1. Adik - Melihat kakak-kakak membeli key-chain dia pun membeli juga dan ingin diberi kepada temannya juga. Pengalaman pertama adik melakukan ibadah solat secara jamak dan qasar. Balik rumah dia masih berkata "Adik nak jamak semua sekali zuhor, asar, maghrib, isya' dan subuhlah mama esok adik tak payah bangun pagi". Masih belum mengerti lagi dan perlukan panduan mama/papa/kakak lagi.
2. Yasmien - Beli keropok, key-chain dan fridge magnet mengalahkan orang sudah bergaji. Ramai betul kawan yang hendak diberi. Membeli t-shirt busana Muslim yang jauh lebih murah berbanding di JB. Kipas tangan dibeli di masjid terapung amat disayangi
3. Nurienne - Tidak kurang juga membeli keropok, key-chain, fridge magnet dan souvenirs yang di hias indah di dalam kotak buat kawan-kawan. T-shirt pun dibeli selain untuk diri sendiri juga tidak dilupakan pada kawan-kawannya.
4. Mama - Menimba pengalaman lama. Sebab ini bukan kali pertama pergi. Cuma yang membuat mama amat gembira bila melihat bangsa mama di sana jauh lebih maju berbanding tempat mama di sini. Membuka mata dan minda mama lebih luas lagi. Keropok losong, lekor, kering bermacam warna mama beli. Kena agih juga pada mereka yang tahu mama bepergian selama 5 hari. Terasa juga stamina mama kian pudar kerana ketika sedikit terjahan manja ombak menampar tubuh, mama sudah terlentang di tepi pantai.
5. Papa - Banyak juga cash papa mengalir. Tapi beruntung kerana tidak ada interest sebab banyak transaksi adalah secara tunai. Papa juga tersenyum lebar melihat warna-warna dedaunan yang menghijau di sepanjang jalan yang dilalui, tidak kurang juga kibaran bendera hijau berjejeran yang amat kurang kelihatan di tempat kami. Papa senyum memanjang walau keletihan memandu bibir tak putus berkata suka Terengganu dan ingin ke sana lagi dan terus Kelantan kalau ada peluang.
2. Yasmien - Beli keropok, key-chain dan fridge magnet mengalahkan orang sudah bergaji. Ramai betul kawan yang hendak diberi. Membeli t-shirt busana Muslim yang jauh lebih murah berbanding di JB. Kipas tangan dibeli di masjid terapung amat disayangi
3. Nurienne - Tidak kurang juga membeli keropok, key-chain, fridge magnet dan souvenirs yang di hias indah di dalam kotak buat kawan-kawan. T-shirt pun dibeli selain untuk diri sendiri juga tidak dilupakan pada kawan-kawannya.
4. Mama - Menimba pengalaman lama. Sebab ini bukan kali pertama pergi. Cuma yang membuat mama amat gembira bila melihat bangsa mama di sana jauh lebih maju berbanding tempat mama di sini. Membuka mata dan minda mama lebih luas lagi. Keropok losong, lekor, kering bermacam warna mama beli. Kena agih juga pada mereka yang tahu mama bepergian selama 5 hari. Terasa juga stamina mama kian pudar kerana ketika sedikit terjahan manja ombak menampar tubuh, mama sudah terlentang di tepi pantai.
5. Papa - Banyak juga cash papa mengalir. Tapi beruntung kerana tidak ada interest sebab banyak transaksi adalah secara tunai. Papa juga tersenyum lebar melihat warna-warna dedaunan yang menghijau di sepanjang jalan yang dilalui, tidak kurang juga kibaran bendera hijau berjejeran yang amat kurang kelihatan di tempat kami. Papa senyum memanjang walau keletihan memandu bibir tak putus berkata suka Terengganu dan ingin ke sana lagi dan terus Kelantan kalau ada peluang.
~~ Sesekali Allah beri peluang bersantai bersama keluarga. Moga ada peluang lagi di masa-masa akan datang.~~
45 comments:
Kuala Terengganu.. lokasi wajib percutian kami sekeluarga.. :D
terengganu memang menarik kak, kalau lalu jalan lama sepanjang tu adalah laluan di tepi pantai
hehehe.... mesti PAPA cakap, perkara kecik jer tuh. tak de hal sangat la yang mnegalir keluar berbanding dapat bersama keluarga.....
"ohhh bestnya bercuti bersama keluarga....ms keluarga belah suami pergi majlis kawin adiknya di t'ganu(dpt adik ipar org sana)...kami saja tk nak ikut naik bas..nak pegi ngan keta sendiri sbb leh jln2 kt mana2 kami suka tk susah2kan org lain...lps diorang balik kg,kami sewa 'homestay', pulak pastu esoknya jalan2 lagi...ank2 beli mcm2,baju muslimah tu dah tentulah sorang sepasang...keychain penyu juga dn FM penyu juga dbeli kt masjid terapung..."
mmg best kalau ikut jalan lama yg tepi pantai tu..org jual keropok losong ngan satar pun berderet2tepi jalan tu...
Liza pun suka jugak kalau balik kelate lalu ikut trgnu..
menarik tu...hehe.fridge magnet antara benda penting kalau p bercuti kan.hehe
Assalam Kakzakie,
pengalaman solat jamak tu memang satu perkara baru terutama untuk anak-anak, elok benarlah mereka dapat pendedahan begitu,
seronok bercuti ye Kakzakie.
BESTNYAAAA...
mesti seronok kan....
ati kesan last yr mmg best
tapi kesihatan ati sendiri tak
mengizinkan nak jalan2 jauh
kena tunggu keta baru kot...hehe
hari ni turn ktorg plak kak....ank2 dah balik dr kpg.....memenuhi kehendak dorang la..
keropok losong tetap di hati
bkan slalu kan kak... asyik kj je bosan jugak hidup ;D
lama dh xpergi terengganu kak...masa abg sy kawin dulu, skg anak dah 3 dh pun..bila ntah dpt pg lagi =)
heee...bendera ijau.... =))))))
heheh, adik tu nak jamak semua waktu solat ye? mmg genius. saya pun pernah terfikir mcm tu masa kecik dulu. heheh~
sayang betul saya tak penah bercuti ke terengganu lagi. takleh jadi ni....~
Hehehe...sengih baca telatah adik..
Yun pun dulu gitu gak,nak jamak semuanye... :P
wah !!keropok lekor.nyummy
KT tempat paling best sbb penah duk sana dulu...rindu kpok losong,sotong tepung n air gelas besor.. :)
salam...
"sebuah keluarga yang bahagia..!.." itulah yg terpacul di bibir saya selaps membaca entri ini...
rasa terharu pun ada.. tak apa cash p "papa'menhalir...mengalir ke arah yg baik membawa family mkn angin tak pe..
betul tu..seronok dpt spent time ngan faily
aah kak .. kalau dpt bawa keluarga bercuti luar dari daerah kita nie seronok kan ..
saya nie x kemana2 punn kak .. cuti x dibenarkna sbb ada lawatan penting dlm bulan nie .. harapkan sabtu ahad jee huhuh
Bestnyer kak pergi terenganu... Teringin jugak nak kesana.
Budak2 sure paling gembira..
Cuti yang menyeronokkan..
kesimpulannya, mama papa dan anak2 happy kan dengan percutian kali neh...;-)
Ni betul2 tour sempena cuti sekolah sampai 3-4 entri hehe
Best ye kakzakie gi sane ye...saya tak pernah sampai lagi ni... Harus lepas ni nk kabor kan pada en somi next percutian kesana pulak...
Oo.... Datang ganu ek. nape x singgah rmh pun....
kakakku kakzakie.
rupanya kak makan angin ke terengganu
syukur, semua happy............
Selamat bercuti.
Balik ke Dungun baru-baru kak ani tak sempat ke Kuala Terengganu sebab asyik hujan.
borong kepok losong banyak2...:)
memang sangat seronok.. dan lebih besar ertinya bila bersama keluarga.. :)
salam kakzakie...
bercuti ke terengganu memang seronok.ada keropok ikan pedas tuk adik?aduhh teringin lak tiba2.
best nyer kak..
itu namanya membeli-belah.. lepas beli terus 'blah', sbb mama tolong bayarkan..
p/s: gurau2 je kak zakie.. jgn amik hati ye.. (",)
Bestnya nyer dapat P Terengganu. Cikgu tie suka sangat pemandangan yang terdapat di Terengganu.
seronoknya dapat bercuti bersama keluarga, mama kalau nak bercuti kena fikir banyak kali sbb poket kurang membenarkan,.. lg pun abah susah nak minta cuti, ...
ok, bila nak bercuti ke kelantan, hubungi saya...bisa saja jadi tour guide.
@ Zefa: Seronok ke Terengganu kan
@ kasihibu: Itulah laluan kakak sya...sepanjang pantai
@ eelobor: Sesekali ye tak
@ Pia: Anak kakak membeli keychains dan FM banyak tapi kebanyakkannya utk kawan mereka
@ Liza: Kalau macam tu Liza dapat menikmati selalu bila balik Kelantan ye
@ Mohamad Adli bin Desa: Itulah yang paling mudah dibeli dan dibawa pulang
@ Amie: Adik belum pernah lakukan sebelum ini. Ini pengalaman pertama dia Amie
@ sharifah Nadzarah: Memang best
@ Tunz: Seronok tidak terhingga
@ Ati Masrif: Oh Ati nak beli kereta baru ye...ok lepas ni bolehlah jenjalan jauh
@ PCL: Sementara cuti sekolah PCL. Nanti bila dah sekolah susah nak kumpulkan mereka
@ umialya: Kakak beli banyak umi. Kalau boleh nak lagi tapi kereta dah sendat
@ So Shy Lady: Betul SSL. Ambil peluang cuti bersama anak-anak
@ Munnafendy: Kalu macam Munna mudah masih solo. Boleh pergi dgn kawan-kawan..
@ gadisBunga: Cari masa dik terlanjur masih solo lagi
@ Laici Kang Ais: Yg tak losong pun yummy juga tau hihi...
@ Tihara: Aduh... kakak pun yg pergi sekadar 3 hari pun rasa rindu juga
@ Sekamar Rindu: Moga kami diberi peluang lagi SR. Kumpul duit dulu dari sekarang hihi...
@ Abah khalisah: Terlanjur mereka masih kecik bila besar susah dah nak kumpul sama
@ ieda: Tak apa ieda, lain kali boleh pergi. Anak-anak pun faham, tugasan kita kena utamakan juga
@ ratu kebaya: Kalau bujang RK pergi mesti mereka berdua suka main pasir pantai
@ missgee: Kalau dah nama budak cikgu memang suka
@ Ila honeybunny: Alhamdulillah kami bersyukur dik
@ Empayar utama: Cuti sakan hihi...
@ ainnoraini: Insya-Allah en. suami ain mesti mahu punya.
@ pena rozie: masa di sana kakak teringar PR tau, tapi tak tercontact
@ Citarasa Rinduan: Sesekali Ayu... anak-anak dah habis periksa
@ Kunang-kunang: Nasib kakak agak baik kak ani. Cuma masa perjalanan balik dari K. T'ganu ke Dungun ada hujan selainnya ok...
@ lieynanilaz: Banyk jenis keropok kakak beli dik
@ Mama Mirza: Kakak suka sebab banyak kelompok Melayu yg berjaya dapat dilihat depan mata
@ Lydia Miza: Kalau dekat boleh kakak bagi dik... jauh nak menyeberang padang pasir hihi...
@ Orlando Ahmad: Memang best dik
@ fuad ansari: Betul tu. Dah beli tak tunggu lagi. tak boleh tahan mama/papa
@ Cikgu Tie: Cantik bukan saja pemandangan tapi org-orgnya juga cikgu
@ aimaniman: Insya-allah satu masa mesti dapat pergi juga.
@ hani@debumelukut: Aduh cikgu.. macam nak pergi sekarang juga. Insya-allah dlm perancangan kami nak kesana juga satu hari nanti
memang best dapat bercuti kak..huhu..kalau shopping memang banyak benda nak dibeli...
seronok pergi ganu kiter kan! dah lama tak kesana pun... hujan tak kak kat sana musim2 macam ni.. ?
kita pun rasa yang sama..bila family datang sini..seronoknya tuhan je yang tahu.. bila diorang balik.. sunyi sepi pula hati nih.. hmm
Kak zakie..
Kalau ke terangganu, memang seronokkan kakak...saya paling suka keropok lekor..
Kakak, banyak shoppingye kat sana....tak ade ke untuk orang SP ni..he..he...(lawak aje kak)
biarpun IC Terengganu..tapi saya akan gagal bila berjalan di negeri terengganu..hehee
memang bahgia setiap kali dapat bercuti bersama family tersayang, moga Allah SWT murahkan rezeki kita, kak zakie.
Post a Comment