Thursday, April 30, 2015

Iman itu milik kita semua

Mengukur sejauh mana keimanan kita tidak siapa pun mampu membuat pengukurannya. Apa yang pasti dan kita percaya setiap kita punya iman. Berapa tinggi iman itu kita sendiri pun tidak berupaya mengukurnya. Walau bagaimanapun kita harus bersyukur sebab betapa tidak tinggi pun iman kita setiap perintah Allah yang wajib masih mampu kita lakukan dengan sebaik dan semampu yang kita terdaya. Contohnya solat lima waktu kita tidak tinggal, berpuasa di bulan ramadhan kita lakukan, berzakat yang setahun itu pun tidak pernah terabai, mengucap syahadah sebab bersolat pastinya bersyahadahlah tidak ditinggal. Menunaikan ibadah haji semua orang sudah memasang niat mahu melakukan ibadah tersebut. Itu tidak termasuk hal-hal kebajikan dan tanggungjawab yang digalas dibuat semampu dan sebaik yang boleh.

Puzzle - Usaha kena ada untuk mencapai misi seperti adik yang mahu menyelesaikan puzzle Cinderella dia. Penuhi petak kehidupan kita yang dilalui dengan kebaikan dan kepuasan utk mendapat keredhaan dariNya.

Seandainya keimanan kita tidak ada mungkin solat pun kita buat tidak tahu. Orang berpuasa kita buat sambil-lewa. Kalau tidak kerana iman pasti bila-bila masa pun kita boleh curi-curi makan. Itulah dek kerana iman kita bertahan untuk menahan segala kelaparan. Kerana iman kita mendirikan solat. Kerana iman jugalah kita dapat membezakan yang mana satu baik dan buruk. Mendidik mereka yang dibawah tanggungan sedari kecil untuk menjadi orang yang berpegang kepada jalan Allah. Semua ini adalah kerana iman.

Biarpun sibuk di dunia ini, kita tahu dan percaya yang bumi ini akan hancur juga pada masa dan ketikanya. Jelas bermakna kita tidak pernah lupa yang tiupan sangkakala akan tiba suatu hari nanti. Kita juga tahu adnya nabi dan rasul, kita juga tahu dan percaya akan kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah, percaya adanya qada' dan qadar, malaikat dan kerana itu kita percaya kudroh dan irodahnya Allah. Semua ini adalah bersandarkan keimanan kita. Iman yang walau tidak boleh diwarisi tapi iman adalah anugerah terindah kurniaan Allah buat sekelian hambaNya. Bersama kita berdoa moga hidayah dan 'inayah Allah sentiasa ada buat kita. 

~~ Sebagai manusia biarlah dunia ada di tangan dan akhirat terus di hati. Kita bajai dan istiqomah semampu yang boleh.~~


34 comments:

aTieYusof Family said...

Yang pasti Iman tak dapat dijual beli.. Alhamdulillah dengan iman yg ada selalu mengingatkan diri agar tidak berbuat y yg tidak2 walaupun tau diri tak terlepas dr dosa...mudah2an sy dapt mempertingkatkan iman dalam usia yg mgkin tak berapa lama lg..

Sue Bee said...

Datang memberi salam di pagi khamis :-)

Athirah Diyana said...

Iman tak dapat diwarisi. Kita sendiri perlu berusaha untuk kekalkan & tingkatkan keimanan. Sebab tak mustahil iman kita runtuh bila2 masa. Teruskan usaha

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Itu lah kemanisan iman..
apa yg kita lakukan atas nama iman pd Allah..
semakin dekat kita kepada Nya..
Betapa nikmatnya cinta Allah..
Maka berdoalah agar kita sentiasa diberi taufik Dan hidayah, agar hingga ke akhir hayat kita dgn beriman..

Nieyl said...

Iman adalah sgt penting dlm kehidupan kita sbgai umat islam..:)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Insya allah kak, mudah2an terus istiqamah nak menempuh kehidupan ni..

Mar Mansor said...

in sha Allah..terima kasih mengingati..

PeRdU cINta said...

Perlu digilap..mesti dipupuk itulah iman..sangat bernilai..terlalu bermakna..

iryanty ahamad said...

Allahuakhbar...yan tengah mendidik diri mnjadi lbih baik..terima kasih atas ingatan ni :-))

Acik Erna said...

insyaa Allah kakzakie..terima kasih atasingatan

lieyalatif said...

terima kasih kerana memberi pesanan dan saling mengingati antara kite kak....moga Allah terima segala amal ibadat kita dan iman kita kuat...

kak, puzzle ni sape yg boleh habis kan mmg penyabar orgnyer...lieya pun kadang2 pun fedup gak nak siapkan ahahahahahah

Lea Ismail said...

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Iman tak dapat dijual beli
Ia tiada ditepian pantai

Nak buat puzzle ni kena sabar. Lea puzzle ni lea mesti nak siapkan masa tu jugak. Jenis tak sabar. Tu yang tak nak buat puzzle ni. Adli tunggu dia besar sikit nak ajar dia main puzzle ni. Sekarang tak boleh lagi. Mau hilang kepingan puzle tu

paridah said...

iman kita ini ada naik turunnya, gemuk kurusnya n perlu digemburkan selalu dgn hadiri mjlis2 ilmu...tq peringatannya

Sura Mohd said...

Sura suka sangat kalau kakzakie buat n3 cam ni..dapat peringatan yg sangat baik..:)

Kayu Manis said...

In shaa Allah kakku
LOVE YOU..

Kunci semua tu SABAR

norhidana miswan said...

btl tuh kak... tanpa iman semuanya tak menjadi

Diana Rashid said...

setuju kak..kalau tak de iman hidup kucar kacir..buat apa pun tak sempurna..kesabaran pun tak de..Alhamdulillah kita semua dilahirkan dalam islam dan dididik supaya beriman sejak kecil lagi..tapi orang kata iman tu bukan boleh diwarisi cuma bila dah dididk dengan cara orang beriman InsyaAllah sedikit sebanyak tahu jugak apa perkara2 yang wajib kita buat sebagai orang islam yang beriman.

Mizz ErMa said...

betul tu kak..teringat pulak dekat lagu raihan tu, iman xdapat diwarisi..

aizamia3 said...

Moga saya terus bersabar dan kuat dalam mengharungi rutin harian.

nOe suhaimi said...

terima kasih atas peringatan kakzakie...sentiasa berusaha utk meningkatkan keimanan...

wahida said...

tq kak atas peringatan ni...

lama tak ajak anak2 main puzzle..huhu...

Fifi Nadhrah said...

Allah hu akbar.. masih ada iman di hati.. moga Allah meningkatkan keimanan dalam diri ini..

Mummydearie said...

Tak boleh nak dibayangkan kalau hidup ini tiada iman. Minta dijauhkan daripada hati jadi semakin hitam dan tak mahu berubah ke arah kebaikan. Tanpa iman, apalah gunanya kita hidup sementara di dunia ni. Sia-sia belaka.

Fiza Rahman said...

Mekasih atas perkongsian dan peringatan kak. Smoga kita dapat menguatkan dan meningkatkan lagi tahap keimanan kita.

eelobor said...

nak istiqomah tu yang susah sket.... tp andai dapat tentu merasai kemanisannya

nohas said...

semoga keimanan kita kekal hingga roh ditarik dari badan..

NEKCIK said...

Tepuk dada tanya iman..dunia ini adalah penjara bagi yg beriman

Qaseh Vee said...

iman itu kita sendiri yang tentukan , semoga kita lebih beriman di mata Allah ...

Gee Lion said...

soal iman bukan pd kita utk tentukan, kan tapi sudah semestinya kita perlu berusaha utk menjadi orang yg beriman. ^__^

Mas Zull said...

assalamualaikum kakzakie...singgah sini jenjalan..;)

Jari Manis said...

iman tidak boleh di warisi..ye betul..jika ayah nya alim belum tentu anaknya juga alim

Suraya said...

Terima kasih dengan perkongsian ini..ia banyak mengingatkan saya..:)

TukangKebun said...

Moga kita sentiasa beringat.

Farina Al-Khareid said...

nikmat yang paling besar adalah iman dan islam. iman tidak boleh diwarisi. iman ni sangat penting , kita perlu mnjaga iman kita agar tidak terpesong. so, kuatkan iman kita dengan melakukan amalan soleh