Thursday, April 2, 2015

Dia ibarat kain putih

Rutin biasa selepas solat maghrib anak-anak akan mula bertandang ke rumah dan satu-persatu memberi salam. Masing-masing dengan misi untuk meneruskan pembacaan Al-Quran atau Iqra'. Mereka juga tahu siapa yang sampai dulu dialah yang akan duduk di depan aku bersila sebaik melihat kawan mereka selesai. Malam tadi aku ada anak baru. Seorang anak lelaki berusia 5 tahun. Comel dan montel sedap mata memandang. Aku dan anak-anak aku sama naik, kami suka bila ada budak comel. Sentuhan pertama kami mestilah pipinya yang gebu.  

Aku: Mama nak panggil apa ni?
Anak: Abang (senyum malu-malu). 
Aku: Oohh.. abang pernah tengok dan baca Iqra' ini?
Anak: Tak (geleng kepala sambil bersuara perlahan).

Ibarat kain putih, sebagai anak yang tidak mengerti apa-apa ingin aku berpesan kepada semua yang bergelar ibu-bapa, tolonglah didik sedikit-sebanyak huruf-huruf yang digunakan di dalam Al-Quran. Alif, Ba, Ta dan seterusnya sebaik anak sudah boleh bercakap. Tidak kenal huruf nga, pa, cya dan ga itu tidak mengapa kerana bila masuk alam persekolahan mereka akan belajar jawi. Kasihan kepada anak yang tiada pendedahan langsung ketika memulakan membaca kerana rata-rata anak sekarang bila masuk usia 5 tahun sudah mengenal huruf-huruf hijaiah. Cuma membunyikan bila yang sudah bertanda perlukan asuhan seterusnya dari yang mengajar mengaji. Ini kali pertama aku dipertemukan dengan anak yang begini sehingga membaca basmallah pun tidak tahu.

Aku: Bismillahirrohman
Anak: Bissila... (tidak mampu sudah untuk menyambung)
Aku: Cuba sebut milo macam mama, mil.. mil...
Anak: Milo, mil..mil...
Aku: Bismillah
Anak: Bismillah

Malam tadi itu saja yang mampu dia dapat. Hairan sebab sekarang di televisyen pun selalu terpapar bacaan Al-fatihah. Lebih memeranjatkan bila aku mahu dia ikut ibu solat/sembahyang, dia mengatakan ibu tidak solat. Menyesal bertanya tapi dalam hati aku sangat sedih. Renungkanlah..

~~ Tidak mengapa abang (anak tersebut), mama Zakie akan didik abang menjadi seperti kawan-kawan yang lain. Mama percaya abang pun boleh.~~


48 comments:

Aziela said...

Sekiranya menyelam lebih dalam dan jauh di dalam masyarakat Muslim Malaysia, kak...berbagai2 kesedihan yang akan kita jumpa. Kehampaan dan kecewa dan hairan. Semua rasa ada. Tapi kes abang, saya bersyukur. Sekurang2nya ibunya terbuka hati untuk memulakan dengan anaknya. Mungkin ibunya juga tidak tahu, tetapi segan untuk belajar. semoga anak ini boleh menjadi mata. telinga dan jiwa untuk ibunya.

eelobor said...

ibu-bapa di rumah adalah contoh & ikutan terbaik untuk anak-anak. Inysa Allah, saya akan cuba buat yang semampu habis baik untuk anak-anak saya. Terima kasih akak untuk peringatan ini

monalea said...

apa yg dilakukan dirumah adalah contoh utk anak2.

iryantyismail said...

begitulah cara ibu bapa mengajar anak zaman sekarang ni...hanya serah bulat2 pada sekolah agama dan guru ngaji..sedangkan kat rumah ibu bapanya lalai...seperti ketam mngajar anaknya bjalan lurus

Siti Sharini said...

semoga kita dan anak2 kita semua diberi hidayahNya..

Hudalatip said...

Bagus entry akak ni tulah takut kan sekarang ni anak2 yang tak reti..Saya selalu cuba sedaya upaya ikut kemampuan ajar anak2 sebab taknak bergantung pada cikgu semata.

TukangKebun said...

Syukur Alhamdulillah KakZakie boleh bantu ajar abang.
MAMA tukang kebun dulu pun tak mampu nak ajar sebab baru converted to Muslim masa nikah dengan papa. Tapi sebelum kami masuk sekolah dihantar mengaji dan anak semua pergi sekolah agama.
Ibu abang tu pun sayang anaknya dihantar belajar ngaji bila dirinya tak mampu

saniahibrahim said...

moga kakzakie dapat membantu mewarnai anak ini...
apapun bersyukur juga ibu anak ini terbuka hati untuk menghantar mengaji di rumah kakzakie.

fatin said...

bagusnya kak zakie..

lieyalatif said...

allahuakbar kak....tekejut bace...mungkin parents anak itu terlalu busy dengan kerja.... harap bile anak ini belajar dgn akak, die akan bawa pulang sesuatu yg bernilai tuk sedarkan parents nye...in sha Allah.....

Nieyla Nadia said...

Sbb itu la sesibuk mana pun keperluan anak dr segi agama,sekolah,dan lain² jgn di abaikan..cian mereka...semoga anak ini diberkati..Aminnn

NEKCIK said...

Asalam kak..terimalah sikecil itu sebagai hadiah dari Allah kerana telah menghantar si kecik itu untuk dibimbing dan kakzakie sebagai penyuluh kegelapan jidupnya..semuga dia pula skan dapat membimbing keluarganya..insyaallah

Fiza Rahman said...

Sedih baca kak. Peringatan buat saya juga ni. Ibu bapa adalah cerminan anak². Kalau baik...baik lah ikutannya. Kalau sebaliknya, Jangan salahkan anak sebab kita sendiri tunjuk teladan yang tak baik.

MEkasih atas perkongsian dan peringatan kak.

Puan Kutu said...

bergenang air mata membacanya mak.sedihtak nangka zaman Semarang ada lagi.Kesian pada anak ini.moga kakak dpt didik Abang yg montel ni menjadi anak soleh..

paridah said...

ABANG ITU PASTI KELAK MENJADI ANAK SOLEH SPT HARAPAN IBU/BAPANYA YG MNGAMANAHKN ANAKNYA KPD KAKZAKIE MNGAJR ILMU ALQURAN N LAIN2 JG.

Kayu Manis said...

5 thun ye...masih anak2..kdg kesian juga ye..mana tahu esok2 budak NI pintar al-Quran.

Permata Malap said...

terkejut baca pasal ibu budak tu tak solat.tapi mujurlah ada minat anak tu untuk mengaji kan..

Acik Erna said...

Alhamdulillah bertemu mamazakie yang akan membimbing abang..syukur..ibu abang hantar abang kerumah mamazakie..memang heran jugak kakzakie..biasa anak masih baby pun bila nak bagi minum susu..kta yang bacakan bismillah dengan kuat..lama2 bila dah boleh bercakap..dia akan sebut sendiri kan..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terkedu dan sedih juga saya membaca entri akak ni..
Semoga Abang montel ini menjadi anak yg soleh dan pemula jalan bagi keluarganya..
Semoga kakzakie pencorak warnah yg indah buat abang ini..

Ujie Othman said...

sedih saya baca, saya teringin nak didik anak..tapi takde. Org dah ada anak, tapi abaikan.

tapi Alhamdulillah, ibubapa nya terbuka hati nak hantar anak ke rumah akak. Insya Allah..kak Zakie akan jadi asbab kebaikan kpd si anak dan ibubapa nya.

@na said...

syukur Alhamdulillah "abang" dipertemukan Allah dengan mama zakie...masih belum terlambat dan mudaha2an ibunya akan terkesan dari didikan kakzakie pada anaknya... In Shaa Allah..

Kamsiah yusoff said...

semoga dgn menghantar abang comel tu ke rumah Kak Zakie..insya ALLAH dipermudahkan..

Inani Hazwani said...

anak anak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan

mama maman aka yana said...

Sedihnya la kak.. aduhai..

norhidana said...

hrp2 dana dpt ajar aiyan ngaji sikit2.... yelah sbb tu mak selalu pesan jgn tinggal solat... anak2 selalu peratikan apa mak pak buat...

*kelakar teringat aiyan selalu tgk mak n makngah solat pakai telekong dia pun nk pakai telekung gk kui2

sitirohaida said...

harap boleh mengajar awfiyah nanti..yelah..nasib baiklah berjumpa dengn mama zakie...moga anak itu akan celik hati untuk menerima ilmu dari mama zakie

Falsya said...

allahuakbar!..peringatan utk falsya cite kakak nie..insyaAllah kakak, mcm mana pun, falsya akan terapkan jugak pembelajaran agama dekat qisya..wajib!

sbb tuh setiap kali solat, falsya akan solat dpn qisya..xpenah lg solat dlm bilik atas (kecuali subuh)..mengaji dpn die walaupun die asyik kulu kilir sana sini..hehehe..sbb dr umur2 nie la kite kene start sikit2 kan kakak..

falsya doakan semoga Allah permudahkan urusan kakak dgn anak itu..semoga anak itu dpt sedarkan ibu dan ayah die..amin..

LYAfrina said...

betul tu kak..sedihkan klo anak seusia ni x diajar lgsung..jgn asyik kejar ilmu duniawi n myerahkan ilmu akhirat ni pada ustazah atau tempah mgaji saje..insyallah..budak2 biasanya cpt igt n mudah terima ilmu..moga semuanya baik utk kak zakie n anak tu..

Angah said...

sedih pulak..ehh mata masuk habuk..

Mummydearie said...

Mujur ibunya terbuka hati nak menghantar si abang ni mengaji. Dapat pulak si abang berguru dengan Kakzakie. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya selamatlah abang dari hidup dalam kealpaan. Tak apalah abang, nanti lepas belajar dengan Mama Zakie, boleh tunjuk talent mengaji tu kat rumah. Mana tau ada adik ke, boleh ajar adik pulak!

Dalam hati sebenarnya rasa kesian sangat kat budak ni....

Zaitun said...

Alhamdulilah kakzakie orang yang dipilih untuk mendidik abang. Semoga satu hari nanti abang menjadi pembimbing buat keluarganya. Masih belum terlambat.

makchaq said...

Alhamdulillah....ibu 'abang' terbuka hati nak hantar anaknya mengaji dengan kakZakie. Mudah-mudahan dia dapat bantu ibunya nanti..

JunAina said...

Bila tiba bab mengaji ni kak kadang2 rasa kecik ja diri ni sebab anak yang bungsu masih terkial2 mengulang Iqra. Selepas ustazah berpindah dia enggan ke mana2 ustaz mahupun ustazah yang dulu pun jenuh di pujuk mak 5-6 kali bawak pergi tengok orang mengaji ustazah kata 'Hikram nanti kalau dah bersedia datang mengaji ya'. Dapat ustazah baik macam tu dah tak lama pulak dapat mengajar.

Sekarang Aina ambik inisiatif ajar sendiri kat rumah. Mak refresh bacaan Iqra dari u-tube settiap hari mengikut muka surat yang dia baca di rumah. Zaman mak belajar dulu baca mukadam ja...

εïзmmyHazaεïз said...

:(

Malinda said...

ibubapa adalah cermin bagi anak2...semoga abang menjadi anak soleh dengan didikan dari akak.. =')

Unknown said...

akak setujukk, ibubapa contoh terbaik utk anak2, jika ibubapa baik, maka baik lah insya allah semua keturunan nya...

ANIM said...

sebagai guru, saya setuju penekanan pendidikan bermula dari rumah.
mudah2an niat suci kakzakie dimaqbulkan Allah. mana tahu...dari kejayaa anak itu mampu merubah suasana keluarganya.

Rosdi Eunos said...

teringat kisah sendiri.. ibu saya lahir di zaman sebelum jepun, walaupun buta huruf, dia hafaz beberapa juzuk Al-Qur'an .. asalnya kami tinggal di dalam kawasan yang sangat jauh dari masyarakat .. beberapa kilometer baru terdapat rumah rumah lain. Setiap malam sebelum tidur, Ibu akan dendangkan naskhah untuk santapan halwa telinga kami ayat ayat dari surah Al-Baqarah dengan taranum yang indah dan merdu. Alhamdulillah, walaupun kami belajar ketika umur sudah melebihi 7 tahun, kami mudah menerima. Mungkin kerana ibu telah membiasakan kami dengan kalimah2 dari Al-Quran. Untuk Abang, saya doakan agar mudah terbuka hatinya untuk mempelajari segala yang Kak Zakie ajarkan. Untuk Kak Zakie, terima kasih yang tak terhingga ...

PeRdU cINta said...

Sebak PC..moga usaha gigih abang dengan izin Allah dengan bantuan akak..kalam Allah itu mempu dihayati..amenn..

nohas said...

In shaa Allah, belakang parang jika diasah, lagikan tajam..

Yana Shaiful said...

tersentuh hati bc entry akk.. smoga abang dpt jd pembimbing pd family dia..InsyaAllah..

aizamia3 said...

Alhamdulillah.. moga abang montel berusaha dan terus berusaha dan moga menjadi anak yang soleh..

Nor Azimah Ali said...

Moga berkat didikan kzakie, berkatnya sampai juga pada ibu ayah...sudah mahu dihantar mengaji tu mungkin sudah dicampak ke hati ibubapanya utk mula mencari kebaikan...in shaa Allah...sama2 kita doakan.

Pssst..kzakie..smlm dtg juga..dpt baca pos je, tkleh komen, hari ni Alhamdulillah...

Blog kzakie pun dah ok kan, dah meriah semula

babYpose said...

Salam kak zakie, thanks mengingati kepada saya juga ni, bersyukur ibubapanya menghantar abang mengaji. betul ada jawi kat sekolah ni, dulu memang ada kan tapi baru ni emaak kawan faiq cakap dia keluarkan anaknya dari sekolah lama faiq sebab perlu belajar jawi dari 6 tahun lebih elok sebab di sekolah rendah ada, bahasa arab pun, emak kawan faiq tu guru sekolah convent. duk cerita kat sini, sorry ye :))

Sura Mohd said...

pengajaran yg boleh diambil dari cerita kakzakie ni..apapun alhamdulillah kerana ibunya terbuka hati nak menghantar anaknya mengaji..moga kakzakie berjaya mendidiknya..:)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah dpt belajar ditempat yg baik...semoga abang akan dpt mengikut tunjuk ajar dr akak nanti...sedih bila anak2 berkeadaan beginikan...x pe la semoga akak akan berjaya membentuk abang nanti..inshaAllah aminn...

Suria Amanda said...

Allah....sedihnya baca...x pe kak..besar pahala akak ajar dia...moga allah bukanpintu hati dia ..

Fifi Nadhrah said...

Allah hu akbar.. part ni lagi sedih bace.. tersekat nafas dekat kerongkong.. sedih melihat anak sekecil ini tidak di didik sebetulnya.. takpe.. mama zakie ada.. inshaAllah..