Wednesday, December 7, 2011

Cuti lagi - Perjalanan Pergi

Pada hari Khamis 01-12-2011 aku bekerja setengah hari dan pada petang yang sama juga kami sekeluarga telah meninggalkan Johor Bahru menuju ke destinasi yang dirancang. Memandangkan badan masih letih kami bermalam di Muar, rumah Kak Uda aku. Selepas sarapan bersama kami menyambung perjalanan menuju ke Terengganu. Doa kami dimakbulkan Allah kerana tiada hujan turun walaupun cuaca awan mendung mengiringi sepanjang perjalanan kami.

Bersarapan - Juadah sarapan pagi yang disediakan oleh Kak Uda dan anaknya Nurul yang juga masih bercuti dari kolejnya.
Al-Quran - Ada juga yang suka bila bercuti tidak perlu datang untuk mengaji dan ada juga yang sentiasa bertanya berapa lama cuti mengaji (jenis yang rajin)Bandar Muazam - Kami berehat di bandar Muazam untuk makan tengahari dan solat jamak zuhor dan asar. Aku membeli buah berangan sekilo RM 24/- sebagai kudapan Indah - Menikmati keindahan sepanjang perjalanan dilalui sehinggalah kami terperangkap di Kemaman kerana sistem jalan sedang dinaiktaraf. Tiba - Jam 5:15 petang kami tiba di Homestay yang telah ditempah lebih awal oleh anak saudara aku yang bekerja di Petronas, Kertih




~~ Menikmati keindahan negeri yang rata-rata berbangsa Melayu. Dialek digunakan seronok didengar membuat adik sentiasa tersenyum simpul. Pelat kata adik.~~





65 comments:

pB said...

jauh perjalanan banyak pengalaman

Rina Rahamat said...

ooh egi terengganu rupanya..pegi pasar payang x nnt?


buah berangan tu sy x penah makan..sedap eh kak?

Kakcik Seroja said...

Banyak tempat di negara kita yang mendamai dan menenangkan serta memberi pelajaran bagi yang mahu pengambil pengajaran, kan? :)

mama maman aka yana said...

seronok jejalan kenal tmpt org kann.. sila lanjut smpi ke kelate lak.. kih..kih... shopping kat rantau panjang..:)

Cikgu Ma said...

walk2 eat air...=)

Unknown said...

Homestay tu ok tak kak? Kami pun nak ke Kerteh nanti. Ada kawan cakap pasal Homestay di sana, tp yus tak pasti yang mcm mana sbb kawan tu bincang dengan suami aje.

wahida said...

saya tak pernah sampai Terengganu kak...sedih kan...huhu...

Unknown said...

lia dah 2x ke t'ganu..mmg seronok ke sana,org t'ganu murah dgn senyuman n peramah..

Hudalatip said...

oh patutlah pergi terengganu g jalan2 eh..seronok eh kak..tak hujan ke kak?

musang said...

xsmpai ke kelantan ke kak

bujal X said...

kirim kopokleko! he~~

Dr K said...

saya hari tu plan nak ke Tgnu juga, cuma risau banjir..sebab musim tengkujuh

ajumohit said...

Seronoknya bjalan ye kak, heheeh pelat ye adik, tak biasa dgr rasa teruja dgr diorg bertutur, kepok lekor Dan Sata ikan satuuuu!!! Hihi

Sharifah Nadzarah said...

wah sronoknyaaaa...
ada ole2 tak? hihi..
sy suka buah berangan tu...
adik ipar sy org t'ganu (marang)

Izwa Kamaruddin said...

wah..sakan berjalan nie :D

pena rozie said...

Seronok dapat g jalan2....

No Lan said...

selamat datang ke TRG kak..tanah kelahiran No tu hihi..pasal loghat memang No xleh nk kata apa sebab anak2 No pun cakap No ngan AbangLan cakap PELIK hahahaha..

bab kat kemaman tu (bukit kuang) mmg sll jem skarang..hai, xtau la bila nak siap jalan tu..

eija_sweetmama said...

sedapnya buah berangan..:)

aReLaN said...

bestnya jalan2.hmm..lme dh xjejak kaki ke ganung.

cheqna said...

dok kabo pun mari ganu...
kalu dok..boleh juper...=)
faham kan??ngeeee

gadisBunga™ said...

singgah le beli kepok losong dkt dgn kemaman - cherating. sedappp...!!!!

norhidana said...

wahhh bestnyer bercuti2 nih kak... dana pun lama tak blik kg mertua kt kerteh tu... mungkin raya cina nnti balik sana sbb adik ipar kawin..

nk balik kang jgn lupe singgah kt kemaman beli kopok leko ngn kopok keping kt situ kak,juga sata... sedap rugi tak cube...

aanie said...

wah, kemamang..kopok lekor sedap tuu...

faraherda.razalan said...

Sonoknya jalan2! Sy rindu nak jln ganu sane! Sata kemamang maha....bek beli sata kuale ganu...murah. saiz besa2 belake...hiks!

aizamia3 said...

best bila dapat cuti-cuti bersama keluarga.. seronok.. ;)

Zana Adieyza said...

zana suka buah berangan.. walaupun mahal, tp pantang jumpa mesti ank beli.. sedap!

Eye_nee said...

Seronok yer kakzakie dapat bercuti bersama keluarga...nampak buah berangan ingat saya pd lelaki china penjual buah tersebut Di Cameron Highland...bas yg saya naiki tidak boleh tunngu sehingga buah berangan tu dimasak...saya hampa...lantas lelaki china tu berikan saya lebihan buah berangan yg dah siap dimasak sebelumnya...lebih kurang 10 biji secara percuma..ini saja rezeki kamu katanya...saya terharu...

lieynanilaz said...

lama tak pegi terengganu...

semoga bergembira dalam percutian bersama keluarga...:)

sisdee said...

wah syok tu bcuti..semoga segalanya selamat :)

tingin sgt nk ke tganu sbb dah laaaammma sangat tak pegi :)

uncle gedek said...

situ line 3G kuat?

Qhaifa Nur said...

dengar citer terengganu tempat yang cantikk...
mesti banyak borong ni...
best2..

munna said...

munna suka buah berangan... tapi nak buka kulit yg keras tu malas sikit

Munn Jaafar said...

masa sy balik kmpung hari tu pun sempat snap gmbr awan...cantik n tebal2 awan..rasa tenang je =)

bila nak try bcakap dialek org lain mmg kelakar..mcm2 bunyi keluar..hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak zakie..bestnya g melancung ke Trengganu!.Tingin gak nk g...InsyaAllah,ada rezeki sampai la nanti :D.
Nk tanya la kak..homestay yg akak dok tu area mana & bape $$$$ tuk semlm?

Zaitun said...

Kakzakie...jangan lupa singgah kat pasar payang,lepas tu solat kat masjid crystal.

Kayu Manis said...

jauh perjalanan luas pemandangannya..makang ikang..

s a r said...

assalamualaikum akak.

akak nak tanya, buah berangan rasa apa? hee, tak pernah pun rasa sebab dulu tak tahu pun tu buah apa. and kat tempat saya ni memang payah nak jumpa.

akak, rumah akak dekat dengan potiteknik premier JB ke kak?

ct rahani said...

sy orang ganu.. rindunya nk balik ganu.. kalau gi kemaman suka sgt makan sata.. sedapnya kak..

sud@is said...

hepy holiday hanis
juah berjalan luas pandangan

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

jauh tue...tapi best kan?selamat bercuti

::Azura Rahman:: said...

Salam Kak Zakie..

Cuti-cuti Malaysia ke?.. hihi.. anak2 pasti seronok..

Akak dok JB eh? kt mana kak?..
Mak dan Abah zura org Johor kak.. Kami selalu jgk balik ke sana.. Ada di Kota tinggi, Kluang, JB plg ramai.. :)

Darling Pya said...

dah lama tak ke Terengganu

eelobor said...

alamak....baru keluar rumah dah berhenti bermalam di muar? hihihi... dekat jer, baru berapa jam lagi nak sampai ke destinasi

Mutiara Bernilai said...

wah cuti2 malaysia masa cuti sekolah eh,, :D bestnye..awat x singgah umah mutiara skejap?

Aien Not Alien said...

seronok berjalan tempat orang... beli keropok...hehe..

lyzaCR7 said...

Salam perkenalan..
1st time singgah d sini..:)

Bestnya jalan2 ke terengganu.. tempat idaman saya untuk bercuti cuma belum terlaksana lagi..:)

Follow sini gak..:)

dwatyKNY said...

saya dah sampai kemaman tapi tak pernah sampai KT...insyaallah jika diberi peluang... sampai juga kat sana...

Juliet_iRa~" said...

bestnya kak!

msti pergi pasar payang borong sutera batik..hee..

keropok lekor wajib beli..:)

Afida Anuar said...

Mesti kat teluk kalong yang jem tu kan kak zakie?

PS: akak, fida ada kat trg skrang ni, cuti emergency, kalau akak ada kat ganu lagi boleh ajak akak datang umah;)

Unknown said...

dah lama x g jalan2...rindu nk bercuti bersama keluarga

emarieys said...

jauh kak pergi makan angin..terengganu punya loghat banyak bunyi ng...

::NureeN:: said...

bestnya.. dpt ke x nureen jln2 christmas ni yerr??

Hanis MY said...

sedapnya buah berangan... seronoknyaa jalan2...

azi said...

Salam Kakzakie..
Kakak, selamat bercuti ye...seronoknya pegi Kuala Tganu...makan laksa tganu dan keropok lekor...sedapnyer....saya last pegi tahun lepas kakak...

Maya Mayana said...

jauhnya makan angin..yana belum jejak lg terngganu tu kakak..tumpang baca cni ajelah

Azian Elias said...

ooo jenjalan ye..

sedapnya buah berangan tu..

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak zakie, cik ina nengok ikan bilis tu cik ina tahu yang ikan bilis tu sedap, dan ranggup. cik ina suka gak buah berangan, rasa lemak.

fatin said...

saya suka gi ganu sinve my first time ke sana..esp pasar payang.. hehee.. o the way ada singgah mesra mall?

p/s: kak zakie, siapa yang mengajar mengaji?

~izan~ said...

bdr muadzam tu muadzam shah ye kak? kampung izan hehe...

seronok baca catatan perjalanan akak..kdg2 dlm perjalanan itu mcm2 kita dpt dan jadikan kenangan... nasi lemak tu menggoda kalbu d pg hari yg sejuk ini hehe...

Anaasuria said...

kakzakie, jgn lupa amik gambar 'planet' kat kerteh.. kat tempat minyak tu malam2 lawa sangat .. banyak lampu2 .. hasben saya panggil 'planet'...

Kak Amy said...

seronok berjalan jauh kenal tmpt org kann.. akak mai la ke kelate leh amy bawa jalan hihi..

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih pada teman-teman yang memberikan komen dalam N3 ini: -

pB, Rina Avail, kakcik, mama maman, Cikgu Ma, yus (kakak jenis tak kisah yus - janji boleh duduk), wahida, Mamamya, Huda, redza,bujal x, Daddy ziyyad, ajumohit, Sharifah Nadzarah, Mrs. Eady, Pena rozie, No lan, Sweetmama@eija, Arelan, Cheqna, Gadisbunga, norhidana, aanie,Fara, aizamia3, Zana Adieyza, Eye_nee, Lieynanilaz, sisdee, gedek, Qhaifa Nur, Munna, Munnafendy, azatiesayang, zaitun, cinnamon.com, sar (bagi kakak addressnya dik), CT rahani, SUD@IS, Be Simple Beb, Azura Rahman, Acu Sayang, eelobor, Mutiara Bernilai, Aien not Alien, lyza (kakak pun follow lyza), dwaty, Juliet Ira, Afida Anuar (kakak dah balik sayang), Tentang kita, MamaEma, Nureen, Hanis MY, azi, Maya Mayana, Yan, Cik Ina DDC, Fatin Marz, izan (kakak berhenti makan di sana tau izan), Anaa dan Amy Syaquena (lain kali kakak ke sana hihi...)

Sekali lagi terima kasih semua. Kakak terlalu busy kerana bercuti panjang, baru naik kerja - banyak hendak diselesaikan.

Iza said...

Assalam..
Tak pernah sampai lagi T'ganu...
Bestnya jalan2..

Teratak Usang

amirah said...

seronoknya dpt cuti2 malaysia..

Cikli said...

selamat belated datang ke terengganu.
maaf baru baca entry ni.
rumah saya 4 pelaung dari noor arfa craft complex.