Friday, September 2, 2016

Berkongsilah selagi mampu

Pagi hari cuti kemerdekaan tidak kemana-mana pun aku. Selepas membelek bunga yang kian merudum bersiap-siap untuk keluar membeli keperluan rumah dengan en hubby saja sebab anak-anak balik kampung. Sekarang mudah buat mereka bergerak sejak anak buah aku, Kak Meera tinggal bersama kemana pergi dengan kereta comelnya Axia. Boleh dikatakan setiap hujung minggu kalau Mak Zah tinggal sendirian aku minta mereka balik kampung jenguk dan temankan Mak Zah.
Pink - Sebenarnya banyak pokok bunga aku yang berkongsi pasu. Seperti juga kita tidak salah berkongsi negara yang dicintai ini. Tetapi jangan sesekali cuba membuat onar. Kerana akibatnya semua akan rugi.
Kuning - Walau mempunyai warna yang berbeza tapi ia tetap species bunga raya juga. Seperti juga kita biar warna kulit tidak sama kita sama-sama lahir di negara bertuah ini,  janganlah buat onar demi keamanan yang ada. Kita pupuk dan jaga kehormonian bersama. 
Bunga ros - Lihatlah daunnya daun bunga raya tapi keluarnya bunga ros. Jangan terkejut sebab ini jelas akibat berkongsi pasu. Bunga rayanya tidak kelihatan sebab tinggi di atas, yang di bawah celahnya keluar menjulur bunga ros. Boleh berkongsi dengan aman. Mata memandang pun tenang terasa.
Anggerik putih - Begitu juga walau putih wangi tetap tunduk bersatu dengan orkid jengking lain tapi tidak berbunga cuma duduknya bersebelahan. Aku sangkutkan bunga ini di atas pokok bunga puding. Menumpang tetapi mampu memberi jasa.
Orkid - Begitu juga dengan orkid ini. Aku lekatkan pada batang pokok betik yang kian dimamah usia. Bila-bila masa saja akan mati memandangkan daun-daun kian kuning dan luruh. Sudah berbelas tahun pokok betik ini memberikan hasil. Tetapi tua-tua pokok betik ini masih mampu memberi sokongan kepada orkid aku untuk terus berbakti menghasilkan bunga buat tuannya. Hargai jasanya selama berbakti memberi tumpangan untuk orkid hidup megah. Pergi yang tua memberi jasa bukan perginya dengan sia-sia.
Usah dipertikaikan kemampuan orang lain di atas jasanya kepada negara. Kita nilai sejauh mana kemampuan diri kita membuat jasa. Selebihnya kita berdoa kepada Allah semoga keamanan negara kita terus tidak diganggu-gugat. Buat yang rakus meratah hak orang lain, kita serahkan kepada Allah kerana janji Allah itu benar. Berbuat salah pasti ada balasannya. Tidak di dunia yang pasti akhirat Allah itu ada. Syurga dan neraka Allah itu benar.

~~ Kemerdekaan yang dikatakan bebas biarlah bebas dari kekeliruan, kejahilan dan kemurkaanNya. Kita merdekakan hati kita yang kecil ini dari dijajah syaitan.~~


38 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Assalammualaikum kak,

Cantik-cantik bunga akak :) nampak sungguh betapa "sejuk" nyer tanga akak menanam.

sitirohaida said...

sejuk mata memandang tengok pokok2 menghijau dengan baik..bilalah dapat menanam kat rumah tu..hihi

Hanis Azla said...

As-salam kak zakie,

indahnya bunga-bunga tu.. indah juga pengisian dalam entry kak zakie ni.. sangat mendalam maksudnya.. sangat santun tegurannya..

insan marhaen said...

sekarang ini jarang nampak orang tanam pokok bunga raya.

kat kampung masa kecil dulu, pokok bunga raya seperti mwsti ada di setiap kampung dan tepi jalan...

Ann Ishak said...

teruja betul tengok bunga2 hasil tanaman akak ni

cahayahidupku.blogspot.my said...

Entri tulisan nya..
Disebalik yg tersirat dan tersurat tu Kakzakie..
Berkongsilah dengan baik utk kesejahteraan ye kak..
Jangan terus onar melingkari..
Semoga keamanan terus berkekalan..
Bagi yg rakus atas jawatan dan kuasanya..
Biarlah disana perhitungan Nya..
Janji yg benar..
"Yang Memiliki Hari Pembalasan"
Itulah ikrar kita 17 kali sehari ..
Didalam solat kita kan kak..

Unknown said...

cantiknya bunga-bunga akak.. segar bugar semuanya.. saya ni minat menanam. tapi menjaganya tu kadang2 asyik tak sempat je.. nak siram, bajakan.. sampai pokok keembong yg senang hidup dan mudah dijaga tu pun boleh mati kak..

Elih Japahar said...

Penuh makna entri ni, hidup dimuka bumi ini hanya sementara, berkongsi segala yang disdiakan Allah..

anyss said...

Assalamualaikum,
cantik indah segar semuanya.
ambo punya pokok semua dah tinggal ranting...tak mampu dah nak membelai bagi kuntum2 berkembangan semula.

rindunya dengan pokok2

Nieyla Nadia said...

salam jumaat...
nieyl singgah sini...
cemburunya tgk bunga² akk tuh...

norhidana said...

entri akak mmg selalu ada nilai2 kisah di sebaliknya

ye kan kak, berkongsi boleh asal sama2 bertolakansur

Acik Erna said...

Assalam kak zakie..apa khabar sihat..lama acik tak kemari..
Cantik2 bunga kak zakie..sejuk.mata memandang.
Kak zakie doakan acik ye moga sihat kembali seperti biasa

Acik Erna said...

Assalam kak zakie..apa khabar sihat..lama acik tak kemari..
Cantik2 bunga kak zakie..sejuk.mata memandang.
Kak zakie doakan acik ye moga sihat kembali seperti biasa

paridah said...

BUNGA RAYA ROS DAN ORKID MENGHIAS LAMAN CERIA WARNA WARNINYA...HARMONI MOGA NEGARA KITA AMAN SJHTRA SELAMANYA.

Inani Hazwani said...

Cantiknya bunga bunga kak :)

Anonymous said...

Salam singgah bila ada kelapangan hari ini. Mg akak sihat selalu yer. Cantik2 nyer bunga ni kak zakie. KA mmg suka bunga2 raya yg bermcam versi ni.

Wani Sukarno said...

Blogwalking sini.. Ya Allah kak,, geram tengok bunga.. Betul tu kak,, banyak lagi benda yg belum merdeka hiii

Aryan azra said...

cantik2 warna bunga tu kak...betul bunga pun boleh berkongsi pasu apatah lagi kita..usah dibezakan warna kulit dan rupa, asalkan dapat hidup dengan aman itu sudah baguskan

teratak si faqir ilmu said...

wah... seronok tengok bunga-bunga cantik... subhanallah (^___^)

Unknown said...

Assalamualaijum san slam jumaat kakzakie
Bestnya berkongsi2 pasu kan
Asalkan yg berkongsi redho ok je save dah pasu tu kann, orkid jengking akak pun banyak toi tulah dah dkt tanam dkt pagar jdi terpinggir la pulak

arzmoha said...

Salam kak zakie...
walaupun perkongsian tentang bunga tapi ada mesej disebaliknya..

perkongsian yang hebat

sayangi negara

marshalizadotcom said...

Cantiknya bunga kak zakie..
I feel it.....

nohas said...

banyak bunga2 akak...seronok mata memandang..

Qaseh Vee said...

pokok bunga ros tu sihat-sihat belaka . saya suka tanam pokok tapi sikit malas nak menyiram ... adeh .

Gee Lion said...

Jangan tanya apa yg negara sumbang pd kita, tapi tanya pd diri kita sendiri; apa yang kita dah sumbangkan utk negara? Gitu, kak Zakie? ^_^

cantik bunga.. hai bilalah nak ada halaman sendiri? boleh jugak mencontohi kak Zakie & kak Mar tanam pokok bunga banyak2.. buat masa sekarang, bela bunga plastik je la.. hik3 ^_^

Warisan Petani said...

Hayatilah maksud yang tersirat dlm n3 ini.
Syabas kak.

Cik Misstree said...

Salam merdeka utk Kak Zakie sekeluarga :)

irdagarmin said...

indah sungguh bunga di laman,hidup subur mewangi,rajin sungguh kak zaki bercucuk tanam,itu tanda orangnya sungguh berseni :)

jie susanos said...

warna dan jenis2 bunga yang mendalam maksudnya..

aby said...

salam kz ..
berbudi dengan tanah,
tanah akan membalas dengan hasil tanaman yg baik2 belaka ..
cantik2 bunga kt kak tanam tu

MisDiarios said...

amboiii gebunya dan cantik bebunga akak semua :D

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Cantik bunga-bunga akak.
Betul tu akak. Sama-sama berdoa. semoga nikmat merdeka ini berterusan.

kakrose said...

ky dapat rasakan yg kawasan tepi rumah Zakie merimbun penuh dgn tanaman..sejuk persekitarannya..
betul tu..jangan pertikaikan jasa sesorang kepada negaranya..tanyalah apa jasa kita pula. menjadi rakyat yang cergas..sihat fisikal dan mental pun sudah dikira menyumbang jasa kepada negara.. :)

Myra Jay said...

Bestnyaaa bila tengok tanaman berbunga..
Hilang rasa penat tu :)

maszull said...

assalamualaikum kakzakie...wah seronok kalau lihat pokok yg ditanam membesar dan berbunga...

Mummydearie said...

Tanaman pun pandai berkongsi ya, kak!

Rajin betul akak bertanam walaupun katanya tanah sekangkang kera aje. Kalaulah saya ni, beri halaman luas pun belum tentu datang rajinnya, kak!

OKje said...

Kanda mcm tau tau aje bunga tu yg dalam rumah tu semuanya bunga bunga yg sedang berkembang hihi....

Cikna said...

Menjadi bunganye, rumah cikna langsung xde bunga,huhuu... bkn malas tapi xminat...;-)