Tuesday, April 7, 2015

Mencari bekalan akhirat

Biarpun kelihatannya sekadar sebuah warung yang kecil tetapi amat berjasa kepada pelanggan yang singgah untuk mengisi perut yang lapar. Menjual hidangan ringkas seperti mee sup, nasi goreng, keropok lekor, mee goreng dan sebagainya; tetapi mampu membuat ramai yang berterima kasih kerana harga diberikan sangat berpatutan. Mahu membayar pun terasa betapa murahnya harga yang dikenakan. Dari pemerhatian aku pula bila ada seorang remaja membeli keropok lekor RM3/- tetapi bila melihat pelajar itu ada bersama 3 lagi temannya lalu ditambah lagi beberapa ketul katanya buat kawan-kawannya. Anak aku pantas saja berkata "Pakcik ini sudah banyak jariah kan mama." Betul kalau sehari dia bersedekah tiga ketul keropok lekor kira sajalah seminggu, sebulan, setahun dan seterusnya. Inilah yang dikatakan FASTABIQUL KHAIRAT, mencari bekalan akhirat. Dunia dapat dan akhirat pun dapat.

Nostalgia - Air botol ini menggamit nostalgia zaman aku kecil dulu. Warung yang kami singgah ini ada menjualnya. Sebotol baru RM1/- murah dan gasnya pun sedikit. 
Sebenarnya kami singgah di sini selepas tersekat di kesesakan jalanraya balik untuk mengambil bapak di kampung. Bapak mahu ke rumah aku. Jadi bila perut lapar singgah sebentar mengisi perut dengan meehoon sup. Kemudaian beli lagi sebungkus untuk bapak. Tapi tiba di rumah bapak kata sudah kenyang lalu bawa balik semula ke JB.

~~ Peluang orang berniaga makanan untuk bersedekah lebih mudah seperti yang aku lihat dari pakcik warung ini. ~~

47 comments:

Kamsiah yusoff said...

alhamdulillah...semoga perniagaan pakcik tu diberi keberkatan...dunia dia dapat..kat sana pun insya ALLAH.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Semoga rezeki pakcik tu makin murah..Aaamiin

paridah said...

REZEKI DLM PERNIAGAAN NI SGT BANYAK N PAKCIK GERAI ITU MENSYUKURINYA DAN ALLAH PASTI AKN TMBH LG RZKI MRK YG TAHU BERSYUKUR...

nohas said...

ada peniaga yg tak berkira, setakat sekeping dua extra, berniaga sambil bersedekah, In shaa Allah, dua2 dapat..dunia dan akhirat..

BinMuhammad said...

Kalaulah restoren seperti KFC, SR dan sebagainya pun sesekali bersedekah, alangkah bestnya. Sesuatu yg tak mungkin berlaku...huhu.

Semoga rezeki pak cik tersebut sentiasa murah. Benar...berniagalah paling mudah untuk melakukan amal jariah.

saniahibrahim said...

baik nya hati pakcik ni ,bukan mudah nak jumpa peniaga yang lebihkan makanan yg dibeli,moga sedekah pakcik ni membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.

zmarl (ibu) said...

peluang yang sentiasa terbuka kak..tapi tu la tak semua amik kesempatan tuk akhirat..ramai nampak yang dunia jer..

Hana Syed said...

kak zaman kecik dulu air botol f&n kan..

Inani Hazwani said...

moga allah murahkan rezeki beliau. dah jarang air botol macam tu sekarang.

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah, semoga Allah memurahkan lagi rezeki pakcik tu...

Zaitun said...

Alhamdulillah semoga perniagaannya bertambah maju dan diberkati.

Teringat kak zai seorang kawan yang selalu melakukan perkara yang sama terhadap pelanggan. Tapi dia dah tak ada meninggal 8 tahun yang lalu akibat cancer.

Mia Kassim said...

Semoga murah rezeki pakcik tu.Gerai2 kecik camni yang budak2 dulu suka singgah. Mudah dan murah :)

norhidana said...

area mana nih kak?teringat sorang umah atuk sedara dana tiap kli raya msti ada oren bodo tuh (istilah panggilan oren tu sbb takde gas)... sgt nostalgia sbb teringat zmn kite kecik2 dulu dh ada

btl tuh kan, meniaga gini lbh mudah klu nk memberi sbb sedekah sikit tanpa kadang kite perasan tp pahalanya bsr

shaliza said...

Peniaga2 kecil ni mmg jarang yang berkira, yang berkira biasanya peniaga besar:-)

lieyalatif said...

ish kak lieya suke warung2 atau gerai2 gini...lagi santai nak menikmati makanan...lagi pun org meniaga kecilan mcm ni biasenye masakkan berase kan kak....lagi pun tak kite sesame islam melayu yg bantu perniagaan kecil mcm ni sape lagi kan kak...

ezy.fia said...

murah rezeki pacik tu..
=)

Ann Ishak said...

salah satu cara bersedekah yang baik, bagi makan dekat orang lain secara ikhlas

Unknown said...

berniaga banyak peluang nak bersedekah.. tinggal nak dengan taknak je kan.. semoga bertambah berkat rezeki pakcik tu..

oren tu saya panggil oren bodo.. hahaha..

LYAfrina said...

alhamdulillah..sbenarnya bukan susah pon nak cari bekalan akhirat kan kak..

mmg rare air tu..bru2 ni ada minum air soda,,tp rsa x sama mcm y dulu2 punya

Cik Ecah said...

murahnya rezeki pakcik tu..
menggamit memori sungguh kedai ni kak..

Dr K said...

Pakcik tu faham tentang nikmat syurga yg kekal abadi kan kak zakie...Moga Allah kurniakan rezeki yg melimpah ruah berkat utk pakcik tu

iryantyismail said...

alhamdulilah...murah rezeki pck tu...
oren bodo yan suka juga...zaman sek dulu suka minum...letak straw kat dalam.. :-))

HeNRieTTa JoSe said...

dah lamer xjumpa gerai mcm nie...tpi gerai mcm ni mengimbau nostalgia kedai kopi dekat dengan umah nenek...

Falsya said...

alhamdulillah..semoga murah rezeki pakcik tuh..skang nie ssh betul nk jumpa org mcm pakcik tuh kakak..

falsya sempat lg ngan botol2 air tuh..heheh

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dekat mana lokasinya ni kakzakie? sy memang suka warung2 mcm ni.. hihi

Nor Azimah Ali said...

Sebenarnya berniaga mcm nilah berkat..org yg singgah rasa nak singgah lagi,nak bayar pun kita rasa puas hati dan kita pun rasa nak tambah utk bersedekah juga..

ellynadyra said...

benda yang kecil
ganjaran yang besar

saya panggil tu oren bodo
tapi packaging yang saya selalu beli lain sket

Mimie_Zatun said...

alhamdulillah..

Sayap Biru said...

untungnya peniaga dapat pelanggan seperti kakZ

Montana said...

terima kasih atas perkongsian...Allah Zidka Khaira ;-)

Mummydearie said...

Kat mana ni, kak? Masih ada lagi jual air botol RM1. Tak kiralah jenama terkenal ke tidak tapi macam tak percaya je ada air botol dengan harga RM1. Baguslah berniaga cara pakcik ni. Ikhlas dan berkat. Mudah-mudahan rezekinya lebih murah.

Kayu Manis said...

betul kak nak tak hendak jer..

memberi 1blg dpt sepuluh balang...

Puan Kutu said...

Alhamdulillah..org yg berniaga kecil camni pun besar amal jariahnya dalam bersedekah..org camni mmg tak zikir untung..seronok kalau dpt sedekah n beroleh rezeki barakah kan makan zakie

Uncle said...

Bertambah2lah rezeki pakcik tu nanti...insyAllah....

Kayu Manis said...

p/s kak tolong jawab kak..sgt risau ni...
knapa kak angin ker? ni first time mkn sayur ni kt kl..masa kat kampung dulu makan jugalah ...long time ago...suami lgi la,tapi dia ada mkn sikit tadi...ada kesan apa2 ker...suspen kak..

Normala Saad said...

Memang susah nak dapat peniaga yang suka bersedekah ini. Yang selalu charge harga tak manasabah banyaklah...

Sue Bee said...

Air botol kaca tu..nostalgia sungguh,kak. Dapat minum sebotol pun kongsi sampai 4org :-)

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah murah rezeki dengan sikap begini.

Lama tak minum air botol kaca.
Teringat zaman kecik-kecik.

Gee Lion said...

teringat masa kecil2 dlu.. zaman skrang ni yang banyak meniaga tepi jalan cuma orang seberang je.. keciwa...

Unknown said...

nostalgia nya air tu kakzakie, jarang dpt tengok dah sekrang ni

eelobor said...

bertambah berkat bila ramai yang mendoakannya.... semoga bertambah murah rezeki pakcik tu

Fifi Nadhrah said...

Alhamdulillah.. seronoknye bersedekah ni kan.. kak.. bestnye.. blog akak dah ade gambar..

OKje said...

Betullah kata kanda tu..... meniaga makan ni mungkin banyak membuka peluang untuk bersedekah.....

Dinda teringat botol oren hitam zaman kita kecik dulu kanda.... Dulu rasa dah mahal sangat nak membelinya ...huhu

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah mudah2an murah rezekinya...:)

Suria Amanda said...

Alhamdulillah moga perniaagan beliau maju....apapun air botol tu sgt2 nostalgia...

Deanna Morni said...

semoga makin bertambah rezeki pakcik tu....berniaga sambil bersedekah hihihi

Permata Malap said...

al-hamdulillah..in shaa Allah bertambah rezeki pakcik tu,kak.