Mengambil masa malam untuk berbelanja kelengkapan terakhir anak-anak sebelum naik sekolah. Beg sekolah, peralatan stationery, kasut-stokin, biskut-biskut, alatan mandi dan sebagainya telah lengkap sepenuhnya semalam. Begitu juga pembayaran di sekolah adik telah dilunaskan semalam sepenuhnya. Hanya tinggal dua kakak kena tunggu 3hb minggu hadapan untuk Nurienne dan 9hb untuk Yasmien.
Penjuru bilik - Ini kepunyaan Kak Nurienne. Beg sekolah, keperluan membersihkan diri seperti sabun mandi, syampo, ubat gigi, keperluan mencuci baju termasuk downy, penyangkut dan sepit baju, pewangi almari, air mineral, biskut 2-3 jenis, air kotak, selipar bilik air semua sudah lengkap. Yuran dan buku akan disempurnakan pada 3hb Januari 2012 sewaktu pendaftaran. Masih belajar di sekolah dan asrama yang sama. Ada cita-cita untuk memasuki kelas sains tulen. Moga terlaksana.
Satu lagi penjuru - Ini kepunyaan Kak Yasmien. Peralatan kebanyakannya adalah sama seperti yang akan dibawa oleh Kak Nurienne. Hanya beg sekolah dan biskut pilihan berbeza. Ini pengalaman pertama buat Yasmien untuk berhijrah ke sekolah berasrama. Doa mama moga dia boleh belajar lebih tekun dan betah bersama teman-teman baru. Pendaftaran Yasmien akan dibuat pada 9hb Januari 2012 sebagaimana surat tawaran yang diperolehi.
Adik punya - Masih duduk dengan mama-papa lagi. Keperluan buat adik telah lengkap sepenuhnya dari pakaian sekolah, stationaries dan pembayaran telah sempurna semalam. Terlanjur mama bercuti semalam kerana membayar keperluan di sekolah adik, mama juga lengkapkan segala buku-buku adik dengan menulis nama dan membalut semua buku-buku. Hanya menanti untuk ke sekolah pada 4hb Januari 2012 minggu hadapan.
-> Semalam juga aku berkerah tenaga dengan bantuan Mak Zah mereka membuat pulut kuning, rendang daging, rebus ketupat, sambal goreng dan sebagainya untuk diagihkan kepada jiran-jiran sebagai kesyukuran kami terhadap anak-anak yang masih boleh meneruskan pembelajaran mereka dengan baik. Menjadi harapan setiap ibu-bapa mahukan anak-anak memperolehi kecemerlangan di dunia dan di akhirat juga.<-
54 comments:
Dah selesai semua kakzakie..suri beg sekolah along n kasut tak beli lg..asyik tertangguh je..teruja gak tnggu slong masuk tahun satu ni...
salam kak zakie...liza pun dah settlekan semua brg2 sekolah anak...cuma buku jer tak berbalut lg...ishhh malas betul....asyik tangguh jer cmni la jd dia...hihihi
Tengok barang2 nak ke asrama tu, teringat zaman saya dulu duduk hostel. Setiap kali bukak sekolah, kena beli baldi baru, selipar baru, hanger baru- sebab barang2 ni selalu kena curi/pulang tak pinjam..hehehehehe
yg sulung dah saya hantar ke Poly di Arau minggu lepas...persiapan buku tuk sikecik dah saya selesaikan..cuma baju2 belum lagi dibeli...baju lama masih boleh dipakai..hanya dapatkan 2 pasang sahaja buat mereka setiap seorg thn ni....
salam...kak,
bila semua dah selesai baru senang sikit hati..nak hadapi sesi persekolahan 2012 nanti...
apapun saya doakan semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan kak sekeluarga...amin..
terfikir juga saya, bagaimanakah agaknya ibubapa yang tidak berkemampuan mendapatkan semua keperluan anak-anak mereka.
bersyukurlah kita kepada Allah kerana diberikannya rezeki yang melimpah ruah.
seronoknya jiran2 dpt mkn pulut kuning..
nak jadi jiran akak bole..?
hehe
Alhamdullilah... selesaikan. Banyak jugak duit yg keluar tu. Tp untuk anak2 jugak kan...
Alhamdullilah... selesaikan. Banyak jugak duit yg keluar tu. Tp untuk anak2 jugak kan...
assalamualaikum
jenguk kawan lama... moga sihat sokmo
huuuu takcukup br1m ni...
Assalamualaikum my dear Kakzakie:)
Alhamdulillah...semua persiapan dah hampir complete tuu..:)
Walau Qaisara just nak ke pre school je tahun depan tetap jugak saya sibuk nak siapkan itu ini. Moga anak-anak kakzakie cemerlang dunia dan akhirat..
SYUKUR...TAHNIAH UTK ANAK2 AKAK...
SY MASIH BLOM 100% SIAP COZ MASIH MENUNGGU TARIKH UTK MELUNASKAN BAYARAN BUKU SEKOLAH..SEMUA AWAL2 TAHUN NNTI...
TAPI BEG..BAJU ..STATIONARY ..DAH LAMA SIAP..HIHIHI
kak...
lepas nie pasti adik rindu kakak2nya..
aduh.. ayu pula yang rasa sayu...
selamat kembali sekolah anak2 ku..
PS: murah rezeki kak, pasti beribu ucapan syukur dr jiran2 yang dapat makan pulut kuning tu..
thanks buat mak zah juga
semangat kan waktu mula2 nak bukak sekolah.. :)
Syukur alhamdulillah...semoga mereka menjadi anak2 yang cemerlang dunia akhirat.
Aina pulak masih ada yang tertunda.
alhamdulillah...dah selesai dah semua..get ready nak ke sekolah je.. :)
dalam bab2 penyediaan ni...sy pun terlibat sama...kena balutkan buku2 adik..tulis nama...baju2 sekolah iron siap2.. :)
actually happy (klu i le) part sediakan brg2 sekolah anak2 cuma biasalah klu tgk amount dia mmg "sakit" tapi pkr semua tu keperluan. Msing2 dah balik kang..sunyi umah kan :(
saya pun baru jer selesai beli brg keperluan sekolah anak2...cume yuran jer belum lagi..
saya kena paksa kak masuk sains tulen... hehehe
semoga kak nurienne tercapai impian ke kelas sains tulen...
p/s : rindunya nak buat subject matematik tambahn...
hurmm senang hati bila semua dah settlekan kan :)
insyaallah doakan mereka selamat semua di asrama nanti ..
begitu la kalau ada anak yg dah bersekolah/belajar ni kan kak, tanggungjawab mak ayah mmg besar, perbelanjaan pun tinggi
eija blom ada anak sekolah lagi, agaknya nnti kalau anak dh bersekolah msti bz camni juga menyiapkan brg2 keperluan sekolah mereka.
nak masuk sekolah mmg macam2 kena sediakan..
saya pun belum abis sediakan, malam ni nak sampul buku pulak..hehehe
teringat zaman sekolah dulu
tapi mak & arwah ayah cuma sedia kan baju & kasut sekolah je..yg lain acu pegi beli sendiri
klo ank2 duk asrama lg sibuk nk buat psiapan utk ke asrama kan. mcm2 nk kna prepared.. nnti dh hbs ct skolah..sunyilah rmh.
seronok nampak gayanya kalau jadi anak kak zakie.. semua telah siap diuruskan...
biskut2, pek minuman 3+1 sangat sinonim dengan pelajar2 kan.. (",)
Alhamdulillah... kak zakie..
tengok adik punya simple je.. dok ngan mama papa lagi.. tengok.. mesti ada angry bird jugak! =)
seronoknyer... bt persiapan camtu... tak sbr nk tunggu aiyan sekolah heheheh...
msti dh sunyi skit kan kak... sbb selalu akak yasmien ada kt umah ni dh duk jauh lak tinggal adik je jd periuh umah
teringat pulak zaman sekolah dulu..huhu..teruja nak masuk tahun baru...
Salam. Hi Kak Zakie, rajin akak luangkan masa siapkan kelengkapan anak2. Teringat zaman sekolah, Nur terima tawaran ke sekolah berasrama waktu di Tingkatan 4.
Lepas ni sunyilah rumah Kak Zakie..
Kami cikgu cikgi pun dah sibuk bermesyuarat di sek. Mesyuarat dari hari Selasa hingga esok.. :)
byk kan brg sekolah nak kena beli...hehe...
akak, kita pun ada saki-baki tak abih lagi kak
sikit-sikit pun..beratus gak habis utk budak bertiga tu..
yg penting..barang2 keperluan sekolah deme cukup...
Salam.
Azwa ada lagi beberapa barang keperluan yang perlu untuk anak2 ..insyaAllah hujung minggu ini akan diselesaikan..
salam kak zakie..
tahniah utk ank2 akk..senang hati kan semua dah settle..sy keperluan arina jer x buat lg memandangkan dia dpt pra..byk jg brg yg kene sediakan ikut list yg dia bg tu..hjg mggu la jwbnyer..
salam kak, lega kan bila dah settle semuanya :)
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana mengurniakan rezeki buat puan untuk memberikan peluang belajar kepada anak-anak di tempat yang baik-baik. Semoga mereka semua berjaya di dunia seterusnya ke akhirat nanti. Amin.
Salam ukhuwwah.
komen uncle lavendari buat saya rasa insaf...
Alhamdulillah..dah selesai dah semua...
meriah pulak rasa dah nak bukak sekolah ni.
jujur saya nak gtau, jeles dengan adik2 yg bawah2...lagi2 adik bongsu dan 2nd last, bleh kata tiap2 tahun baju baru, kasut baru, beg baru..zaman saya dulu, baju darjah 1 pakai sampai tahun 3, nek tahun 4 baru tukar tu pun sebab jd pengawas...
saya anak org susah ke? sederhana jerr, ayah cikgu...tp cikgu dulu bkn mcm cikgu sekarang..gaji ayah x sampai 1k masa adik ke5 dh lahir...sangat2 makan pakai cukup2...alhamdulillah, sy tetap jadi "orang" (",)
fenomena akhir tahun
Alhamdulillah, buat 'bancaan' utk anak-anak ya.. masih diteruskan tradisi jawa macam ni.. bubur merah tak buat sekali ke..
@ suri solehah: Oh.. along dah nak masuk tahun 1. Mesti exited kan suri
@ Liza: Balut buku sekejap tak apa Liz... boleh sama-sama buat
@ Daddy Ziyyad: Budak perempuan ok sikit doc. Nurienne punya baldi/hanger masih guna yg lama.
@ Eye_nee: Anak kakak sebab si kecik tahun ini dua-dua sessi jadi pengawas baju warna lain, yg no 2 pulak sekolah baru kena pakai baju putih, masa tahun 6 dia pengawas. Yg sulung tahun ini di pilih jadi perwakilan pelajar juga baju warna lain. Kena tukar juga semuanya dgn baru
@ Sekamar Rindu: Cikgu-cikgi macam SR pun dah mula sinsing lengan
@ al-lavendari: Betul tuan, kakak bersyukur masih mampu memberi apa yg dikehendaki. Baju/kasut anak kakak yg masih elok hubby kakak dah sedekah pada anak org asli di Gelang Patah.
@ My Little diary: Kalau Rima jadi jiran kakak kena tolong kakak masak hihi...
@ pena rozie: Apa yg tak mahal sekarang ni PR. Hanger baju pun dah mahal
@ cemomoi: Wa'alaikumsalam dik. br1m kita tak layak. K'jaan asyik membantu yg miskin tapi golongan sederhana bagaikan terpinggir.
@ Pn Kartini: Wa'alaikumsalam cikgu sayang. Cukuplah setakat ini
@ eiza: Keperluan anak ke sekolah sama aje eiza tak kira tadika ke menengah. Baju, kasut, beg, peralatan tulis tetap mahu dibeli
@ sharifah nadzarah: Nurienne dan Yasmien pun buku dan Yuran akan disetelkan pada hari pendaftan SN
@ Citarasa Rinduan: Masa ada bolehlah mereka gelak-ketawa sama minggu depan tinggal adik sendiri.
Pulut kuning adat org jawa biasalah Ayu...
@ norh: Adik asyik mencuba kasut baru aje norh:)
@ JunAina: Doa semua ibu-bapa sama Aina.
@ nabila_2908: Bestlah mama dah boleh relax sikit sebahagian kakak dah tolong buatkan
@ diana: Lega kakak dik...
@ sisdee: Bila mula sekolah makan pun airmata macam nak luruh Dee... terkenang makan apalah anak di asrama
@ ainnoraini: Sekolah anak kakak Yuran tahun ini telah tiada lagi Ain. Cuma PIBG dan sedikit utk kegiatan ko-ko. Tapi kalau sekolah asrama adalah bayaran lain-lain.
@ dwaty: Kakak tak tahu lagi keputusan Nurienne. Biar dia buat perbincangan dgn cikgu dia...
@ ieda: Lega ieda... kakak tak kisah yg sulung dah biasa, yg no. 2 tu masih baru
@ sweetmama@eija: Tak lama lagi Zaquan dah nak tadika eija. Sekarang 4 tahun dah sekolah...
@ CIKINTO: Tak ada tak boleh sekolah ye dak hihi...
@ Huda: Buatlah pelan-pelan Huda..
semua sudah selesai kan? hehehe, tak sabar gak saya nak menanti detik itu...
@ Acu sayang: Anak kakak biasanya kakak bawa sekali. Mereka pilih, papa bayar. Dulu lain anak lebih independent...
@ Lyafrina: Sama saja Lya. Kalau tak belanja utk bawa asrama di rumah pun kena beli juga...
@ fuad ansari: Mana yg mereka boleh buat kena buat sendiri. Kalau si kecik masih banyak kakak tolong lagi...
@ Kella: Adik makan pakai masih di rumah sendiri lagi
@ norhidana: Biasalah Dana. Bila jejak usia 13 tahun saja mulalah anak-anak keluar belajar
@ Tiramisu Fatiema: Saat sekolah siapa pun tak boleh lupa
@ Nur-Nba: Cikgu-cikgi dari minggu lepas dan busy kakak nampak. Itulah banyak pahala jadi cikgu nie Nur untung...
@ adarnadzmie: Semua ibu-bapa sama saja kan...
@ Putubambu: Sekarang barang mahal tapi ianya keperluan kenalah kita membeli dgn berhemah.
@ Mokcik Azwa: Hujung minggu ini mesti shopping complex padat sebab dah last sebelum sekolah kan Azwa
@ ieja amieja: Keperluan anak sekolah lebih kuran ieja tak kira besar ke kecik sama semuanya. Sedia duit je....
@ Tihara: Legalah juga...
@ ashrafi: Terima kasih sudi bertanding sini dik. Terima kasih doakan anak-anak kakak
@ gadisBunga: Alhamdulillah kami ada juga menghulur buat yg kurang mampu GB. Sebahagian hak kita kena kongsi sebenarnya
@ Afida Anuar: Adik Fida yg untung sebab kakak dah kerja dia boleh minta apa saja..
@ Cikgu Ma: Cikgu masih beruntung kerana ayah seorg guru. Kakak dulu lagi miskin setiap cuti mesti cari jalan menjual hasil kebun utk kegunaan ke sekolah seminggu. Kalau kenang boleh luruh airmata cikgu
@ che mid: Kakak tak buat bubur merah kalau dah ada pulut kuning CM...
@ eelobor: Muaz belum masuk tadika lagi ee? Masuk tadika pun sama juga keperluannya beg,kasut, peralatan tulis kena beli juga
ema hanya sorang sekolah pun dah rasa kelam ribut nak cari persisapan sekolahnya..inipun baru nak masuk 6 tahun..
seronoknya mengenangkan kenangan masa duduk di asrama dulu..huhu..bagusnya buat kenduri kesyukuran mcm tu kak...moga anak2 akak terus cemerlang...
@ MamaEma: Tak kiralah ema, kecik ke besar peralatan sekolah tetap sama kena cari
@ amirah: Bukan kenduri sekadar sedekah makanan aje Amie... duduk asrama hihi... kenangan kan
alhamdulillah :)
dah prepare semuanye ye kak
hehehe
seronok sekali lag tgk
teringat zaman mimi sekolah2 dulu
cm ni lah jugak
siap biskot segala
hehehee
amboi comel beg angry birds si adik tuh
Assalam..
Seronok tengok anak2 yang bersemangat nak ke sekolah..
Teratak Usang
smg semuanya bersemangat untuk mengejar ilmu.. :)..
baldi dan hanger tu sume mengingatkan saye kat asrama dulu.. tetibe rindu suasana kat asrama.. =D
Post a Comment