Thursday, April 23, 2015

Bubur nasi istimewa

Kakak ipar aku bersuamikan orang Terengganu tetapi tinggal di Bangi. Apa yang aku perhatikan selalu benar kakak akan membuat bubur nasi yang aku tidak pernah ambil tahu bagaimana dia membuatnya. Apa lagi bila melihat warna bubur yang telah sedia bila dimasukkan ke dalam pinggan agak kurang menarik dipandang mata. Menurut kakak, resepi tersebut adalah tradisi keluarga suaminya. Memandangkan hubby dan anak-anak pun suka makan, aku pun mencuba apa yang diajarkan. Apa lagi semua bahan digunakan mudah belaka.


Ikan - Rebus dan buang tulang.  Ambil isinya saja dan kisar kasar.


Dedaunan - Kalau mengikut kakak ipar banyak jenis daun digunakan. Pucuk paku-pakis yang merah, pucuk ubi direbus, pucuk labu, pucuk buah letup-letup, daun kaduk, pucuk bebuas, pucuk manis  dan banyak lagi. Tapi yg aku ada hanya pucuk paku-pakis merah, pucuk ubi dan pucuk labu. Pucuk ubi saja yg perlu direbus dulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk bersama-sama beras.

Satu periuk - Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk, air secukupnya (kena lebihlah sebab bubur), masukkan ikan, bawang merah yang telah diblender bersama lada hitam (lada hitam lebih lagi sedap), daun pucuk ubi yang telah direbus, pucuk labu dan daun-daun.  Masukkan juga kepingan keropok kering. Kemudian masukkan kiub ayam dan tutup.

Setting masa - Bila periuk sudah di tutup, bolehlah tinggal. Selepas 15 minit buang angin, kacau, letak garam dan sedia dihidang. Sangat mudah!
Siap - Tabur dengan bawang goreng. Lengkap semuanya ada. Nasi, sayur dan ikan.
Pelengkap selera - Makan dengan keropok losong.  Habis sepinggan bubur pasti akan minta ditambah lagi macam papa.
Itulah hikmahnya bila ada keluarga yang berasal dari negeri lain dari tempat kita. Dapat mengetahui makanan tradisi keluarga mereka yang boleh dinikmati bersama dalam keluarga kita. Kalau tidak kerana ada ahli keluarga yang menikahi orang Terengganu kami tidak tahupun resepi bubur ini. Kami panggil resepi ini bubur Terengganu. Banyak resepi makanan pantai timur yang menjadi kegemaran keluarga kami.


~~ Cuepac mencadangkan selain dividen adalah lebih baik bonus diberikan kepada pencarum KWSP instead mahu diperpanjangkan tempoh pengeluarannya. Cadangan ini amat aku sokong! ~~




47 comments:

AtieYusof said...

Salam kak..
betul lah tu bila keluarga besar dapat lah belajar tradisi masakan orang lain plak.. mcm2 dpt kita tau.. nampak senang jg nk buat bubur tu kak, boleh cuba nti...
*ayat last tu pun sokong 200%* hehe..

paridah said...

sedapnya bubur ni lengkap semuanya...orang terengganu menggunakan ikan dlm banyak jenis masakn mrk...maklum ikan jenuh n mudah didapati...menantu kak org tganu sgt rajin mmasak walau lelaki...kak mkn jer.

setuju dgn kakzakie kwsp patut keluarkn bonus yg boleh ditunaikn setiap tahun. kabarnya untung besar selalu.

Aziela said...

Kak...masalahnya, nak dapat pucuk2 tu pun bukan mudah kan kak...

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi...
wah!xpenah buat dan x penah rasa lagi bubur nie...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Good idea ni kakzakie, boleh dicuba.. betul kata akak tu.. bila keluarga berkahwin dgn negeri yg lain, banyak kelebihan, macam kakak ipar saya kahwin dgn orang Sabah, macam2 kuih Sabah di pelajarinya ...

Saya sokong kakzakie, ada bonus utk pencarum jika ia dilanjutkan tempoh pengeluaran.

Setuju 206%... 6% GST hehehe :D

norhidana said...

dana biasa mkn time pose kt umah mil, depa panggil ni bubur lambuk...versi terenganu... sedap n special sbb pyh nk jumpa org jual kt mana2... selalu msk sendiri je

sitirohaida said...

sedap ni kak..orang pantai timur selalu buat ni.masa kecil² dulu..atuk memang rajin buatkan untuk saya...macam teringin pulak nak buat sendiri

makchaq said...

Kami kena suruh stop kerja & membaca dari pukul 10.00 hingga 10.30 sempena hari membaca sedunia...

Makchaq ambik peluang baca blog... kira membaca la jugak kan..
makchaq suka bubur ikan ni esp klu banyak sayur..tp tak pernah buat sendiri..

Ada lagi 1 makanan org terengganu.. jeruk ulam2/daun2 kayu yang makan dengan kuah ikan.. macam kuah laksa yang pekat..tak tau apa namanya..

@na said...

akan masuk list must try resipi ni kak...

Kakcik Seroja said...

Nampak sahaja tak menarik rupanya, tapi rasanya pasti sedap, kan? :)

Puan Kutu said...

aduh tengok kopok lekor tu yg tak tahan tu kakak zakie..memang nmpk istimewa bubur nasi orang terengganu ni..all in one.mesti sedap ye..klu tak takkan jadi kegemaran orang johor pula,hehe..pucuk2 tu yg susah nak cari tu.klu tak bolehlah sy Cuba buat

Puan Kutu said...

aduh tengok kopok lekor tu yg tak tahan tu kakak zakie..memang nmpk istimewa bubur nasi orang terengganu ni..all in one.mesti sedap ye..klu tak takkan jadi kegemaran orang johor pula,hehe..pucuk2 tu yg susah nak cari tu.klu tak bolehlah sy Cuba buat

ini kisahnya said...

kita baru berang petang nanti nak buat bubur dengan lauk kangkung.. sedap kan makan ujan2..

rupa bubur tu macam bubur asyura pon ade kak cuma penambah sayuran jek.. :)

Normala Saad said...

Thanks for sharing. Bolehlah dicuba. Memang tak pernah tahu resepi bubur mcm ni pun ada...rasa mcm sedap sangat...

Zaitun said...

Bubur nasi makanan kegemaran kak zai sekeluarga.Nampak sedap tapi susah nak cari sayur sayuranya.

Kayu Manis said...

Bak sepinggan kak.....
Blum pernah mkn bubur gini

Fiza Rahman said...

Sedap plak tengok bubur tu kak. Saya tak rasmi lagi PC noxxa nih ☺

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

adik ipar sy org Ganu.. biras dua orang dari Ganu, tapi mereka tak pernah masak ni Kakzakie.. kena suruhlah ni, kalau tak tak merasalah bubur Tganu ni.. hehehe

iryantyismail said...

yan tak reti masak bubur :-((

kalau makan bubur yan reti :-))

aby said...

salam kz..
setuju psl dpt mencuba masakan dr negeri lain , klu nk makan masakan trengganu pun kena pegi sana,
angel kan ..

Falsya said...

kang ade yg falsya buka makan bubur berlauk pulak nie kakak..ahahaha..dh lama xmakan bubur berlauk..

Mummydearie said...

Kalau sayalah yang buat bubur nasi ni rasanya mesti bertamabah tak berselera bila melihat rupanya. Habis dah segala daun, pucuk semua saya letak tepi buat-buat tak nampak masa buat bubur ni!

Unknown said...

macam sedap jew.... tapi banyaknya pucuk sayur-sayuran....

saniahibrahim said...

bolehlah sya cari menantu orang terengganu ni hihiii...bagi selera sya lah memang bedal je bubur2 unik camni tapi kalau untuk buat rasanya majoriti orang kat rumah sya ni tak makan .
kak zakie ...pucuk daun letup2 boleh makan ke?

Saniah said...

cam sedap jerk,, sayur tu banyak yang tak makan,,, boleh letak satu dua jenis sayur saja ke kakzakie,, ikan tu kakzakie guna ikan apa,,hihihi banyak tanya plak, tak tau entah bila boleh buat hehe ,,

amirah said...

sedapnya kak bubur ni...penuh dgn sayur ...

nohas said...

sedap nampaknya..banyak sayur2 kpg, tak sangka pucuk pokok letup2 tu boleh dimakan, dah lama tk jumpa pokok tu..

pelaburan KWSP memang tip-top, AA++, mesti boleh bg bonus + dividen sekali..

Malinda said...

bukan ke hanya pencarum yg dah menyimpan lebih dari 25 tahun je yg akan diberi bonus?? maaf kalau saya yg silap dengar atau silap faham....bubur tu nampak sedap kak bebila nnti saya nak rty buat, nak jugak rase keenakkanye... =)

Adila Khairy said...

inilah dia bubur lambuk Terengganu kak.. Lagi sedap kalau makan tu tabur ikan bilis goreng, tabur daging goreng (daging rebus, pastu potong kecik-kecik kotak-kotak, pastu letak kicap dan goreng), letak suhun goreng dan letak sambal lada (air lada)... nyummmsss.. :)

ellynadyra said...

bubur yang lengkap
segalanya ada
lapa la plak

Tie HT said...

sedapnya kak ada pucuk midin yea,
hampir sama dengan arwah mak saya buat tapi mak letak santan,macam bubur lambuk style pantai timur :)

Lydia Miza said...

Macam bubur lambuk tp guna ikan lah ye kak ? Kalau pedas2 ada lada hitam atau kita mkn ngan smbl kicap makin umph la kot utk tekak johor sy ni. Tq kak zakie sudi share bubur yg mmg sy x pernah mkn dan tau kewujudannya ni

ejulz said...

sedap.. :)

ejulz said...

44 pemenang dicari!!!

Antara hadiah2 yang bakal dimenangi:
- Kain Batik Sarawak - 1 pemenang
- Kain Pelikat - 2 pemenang
- Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care / Safe Care / Javaspa - 1 pemenang
- Pin Shawl - 2 pemenang
- Blause - 1 pemenang
- Skirt Labuh Lcyra - 1 pemenang
- Cash RM30 - 1 pemenang
- Cash RM10 - 2 pemenang
- Topup RM10 - 3 pemenang
- PVC Keychain - 30 pemenang

Jemput join segmen bagi yang belum join. "SEGMEN : Ucapan Hari Lahir Buat 'Si Lala' Pada 13 Mei" Tq..

suka suka said...

Sedapnya...nanti nak try... pernah makan bubur pahang... selain letak daun pucuk ubi kawan akak letak daun kesum...

Nor Azimah Ali said...

tu macang bubur lambuk teganung je..tapi tak plak letak halia dgn halba..eh..santan ada ke tak yea, hremmm kena baca balik

abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Ada iras-iras bubur lambuk, ishh teringat bulan posa. Tapi saya tak makan bubur lambuk. tapi keropok losong tu yang mengecurkan air liur. Nampaknya cuti sekolah ni kena balik ganu cari keropok losong...

eelobor said...

bubur nasi nie sedap & sangat menyelerakan....

Fifi Nadhrah said...

macam sedap je buburnye kak..
kirenya.. keropok keping tu rebus sekali?

mama eija said...

kakzakie,,, sekali skala ada juga permintaan bubur kat rumah eija ni.. tpi lama nya kalu nak buat bubur ni.. akak guna periuk tu sat ja hihi..

Unknown said...

sedapnya,,,Obat Sakit Pinggang

maszull said...

assalamuaaikum kakzakie...mcm sedap jer tengok bubur tu...x pernah rasa lg...kalau rajin boleh juga mencuba resepi bubur ikan ni...;)

TukangKebun said...

Bila ke rumah mak mertua di Terengganu macam-macam masakan dan rasa dapat dinikmati.

Deanna Morni said...

Terliur plak bl tgk mknan sampingan dia kepok tuhh..adehhh...sedapnyeee

Deanna Morni said...

Terliur plak bl tgk mknan sampingan dia kepok tuhh..adehhh...sedapnyeee

Aisy Nasiha said...

Nampak unik bubur ni. Kenapa saya yang asal kelantan ni xtahu pasal bubur ni.. haha lain kali nak try la rasa.. ada macam3 ni pasti sedap kan...

Pasal isu pengeluaran kwsp ni saya harap adalah penyelesaian yang terbaik.. sian pada yang akan menanggungnya nanti ni

Inani Hazwani said...

sedapnyaaa bubur nasi kakak :D