Tuesday, May 19, 2015

Baru lima kali saja

Hari ini sudah 1 Syaaban. Bersempena bulan Rejab yg baru berlalu entah berapa kali sudah aku mendengar kisah Israk & Mikraj kekasih kita Rasulullah Sallalahu'alai Wasallam. Memetik beberapa tazkirah yang diberikan oleh beberapa uztaz yang diundang di masjid mahupun di surau yang aku pergi bersempena majlis Israk & Mikraj baru-baru ini pasti hal berkaitan solat lima waktu akan disentuh berkali-kali. Walaupun nabi Musa sudah menasihatkan baginda nabi Muhammad Sallallahu'alaihi Wasallam yang umat baginda ini lemah tapi baginda sudah malu untuk naik lagi ke sidratul Muntaha mohon yang 5 waktu ini dikurangkan lagi. Jika yang 50 waktu itu baginda dengan malunya bertemu Allah memohon dikurangkan tetapi untuk yang lima waktu itu baginda sudah tidak mahu lagi. Baginda tahu jumlah 5 ini sudah terlalu sedikit. 'Discount' yang Allah berikan kepada umat baginda sudah terlalu banyak!


Dua lokasi - Gambar atas ketika di surau taman perumahan aku. Manakala gambar bawah di masjid ceramah dibuat secara forum. Agak meriah kerana sessi soal-jawab dibuat selepas ceramah seperti majlis santai setiap selepas maghrib di surau kami.
Dari sini dapat kita lihat betapa solat adalah tunggak segala ibadah sebagai umat Islam. Indahnya rukun yang satu ini diperintahkan oleh Allah terus kepada baginda bukan melalui malaikat Jibril seperti perintah berpuasa, berzakat dan menunaikan ibadah haji, . Cara mendirikan solat juga tidak ada disebut di dalam Al-Quran. Oleh itu apa yang kita lakukan adalah cara yang bagaimana baginda rasulullah buat. Bacaan setiap umat tidak berbeza walau ianya tidak terkandung di dalam Al-Quran. Bacaan seperti doa iftitah, rukuk, sujud, tahiyyat, berdiri/qiam semuanya adalah atas tunjuk-ajar baginda rasulullah. Cara saja yang membezakan apabila ujudnya beberapa golongan mazhab namun ianya tidak membatalkan solat.

Menikmati hidangan - Bersama sahabat-handai dan jemaah yang turut serta di majlis ilmu tersebut
Salah satu hidangan yang sempat aku abadikan. Ini ketika di masjid
Bersyukurlah dengan perintah solat yang hanya lima waktu ini buat kita semua. Baginda rasulullah tahu jumlah ini adalah jumlah yang paling sedikit dan mampu dilakukan oleh umat baginda. Bersama kita istiqomah mendidik anak-cucu-cicit kita tunggak rukun dalam kehidupan sebagai umat Islam. Orang yang bersolat pasti setiap hari secara tidak langsung akan berselawat ke atas junjungan baginda. Selawat inilah yang membantu untuk kita mendapat syafaat baginda di padang Mahsyar kelak. Harapan kita setiap ummah pastinya.
Anak-anak - Biarlah mereka mahu berselfie sesama merka janji solat tidak dilupakan. 

~~ Berusaha untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.~~

34 comments:

Julia Johari said...

alhamdulilah kak zakie, selamat 1 Syaaban dah kita semua, seronok lihat masjid sentiasa dikunjungi dengan anak2 muda...menu pun lazat2

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi...
Alhamdulillah...
Kini Syaaban tiba...

PeRdU cINta said...

Rasulullah SAW yang Allah jamin syurga terataknya tidak culas dengan perintah Allah..maka kita ini hamba mengapa tidak bersungguh merebut syurga Allah..moga kita teguhkan tiang tiang agama..

Kakcik Seroja said...

5 Waktu pun sudah sangat berat untuk kita yang lemah, lalai dan leka ini... :(

AtieYusof said...

Alhamdulillah dah masuk syaban kan kak..moga terus istiqomah.. sy ni masih byk kelemahan.. terus memperbaiki yg 5 waktu...

iryantyismail said...

kadangkala 5 waktu nie berat nak dilakukan...padahal tak sampai 15 minit pun untuk dilakukan...mudahan hati kita ringan untuk melaksanakan...

Puan Kutu said...

seronok kak zakie menyingkap Kisah nabi n Solat Lima waktu yg mana sebagai peringatan..walaupun dah berkali2 namanya manusia ni kena selalu diingatkan..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

terima kasih atas ingatanmu selalu Kakzakie

εïзmmyHazaεïз said...

terima kasih atas ingatan ini kak zakie.. :)

saniahibrahim said...

salam saaban kakzakie...kadang 5 waktu dicount yg diberi ini pun amat payah dan berat dilakukan...

Aziela said...

Seronok bila lihat masjid meriah dengan majlis ilmu dan sambutan.hangat.

Fiza Rahman said...

Thanks atas perkongsian kak. Kejap jer dah syaaban kan. Puasa pon tak habis ganti lagi nih. Bersambung minggu ni ☺

Qaseh Abadi said...

DAH SATU SYAABAN.. tak lama lagi nak masuk ramadhan.. tak sabarnya.. :)

eMMe said...

Assalam Kak Zakie, sori ekk... baru leh update blog, ni pun nak test anta aurel kat taska..sbb minggu depan baru start keje...hehehe.. melampau ek saya kak, ampun bukk...!!! heeee....

Normala Saad said...

termenung sejenak...50 waktu.., bagaimana ya..

Kayu Manis said...

Yelah cpt jer masa berlalu..dah masuk syaaban..
Muhammad sgt bijak..dia yg bising dh satu syaaban..sbb tk sabar mk puasa..

nohas said...

Selamat menyambut bulan Syaaban, semoga sampai umur kita ke bulan Ramadhan yang penuh barokah..

solat tiang agama..solat utk kesihatan rohani dan fizikal..

Umm AA said...

Baca entri kakak nie br terperasan sudah 1 syaaban..dok berkira2 berapa hari bulanka sudah.
betul kata kakak, solat 5 waktu ni sebenarnya tidak membebankan..malah sangat praktikal dimana almost pada setiap perubahan waktu kita diberi peluang mengingati pencipta...kalau tidak kerana solat 5 waktu nie..adakah kita termasuk antara volunteer yg hendak solat more than yg ditetapkan..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Selamat menyambut Sya'aban kakzakie..
InshaAllah moga kita dipanjangkan usia pula utk menyambut Ramadhan Al Mubarak..

Ye kata rata-rata ustaz yg memberi ceramah Israk Mikraj mempertekankan kepentingan solat.. dan ianya jatuh rukun Islam ke 2 yg perlu kita laksanakan..

JMR said...

semoga dapat terus menjaga solat 5 waktu hingga ke saat akhir..

amirah said...

solat yg 5 ni pun kdg tak terjaga..tak terbayang la gimana kalau sampai 50..aduhhh lemahnya iman saya ni kak

Malinda said...

peringatan yg nampak ringan tapi berat nak di laksanakan...solat tiang agama semoga hidup ku mati ku dalam redha Allah....

nur anis said...

alhamdulillah.. bawak anak-anak sama ke majlis ilmu. semoga kita sama-sama tak lupa solat.

Nor Azimah Ali said...

Meninggalkan solat itu tandanya hamba yg paling sombong, udara yg disedut, rezeki yg dimakan, tak malukah?
Masya Allah, ....Allah cuma minta pengabdian kita sbg hamba yg sudah diberi begitu byk nikmat, tapi kita mmg hamb yg tk sedar diri...

Nastyna said...

Kita ni nak nak diketuk-ketuk selalu, liatnya la hai. Teirma kasih kak selalu peringatkan..

Mummydearie said...

5 waktu tu pun ada yang tak mampu, kak. Itu yang paling sedih. Sekejap aje dah nak masuk Ramadhan, bulan yang paling ditunggu-tunggu.

Unknown said...

salam syaaban kak..
ingatan untuk diri sendiri..jangan lalai jangan leka..

Anonymous said...

Terima kasih untuk peringatan tntg solat.

Waktu dan urusan akn jd lebih mudah jika solat.

Wallahualam.

Unknown said...

5 tu pun bertangguh2..sampai kena tunjuk rotan baru nak buat..heehehe

Gee Lion said...

Syaaban pula mengambil tempatnya. Tik tok tik tok, bagaimana amalnya ketika Rejab dahulunya?

Saya, masih tidak sempurna..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...alhamdullilah sekejap jer dah bln syaaban kan x lama lg ramadan pula...:)

Fai Nardir said...

betul.. solat adalah satu-satunya ibadah yang diserahkan secara "direct" kepada baginda Rasulullah SAW, menunjukkan betapa pentingnya solat. sekejap je dah Syaaban, tak lama lagi Ramadhan...

Suria Amanda said...

Terima kasih diatas perkongsian akak.....

mama eija said...

Dah dalam syaaban yer kita... rasa cepat sangat masa berlalu... mudah2an kita semua istiqamah dlm menunaikan 5 waktu serta disulamkan amalan sunat... terima kasih kakzakie entry mkanan rohani :)