Wednesday, April 29, 2015

Rentetan dari segugus kunci

Segugus kunci setiap pagi akan dipastikan sudah berada di dalam beg sebelum melangkah keluar meninggalkan rumah untuk mencari rezeki. Jauh di dalam hati rumah yang ditinggal selamat sebaik dikunci sempurna. Tiba di pejabat segugus kunci itu juga dicapai untuk memulakan tugasan. Mencari apa juga keperluan di pejabat, gugusan kunci itu juga diperlukan. Sentiasa duduk di atas meja sepanjang masa bekerja. Balik selesai tugasan sekali lagi gugusan kunci akan dipastikan sudah dimasukkan ke dalam beg. Bilik dikunci terasa selamat sebelum melangkah keluar dan turun meninggalkan pejabat. Begitulah berulang setiap hari. Merasa kunci ini penyelamat setiap milik yang tersimpan rapi. Sampai bila akan begini tidak dapat kotak fikiran menjangkanya. Bagaikan bila semuanya terkunci rapi kehidupan sudah cukup selesa.

Segugus - Kunci rumah, kunci pejabat, kunci almari-almari, kunci meja semua ada di sini.

Walau besar dan tinggi mana pergantungan mr boss pada kunci tersebut, hati terdetik kerana bukan kunci penyelamat semua kerana sebenarnya ada yang lebih berkuasa. Kunci sekadar qada' dan qadarnya adalah selamat dek kerana usaha yang dibuat.  Sebagai kuli yang dipertanggungjawabkan pasti akan patuh untuk menjaga semampu mana dan apa juga hak syarikat akan di kunci rapi. Namun sebagai umat Muhammad Sallallahualaihi Wasallam tetap akur akan qada' dan qadar Allah siapa mampu menidakkannya. Kuncilah sekukuh mana. Belilah yang berjenama hebat tetapi ada lagi yang lebih hebat dan mampu mengambil hak yang kita jaga rapi. 

~~ Musuh agama tidak boleh dijadikan guru kita sekadar nasihat yang dipetik dari pembacaan yang diperolehi dari sebuah buku motivasi tetapi buku mana satu hilang puncalah pula.~~

27 comments:

Izwa Kamaruddin said...

kecuarian kah kak?

AtieYusof said...

InsyaAllah kak..selain segugus kunci ada lg yg Maha Penjaga..DIA yg ESA.. kunci cuma cara, penentu nya tetap DIA...
sbg pekerja plak kita sedaya upaya menjaga amanah sebaik mgkin...:)

JunAina said...

Kita sekadar berusaha selebihnya adalah kuasa Allah...

Mummydearie said...

Adakalanya walau dijaga rapi sekalipun boleh hilang dari pandangan mata kalau itu kehendak-Nya, kak.

Saya kalau bab kunci ni memang takut nak satukan semua. Hilang satu, hilang semua. Lagi satu, beg dah penuh sampah-sarap, kalau ada segugus kunci macam ni, rebeh bahu saya, kak :)

norhidana said...

aduh kak banyak nyer kunci akak... dana ada kunci umah ngn kunci kete je... kunci blik dana sekali ngn kunci kete... kunci blik bos dana tinggal dlm blik je...

Gee Lion said...

Walau apa pun yg sedang menimpa kak zakie sekarang, harap ending dia baik-baik saja.. Ada hikmah di sebaliknya ye kan. Mungkin selepas ini, kita akan jadi lebih berjaga-jaga. Siapa tahu?

zmarl (ibu) said...

segugus terus kunci..ni kalo gelabah nak bukak pintu mau setengah jam kot baru terbukak..

Kayu Manis said...

Oh gitu kak....

faham...faham...

Kamsiah yusoff said...

KALAU KELAM KABUT..MAU SETENGAH JAM TERKIAL2 CARI KUNCI MANA SATU..

Suria Amanda said...

Kang2 disebabkan segugus kunci ni juga boleh terkurung dlm bilik atau rumah...atau x boleh masuk lgsung...kan kak?

AMIIZAA@Mieja said...

salams kak,
semoga berada dalam lindungannya.
lama saya tak dtg sini, busssyy sgt2...

iryantyismail said...

kunci paling utama adalah iman...

tiada tandingan dengan kunci yang lain :-))

Nor Azimah Ali said...

sungguh benar kzakie..jangan sampai kita meletakkan kunci tu sbg dia yg mampu beri perlindungan..ibarat makan ubat, ubat tak mampu menyembuhkan, sekadar satu usaha ikhtiar sahaja..segalanya hanya pada Allah SWT sahaja..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie, kunci itu usaha kita selebihnya tawakal kepada Allah...
"Tambatlah unta itu, kemudian tawakal kepada Allah". Kalau tak ditambat unta itu kemungkinan unta itu berjalan entah kemana, dgn bertambat itu pasti ia tidak hilang, tetapi jika bertambat hilang juga, itu yg akak kata, qada qadar yg ditentukan Allah.. namun begitu kita dah ada berusaha ..

Unknown said...

selamat malam kakzakie, kita hanya mampu berusaha saja, yg menentukan semua nya ALLAH kan..

nohas said...

salam, kak...kita berusaha, selebihnya serahkan kpd Allah yg Maha Menjaga..

aby said...

salam kz..
kunci pembuka hati Ramlah Ram tk ada ke .. kunci nay pun made in Johor jugak ..

Ahlam Miera Shafie said...

kita yang merancang DIA yang tentukan...

aizamia3 said...

Saya berdoa dan berharap moga satu kunci yang hampir hilang dari radar ni akan kembali kepada saya..

insan marhaen said...

Teringat lirik lagu Ebiet G Ade ini...

'Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintuMu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan

Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa'


https://www.youtube.com/watch?v=wswwOEuQtGY

eelobor said...

betul tuh akak...beli lah berjenama apapun, kalau nak berlaku tetap akan berlaku. sekurang tidak begitu ralat sangat kerana telah berikhtiar & berusaha untuk mencegah

Unknown said...

Kita cuma berusaha yang terbaik dan bertawakkal ...
Selebihnya semua dengan izin Allah

Unknown said...

doa, usaha, tawakkal.
segalanya Allah yg tentukan :)

Fifi Nadhrah said...

Allah hu akbar.. Allah maha hebat.. maha besar..

Jari Manis said...

berserah kepada Allah..kita hanya mamu berusaha

Unknown said...

Saya selalu berselawat time kunci pintu rumah tak tahu kenapa semacam dah menjadi kemestian pulak selain doa mohon Allah lindungi rumah tempat kami berlindung dari panas dan hujan....

TukangKebun said...

Semoga diri kita sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Kuasa.
Sekarang ni tengah bagi motivasi dekat anak sulung supaya rajin menghafal surah kursi. Selalu pesan kalau abang takut baca ayat Kursi InsyaAllah malaikat datang walaupun abang tak nampak dilindungkan dari benda tak baik.