Thursday, June 25, 2015

Adik ada 3 kakak?

Ramadhan kali ini lebih berselera waktu berbuka dan sahur. Bila santai bersama pun lebih meriah kerana ketiga-tiga anak ada di rumah. Kak Reen sekarang cuti sem tiga bulan. Ada saja modal cerita bila mereka berkumpul bersama. Apa yang menghairankan di rumah ini ada dua laptop dan dua PC tapi tetap mereka boleh duduk berkongsi melihat satu PC yang sama bertiga.

Petang itu ketika aku sedang menonton televisyen, biasalah sambil mata melihat skrin tv telinga tetap dapat menangkap butir bicara mereka bertiga. Ada yang buat gelak ketawa mereka turut membuat aku senyum sama. Bila adik berkata "Ini mesti kakak yang buat." Kak Meen menjawab "Kakak taklah dik." Adik pula menjawab "Adik tak kata kakak mana satu." Bila begitu Kak Reen merasa kalau bukan Kak Meen mestilah maksud adik dia lalu Kak Reen berkata "Eh kakaklah pulak". Tapi selamba adik menjawab. "Adik tak kata kakak siapa pun. Kakak adik kan ada tiga." Terkejutlah dua-dua kakak. Aku matikan diri sambil pasang telinga mahu juga tahu siapalah kakak satu lagi yang adik maksudkan. "Hitam kan kakak adik juga." Manalah semua tidak tergelak. Hitam itu mama Si Kecik dan Si Baby yang dimaksudkannya. Kami semua tahu adik membahasakan diri dengan anak-anak kucing itu kakak.Tapi tidak pula kami tahu yang dia memanggil Si Hitam itu kakak.

Si Kecik - Paling tinggi egonya sebab selalu menunjuk hasil tangkapan yang dibawa masih hidup buat orang terjerit-jerit
Si Baby - Masih anak lagi. Mengantuk kena kejut cahaya kamera. Biar tak cantik tapi menarik:)
Dua beradik - Mana pergi mamanya  Si Hitam waktu ini pun tidak diketahui. Duduk berkongsi di atas tong sampah menanti pintu dapur dibuka.

~~ Kucing-kucing di tempat kita lebih bernasib baik mendapat perlindungan dan makanan yang sempurna berbanding saudara kita yang berpuasa di dalam khemah, kancah keganasan dan runtuhan bangunan di sana-sini. Renungkan. ~~


37 comments:

hasliynda umairah beauty said...

ala-ala cute nya dia

Kakcik Seroja said...

Hehehe...comelllah Adik. :)

Bila kakcik melihat orang memanjakan kucing dengan segala kemudahan dan diusap dibelai, terdetik di hati ini - beruntungnya kamu wahai kucing berbanding dengan sesetengah nyawa yang tidak berdosa tetapi dibuang ikut suka...

AMIIZAA@Mieja said...

salams ramdhan kak,

hehehehheh cute dialog anak2 akak
dan cute jugak kucing2 tomei2 tu:):)

Hudalatip said...

Walaupun hitam tapi comel kak, kalau dapat kat anak saya kucing2 ni mau dikerjakan hehe

nur anis said...

dah lapar la tu kak nunggu depan pintu gitu...hihi

nohas said...

alolo..comel kucing-kucing akak..

Malinda said...

memang seronok bila tengok anak2 berborak sesama mereka tapi anak2 saya selalunye yg bercekau dari berborak kak...kak long dan abang ngah tapi izara pon sama je...comel je anak2 akak secomel kucing2 tu... :)

sitirohaida said...

seronoknya berkumpul ramai-ramai masa berpuasa ni..macam2 adik tu kan..hehehe...memeriahkan suasana betul

Sura Mohd said...

seronoknya bila semua ada..meriah dengan celoteh anak2..
comel sangat kucing-kucing tu kak..tak berkurang rezeki kita bagi makan kucing.malah makin bertambah..In Sha Allah:)

paridah said...

syukur alhamdulillah berkongsi kegembiraan n rezeki dgn yg tersayang juga kejadian2-Nya...renungan meow comel berpengertian tu...

Mummydearie said...

Kadang-kadang bila pasang telinga mendengar anak-anak berbual ni seronokkan, kak. Macam-macam yang mereka bualkan bila dah berkumpul. Adakalanya menusuk kalbu, ada masa buat kita rasa nak tergelak.

Seingat saya akak ni penggeli pada kucingkan? Macamana akak boleh survive 'tinggal serumah' dengan 3 ekor kucing? Saya ni nampak kucing dah 'ngeri' tapi takdalah sampai kelam-kabut nak melarikan diri!

Eye_nee said...

Meriah yer kak..bila ada ketiga2 puteri tu dirumah...saya...huhuhu...berbuka bertiga saja...kdg2 berdua saja...Hitam itu menawannnn kak....

Zaitun said...

Anak2 dan hubby suka sangat kucing. Kak zai serakat bagi makan bolehlah nak belai memang taklah.

Seronok bila dapat berkumpul dengan anak2 tersayang.

NEKCIK said...

Eh kakzakie ada kucing ke....kan kaksk geli kat kucing.....takpe tak kenal mska tak cinta...tapi bila dah kenal..mesti kakzakie jstuh hati kat budak budak bulus tu...ha..ha

Nieyla Nadia said...

Nieyl klu tak umah...
kalau suami xde kat umah...
3 kucing kat umah la jadi peneman..
walaupun dieorg x leh bercakap..kdg² gelagat dieorang buat hati ini sgt happy.. :)

QasehnyaRania said...

betul tu kakak
untung kan org malaysia mewah dan mudah mndpt mknn bila byk mmbazir pulak

alahai, senyum x perlu kata apa apa
seronok bla dpt berkumpul.
hubungan yg erat antara adik beradik

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...kalau dah bersama memang mcm tu kn...seronok jer bergurau n bersama...;)

aizamia3 said...

seronok tengok bila adik-beradik berkumpul bersama.. meriah suasana rasanya.. ;)

PeRdU cINta said...

Adik ada kakak ketiga ye..adik sekaligus dah jadi mak usu tau,.hehe..bila PC balik kampung..PC pun bahasakan diri PC kakak bila bercakap dengan kucing..adik PC (kucing)dah ada anak 8 ekor..haha..sekali beranak 4 ekor..dah 2 kali beranak gitu..

Falsya said...

hehehe...mcm suweet pulak rase..mcm mana la si qisya nnt kan kakak..kalau dh dpt mulut, mcm mana la die nnt..hehe

Nor Azimah Ali said...

Itu menunjukkan betapa sayangnya adik kt kucing2 tu, sampai dipanggil kakak,hi hi.
Kucing tu walau hitam tapi comel kzakie.

norhidana said...

heheheh adik2 bt terpanjat je kt akak2 nyer....
biar lah hitam nmpak ganas tp kucing kampung mmg pandai menangkap mangsa kak

Aziela said...

Since anak saya sorang jer, maka dia x ada choice selain bercerita dengan saya...hehhe. Saya pun suka kucing juga sebenarnya...

Terlalu banyak nikmat Allah untuk kita. Antara nak beringat atau tidak.jer kan kak...

anyss said...

assalamualaikum,
alahaiiii comeynya!!

Ann Ishak said...

saya sangat suka kucing, kalau boleh nak kutip kucing2 terbiar tepi jalan tu dibela

iryantyismail said...

hahaha bijak adik...:-))

Unknown said...

hahaha........ pandai adik bagi jawapan ye

Puan Kutu said...

comel betul adik ni tau..kucing pun dipanggil kakak..bagus anak2 kak zakie..walau berada dalam era teknologi. masih beramah mesra adik beradik berkongsi cerita, bukan antisosial dirumah sendiri macam kebanyakan orang.

Unknown said...

berbelit2 cakap nya..nak cover la tu..hahahah..bijak betul..aih ..kakak pun,kakak la hitam oi..hitam jugak yang kena..ekekek

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terkejut juga ye kakzakie.. manalah ada 3 kakak si adik ni ye..
Bila kucing dah jadi sebahagian keluarga.. begitulah..
Ye lah kakzakie.. kesian pada mereka yg dalam huru hara tu.. dan duduk dalam khemah.. semoga diambil ikhtibar utk kita..

eelobor said...

hehehe....mesti seronok dengar perbualan anak-anak kan. saya pun perasan jugak bila bersembang dengan Muaz. Alhamdulillah, Muaz sekarang pun dah pandai gunakan ayat berbanding sebelum ini walaupun masih banyak yang berterabur. Selalu bersembang dengan anak boleh kekaadng kelakar bilamana kekadang keluar perkataan atau ayat dari mulut anak yang boleh buat kita ketawa dan senyum sendiri dalam hati. Ini antara saat yang paling manis

Mar Mansor said...

kucing ye..bertuah kucing-kucing belaan tu..
seronok ye kak bila anak-anak semua ada di rumah..

kak gojes said...

comel aje kucing tu posing depan camera...

Hai…Kak Gojes nak ajak korang join GA ni…manalah tau menang duit raya…
MENANGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM3100 SEKARANG!!!

nhhas said...

owh... so comel... hihihi

Lydia Miza said...

Bestnya ada kucing. Blh manja2 kan kucing. Sejak black kami mati sy x berani nk bela kucing. Aritu dh la hamil, bila dia mati sy menangis dua tiga hari smpi bengkak mata. Tp tgk org ada kucing rasa rugi x ada haiwan blh juga raih pahala kan kak..


Ooo adik panggil dia akak ke. Mesti semua org ingat adik ada akak angkat ke apa kan. X sangka kucing yg dimaksudkan

ANIM said...

hitam manis tu kakzakie...cantik
haha, kakak adik ya..
tak dapat bayang camna reaksi kakzakie bila depa datang mendekat

Qaseh Abadi said...

Kak tam..