Thursday, December 8, 2011

Cuti lagi - Alangkah indahnya Terengganu

Cerita berkisar di sepanjang perjalanan keluarga kami ketika berada di Terengganu. Maaf, N3 melibatkan banyak gambar dan butiran yang membosankan.

Sebaik menjejakkan kaki di rumah penginapan masing-masing memilih bilik yang sesuai. Kami menjadikan Bandar Dungun sebagai destinasi penginapan. Ada 4 bilik dan saiz keseluruhan lebih-kurang sama. Bilik Dyra sedikit besar. Kemudian hubby meninjau deretan kedai menjual makanan di sepanjang jalan menuju ke rumah penginapan kami. Keropok losong dijinjing bawa masuk. Sedap hingga menjilat jari.

Harus tabik dan bangga kerana sepanjang aku berjalan itu 99.9% semuanya milik orang Melayu. Halalan Toyyiban itu yang pasti tidak perlu diragui. Cuma sedikit sukar pembayaran walau hampir mencecah ribuan ringgit tetap kena membayar secara tunai. Tidak ada credit card. Bayangkan satu malam beribu-ribu duit cash masuk dalam akaun mereka. Kaya mereka....

Ada cerita menarik ketika kami makan datang waiter membawa 2 biji kelapa lalu pantas hubby mengatakan air kelapa sudah dapat. Lama juga waiter tersebut kebingungan manakala hubby terus menunjuk 4 gelas air kelapa. Bila datang empunya restoran baru kami tahu di dalam kelapa itu adalah tomyam campur yang kami order. Ternyata tomyam restoran ini istimewa. Licin kami makan hingga ke isi kelapanya sekali.

Masjid Terapung - Kami singgahi dan sempat bersolat jamak maghrib+isyak di sini. Keluar dari masjid ada tempat membeli cenderahati. Anak-anak apa lagi, key-chain, fridge magnet, mengukir nama sendiri dan teman-teman mereka di key-chains. Aku sempat menyambar t-shirt dan long skirt yang jauh lebih murah di JB.

Masjid Kristal - Menelan belanja berjuta ringgit tapi sayangnya walaupun boleh bersolat ia tidak digunakan untuk solat berjemaah. Laungan azan juga tidak ada. Terasa alangkah membazirnya kerana keindahan dan keunikannya sekadar dijadikan tempat pelancungan. Pengunjung boleh bersolat sendiri. Sayang....

Pasar Payang - Orang kata kalau berkunjung ke Terengganu tidak singgah di sini bagaikan makan tetapi masih lapar. Oleh itu sempatlah juga kami menyumbang sedikit keuntungan kepada peniaga di sini. Kain-baju, key-chain, souvenirs, telur penyu, serunding daging, t-shirt dan entah apa-apa lagi kami angkut bawa balik ke JB. Ada buah antik yang kami tidak pernah temui. Satu bagaikan limau bali dan satu lagi bagaikan keledek. Malu hendak bertanya pada mereka lalu kami bawa dia sebagai kenangan dalam potret yang disnap.

Pantai - Hari akhir sebelum kami meninggalkan Terengganu sempat lagi ke pantai. Nostalgia bila ketika aku, adik dan sepupunya duduk menikmati ombak yang indah tiba-tiba datang memukul kami. Pegangan tangan kedua bujang dan dara kecil terlepas, aku terlentang dan apabila ombak tiada si bujang dan dara kecil mentertawakan aku. Tudung kepala aku turut hilang bersama ombak ke laut. Togel kepala - mujur tiada sesiapa ketika itu. Capai tuala segera kami semua kembali ke homestay dan bersiap untuk pulang. Takut...

Membeli keropok - Sayang kalau ke Terengganu tidak membeli pelbagai keropok. Kami serbu kedai Keropok Sri Sura pagi itu. Kuah pencecah pun kami beli sekali. Tidak ketinggalan kami membeli yang telah digoreng ketika itu sebagai kudapan dalam kereta. Hingga ruang kaki dalam kereta pun aku susun dengan keropok.


~~Perjalanan percutian kami bersambung lagi sebagai memenuhi kehendak anak-anak. Sepanjang tahun ini kerana Nurienne & Yasmien menduduki PMR & UPSR baru kali ini kami bercuti agak panjang sidikit.~~


45 comments:

ariana said...

Memang seronok bila dapat luangkan masa bersama insan2 tersayang kan..
Pergi Terengganu, tak singgah kat Bandar Kuantan ke dlm perjalanan tu..?
Dulu, sbnrnya masjid kristal pernah digunakan utk solat..sy sempat bersolat dulu, tp tak tau lah apa sebabnya skrg dah x digunakan utk solat lg..:(

kasihibu said...

namanya terengganu
memang seronok, sya sempat duduk di dungun tu lebih kurang 3 tahun++
seronpok, rindunya dgn org org di sana
makanan meriah, macam macam ada
lemanya sya tidak ke sana.

Kayu Manis said...

mewah orang kita..masjid cantik cantik tak ada orang mengimarahkannya..kiamat sudah dkt..

Irfa said...

raya posa lepas pertama kali jejak kali ke Ganu w,pun Kelate berjiran ngn Ganu.sampai sekarang anak2 duks ebut nak pegi lagi.mungkin 1 hari tak mencukupi..pantainya sgt cantik..makanannya pun sgt sedap

Unknown said...

wah akak, seronok nampak.

Sayang kan masjid kristal yang cantik itu, hanya sekadar tempat pelancungan...hmmm

Unknown said...

kak..tu tomyam eh dalam buah kelapa tu..menariknya...mesti sedapp...aii..pegi blog cik ina tengok tomyam..sini pun tomyam.. harus kena buat tomyam ni.. hehehe..

Hudalatip said...

Nanti kalau ada rezeki, ingat nak pergi la masjid kristal tu..

Sharifah Nadzarah said...

wah bestnya..
teringat masa sy pegi dulu..
selagi boleh muat sy sumbat dlm keta..tempat duduk pun jadik.

Dr K said...

cuti ke Tganu memang best kan kak..makan kopok leko...makan nasik dagang..ada singgah Kemaman tak? boleh makan sata dia yg glamer tu

faraherda.razalan said...

Kak,

Mak sy org Ganu. Jadi, Ganu tu bagaikan serasi dengan kami. 2 minggu lepas, Mak ada balik kampung ayahnya (tok saya). Bila blk ms musim tengkujuh, tak ada apa yg menarik. Malah, keropok kering mendadak mahal. Keropok lekor hilang rasa keasliannya. Terima kenyataan, musim tengkujuh org tak ke laut kerana ombak tinggi.

=(

JunAina said...

Terengganu tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat cinta bersemi...cewahhh...

Rindu dengan terengganu, dah 10 tahun tak pergi tp memang best kalau ke sana. kak zakie tak pergi muzium losong ke? senibinanya sungguh menarik.

azian said...

ke terengganu ye...
jgn lupa exit chenor...
heheheh
singgah le jengka 20...

kami rindu mama zakie...

nabilah_2908 said...

Terengganu..salah satu tempat yg sy suka pergi..

syoknya...tahun ni belum berkesempatan lagi nak jalan2... :)

ajumohit said...

Dpt makan kepok lekor menu wajib tu ye kak zakie, tahun terakhir berkunjung ke sini tahun 2009, seronok dpt mkn angin ye kak

sekadar satu coretan said...

seronoknya...saya belum pernh sampai ke trengganu lagi tau...

mmg seronokkan bile jln2 mcm tu...byk ke shoping kakzakie...

sisdee said...

tanda2 kiamat kecil adalah masjid diwujudkan bukan tuk beribadat tapi untuk bermegah2 dengan pembinaan nie..nauzubilllah..(maaf jika saya silap) tapi masjid situ mmg cantik cuma harus dijaga kebersihannya..masa saya bkunjung dulu kureng sikit tapi now ni mgkin dah terbela kot :)

Unknown said...

seronoknya kak dapat bawa anak2 b'cuti..lia masih blm dapat tunaikan janji dgn damya utk bawa dia petik strawberry sbb 2x dapat no.1 dalam kelas... insya'allah awal tahun depan baru dapat pegi.. skrg tgh sibuk dgn urusan kemas umah n cuaca pun x menentu.

fuad ansari said...

jalan2 ketika cuti sekolah nampaknya.. (",)

sy rasa terengganu adalah negeri yg paling byk masjid.. (",)

Temuk said...

As-salam KAKZAKIE
Waduuuh, melancong sambil kenduri sakan kakzakie ni. Pinggan lauk bersyusyun2! Sampai bekas tomyan pun tak cukup, kena pakai kelopo degan!
Memang puluhan tahun tak ke Teganu ni. Ada pelan Januari nanti 'kalo ujang tak lebak'. Jadikan pekan kecil berdekatan Kuala Terengganu, sebagai tempat tinggal sementara, memang idea praktikal.

ILA HonEyBuNNy said...

seronoknya becuti kak...

makan besar tu...hehe...;-)

ahhh pergi terengganu mmg kena bawa balik keropok lekor sana..sedapp..

Anonymous said...

seronoknya dapat meluangkan lebih masa dgn anak2..

insyaAllah sy akan tetap mengunjungi 'Titisan Nurani' selagi diberi nafas oleh-Nya.

munna said...

HARI TU PERGI TERENGGANU CUMA SEMPAT SINGGAH KE PASAR PAYANG JE... LEPAS NI NAK PERGI LAGILAH SERONOK JALAN2 DGN FAMILY

Unknown said...

bab makan dengan pantai tu yg x boleh tahan kak... hehehehe

Acik Erna said...

kakzakie..teringinnya nak ke terengganu..seronok tengok gambar yang kakzakie sharekan

norhidana said...

seronoknyer tgk cuti2 melesia akak kali nih... terengganu mmg boleh dikatakan 90%peniaganyer melayu kak, susah nk jumpa cina atau india...

makanan seafood dia mmg boleh thn sedapnyer fresh2 lg...dana masa mule2 dtg tganu pun jakun gi pasar payang kak... sume nk beli,nsb lah edy tganu apa dana tak tau tnya je dia...
sampai skrg tiap kali blik kg mertua msti baju batik kt pasar payang...keropok lekor atau keping wajib beli...

Effi Rahmat said...

bestnya jalan... walau tak sampai ke sana... best tgk gambar akak.. :)

gadisBunga™ said...

saya pegi t'ganu sebab keje je sebelum ni, tak penah gi jenjalan lagi.

tapi kan kalau saya gi jalan sorang, biasanya saya tak membeli sgt. kalau beli pun sikit stail org bujang.

tapi kalau dgn mak, mmg sampai ke bawah seat penuh barang. kihkihkih!!!

PCL said...

Ganu nostalgia masa 3, 4 bln lepas berkampung di Hospital HSNZ, sempat jenguk2 belakang tu ada pantai..nyamannya rasa bila rasa angin pantai.....

Munn Jaafar said...

pelik2 nama biliknya eh?

mkn ape smpai beribu2 tu kak? pergi rmai2 ke? tp yg tomyam dlm kelapa tu msti sedap kan..1st time gak dengar ni

ct rahani said...

kopok lekor ganu memang terbaik la kak.. kalau sy balik ganu sure beli kopok wat balik jb..

eiza said...

ohhh..eksotik sungguh tomyam dalam kelapa... :)

mama ju said...

Salam

Kak pun d lama tak ke sini.Rindu dgn suasananya.
Di kelantan mana2 tpt tulis keropok losong, tapi rasanya teruk, memang teringatlah keropok losong yg terasa ikannya.

Liza said...

salam kak zakie....time cuti ni la kita dapat luangkan masa ngan anak2 kan, bila dah bukak sekolah nnt macam2 hal pulak....
bestnya akak g trg, xbanjir ke?

Anonymous said...

eh, sri sura nie kat pantai dungun kan kak? walking distance aje dari umah saya. owh rindunya!!

Nur-nba said...

Gembira benar anak2 Kak Zakie. Seronok melihat gambar2 percutian Kak Zakie sekeluarga. Nur belum pernah sampai lagi ke negeri Terengganu. Entah bila la nak ke sana.. :(

~izan~ said...

seronok baca kak. perjalanan dan percutian yg sgt seronok.meriah tgk makanan tu..

tang air kelapa tu kalau izan pun mesti konpius hehe...tomyam yg unik tu =)

L said...

yey!! cuti ni jalan2 ganu!!!


jom baca kejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/aku-sayang-parent-aku-korang.html

Cikli said...

terengganu memang indah. saya terasa seperti berada dalam poskad. tetapi poskad yang mahal. kerana barang sini agak mahal berbanding tempat lain.

abang tu bila nak makan, asyik telefon je...hihi

Kakzakie Purvit said...

@ ariana: Boleh bersolat tapi berjemaah seperti masjid-masjid lain tiada. Solat jumaat pun tak ada


@ kasihibu: Betul sya... suasana indah dan aman membuat kita rasa seronok


@ cinnamon.com: Moga ada pihak yg sedar..


@ Irfa: Satu kenyataan yg tidak boleh dinafikan.


@ ~yus~: Ada ruang disediakan untuk ita bersolat Yus. Cuma kakak rasa sayangnya masjid besar, luas, cantik tapi tidak dipergunakan sepenuhnya


@ Rai: Itulah Rai, kami tak tahu ingatkan air kelapa. Tomyam dia betul-betul special...


@ Huda: Sayangnya sekadar jadi tontonan. Kita bersolat pun kurang selesa sebab jumlah yg bersolat hanya beberapa kerat, sedangkan yg berkunjung utk melancung berkali-kali ganda


@ Sharifah Nadzarah: Hihi... samalah kakak buat macam tu juga


@ Daddy Ziyyad: Kakak singgah juga di Kemaman. Sekarang sedang dibangunkan jalan nak buat highway. Sata hubby kakak suka...


@ Fara: Walau mungkin buat org T'ganu keaslian rasa tiada, tapi pada kami masih terlalu sedap Fara


@ JunAina: Oh... kakak tak sempat ke Muzium Losong. Nampak juga signboardnya

Kakzakie Purvit said...

@ azian: Kakak balik dari sana terus ke Gambang. Ingat nak call tapi hubby kata nanti susahkan Muhamad tu yg tak jadi call


@ nabila_2908: Kakak jarang ke sana, anak kecik kakak baru ini kali pertama.


@ ajumohit: Kalau aju nak tahu, sebaik sampai hubby terus ke pesisir pantai beli keropok lekor bawa masuk homestay kita makan habis 10 ringgit


@ ainnoraini: Kakak taklah banyak mana ain. tapi anak-anak, kakak dan adik kakak yg lebih


@ sisdee: Masjidnya ternyata amat bersih dan cantik. Siapa yg berkunjung bolehlah solat sunat tahiyyatul masjid kalau bukan waktu solat. Tapi yg konfirm tiada solat jumaat di sana kakak dah tanya


@ Mamamya: Pelan-pelan Lia... nak berpindah rumah memang menagih tenaga & masa banyak.


@ fuad ansari: Banyak masjid kena seimbang juga dgn jumlah yg mahu mengimarahkannya. Tanggungjawab semua pihak kakak rasa


@ Temuk: Wa'alaikumsalam cikgu. Hahaha... 'degan' diguna sebab tak cukup pinggan cikgu:). Kakak duduk di Dungun sebab kedudukan utk ke Kertih tak jauh sangat dan juga utk ke Kuala Terengganu dlm satu setengah jam saja (tak ada highway).

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Trengganu negeri yang ingin saya jelajah...insya Allah suatu hari nanti.

Selamat bercuti kak!

Kakzakie Purvit said...

@ Ila Honeybunny: Sementara cuti sekolah sayang. Syukur masa kakak pergi tak adalah hujan lebat/banjir.


@ makdara TERdiva: Itulah saja caranya MDT. Moga kita masih boleh berhubung ye...


@ munna: Pasar Payang buat kakak sesak nafas Munna. Tak ada aircond tapi pusing lama sangat. Banyak sangat nak dibeli/lihat hihi...


@ Queen Teratai: Makan tepi pantai sangat menyelerakan Queen. Angin laut berpuput menampar-nampar tak perlu kipas/aircond


@ Acik erna: Terengganu negeri yg kaya Acik. Pergilah bila ada masa


@ norhidana: Oh.. Edy org Ganu ye.. Seronoklah dana boleh selalu balik Ganu ye..


@ Mama Mirza: Sungguh memang seronok, anak kakak sampai sekarang tak habis cerita


@ gadisBunga: Pergi kerana kerja memang tak sama pergi jenjalan dik. Kalau pergi dgn mak mesti macam kakaklah selagi ada ruang dlm kereta isi ajelah hihi...


@ PCL: Eh... masuk wad ye PCL. Tapi itulah mana-mana saja kita pergi mesti ada angin pantai itu yg best kan:)


@ Munnafendy: Kakak pergi semua sekali 15 orang termasuk anak saudara kakak yg tinggal di sana dan teman dia so kalau satu meja order satu dish mesti kena kali 3 munna...


@ ct rahani: Eh... macam ini kakak nak selalu ikutlah. Kakak sukalah keropok lekor dia. Bila ct balik calling-calling kakaklah hihi...


@ eiza: Itulah yg membuat kami semua ketawa malam itu eiza:)


@ mama ju: Wa'alaikumsalam. Kami ni tak kisahlah Kak Ju... makan je semua jenis keropok. Kami rasa sedap aje hihi...


@ Liza: Alhamdulillah masa kakak pergi banjir tak ada dan hujan pun tak. Tapi cuaca mendung dan ada sekali hujan lebat semasa perjalanan kami dari Masjid terapung utk balik ke homestay.


@ Zara Bakar: Betullah Zara, kakak tinggal di homestay pantai Dungun, so masa balik singgah di sini beli keropok bagai di kedai ini. Dia usahakan sendiri ye... bagus


@ Nur-nba: Kalau bergi kena bersama keluarga baru syok nur...


@ izan: Jenjalan sementara cuti ini izan. Tomyam di restoran itu buat kami semua gelak izan sebab tak tahu:)


@ L: Bila ada anak macam inilah L, jenjalan tunggu cuti sekolah


@ Cikli: Kena tahu juga membanding tempat lain Cikli. Kakak rasa telekung kalau di Kota Tinggi, Johor benar jauh lebih murah. Tapi keropok mereka memang kellas.. Kain sutera / songket juga halus dan cantik.

Abang sebab kawan masjid dia asyik call sebab dia tak bagitahu dia nak jenjalan Cikli...

Kakzakie Purvit said...

@ Abd. Razak: Wa'alaikumsalam. Insya-Allah akan terlaksana juga satu hari. Indah dan nyaman sekali di T'ganu ustaz...

Cik SHiNJU said...

Lama dah yun x gi Ganu...
Kalau p Pasar Payang tu ralit
tgk barang2 tembaga...

Tomyam dalam kelapa? kena try nih..

azi said...

Salam Kakzakie..
seronokkan ke trengganu....mesti banyak kakak beli batik sutera kat Pasar Payang...:)

Kakak,
Masa saya kesana tahun lepas..kebetulan ramai orang masa tu...kami sempat solat jemaah kat Masjid Kristal tu...mungkin sekarang ni..dah tak ada kot..