Wednesday, January 21, 2015

Renungan di bulan Rabiulawwal - 2


Untuk anak-anak mari bersantai bersama makcik lagi boleh? Memandangkan hari ini hari terakhir Rabiulawwal 1436H makcik mengambil kesempatan sekali lagi. Sambil mentelaah buku yang masih baru dan wangi apa salahnya jeling seketika entri tentang 'superhero' kita ini.



Sebaik saja anak-anak membuka rancangan televisyen makcik percaya ramai yang tidak dapat lari dari meminati program katun yang kebanyakannya memaparkan super-hero menipu belaka. Hulur tangan keluar 'power', terbang laju, lompat pun tinggi, boleh berpusing keluarkan angin dan macam-macam lagi yang super. Makcik faham benar jika watak super-super itu dipaparkan di televisyen, masing-masing sudah tidak kisah untuk melihat program yang lain. Kalau boleh makan nasi pun mahu di depan televisyen bukan? Sekarang makcik mahu membawa anak-anak lihat dan renungkan betapa super heronya baginda rasulullah nabi kita.
Dari google - superherokah ini?
1. Dalam usia baginda baru 4 tahun dada baginda sudah dibelah. Waktu itu baginda sedang bermain-main dengan saudara sesusuan baginda. Cuba anak-anak bayangkan betapa superheronya baginda. Hebat bukan? Adakah manusia yang seperti kita mampu dibuat begitu tanpa bius dan dilakukan doktor.

2. Sudah dibedah, diambil hatinya dan dicuci dengan air zam-zam. Semua ini ada dijelaskan oleh Allah dalam suroh Al-Insyirah. Jadi makcik mahu anak-anak minta ibu-bapa anak-anak pegang kepala anak-anak di ubun-ubun dengan tangan kanan dan letak tangan kiri di dada minta ibu-bapa bacakan suroh Al-Insyirah ini setiap kali bersalam hendak tidur, hendak pergi sekolah dan balik sekolah (anak makcik biasa buat waktu ini) . Atau bila-bila anak rasa yang mudah buat ibu-bapa anak-anak. Boleh? Tidak dapat menjadi hero macam Ultraman, Wonderwoman atau Superman tidak mengapa tapi anak-anak boleh menjadi 'super-anak' kepada ibu-bapa anak-anak sendiri. Lagi baik sebab anak-anak sendiri yang jadi superheronya:)

4. Sedari baginda kecil lagi ibu susuan baginda sudah dapat melihat walau kemana pun baginda berjalan pasti ada tompokan awan akan melindungi baginda. Hebat sebab baginda tidak perlu berbuat apa-apa seperti katun yang anak-anak tonton. Payung atau topi tidak diperlukan.

5. Kali ini lagi hebat untuk makcik jelaskan buat anak-anak. Baginda rasulullah tidak ada bayang-bayang. Cuba anak-anak lihat apa benda yang terkena cahaya tidak ada bayang? Pasti tidak ada.

6. Sewaktu baginda berusia 12 tahun dan mengikut Abu Talib berniaga di Syam ada seorang paderi bernama Bukhairah mengatakan kepada Abu Talib sifat-sifat yang ada pada baginda terserlah dan nyata sudah ada dalam kitab mereka yang mengatakan bahawa baginda adalah "penghulu dunia dan utusan Allah yang memberi rahmat sekelian alam". Sekelian alam bermakna bukan saja manusia ye anak-anak, ianya meliputi gunung-ganang, lautan luas, tumbuh-tumbuhan dan semuanya yang dilaut dan di daratan. Super dan heronya baginda rasulullah kita jelas tidak ada tolok bandingnya.

Banyak sudah makcik berikan disini jadi apa salahnya anak-anak terapkan rasa kasih dan cinta pada junjungan kita nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Selain iman bertambah kukuh, ianya alam realiti bukan seperti wonderwoman, superman dan yang seangkatan dengannya. Doa makcik buat anak-anak semua moga jadi anak yang soleh dan solehah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
~~ Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad.~~


38 comments:

Admin said...

Bagus betul pengisian blog ini .. hebat. Suka baca.

BinMuhammad said...

Wow! Sungguh menarik, kreatif dan mendalam sekali penyampaian akak. Tidak salah kerana memilih Titisan Nurani sebagai Malaysia best Blog 2015 pilihan saya! Blog akak memang best!

Inani Hazwani said...

terima kasih akak atas perkongsiannya. sama sama kita ambil iktibar dari kisah nabi ni :D

Mar Mansor said...

terima kasih kak..

musang said...

Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad

Acik Erna said...

pandai kakzakie..acik pun suka baca tulisan kakzakie ni

Izwa Kamaruddin said...

akak...bnyk juga ilmu yg saya takde kak..

terima kasih kerana kongsikan entry ni sekaligus buat saya memebaca smabil belajar..

semoga pahala akak share ilmu ni menjadi bekalan akak kat sana nanti..

suka la kak entryn ie..

Falsya said...

Allahuakbar!!..terima kasih kakak sbb share ilmu2 kakak..terkesan sgt..insyaAllah falsya akan cube praktikkan surah al insyirah ke qisya..

imm said...

baca al insyirah ye kak..okei insyaAllah nak amalkan dengan istiqamah.. ☺

babYpose said...

Alhamdulillajh kak zakie, thanks inshaAllah akan teramg kan kepada budak2.  Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad.

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
tima kasih kakak

Fiza Rahman said...

Yeayyyy...sambungannya. Mekasih kak. Bagus sangat entry ni. Like 1000x ☺

Kayu Manis said...

mcmmana pu budak2 mesti suka superhero ciptaan yahudi ni...jrg sekali ambil tahu teladan hidup Rasulullah SAW.
salahkan ibubapanyalah..

HeNRieTTa JoSe said...

terima kasih akk atas perkongsian...bukan setakat utk uanak anak jer...utk igtan rietta jugak...kdg kdg tlpa apa yang ustaz dan ustazah pernah ajar dlu...

Aziela said...

Kakak, saya rasa kena print la entry ni dan edarkan...bukan anak2 saja, tapi mak ayah anak pun suka membacanya.

eMMe said...

Kak Zakie, bagus entry kisah di akhir Rabiulawal, dan kisah superhero kita Ya Rasulullah SAW... semoga dpt kita amik cerita ini utk diceritakan kpd anak2 kita... InshaAllah.....TQ Kak Zakie..

aizamia3 said...

KakZakie.. saya nak print entry ni dan nak share dengan anak2.. ;)

ellynadyra said...

tq kak atas perkongsian
baginda mmg hebat

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...perkongsian info yg best la ni...:)

Dr K said...

Kena didik sejak awal lagi, jadi ianya tanggungjawab ibu bapa..

Next, tanggungjawab pemimpin..utk sentiasa bercakap tentang nabi, tentang Islam...

Next, peranan media/TV/akhbar....Malangnya, yg bersungguh sungguh cakap tentang baginda & Islam, hanya radio IKIM sahaja..

paridah said...

n3 yg sgt sempurna benar sekali rasulullah adalah idola umat manusia bukan retis n sugala super2 kartun tu....

nur anis said...

Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad

Tie HT said...

terima kasih perkongsian ilmu bermanfaat..

Allahumma solli 'ala Muhammad, Wa 'ala ali Muhammad

Saniah said...

kakzakie terima kasih share ilmu,, saya tak pandai mana pun nak hafal ayat2 suci alquran,, apa yang termampu saya buat ialah lepas solat, saya selawat dan tiup kat ubun2 anak,, dalam hati niat semoga anak2 saya cemerlang dunia akhirat,,kadang time anak tidur saya buat,,

OKje said...

Kanda....dinda pun layak jadi anak anak ni...hihi ulangkaji namanya !

Masyaallah kanda, hebatnya Baginda Junjungan Besar kita. Malu rasanya kalau terlupa berselawat ke atas baginda

amirah said...

menarik la kak...

Shahrul Yusof said...

Masa mula masuk sekolah darjah 1, saya memang buta huruf. Buku teks pertama yang mak saya bacakan adalah berkenaan kisah Rasulullah yang terdapat dalam buku pendidikan Islam.

Alhamdulillah, berkat dari penceritaan ibu saya, sirah Rasulullah adalah antara ilmu yang melekat dalam ingatan saya.

Unknown said...

Anak saya mesti suka baca nih..dia balik sekolah nanti saya nak dia baca.

jie susanos said...

emm,mulianya baginda kita.. entry yg sgt bermafaat untuk kita renungkan..

LYAfrina said...

tqsm atas perkongsian ni...
entri yang penuh bermanfaat tentang Baginda Rasulullah..

nohas said...

Baginda ditarbiyyah dari kecil untuk menjadi pemimpin agung..Subhanallah..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Thanks atas perkongsian Kak Zakie.

Azian Elias said...

Jazakallah for sharing this kakzakie.. jadi rindu.. tapi layak kan rindu kita ni ye..

Myra Jay said...

Memang sangat2 memberi pengajaran untuk kita semua..

Fifi Nadhrah said...

akak.. rasulAllah sangat hebat kan.. kalah super hero..

Anonymous said...

tq kak, info yang bermanafaat sgt2 !

TukangKebun said...

Bila anak dah mula sekolah ni dah tak mudah nak kawal dari kenal superhero versi cartoons tv tu walaupun di rumah tak buka TV kecuali ada benda yang manfaat nak tengok. .
Tapi kebelakangan ini makin banyak soalan anak darjah2 bagi mengenai alam, tuhan dan utusanNYA buat mama dia banyak renung kena fikir sebelum jawap. Terima kasih berkongsi ilmu bolehlah sediakan jawapan hehehe. ....
Bila tersebut Nabi kena belah dada masa kanak-kanak terkenang pula anak yang umur 5 tahun dah3kali dada kena belah operate sebab lahir jantung tak sempurna. Untuk dia cekal next surgery bolehlah bimbing anak kasi cerita pasal nabi patut dicontohi.

Mummydearie said...

Bukan anak-anak aje kak yang suka akak bercerita pasal superhero kita ni malahan 'mak' anak-anak pun menongkat dagu penuh khusyuk membaca sama :)