Thursday, June 4, 2015

Teknologi bukan untuk dihapus tapi untuk diurus

Entri ini bukan untuk renungan yang membaca saja,  tapi juga kepada diri yang menulis dan seisi keluarga sama. Semua kita telah maklum betapa harta paling berharga adalah masa. Saatanminalhad. Bagaikan sesaat saja hidup di dunia ini. Kekerapan menggunakan teknnologi canggih terutama telefon bimbit sehingga melalaikan kena sekat segera. Menatap skirn monitor tidak jemu-jemu. Betulkan niat yang ada. Cari yang memberi manfaat dari teknologi itu. Sesekali tergelincir segera patahkan balik niat yang sepatutnya untuk berada di garisan syarak. Saling ingat-mengingatkan tidak kira ibu, bapa, anak, cucu dan seterusnya.

Mahu berselfie tidak menjadi masalah. Mahu berkongsi tidak menjadi masalah. Tetapi kena fikir dua-tiga kali bahkan kena berkali-kali apa motif disebaliknya. Dengan siapa dikongsikan itu semua? Bila direnung balik boleh buat kita terpempan seketika. Berbolak-balik hati ini mahu menjawab soalan yang lahir dari diri sendiri. Aduhai hati! Apa jawapan pasti yang ada di dalam hati? Merenung telefon bimbit boleh dibuat berjam-jam namun membaca kitabullah yang menjamin keabadian di 'sana' tidak mampu dilakukan. Wahai hati segera berubah untuk kebaikan. Bacalah walau sedikit tapi istqomah yang berpanjangan. 

Tutup talian atau tukar mode ketika mendengar ceramah tidak kira ceramah agama atau apa juga majlis yang tidak sepatutnya ada gangguan deringan yang keluar dari telefon bimbit kita. Hormati orang sekeliling, dan hormati waktu tertentu.Waktu-waktu seperti bersolat jemaah terutamanya kena lebih maklum. Mendengar deruman kereta tidak menjadi masalah tetapi bila mendengar deringan telefon ketika bersolat sedikit sebanyak khusyuk akan terjejas. Kalau menjejaskan seluruh ruang solat apakah kita rasa senang hati? Bersama kita ingat-mengingatkan masa hidup ini terlalu singkat. Bukanlah bermakna untuk dihapuskannya tapi kita kena menguruskannya dengan baik.

~~ Lihat gadget canggih yang kita ada. Adakah ia membawa kita ke jalan kebaikan atau sebaliknya. ~~



45 comments:

Unknown said...

tajuk entry yang sangat bermakna kak.. zaman sekarang orang banyak buang masa pada gadget sampai takde masa nak luang masa dgn ahli keluarga..

Kakcik Seroja said...

Ramai yang tidak peka, malahan berbangga dengan gadget yang mereka ada sehingga orang lain menjadi tidak selesa...

eelobor said...

terima kasih atas peringatan dan teguran ini.... sungguh bermakna

Hudalatip said...

Betul la kak, saya pun dalam proses nak ubah diri..Kena nengok pro dan kontra dan kena seimbangkan semuanya..Tepuk dada tanya diri..Memang mencabar kekuatan mental..Sekarang saya nak ajar diri lebihkan banyak membaca macam dulu2..Means kurangkan sikit mengadap phone jer. Banyak menganggu hubungan keluarga pun yea gak, rindu waktu dulu2 takde phone tapi boleh duduk berbual dengan keluarga, sepupu dan kawan2 bertukar2 cerita..

Siti Sharini said...

betul kak..astaghfirullah semoga Allah ampunkan dosa kita

amirah said...

assalamualaikum kak zakie..hrp sihat2 aje..lama amie x berkunjung ke sini..agak sibuk sejak naik keje haritu...betul la kak..kdg2 di setiap majlis pun rasa terganggu dengan sikap masing2 tengok hp sedangkan sdg bermesyuarat..hormatilah org yg sedang berucap di hadapan tu..kesian dia..byngkan kita di tempat dia..

eMMe said...

Betul kata kak zakie, ade gak yg terkene diri sendiri, InshaAllah akan perbaiki kesilapan diri, utk tidak ulangi, Terima kasih kak Zakie sedarkan diri ini...

Fiza Rahman said...

Mekasih atas peringatan dan perkongsian kak. Betul apa yg diperkatakan tu. Kalau nak solat tu, tutuplah sound HP tu kejap. Atau vibrate kan aja. Bukan lama pon nak solat. Memang mengganggu jemaah lain nak solat klo dengan bunyi HP nih.

Teknologi kalau digunakan dengan cara yang betul, kita yang dapat faedahnya. Tapi makin canggih teknologi, makin berleluasa disalahgunakan.

paridah said...

benar tu..teknologi canggih ilmu Allah yg ilhamnya diturunkan bersesuaian dgn masa n keperluan hamba-hamba-Nya harus dimenafaati n urus sebaiknya.

Nieyla Nadia said...

Singgah pagi...
Canggih bertempat... :)

Aisy Nasiha said...

kena sentiasa bersederhana kat mana berada atau dalam apa-apa situasi pun kan? peringatan yang cukup baik ni kzakie.. moga kita bolehla kurangkan masa untuk melakukan benda2 yang tak mendatangkan kerugian, moga memanfaatkan apa yang ada dengan cara yang baik sahaja..

Izwa Kamaruddin said...

terima kasih atas teguran ini kak..terima kasih atas peringatan ini kak..

sebetul nyer sejujur nyer terasa jugak la hati saya..tapi saya terima dgn berlapang dada..terima kasih kak..

Mar Mansor said...

gadget ni memudahkan tapi pada yang sama melalaikan..kena lebih berhati-hati dan muhasabnah

ANIM said...

betul tu kakzakie. sewaktu duduk dalam majlis ilmu di masjid, ada seorang penceramah secara terbuka menegur muslimah yg berselfie dalam masjid. mungkin dia tak sedar ustaz tu dok perhatikan kelakuan mereka. apa2pun kita kena jaga adab. adab dalam majlis, adab tuntut ilmu, adab dalam masjid....

Falsya said...

setuju dgn kakak...terima ksih sbb ingatan falsya yg kadang leka..

LiYa HaNiF :: said...

peringatan yang sangat2 berguna.. sekarang orang lebih sibuk melayan gadget sampai tak ada masa nak bersembang walhal depan mata je pun... :)

Unknown said...

great notification kak....

Kayu Manis said...

Itulh kak,semua btul apa yg kak nukilkan ni..
Dimna2 pun kak..kn...mkin teruk,tenat,sakit...
Berjayalh si laknat yahudi tukn...dgn agenda dia..
Bila terlma sikit bergadjet tu..saya istigfar berkli2..terus bca al Quran..lma2..

Tqvm kak...love you..

Unknown said...

Allahu~ muhasabah diri sendiri (T____T)

tq kak zakie atas perkongsian

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Perkongsian dan peringtaan yang berguna kakak. Terima kasih. Kena kawal penggunaan benda ni untuk diri dan keluarga. Insyallah akan ada kebaikannya.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Betul tu kakzakie, kena uruskan teknologi dgn betul..
kekadangan hubungan keluarga menjadi renggang..
masing2 sibuk dgn media sosial..
ucapan selamat hari lahir pun melalui wasap..
tiada lagi peluk cium yg diberikan.

sitirohaida said...

sama-smalah kita ingat mengingati...thanks sharing kak...

Puan Kutu said...

sama2 kita saling mengingatkan kak zakie..teknologi memang melalaikan.

Umm AA said...

Kalau dipikir2kan gadjet nie nie mcm kunci2 syetan jgk tuh melalaikan kita..orng muslim boleh guna gajet nie tp kena betul cara n tidak melalaikan..tgk nawaitu lah..kalau nak pegi masjid, apa kah kepentingannya nk berkepit ngan henpon sbb kita dtg nk cari pahala, dekatkan diri pd tuhan..itulah kita..terlalu terikut2...

Normala Saad said...

Saya selalu dikatakan ketinggalan. Walaupun ada fb tapi sekadar cuma berupdated pasal tumbuhan atau photo sahaja. Sebenarnya saya tidak mahir dalam hal gadjet2 canggih ini. Smart phone baru bulan lepas guna dan baru duk mula berlajar whatapps.itupun sebab boss yang hadiah dan dia juga beriya2 suruh saya berlajar guna semua aplikasi yang ada. Payah sangat saya rasa. Anak2 & husband ckp nanti saya pun akan gila & terleka...Eh, sorilah...me not like that ya...tengok pokok lagi bagus..hehee..

Bunda_nora said...

Lebih canggih teknologi bukan lebih menjaminkan semuanya bermanfaat...sekiranya tak digunakan dengan cara betul...teknologi tak salah sebab yang menciptanya pun manusia sendiri...cumanya kalau disalah guna tu menjadikan teknologi itu tak bermanfaat..

Nastyna said...

saya setakat ni masih mampu bertahan dengan phone nokia yang nak kena tekan 4 kali baru dpt huruf "z" hihhih.. bukan anti dengan teknologi, laptop saya guna jer.. cuma tu la... takut saya tak boleh nk urus, limitkan benda2 ni.

Ujie Othman said...

cabaran..mengurus gajet mmg payah kak. Ni masalah dari yg kecik sampai yg tua.

Unknown said...

macam saya sekarang ni kak..anak dah besar..saya dedahkan dia dengan dunia internet.supaya dia tak ketinggalan..tapi..masih dalam pemantauan..dan saya pastikan dia tahu apa yang boleh dan tak boleh..setakat ni saya nampak dia ikut cakap saya..tak tahu la bila dah besar nanti harap2 dia pandai lah menjaga diri..

Mummydearie said...

Oh, memang tidak boleh berkompromi bila kita tengah cuba nak khusyuk bersolat tetiba diganggu bunyi telefon. Even kalau di rumah pun boleh terganggu kekhusyukan. Kena berpada-padalah bila menggunakan apa jua gajet yang ada demi mengikut perubahan arus.

QasehnyaRania said...

betul tu kakak.
peringatan tyang bagus.. terima kasih kakak

PeRdU cINta said...

Kebijaksanaan..mengatur dan membuat percaturan..arah mana..laluan mana..menikmati kecanggihan teknologi sama..namun tahap memanfaatkannya berbeza..didik hati..tarbiah akal..pilih yang Allah dah tentukan nikmatnya..tinggalkan apa yang Allah dah amarankan azabnya..

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...betul tu sama2lah kita beringat...

Fifi Nadhrah said...

kak.. kadang2.. saya sendiri tak pandai urus teknologi.. terima kasih atas ingatan..

naga-mark said...

infonya sangat menarik..
mantap..
salam sukses..

nohas said...

syukran di atas peringatan..ada penceramah sifatkan 'budaya tunduk, tak bercakap'..jiran saya buat peraturan, masa makan sekeluarga, hp semua kena letak tepi..

guna teknologi untuk mendekatkan diri dgn Allah, mengeratkan silaturahim..boleh je download apps Al-Quran, al-mathurat, dll..

aby said...

Salam kz ..
Menggunakan hnfon utk menyimpan info dan nota pmbelajaran. Blh baca di mana2 . apatah lg ex dh dekat ni ...
Apapun peringatan yg baik

aby said...

Salam kz ..
Menggunakan hnfon utk menyimpan info dan nota pmbelajaran. Blh baca di mana2 . apatah lg ex dh dekat ni ...
Apapun peringatan yg baik

aby said...
This comment has been removed by the author.
abuikhwan said...

Assalamualaikum kak,
Terima kasih atas ingatan yang bermanfaat.
Tidak salah menyukai kemajuan teknologi tetapi biarlah ada "kira-kira". Baik dan buruk terpulang pada diri sendiri.

aby said...

Salam kz ..
Menggunakan hnfon utk menyimpan info dan nota pmbelajaran. Blh baca di mana2 . apatah lg ex dh dekat ni ...
Apapun peringatan yg baik

Acik Erna said...

Bukan saja dalam.majlis ilmu..waktu berkursus pun rasa tak selesa sangat bila diganggu bunyi dari gaget tu kakzakie

Gee Lion said...

teknologi yg ada seharusnya digunakan apabila diperlukan dgn cara yg baik, namun kerana obses; teknologi memakan si pemakainya. saya jika berada di tempat awam sebolehnya jarang membelek2 telefon takut nanti ada mata yg 'memerhati' barang2 yg berada dgn kita.

Ibu Lala said...

Betul tu kak. Gunakan apa yg ada sebaik nya. Baru la bermanfaat.

Permata Malap said...

setuju sangat,kak.teknologi ni kalau kita pandai urus,in shaa Allah takkan memudaratkan.terima kasih juga atas peringatan ni.