Friday, January 9, 2015

Peluang - ramai berebut untuk beramal

Ada hikmah aku dipertemukan dengan Cik Azie melalui blog Mama Ju. Telah aku katakan sebelum ini misi minggu lepas memberi rasa kurang puas hati hubby and the group sebab sangkaan kami mereka lebih memerlukan makanan tetapi sebaliknya mereka lebih memerlukan keperluan prasarana harian seperti pakaian dan kegunaan harian. Oleh itu sebaik balik dari Gua Musang mereka berbincang membuat post mortem mencari jalan untuk pergi sekali lagi. Malam tadi hubby and the group pergi sekali lagi.

Syukur ramai dikalangan sahabat-handai kami yang turut mahu memberikan bantuan.

Berlonggok - Balik kerja aku lihat porch rumah aku sudah berlonggok bermacam-macam untuk dibawa ke sana. Misi kami kali ini lebih kepada keperluan harian seperti telekung, sejadah, kain-kain, baju dan sebagainya.
Botol air - Hari persekolahan anak-anak kian tiba. Botol-botol begini pun kami bekalkan buat mereka di sana. Moga boleh menggembirakan sedikit rasa sedih anak-anak di sana. Ada juga pensil warna dan beg buat anak-anak.
Sejadah - Minggu lepas mereka membersihkan satu masjid dan surau. Melihat kerosakan yang dialami kali ini kami bawakan keperluan ini
Al-Quran - Moga dapat dimanfaatkan dan sama-sama mendapat ganjaran dunia dan akhirat
Telekung - Tidak sama kaum lelaki mudah untuk bersolat. Wanita Malaysia bila bersolat tanpa telekung terasa janggal walau aurat sudah ditutup rapi.
Kain batik/pelikat - Walau kami tahu di sana banyak kain-kain ini tetap kami mahu agih di sana kepada yang memerlukan.
SMS diterima - Ramai yang tidak mahu ketinggalan untuk beramal, sehingga minyak kenderaan pun ada yang mahu memberi. Peluang untuk beramal sedang terbuka luas buat kita semua sebenarnya. Alhamdulillah - terima kasih.
Tasbih - Ini sebenarnya aku pun tidak ingat baki aku balik Haji atau balik umrah. Tetapi memandangkan masih belum digunakan kirimkan juga untuk keperluan mereka yang mahu.
Azam & Misi - Malam tadi sekali lagi jeep ini sarat membawa muatan menuju destinasi. Sehingga entri ini ditulis hubby belum menghubungi aku lagi. Azie pun belum sms lagi. Mungkin mereka sibuk.
Akhir - Jangan ketawa melihat tempe ini. Ada saudara/sahabt di Gua Musang yang mengidam tempe ini. Aku suruh hubby beli bebanyak. Duduknya sepanjang perjalanan juga aku kata letak di seat dalam bukan di belakang.

Sebenarnya misi kali ini lebih banyak sasaran kerana selain kenderaan pacuan 4 roda mereka juga menyewa kontena membawa peralatan meja kerusi untuk keperluan sebuah tadika yang minggu lepas hubby and the group mencuci. Sedih membayangkan anak-anak yang tidak tahu apa-apa mahu meneruskan persekolahan mereka itulah semua di sini sepakat membeli keperluan. Dengan kontena lebih banyak muatan dapat dibawa.

~~ Hikmah disebalik aku membaca entri Mama Ju akhirnya berpanjangan ukhuwah kami. JB - Gua Musang bagaikan dekat jadinya. Begitulah hebatnya blog bila dimanfaatkan dengan sebaiknya. ~~

 

 

46 comments:

Aisy Nasiha said...

Alhamdulillah, hikmah kejadian.. mengukuhkan ukhwah dan membuatkan ramai yang bersimpati dan gigih membantu mangsa... lega, nampaknya bangsa Malaysia ni masih lagi saling menyayangi dan prihatin sangat..

che mid said...

Alhamdulillah..akan berseri kembali masjid2 di Gua Musang dengan kehadiran konvoi dari pihak suami kak Zakie..

p/s: Kak Zakie, rinduuu...

Unknown said...

salam jumaat kak..
alhamdulillah ini la yang mereka mahukan sebernarnya..makanan dah terlampau banyak..pakaian harian pon dah terlebih sampai ada jugak yang tak ikhlas bagi baju koyak rabak..hampir setiap wakaf zee tengok ada pakaian berlonggok..campur yang tak elok la tu..

cam yang akak list ni insya'allah jadi saham akhirat kelak..zee aritu siap beli jugak spender baru..kadang benda ni kita tak terlintas tapi tu la yang penting sebenarnya..sama2 kita rebut pahala..aminn

**psttt akak takyah komen lagi kat entri basi zee...hahahaaa malas daa nak menulis..

eMMe said...

Ya Allah.. mulia nya hati Kak Zakie N Abg, moga Allah permudahkan kerja amal ini... Selamat pergi Selamat Pulang buat Abg Kak Zakie n the grup... yg best tu ade tempe.. jauh tu dari Johor ke Gua Musang... Saya doakan dari kejauhan... InshaAllah dipermudahkan urusan...

Irfa said...

betul, makanan dah terlebih2 bg yg di jalan besar n kampung yg senang masuk utk sampaikan bantuan. tp kg yg terceruk, masih banyak yg bercatu makan.

alhamdulillah, masyarakat kita masih ramai yg prihatin

suka suka said...

Alhamdulillah... seronok tengok masyarakat Malaysia beramal jariah... semoga semua urusan dipermudahkan Allah swt

Kayu Manis said...

pemurahnya rakyat malaysia..mencurah2 rezeki dtg kpd penderma..
semoga diberkati semuanya.
alhamdulilah
..kat sini juga masih mencurah org menderma...

Mar Mansor said...

semoga pemberian iklhas ini meringankan beban mereka sedikit sebanyak..

abuikhwan said...

Alhamdulillah..
Apa yang dinfaqkan, Allah pasti menggantikannya dengan yang lebih baik.
Siiru `ala barakatillah...

Qaseh Abadi said...

Hebat.. tak semua mampu melakukan ini..

Yana Shaiful said...

Alhamdulillah..semoga semua urusan dipermudahkan

paridah said...

RAMAI YANG PRIHATIN N MNDERMA SECARA BGINI MELALUI MRK YG TERUS AKAN MENYAMPAIKAN KE SASARANNYA...SEMOGA SIFAT SUKA N SALING MEMBANTU MRK YGG KESUSAHAN BERTERUSAN SAMBIL MENJALIN UKHWAH PERSAUDARAAN YG DIRAHMATI ALLAH PASTINYA..TERIMA KASIH KAKZAKIE/SUAMI N GANG YANG BERKORBAN MEMBANTU SAUDARA2 KITA.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Syukur Alhamdulillah.. berpanjangan sedekah itu kakzakie..
Semoga perjalanan abang dan kumpulannya dipermudahkan Allah urusannya..

p/s Alhmadulillah sumbangan saya ke Maahad tahfiz pun dah dapat.

mayangbakingmadness said...

semoga permudahkan yer kak.. myg pun ikut serta beri sumbangan dengan kengkawan yg bakal balik kg ..

Nieyla Nadia said...

Alhamdulillah..semoga dipermudahkan...

Inani Hazwani said...

alhamdulillah. semoga dipermudahkan segala urusan akak :D

norhidana said...

alhamdulillah kak.... sama2 kite membantu kan kak, moga dipermudahkan semuanya yek

mmg dana sengih nengok tempe tuh, ada jgk org gua musang suke tempe yek

Ujie Othman said...

ooh..mknn dah byk ya kak. maybe masa banjir perlu mknn. bila lps banjir perlu brg2 pulak nak ganti yg dah rosak.

Alhamdulillah, moga trip suami akak selamat dan dipermudahkan Allah!

nohas said...

Alhamdulillah..ramai yg tinggal sehelai sepinggang, rumah tiada..

Ada juga yg bg sumbangan budu..

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..disebalik tragedi tercipta ukhwah baru kan kak..

semoga dipermudahkan semua urusan hubby akak dan semua nyer..

Anonymous said...

Alhamdulillah niat yg murni.. Semoga dipermudahkan segalanya :)

Falsya said...

alhamdulillah..ade hikmah disebalik kejadian Allah kan kakak..

semoga Allah permudahkan segala urusan hubby kakak dan kwn2nye..amin

Nor Azimah Ali said...

Alhamdlillah, rakyat m'sia pemurah, moga semuanya bernilai ibadah.

P/s....bencana di dunia, in shaa Allh ramai yg sudi menghulurkan simpati, bencana di akhirat...tiada siapa boleh membantu, walupun ibubapa atau suami/isteri, anak...semuanya menghitung nasib sendiri2....

Aziela said...

Subhanallah...satu kontena kak? Subhanallah...masih ramai yang berhati mulia rupanya kan. Semoga bertambah2 rezeki kakak sekeluarga dan penderma2 lain.

aizamia3 said...

Moga dipermudahkanlah hendakNYA..
Jabatan saya semalam telah berangkat ke Kg Kuala Gris, Dabong dan akan berada di sana hingga Ahad ni.

Unknown said...

begitu banyak sumbangan tenaga dan kewangan buat akak sekerluarga dan sahabat..
semoga terus dimurahkan rezeki,
hanya Tuhan yang dapat balas jasa semua.

p/s : entry cermin tu mmg ambil dari forum perdana malam tadi :)

Najib Ariyan Ali Basha said...

bagus nay... alhamdullilahhhh... murah lah rezeki sesiapa yg sedekah tu...

tempe tu makanan yg bagus... kalau depa tak boleh nak masak, boleh makan gitu saja sebab dia dah dimasak...

untuk bekalan tengah jalan pun boleh...

Zaitun said...

Tidak semua yang boleh dilakukan macam hubby kakzakie n the gang lakukan. 2 kali berulang dan membawa keperluan buat mangsa2 banjir. Semoga apa yang dilakukan mendapat berkat dan ganjaran dari Allah swt.

Unknown said...

Ini lah masa nya kita nak mengumpul pahala bersedekah..kalau selama ni tak berpeluang,sekarang dah banyak peluang ni..silakan la membantu apa yang terdaya..

Anonymous said...

alhamdulillah kak zakie, semoga usaha kak zakie dan rakan-rakan dipermudahkan.

saya hanya mampu sumbangkan kertas kerja cadangan pembinaan rumah sementara je.

nak beri sumbangan macam tu masih belum mampu.

hehe.

babYpose said...

jadi inspirasi keluarga kak zakie, menunjuk tindakkan, bukan sekali, tapi lebih..moga dipermudahkan urusan InshaAllah.

insan marhaen said...

Apapun sumbangan yang penting tiba ke sasaran.

Sekarang ini mungkin pasca menyediakan kediaman...

Dr K said...

Alhamdullilah...moga itu semua menjadi saham akhirat mereka yg terlibat...

Tempe tu goreng, cecah kuah kicap..sedapppp kak :P

Ibu Yusuf Maryam said...

Alhamdulillah, semoga usaha murni yg dibuat meringankan beban saudara2 kita di sana. Hanya Allah swt yg akan membalas kebaikan itu..

ps: dlm sebak2 membaca tiba2 teringin tempe. hehe..

Unknown said...

alhamdulillah.. banjir ni bukan ujian utk mereka saja.. tapi utk kita juga kan kak..

Shahrul Yusof said...

Semoga dipermudahkan :-)

Ada laporan yang mengatakan mangsa banjir di sana lebih memerlukan bantuan lain terutama dari prasarana dan juga barangan keperluan harian lain yang selain dari makanan.

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..syukur..syukur..syukur..

Rosdi Eunos said...

Alhamdulillah... mudah2an bantuan ni akan dapat meringankan beban...

Hana said...

dah masuk hari ke 9 tahun baru.
selamat tahun baru 2015 :D

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Alhamdulillah. Semoga dimudahkan urusan perjalan pergi dan balik.

Unknown said...

Semoga dipermudahkan kak :)

sheila mutalib said...

Salam perkenalan kak :)

Kadang2 kite tak perasaan keperluan harian tu lebih penting kan kak.

Semoga trip suami akak berjalan lancar.

Tie HT said...

Alhamdulillah atas usaha ni kak, bandar lama Gua Musang di Stesen Keretapi Lama antara yang terjejas teruk

TukangKebun said...

Semoga amalan ini dibalas dengan ganjaran yang lebih besar oleh yang Maha Esa.

Jari Manis said...

rakyat msia mmg pemurah dan baik hati

Mummydearie said...

Syukur alhamdulillah. Rakyat Malaysia memang prihatin. Semoga ukhuwah yang terjalin berpanjangan. Untung ada kenalan alam maya. Inilah salah satu kebaikannya.