Tuesday, April 28, 2015

Majlis motivasi dan diskusi

Pendaftaran dikatakan jam 9:00 pagi, tapi sebelum sampai waktunya sudah ramai ibu bapa yang memenuhi ruang kerusi yang disediakan. Aku datang sendirian sebab hubby ada majlis perpisahan staff. Kurang elok rasanya bila majlis yang sudah diatur, dia sendiri sebagai ketua tidak hadir. Oleh itu pergilah aku ke majlis Motivasi dan diskusi UPSR di sekolah adik sendiri.

Menghadiri majlis begini rasa aku sudah berkali-kali dari sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Dari anak sulung sehingga kini tiba giliran adik pula. Isu yang dipaparkan tetap sama tetapi cara penyampaian penceramah yang diundang itulah yang perlu menarik tumpuan murid-murid termasuk juga kepada ibu-bapa yang baru pertama kali menghadiri. Apa pun bila duduk dalam majlis begini secara tidak langsung akan refresh kembali ingatan kita berkaitan tips untuk menghadapi anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. 
Kasih & sayang - Anak-anak dikehendaki berjumpa penjaga dan tunjukkan kasih dan sayang sebagaimana dikehendaki oleh penceramah En. Salamian Surip. Waktu inilah kita akan lihat semua anak-anak berjurian airmata. Ibu-bapa tidak kurang juga bila sendunya sehingga yang kedengaran hanya esak-tangis anak-anak.

Ingin aku rangkum tips kasih sayang menjadi satu. Dua sifat ini sangat perlu untuk mendapatkan hasil dari apa yang di tanam pada anak-anak kita. Kasih-sayang dalam memberikan makanan, memberi tunjuk-ajar, menyediakan tempat belajar, menutur-kata nasihat dan sebagainya semua perlu diambil kira. Jika rezeki yang diperolehi dari hasil yang salah akibatnya anak yang tidak berdosa mendapat tempias belajar saja penat tetapi hasilnya mengecewakan. Begitu juga jika tempat belajarnya tidak selesa pasti membuat anak belajar kurang tumpuan. Memberi nasihat biarlah dengan penuh kasih dan syang tidak perlu meninggikan suara. Ini kerana ada ibu-bapa mahu si anak belajar tetapi ibu-bapanya pula menonton tanpa menghiraukan anak belajar. Marah anak bermain telefon bimbit tetapi dia sendiri khusyuk dengan facebook, tweeter, blog dan sebagainya. Semua ini perlu diambil kira. Menjaga pemakanan berzat dan baik seperti kismis, kurma, telur setengah masak bersama roti dan sebagainya tidak berguna andai ianya hasil syubhah yang akibatnya tidak barkah. 

Mendidik anak bukan setakat memberi makan dan pakai saja. Tapi keseluruhan kehidupan mereka masih memerlukan pemantauan kita dari celik mata sehingga mereka tidur lena. Selagi mereka belum pandai menilai erti kehidupan sebenar kitalah yang perlu membimbingnya selain bantuan guru-guru di sekolah.

~~ Anak kita akan menjadi apa yang kita bentuk sedari kecil.~~  


37 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie,
Kita perlu muhasabah diri sendiri sebelum kita mendidik anak-anak..
Memberi contoh yg baik..
Baru hasilnya baik..

Mummydearie said...

Besarnya tanggungjawab kita sebagai ibubapa dalam mendidik anak-anak. Bukan boleh dipandang remeh segala perkara yang membabitkan anak-anak ni.

Saya setuju dengan Kakzakie. Ada ibubapa yang begitu memaksa anak-anak untuk jadi cemerlang tapi pada masa yang sama mereka tak sedar perbuatan mereka sendiri bercanggah dengan kehendak terhadap anak-anak.

AtieYusof said...

salam kak..sangat bersetuju dgn kakak..selalu ingtkan suami dlm hal2 rezeki yg berkat ni sbb kan nak bagi makan anak isteri, disamping tu kena perbetulkan diri kmi dulu utk tunjuk contoh yg baik pada Pa'e.. sama2 muhasabah diri..:)

Mia Kassim said...

Nasihat yang sangat berguna ... terima kasih kak atas perkongsian

paridah said...

MENDIDIK ANAK XMUDAH...SELAIN MKN MINUM DIJAGA TUTUR BAHASA TINGKAH LAKU IBUBAPA JADI IKUTAN ANAK2 DISAMPING RAJIN BERDOA N BERSABAR DGN KERENAH ANAK2...HASIL DIDIKAN YG SEMPURNA CERMINAN ANAK2 KITA MASA DEPAN.

Sura Mohd said...

apa yang kakzakie cakap tu semua betul..bagi sura semakin mencabar bila anak semakin membesar..banyak kekurang kita yang kita kena betulkan..semoga anak2 kita semua beroleh kejayaan dunia dan akhirat..:)

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi..
Beruntung mereka yg ibu bapa selalu pegi ble ade majlis mcnie... nieyl dlu ayah sibuk ngan keje..mak pulak suri rumahtangga... Sangat beruntung anak² zaman skrg..klu nieyl ade anak pun..nieyl akan luangkan masa untuk semua nie untuk anak².. :)

Kamsiah yusoff said...

sebak pula bila baca tips dan nasihat kak zakie ni...

Fazleyatul Aini said...

terimbau zaman sekolah dulu...

Wak Lat said...

Salam. Hee meriah aktiviti kat sekolah ;p

siapalah tak sayang anak, tapi ada mak kann, kanns ;D

monalea said...

kita sendiri adalah model kepada anak kita kan kak

Normala Saad said...

Anak2 saya sudah melepasi alam sekolah dan ada yang dah berumahtangga. Dimata sesetengah orang saya dah boleh relax dan tak perlu pikir banyak. Sebenarnya tidak pada saya..masih juga melihat mereka seperti anak kecil dan ada waktu2nya perasaan bersalah kerana kadang2 tidak dapat memenuhi tuntutan mereka dulu masih melekat dihati..

Inani Hazwani said...

besra perana jadi ibu bapa ni dalam mendidik anak anak jadi yang terbaik

saniahibrahim said...

saya pun sebelum ni dah banyak kali pergi ke program diskusi sejak anak sulong ,selalu dengar benda yang sama tapi yg best nya bila ada ceramah motivasi...selalu juga suasana jadi sahdyu seperti majlis kat sekolah adik tu ,anak2 menangis ibubapa pun menangis.

norhidana said...

betul tuh kak... sbb tu lah org kata ibu bapa tuh cikgu di rumah... jgn nk harapkan kt cikgu2 kt sekolah je kite mak pak pun kene main peranan jgk...

teringat dulu2 abah dana bkn jenis yg reti tunjuk kasih syg, mmg abah garang tp bile kami makin besar masing2 dh selalu pg kem motivasi makin lama boleh di ubah, dh boleh peluk cium abah dlu2 nk salam pun tkt... heheheh

Latifah said...

betul tu.. ibu bapa memainkan peranan utama. Segalanya bermula dari rumah. Ibu bapa perlu lakukan perkara yang baik2 utk dicontohi anak2.

LatifahFazri

Kayu Manis said...

Ye lah kak bila nk hbislh urusan anak2 ni....bila dh kerja, pas tu kawin...kita pun dah tua...
semoga berkatlh semuanya..klu tk tu sia2 hidup...jgnlh kita di lalaikn dgn urusan anak2..sbb anak2 itu suatu fitnah juga...hiasan dunia..
kewajiban mmberi yg terbaik adalh amanah yg berat..dunia dn akhirat.

semoga adik menjadi pljr cemerlang nti...usaha tgga kejayaan ye dik...dgrlh byk mna pkar motivator berckp..dgr dn fhm kmudian praktik...yg pnting mhu berjaya..

Falsya said...

qisya kecik lagi tp falsya dh pening kepala nak pikir..hehe..

Zaitun said...

Kak zai setuju apa yang Normala Saad katakan. Setiap ibubapa tak kira anak2 masih bersekolah atau dah besar dan berumah tangga harus di pantau. Ibu bapa harus memainkan peranan yang penting untuk anak2 berjaya dan jadi keluarga bahagia.

Aziela said...

Betul kak. Kena teliti setiap aspek. Kalau suci dan berkhasiat, hasilnya Insya Allah baik juga

Dr K said...

Yang bongsu sekali ya kakcik...lepas ni, dah takde la gi lawat sekolah rendah lagi....hihihih

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...memang betul tu kak...:)

Siti Sharini said...

tima kasih kak atas ingatan...

Nor Azimah Ali said...

Salam kzakie.anak saya tahun depan sorang amik upsr
Terharu dgn kata2 kat bawah sekali tu

Lydia Miza said...

Kasih sayang.. Bila anak makin membesar ramai yg dah 'tak sempat' peluk cium anak kan kak?

Bila majlis macam ni baru ramai yg sedar dah lama tak cium ibu/bapa.. Dan anak sendiri. Biasa salam je.. Mmg tak ramai yg peluk cium anak bila mereka dh dewasa.

Eh mcm lari topik je. Ni kes terkenang majlis masa sy form3 lah ni. Berlari berjuraian air mata cium peluk ayah. Hehehe

Unknown said...

Kikiki...btol sgt tu kak zakie anak2 saya pon meroyan menangis mase memeluk saya sambil diiringi dgn muzik yg mendayu rata2 murid dan ibu bapa sume yg menangis seolah2 melepaskan segala yg terbuku dihati dalam tangisan....

nohas said...

sokongan keluarga sangat penting utk kejayaan anak2..bagus program mcm ni..motivasi utk ibubapa sekali..

Tie HT said...

bagus program macam ni
anak cerminan ibubapa
baik didikannya insha Allah
berjaya dunia akhirat..
mudah-mudahan :)

Unknown said...

saya dulu tak de pun benda2 gini..heheh..tapi bagus la program gini..bukan saja memotivasikan anak2 malah mak ayah jugak..

Unknown said...

saya dulu tak de pun benda2 gini..heheh..tapi bagus la program gini..bukan saja memotivasikan anak2 malah mak ayah jugak..

Unknown said...

selamat malam kakzakie, betul sangat perkongsian yg baik, kita adalah contoh terbaik utk anak2, baik ibubapa baiklah anak2 nya nanti kan, jadi tingkah laku kita tak boleh semborono je didepan anak2

Gee Lion said...

InshaAllah saya akan ingat apa yg ditulis oleh kakzakie dlm blog ni.. bila tiba masanya memiliki anak sendiri.. =)

makchaq said...

Semenjak pakchaq pindah kedah, makchaq la yg selalu pi program sekolah... baru ni pi program pengaruh ict terhadap anak2.. apa yg disampaikan oleh pegawai dari cyber security agak mengejutkan jugak..

Acik Erna said...

dah nak upsar adik ye kakzakie..semoga adik berjaya cemerlang

Fiza Rahman said...

Thanks for the tips kak. Jadi parents ni proses pembelajarannya berterusan. Mana yang kurang, kita perbaiki. Mana yg buruk tu, kita buang. Mencabar nak mendidik anak² zaman skang ni.

Kena tunggu anak darjah 6 baru dapat rasa suasana macam ni ☺

ellynadyra said...

saya cuba utk luangkan masa bila ada majlis mcm ni kat sekolah
dulu2 mak ayah tak pernah mai kalau ada majlis time saya sekolah
sebab mak ayah susah
derang kerja cari rezeki
hal2 sekolah mmg tak pernah dtg
kecuali amik report card

mmg mcm mana didikan
itulah bentuk yang akan terhasil
mencabar betul ibu bapa zaman skang

iryantyismail said...

betul sangat tu kak..yan setuju :-))