Friday, January 29, 2016

Baju Kurung Moden Terkini

Satu-satunya fesyen yang tidak mungkin ditelan zaman inilah dia baju kurung. Walau diolah dengan apa cara sekalipun ia tetap akan dikatakan baju kurung. Tidak kiralah ianya kurung pesak, kurung Johor yang berkurudung, kurung Pahang. Kedah dan sebagainya, pemakai akan kelihatan manis dipandang mata. Hari ini juga pasti ramai yang berbaju kurung.

Oleh sebab itulah tidak menjadi satu kehairanan mengapa baju kurung menjadi salah satu pakaian tradisional yang sering menjadi pilihan wanita di Malaysia. Bukan sahaja dipakai sebagai baju raya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri malah digunakan untuk ke majlis-majlis seperti kenduri kahwin, majlis makan malam dan majlis formal yang lain. Sifat baju kurung yang sangat versatile membolehkan anda memakainya untuk ke pejabat juga

Menarik - Kurung moden seperti ini jika mahu digayakan walau dimana saja sangat sesuai. 

Kini ianya telah diberikan sentuhan yang lebih moden sesuai dengan arus trend fesyen Muslimah terkini yang sedang popular. Fesyen baju kurung moden terkini dilihat lebih segar dan membolehkan fesyen pakaian Muslimah berkembang ke satu tahap yang lebih tinggi dalam pentas fesyen Malaysia. Kemunculan rekaan baru yang lebih trendy juga adalah hasil daripada sentuhan kreatif pereka-pereka fesyen tanah air. Usaha mereka berhasil apabila pasaran dress Muslimah ini mendapat permintaan yang tinggi dan antara contohnya ialah baju kurung moden, baju kurung Pahang, baju kurung cotton, baju kurung pesak dan baju kurung Kedah.
 
Cantik - Untuk dijadikan baju pakaian sedondon sewaktu majlis perkahwinan juga sangat menarik. Design dan warna sangat sesuai tidak kira berapa pun usia.

Beberapa tahun yang lepas baju kurung peplum kembali popular and hit the fashion world with a full force. Stail yang sangat sinonim dengan biduanita Saloma itu telah digabungkan dengan rekaan baju kurung tradisional dengan rekaan yang lebih elegant. Dunia fesyen memperlihatkan kemunculan semula fesyen baju kurung ini dengan begitu meriah sekali. Ia juga menjadi antara trend fesyen baju raya 2014 yang paling popular dan menjadi pilihan ramai wanita untuk sambutan perayaan itu. Namun tetap tidak pernah luput sehingga ke hari ini kerena baru kurung merupakan fesyen yang everlasting.

~~Kain batik kain sarung
sungguh cantik berbaju kurung. ~~


45 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Baju kurung evergreen kan kakzakie..
Tak luput ditelan zaman..
Ye ingat lagi tahun 2014 adalah peplum keluar semula..
Anak2 saya tidak ketinggalan memakainya pada hari raya pada 2014 :)
Saya suka pula baju kurung pahang yg labuh..
Bila tengok gambar arwah nenek itulah pakaian yg dipakai pada tahunnya..
Sekarang cucu cicitnya pula memakainya :)

Fazleyatul Aini said...

baju skrg cantik2. sediakan duit je hihi

babYpose said...

Cantik baju kurung, tahun ni ingat nak buat yang asli dan clasik gitu heee.. yang kurung pahang tu cantik kan

MISSNICK said...

Saya suka berbaju kurung, selesa...lagi2 sekarang ni macam2 ada sampai rambang mata nak pilih...

Zaitun said...

Badan mcm kak Zai memang sesuai pakai baju kurung. Selain dari selesa memakainya ia sesuai dengan usia.

Sweet red cherry said...

Wana suka pakai bju kurung moden..design simple tapi cantik..:)

saniahibrahim said...

Kakzakie saya dah pun opret 27 lepas...Alhamdulillah cuma ada masaalah sikit je tapi harini dh boleh balik

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Bleh buat baju raya tu Kak Zakie.. ;)

sitirohaida said...

lebih selesa dengan baju kurung dari peplum dan sebagainya...baru nampak perempuan melayu terakhir..hehehe..salam jumaat kak

Unknown said...

cantik tapi sekarang suka pakai jubah..

monalea said...

baju kurung juga yang sedap dipakai kak.

Unknown said...

betul kak zakie..

kita dari dulu memang suka pakai baju kurung..pernah pakai baju kurung kat jepun dulu..lecturer ngan kengkawan cakap cantik..diaorg suka corak2 kat baju kita tu..hihi..

en hubby kita pon suka tgk kita pakai baju kurung..seksi katanya..haaa..

adarnadzmie said...

baju kurung x lapuk dek zaman... saya salah sorang peminat baju kurung kak.... baju kurung pilihan hati saya pakai ke tempat kerja... hari raya juga saya memilih fesyen baju kurung....

raihanah said...

cantik2 juga tu

eMMe said...

cantik kak, model tu pakai, sbb model langsing, ade bentuk susuk yg kurus, hahaha! kalo saya pakai kene la pakai girdle, hahaha!

sihat ye kak zakie, rindu nak komen2 ni...

norhidana said...

betul tu kak... tp sakit mata kalau buju kurung di modenkan sampai kadang dh jd rupa lain... rupa pelik mcm fesyen lady gaga

Izwa Kamaruddin said...

cantik nyer baju kurung moden hijau tu...rase mcm nak buat raya tahun nie.
tapi peplum not so in sebab nmpk lagi rendah dan gemuk pulak.

paridah said...

BAJU KURUNG PAKAIAN SOPAN YG SESUAI SEPANJANG ZAMAN...TERINGAT ALLAHYARHARMAH AZAH AZIZ YG SGT BERMINAT DGN BAJU KURUNG DLM KARYANYA APA SAJA...

Nor Azimah Ali said...

Baju kurung adalah pakaian rasmi saya ke tadika.

Anonymous said...

ksk, cantik yang baju hitam. corak bunga besar warna putih tu.

baju kurung memang sopan. ia macam satu simbol menaikkan kehormatan. samada untuk melanjutkan hubungan cinta or hubungan pekerjaan.

kalau dalam bisnes, bila kite lengkap berbaju kurung dan bertudung kemas. insya-allah lebih yakin menyatakan deal.

saja singgah bebel panjang sini. hehe.

kbai.

amirah said...

cantik dan selesa...amie suka baju kurung pahang

kakrose said...

Baju kurong fesyen pakaian wanita melayu sepanjang zaman..

norh said...

berkenan yg hijau tu :)

Malinda said...

sume cantik2 kak...berkenan sangat nak2 yg kaler hitam atas sekali tu...ya abibi ya maulana...pasni bole la berangan baju kurung untuk raya nanti...kikiki...memang taun ni ingat nak pakai baju kurung kaler hitam

PeRdU cINta said...

Walau dimodenkan sekali pun tetap menjadi pilihan kurung yang asal...tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas...

Angah said...

perempuan memang nampak manis bila berbaju kurung, bahkan nampak sopan..

QasehnyaRania said...

assalam kakak..
salam jumaat.
sy lg suka buat baju kurung berbanding baju fesyen2 ni sbb mudah dipakai ke mana saja..

ppsttt: kakak, lawak pula bila sy ulang baca balik ayt yg akak tegur tu.hihi. saya dh betulkann. prtghan januari 2016 :)

nurhuda said...

tak boleh nafi baju kurung memang paling stail. nampak bergaya berbanding baju baju lain, sesuai nak g majlis, kelas. nampak kemas dan sopan.

aizamia3 said...

Baju kurung baju harian saya ke tempat kerja.. ;)

Qhaifa Nur said...

Suka kurung n baju moden kak zakie...tp skrg fesyen dh pelbagai...geram pulak

Kayu Manis said...

Dh lama tk pakai baju kurung kak...teringin jua....
Cantik semua tu hah...

aziazib said...

dulu pi kerja mmg wajib pkai baju kurung. skrg sejak kerajaan bagi pakai seluar dah kurang buat baju kurung.

Nora Karim said...

Lama dah saya tak pakai baju kurung... sejak berhenti kerja, jarang2 dapat pakai baju kurung... sekarang pun pakai jubah je senang.. hehehe

TukangKebun said...

Baju kurung pilihan selalu bila dah kelam kabut sangat nak bersiap hehehe....

arzmoha said...

Setuju sejuk melihat anak gadis memakai baju kurung berbanding baju hipster hehe

ajumohit said...

memang cantik kak, sesuai untuk apa jenis majlis, manis melihatnya

Bunda_nora said...

Bak kata...tak luntur dek hujan ..tak lekang dek panas..

iryantyismail said...

baju kurung sesuai untuk semua majlis...kecuali hri sukan...huhu

Mimie said...

Baju kurung tak lapuk walaupun tahun berganti tahun

Mimie said...

Baju kurung tak lapuk walaupun tahun berganti tahun

Azian Elias said...

dulu baju kurung modern saya fit ikut body.. merasa badan cantik sangat dulu.. astarfirullah.. now baju kurung saya hanya kenangan je.. adalah simpan 4 5 helai lagi.

Busyra Takiyudin said...

smuanya cntik2.. :)

Lydia Miza said...

Cantik.. Harga berpatutan dah blh mula beli baju raya sikit2 agar tak terbeban dgn krisis ekonomi skrg ni

Mummydearie said...

Saya suka baju kurung simple aje. Sesuai dipakai untuk banyak majlis. Kalau terlalu ikut fesyen, habis musim, habislah fesyen tu. Sayang baju duduk dalam almari aje lepas tu.

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Cantik bajunya. Macam-macam gaya ada.