pengawas..dalam masa yang sama ada yang tak nak..katanya kena hafal ikrar...pelik terus ...)

Etuza said...

Tahniah ya adik. Di sekolah Etuza jawatan pengawas ni ada yang nak sangat jadi pengawas..dalam masa yang sama ada yang tak nak..katanya kena hafal ikrar...pelik terus ...)

BinMuhammad said...

Bagi pendapat saya pula berbeza... Anak2 kecil mungkin belum cukup matang dan berfikir akan sebab dan sesuatu kejadian dan mereka perlukan bimbingan.
Tetapi jika dah dewasa dan berusia pun bersikap seperti anak2, malah lebih teruk lagi...itu maknanya tak cukup ilmu atau salah bimbingan yang terima, maka mudah mengikut nafsu dan hasutan syaitan.

Unknown said...

moga adik lebih tabah dan jadi anak soleh.

Unknown said...

Tahniah adik kerana dilantik semula menjadi pengawas..

TukangKebun said...

Dugaan sekecil ini serba sedikit dapat membimbing permata hati kita.

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Mudahan-mudahan sihat sejahtera bersama keluarga. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. kepada adik, selamat menjalankan amanah yang digalas...

memmetlenggeng said...

Satu kisah yang memberi ikhtibar..tahniah adik

dorsett pink said...

Aduuuss.. kesiannye

Jari Manis said...

Tahiah ADIK..u r the best..tetap the best.wlaupun tempat ke 2

Mummydearie said...

Kesian baca kisah Adik. Pitam juga kalau jadi mak, sekejap kena baju pengawas, sekejap baju putih sekolah biasa lepas tu tukar balik. Kalau tak berkemampuan tapi cerdik, lagilah haru makpak. Apa-apa pun, tahniah buat Adik sebab memang terbukti dia berwibawa menjadi pemimpin. Moga Adik akan terus sukses!