Malam tadi aku dan anak-anak mengikut papa mereka ke pejabatnya. Kami pergi selepas berbuka puasa dan solat maghrib. Hanya kerana di rumah kami tiada printer berwarna terpaksalah hubby ke pejabat untuk print gambar kereta syarikat yang akan diambil semula pihak syarikat. Hari ini hubby ke pejabat pusat di Kuala Lumpur untuk mengambil kereta baru.
Adik - Papa di pejabat, adik di luar dengan kakak posing di waktu orang sibuk lalu-lalang
Balik sudah hampir jam 11:30 malam kerana anak-anak minta papa melihat Singapura yang boleh dilihat dari jambatan Tuas. Kedudukan pejabat papa mereka yang begitu hampir dengan Singapura membuatkan mereka lalai. Bila dalam perjalanan pulang pula adik sudah kata teringin mahu menikmati makan malam di sana. Sewaktu hendak melabuhkan kepala untuk tidur baru terpandang sampul di atas meja. Kalendar 2012 dari Ayu Citarasa Rinduan itu yang aku pasti. Pagi ini pula nampak sms dari Ayu.
Citarasa Rinduan - Menggamit kerinduan sungguh masjid yang digambarkan dalam kalendar ini sebagaimana nama restorannya. Cantik gambar pilihan Ayu.
Kalendar 2012 - Pemberian dari teman blogger yang begitu dekat dihati. Salah satu teman blogger yang kerap juga dapat aku dengari suaranya melalui telefon bimbit aku.
Terdengar gemersik merdu suara
baru disedari sms diterima
tiada apa lagi mahu diperkata
jutaan terima kasih dari kakak dan keluarga
~~Terima kasih yang tidak terhingga Ayu. Moga ikatan terus berpanjangan. Doa kakak moga Citarasa Rinduan terus mendapat tempat dihati pelanggan.~~
Terdengar gemersik merdu suara
baru disedari sms diterima
tiada apa lagi mahu diperkata
jutaan terima kasih dari kakak dan keluarga
~~Terima kasih yang tidak terhingga Ayu. Moga ikatan terus berpanjangan. Doa kakak moga Citarasa Rinduan terus mendapat tempat dihati pelanggan.~~
62 comments:
salam ceria penghulu pagi kak..
alhmaudllilah.. lega sangat2 hati ini, bila sampai akhirnya....
terus save alamat ini dalam my dairi..
hahhahhha
amin...amin.. moga ukhwah kita berpanjangan.....
sangat terharu dengan entry ini..
terima kasih kembali kak zakie..
muahhhhhhhhh
nakkk...wahh..balik johor ni boleh singgah..tapi sekarang jarang lalu sayong sejak ada jalan baru ke kulai tu..hehehe..
Memang cantik gambar pilihan ayu tu...
Saya pun suka kalau dapat kalendar ni, saya panggil kalendar kuda...hihi
saya akan ke jb malam ni. jumpa kak ayu. dan esok ke singapore. weee!
salam..beruntung punya kawan2 blogger yg baik & ikhlas dlm persahabatan..hu2x..
wah...bestnya...
uniknya nama kedainya
indahnyaa. AK turut rasa rindu.. bila agaknya boleh sampai di sanaa...
beruntung kan
semoga ukhwah terus brpanjangan kak
mesti rindu kan citarasanya kan.. hehe
Sy rindu nak ke JB. Mgu dpn sy blk Bp! Yeay!
ukhwah dari alam maya..hinga ke alam nyata
salam kak zakie..
persahabatan yg ikhlas x kira dimana kan kak..even x pernah jumpa yg penting ikhlas nak berkawan..sy x sampai JB lg..
salam jumaat kak z....
minggu lalu baru balik dari jb...
oh ya... selamat bercuti...
lamanya xpegi jb
Citarasa Rinduan: ehem....ehem....
tengok kalendar tu,berapa hari je lagi 2011 nak tinggalkan kita kan kak..kejap je rase
wah kete baru kak..teruja kiter..hehehehe
owh kat JB ea...bagus jg kalau ada kalender kuda yg siap ada alamt tuanpunya...boleh terus singgah je kalau kebetulan ke sana...
@ Citarasa Rinduan: Teringat Kad Raya yg menghilang kemana agaknya ye
@ Rai: Kakak yg selalu bertelefon pun belum pergi lagi tau
@ Yus: Samalah kakak pun panggil kalendar kuda.
@ Gadisbunga: Malam ini kakak nak shopping utk anak-anak di IOI Kulai, mana tau masa tu GB dah sampai boleh intai-intai hihi...
@ mama aini: Moga kita dipertemukan teman yg baik-baik di alam maya ini ye..
@ Sharifah Nadzarah: SN punya dah sampai kan...
@ Ila: Keunikan itu yg menggamit pelanggan Ila...
@ aliesha kirana: Jemputlah tapi Jumaat restoran Ayu tutup...
@ Dalila Hamid: Alhamdulillah...
@ amirah: Begitualh hendaknya amie
aah pandai ayu buat pilihan utk gambar dlm kalendar tuu .. sejuk je mata memandang ..
saya x der kalendar lagi kak huhuh
Saya belum kenal ayu tu, bolehlah sy berziarah ke blognya nanti.. :D
@ adarnadzmie: Dah makan sekali rindu nak dtg lagi pastinya
@ Pok Amai-amai: Fara balik BP kat mana? Sekarang buah belum masak lagilah Fara, sebulan lagi baru best
@ MamaEma: Bila agaknya kita pula Ema..:)
@ ieja amieja: Kakak dgn Ayu dekat saja kalau nak jumpa selalu boleh tapi kekangan masa kerja yg berbeza membuat macamlah jauh benar
@ dwaty: Jumpa buah hati ke dwaty?
@ redza: Tak ada yg special tu yg tak sampai redz...
@ eelobor: Hmmm.... jgn main-main ee sekali makan nak lagi
@ Tiramisu Fatiema: Masa berlalu makin pantas TF. Tinggal semingu lebih sikit je lagi
@ ikatankasihku: Kereta sykt Kin... bukan hak milik sendiri.
@ PCL: Ayu dah canang tapi jgn pergi hari Jumaat - tutup PCL. Nanti kakak buat tautan blogger Johor pulak ye. Hahaha.....
@ ieda: Kakak sebab jaga sykt so tiap tahun memang dapat banyak kalendar, diary dan mcm-mcm cenderahati nak jaga hati. Biasalah ieda...
@ Zefa NorAsmara: Jemputlah ke sana ZN... boleh jadikan teman.
Salam, seronok sungguh baca sesama blogger bertambah rapat dan mesra. Tak pernah lagi terserempak sesama blogger yang CM follow bertegang urat..Alhamdulillah
ila jarang sungguh pg joor kecuali ada event.. masa bujang dulu adala pg terlibat dgn event. sekarang ila lagi banyak duduk ofice
seronok tengok ukhwah yang terjalin...nanti kakzakiebagi le no phone kt fb suri..
seronok tengok ukhwah yang terjalin...nanti kakzakiebagi le no phone kt fb suri..
bila tengok gambar tu nampak tenang je kan kak..
lps ni kalo ke JB boleh singgah ke citarasa rinduan...
insya allah kalau sampai ke sana bolehla singgah ke citarasa rinduan
best banget dapat kalendar...
kalendar camni senang nak nampak
sebab font besar2...
wah!!! Dpt calender dari kak ayu...bestnyaa
suke ngn rambut kerinting adik hehehe... mcm rmbut adik dana kerinting cam megi hehehe...
bile lah dana nk dpt jumpa lak ngn k ayu tu kak, selalu dgr sore dia je... heheheh msti sedap mkn kt situ ye kak...
huwaaa
akak pegi kedai makan kak ayu ke kak?
besssnyeee
aduhai
x taw bile lag nk turun jb ni
huhuhuhu
cantik gambar calendar.. musim mengumpul kelendar la plak.. kejap je dh nk masuk tahun baru kan kak..
memang best nama tu..mesti rindu je nak makan kt situ selalu :)
ati ni tak pernah ke johor
setakat lalu masa nk ke singapura je
itu pun belas tahun yg lalu
tak ada sesiapa pun kat johor tu :)
wah..bestnya kakzakie...comelnye rambut anak akak tuh..hehe
Comelnya anak gadis kakak ni .. cantik mcm mamanya jugak :)
Tepat pilihan kalendar tu kak :) .. view yang tenang :)
InsyaAllah kalau saya ke johor boleh la saya singgah ke kedai makan citarasa rinduan...siap ada no telefon lagi tu;)
kalendar menandakan umur hilang setahun
salam...kak,
bila sr datang ke kulai akan singgah kedai akak...
tak takut ke malam2 gi opis...uhuk..uhuk
http://akakdisebalikpintu.blogspot.com/2011/12/pssttsiti-vs-dato-k-main-tembak-tembak.html
@ che mid: Harap tidak adalah yg bertelagah sesama teman blog ye CM
@ Baby (Ila): Mungkin tak ada apa yg special di Johor tu yg malas nak dtg
@ suri solehah: No problem suri...
@ ratu kebaya: Pandai Ayu pilih gambar utk kalendar dia kan
@ Queen Teratai: Boleh saja tapi call dulu mana tahu kakak boleh share sama hihi...
@ ajumohit: Sekali pergi akan menggamit rindu aju...
@ miloais milo: Bapak kakak kalau dpat kalendar ini dia akan tulis dari Jan hingga Dec kalendar utk bangsa kami sendiri
@ My Little Diary: Musim org memberi kalendar sekarang
@ norhidana: Kami anak-beranak adik sorang rambut keriting. Ikut atok dia..
@ aimie amalina: Bukan ke kedai dia tapi Ayu sent by post
@ ct rahani: Betul tiba musim menerima bermacam kalendar dan diary sekarang
@ Tihara: Pemilihan nama yg cantik kan
@ Ati Masrif: Itlah Ati kalau tak ada saudara nak ke Johor nie tak ada yg special itu yg org tak dtg
@ Yatzakie: Rambut dia memang macam tu. Menggerbang kalau tak ikat.
@ My Life's Journey: Mama dia dah tua hihi... gambar kalendar yg cantik utk ditatap
@ Afida Anuar: Mana tahu dahsampai bolehlah call Ayu. Jumaat restoran tutp tau Fida
@ Cikli: Peringatan buat kakaklah tu cikli
@ Sekamar rindu: SR selalu balik Johor ke?
@ Cik Tie: Bangunan CIQ tu mana ada kosong CIk Tie, sentiasa ada sja org cuma office papa dia duduk sendiri kami masuk sekeluarga. Tak takutlah
alhamdulullah...persahabatan yg membawa erti...yg membahagiakan...
terharu betul sy tgk ada kwn2 blogger yg ada hbgn baik mcm ni, bkn setakat hbgn di alam maya...suka!
Salam Kakzakie.
Dulu saya pun pernah kerja di Jb, tempa kerja tu tidak jauhlah dengan pantai, ketika itu kelau berada di tingkat dua tempat saya kerja tu akan kelihatan lori sedang mengangkut tanah tambak laut, lori kelihatan sebesar kereta mainan kanak-kanak, pada suatu ketika tu pula Pengkalan Renteng dan kawasan berdekatan denganya naik air, agaknya kesan tambakan itulah...wallahu aklam.
Dan lain-lain bangunan di singapura pun kelihatan tersergam, setiap hujung minggu saya dan kawan-kawan ke sana membeli pakaian dan buah-buahan, lagi pun ketika itu duit Malaysia lebih tinggi nilainya.
jalinan ukhwah ini.. harap2 berkekalan hingga ke akhirat kelak..
Rindu dengan gambar yang ada kat kalender tu.
akak letak kalendar, saya baru perasan tadek lagik kalendar 2012 ni..hehe
Bertuahnya Kak Zakie dapat cenderahati dari Ayu.. moga persahabatan antara akak berdua berkekalan.
semoga ayu terus maju
As-salam
Selamat menyambut tahun baru 2012, Kakzakie. Semoga 365 hari dalam 2012 itu akan dilalui dengan limpahan rahmat dan keredhaan Allah yang melaut luasnya.
@ Kamsiah: Amat membahagiakan sungguh
@ MUnnafendy: Bila ada ikatan begini bagaikan saudara munna
@ Leenoh: Sekarang kalau ikut Gelang Patah-Tuas (2nd link) lagilah kelihatan dekat sagnat ustaz. Malamitu kami lalu jambatan tuas sebab anak-anak nak melihat S'pore. Sekadar menjenguk saja.
Tukaran duit sekarang dah 2.4 tak sanggup kalau tak penting. Masa ustaz pergi tu kakak rasa kakak masih kecik sangat sebab zaman kakak sekolah pun ex-rate dah besar
@ Zul Fatah: Amin dik...
@ Zaitun: Itulah juga yg kakak rasakan
@ maya amir: Alahai maya kakak di pejabat nie dah banyak sykt yg memberi - biasalah akhir tahun nie
@ Nur-mba: Amin... Nur itulah hendaknya
@ Imanshah: Kakak pun doakan juga cikgu
@ Temuk: Terima kasih cikgu. Harapan kakak juga buat cikgu dan keluarga. Kebaikan melimpah ruah sepanjang thaun 2012.
sempat posing lagi tu ye.. comel.. seronok membaca entry yg indah ini.. persahabatan yg ikhlas mmg mampu membuatkan hidup kita terasa lebih indah kan kak.. Alhamdulillah..
As'kum..
Surprise utk akak..:))
http://www.al-saaleika.blogspot.com/2011/12/keputusan-ga-silaturrahim.html
kalaulah saya mampu terbang...pasti saya terbang ke dalam gambar tu
Patutlah mcm pernah dengar Citarasa Rinduan ni kak :)
salam
Moga ukwah sesama berterusan KJ. Mama pun teringin jumpa KJ.Singgahlah ke kg mama! insyallah nanti kita buat janji.
kakzakie..pemberian yang sungguh bermakna..setiap kali melihat kelender..mesti jugak terbayang dan teringatkan ayu.
Post a Comment