Pagi tadi ketika di lampu isyarat, hadapan Sekolah Kebangsaan Taman Daya.
Tok-tok-tok... cermin pintu kereta aku diketuk. Terperanjat aku kerana sedang menghayati kepetahan Cik Siti dan En. Sufian DJ radio IKIM sedang berceloteh memberi soalan yang tidak seorang pun pendengar dapat menjawabnya. Banyak kejadian buruk berlaku ketika kereta berhenti di lampu isyarat, itu yang menambah debaran di dada. Bila ditoleh, seorang wanita memberikan isyarat sambil menunjukkan beberapa keping risalah tentang sekolah tadika Islam. Kerana aku sudah tidak punya anak kecil yang mahu ke tadika aku geleng sambil senyum. Sebenarnya aku terkejut kerana ketukan kuat yang dibuat di cermin kereta aku.
Sebaik lampu isyarat bertukar hijau pantas aku berlalu meninggalkan wanita tersebut. Hati mula berasa kasihan bila melihat dari cermin sisi wanita tadi berdiri di tepi jalan menanti lampu isyarat bertukar hijau. Kalau aku ambil saja risalah tadi apalah salahnya mana tahu boleh diberikan pada mereka yang mahu. Kesal...
Tok-tok-tok... cermin pintu kereta aku diketuk. Terperanjat aku kerana sedang menghayati kepetahan Cik Siti dan En. Sufian DJ radio IKIM sedang berceloteh memberi soalan yang tidak seorang pun pendengar dapat menjawabnya. Banyak kejadian buruk berlaku ketika kereta berhenti di lampu isyarat, itu yang menambah debaran di dada. Bila ditoleh, seorang wanita memberikan isyarat sambil menunjukkan beberapa keping risalah tentang sekolah tadika Islam. Kerana aku sudah tidak punya anak kecil yang mahu ke tadika aku geleng sambil senyum. Sebenarnya aku terkejut kerana ketukan kuat yang dibuat di cermin kereta aku.
Sebaik lampu isyarat bertukar hijau pantas aku berlalu meninggalkan wanita tersebut. Hati mula berasa kasihan bila melihat dari cermin sisi wanita tadi berdiri di tepi jalan menanti lampu isyarat bertukar hijau. Kalau aku ambil saja risalah tadi apalah salahnya mana tahu boleh diberikan pada mereka yang mahu. Kesal...
~~ Soalan teka-teki radio IKIM pagi tadi apabila dibuang semua masih ada lagi yang ada, apa dia jawapannya? Jawapan diberi ialah kosa-kata "semua ada" bila dibuang perkataan semua masih ada lagi perkataan ada - kelakar jawapan itu tetapi akal aku juga tidak terlintas langsung akan jawapan sebegitu.~~
41 comments:
hurm...ape nak kater?tak terkata dah..
ermmm..kalau eija pun mesti risau kalau tetiba ada org ketuk cermin kereta kita dgn kuat, lebih2 yg ketuk di org x dikenali.
kak..sy yg dok tmn daya tak penah pulak kene ketuk mcm tu..
musykil2..hihihi
macam2 cara org nk cari rezeki..tak kira dimana tempat dn keadaan pun kan kak..
Malam tadi, kakcik pergi makan dengan Along dan Adik di satu tempat. Tiba2 datang seorang wanita muda (taklah muda sangat) membawa bungkusan kerepek2 untuk dijual. Kakcik geleng kepala tanda tak mahu, lalu dia pun berlalu.
Kemudian, kakcik cakap dengan Along 'kesian la pulak'. Along kata 'panggillah balik'. Tapi wanita itu telah berjalan ke tempat lain. Along sanggup mengejarnya dan bukanlah banyak pun yang kami beli, cuma bernilai RM10 sahaja.
kakzakie..acik pun selalu macam tu..rasa kesian je..kadang2 kalau salesman datang..acik dilarang keluar rumah.
kalau pi mana2 supermarket..ada je orang..untuk anak yatim katanya..derma ikhlas..Rm10.00 bagi buku satu..sampai dah banyak buku acik dapat..
xpelah..bkn salah akak pon..dia ketuk secara mengejut dan akak pon mistilah terkejut dan beri jawapan sponran x mahu..x smpt fikir pon kan sbb kt trafic light
mujo siang, kalau malam??
Merbahayanya cara macam tu.
kalau saya dah menggigil dah tu kak..ermm..tak rasala pengiklanan/promotion macam tu bagus..
klu saya pon terkejut kak..fobia btul bila kat trafik light..mcm2 perkara blh berlaku..
memang saspen kalo ada orang ketuk2 cermin kereta ni - nak plak mas akat tengah2 jalan...
pernah kena ketuk mcm tu, dia suruh beli ayat Quran, tp rupa yang jual tu mcm orang Pakistan atau bangla, takut nak buka tingkap terus...huhu
x apa lah kak zakie.. x perlu kesal psl risalah td..
nway, best gak teka teki tuh yer..
mmg kesian kak, tp caranyer tak betul pun kak..kenapa msti sampai nk ketuk cermin kereta org kt jln... kan membahayakan diri sndiri juga org lain... juga kite tak tau niat sebenarnyer...
xpe la kak..kalau sy pun sy takut, terus pecut...
memang kesian, tak sampai hati... tapi kadang2 menyesal pula kalau tak hulur...kenapalah caranya tu begitu...
kebetulan semalam masa berhenti kat lampu merah nampak ada sorang laki tendang tin, last2 pergi kat satu kete ketuk tingkap gak driver (pompuan) tu bagi duit...dlm hati orang gila tau tidak ni..
macamana kalau terjadi kat diri sendiri, mahu pecut punya..
serba salah kan kak..kadang2 org gunakan rasa simpati kita untuk attack kita..saya rasa sepatutnya ada cara yang lebih baik dari tu..tapi siapa lah saya nak judge orang kan..saya tak tau apa yg diorang hadapi..mungkin diorg dah cuba cara lain tapi tak berjaya.. siapa tau kan...
waqh ! nak komen dapat bunga laaaa hehehe
kesian gak kan...tp tindakan spontan bila dah terkejut..nak wat canne.
kak es pun mgkin buat perkara yg sama cam kakak. kena berhati2 lebih sekarang sebab macam2 sangat dah benda tak taerjangka dalam fikiran cam teka teki tuu
Tak tercapai akal sy gak kak!
haah kesian jugak kat wanita tu tp dah kita terkezut kan, mana lah dan nk pk semua tu..tk pe yg pnting akk slmt :)
tulah kak skrg ni ramai yang amik kesempatan minta derma masa lampu merah di traffik light kan, emmm bg kes ni kene hati2 jugak kan...
salam...
sungguh simpati..pada wanita tu..:tapi kalau lama melayan wanita tu nanti bila lampu merah bertukar hijau pun payah juga..
mana tahu ada anak kecil lagi nanti
salah cara mudah untuk buat pengiklanan...namun aspek keselamatan harus di ambil kira.
ekstrim gaks cara ketuk2 tu
syukur, tak ada apa2 rupanya orang2 biasa yang edarkan risalah..
ayu rasa nevous baca entry kak...
oh.. tu jawapan dia, fida cuma sempat dengar soalan... time dia nak bagitau jawapan tu, online radio dah buat hal.... tak dapat la tau jawapan dia..
terima kasih kak, sudi share;)
alamak,kita baru je terkena.. seoran lelaki cina.. agak tua.. luka luka.. tak tahu betul ke tak..
ketuk2 tingkat masa tengah tunggu nak masuk jalan besar lepas isi minyak.. pastu saya geleng kepala! dia ketuk tingkap lagi kuat seraya marah marah! uiiihhh gerun...
*kak zakie, tahu tak..kakzakie juga orang yang masuk dalam senarai yang ingin dipeluk! hehe... sudi sudikan je..entah bila kita sempat jumpa kan.. =)
seketika di lampu isyarat:
lampu merah, depan, kiri dan kanan takde kereta... kereta belakang dah hon suruh jalan..
akak rasa, mana lebih baik.. ikut traffic light tunggu sampai hijau atau ikut suruhan orang belakang yg suruh kita jalan jugak walaupun traffic light masih merah?? (",)
macam2 peristiwa kat lampu isyarat..takpe kakzakie berhati2 sebelum terjadi perkara2 yg tak diingini !!!..he2x..
kdg2 kita termenghampakan perasaan org tanpa disengajakan...
tkpelah keselamatan diri lg utama...
@ Mrs Eady: Tak perlu kata apa-apa hihi...
@ Sweetmama: Kakak rasa org itu org baik-baiklah eija
@ Sharifah Nadzarah: Kakak setiap hari pun lalu situ tapi baru kali ini ada
@ NyanyiSunyi: Yg penting halal NS
@ Kakcik: Along punya peribadi tinggi. Kakak walau tak pernah jumpa dari penampilan pun kakak dah tahu akal dia panjang... RM10/- tapi sahamnya besar kakcik
@ Acik Erna: Nilai wang bukan ukuran Acik, tapi keikhlasan itu yg penting - RM10 besar nilainya bagi yg memerlukan
@ Rina Avail: Itulah yg dikatakan pendik akal rina...
@ Imanshah: Kalau malam boleh menjerit kakak cikgu
@ Kunang-Kunang: Memang bahaya kak ani tapi mungkin ini cara dia
@ amirah: Kakak pun tak tahu nak kata apa Amie...
@ mama tim: Sebab fikir tak baik itu yg kakak fikir yg -ve aje walau mungkin org itu baik
@ miloais milo: Sebab itulah kakak terkejut sebab sedang dengar radio
@ yus: Wanita ini kelihatannya amat sopan dan kakak rasa tak mungkin dia boleh buat jahat sebab ramai org kan
@ Fatin Marz: Kesal kemudian tak guna kan dik...
@ norhidana: Betul juga, tapi ramai juga yg ambil dana... kakak rasa macam kakak sombong pulak
@ aanie: Hihi... mana boleh masa tu lampu merahlah aanie
@ Amie: Itulah Amie kakak dah lepas baru rasa kesal dan kesian
@ Qhaifa Nur: Masa memandu kadang kita temui macam-macam kan...
@ Rai: Tapi kakak rasa wanita ini baik sebab dia sekadar mengedar risalah sekolah tadika saja tak minta duit pun
@ bersama Kak Es: Dah tukar bunga hihi... apa pun kakak cuma kesal kerana kenapa tak ambil risalah rasa macam sombong pulak
@ Pok Amai-amai: Dah terjadi Fara
@ Tihara: Dah lepas baru kakak kesal...
@ ajumohit: Dia bukan minta derma aju, sekadar nak bagi risalah sekolah tadika aje...
@ Sekamar Rindu: kalau ambil tak lama sebenarnya Sk... tapi masa itu kakak rasa macam takut pulak
@ Cikli: Hihi... cikli ini buat kakak ketawa besar tau. Kalau dapat lagi kakak suka juga
@ Mak Su: Mungkin itu cara marketing dialah Mak su
@ Citarasa Rinduan: A'ah Ayu... org baik-baiklah tapi kakak aje yg takut sendiri
@ Afida Anuar: Kakak tiap hari memang dengar teka-teki pagi radio IKIM Fida... seronok:)
@ Kella: Itulah yg paling kakak takut dan membayangkan yg tak baik lalu org baik pun kakak sangka tak baik
@ fuad ansari: Kalau kakak tetap tunggu lampu hijau, kalau dia nak jalan potonglah kereta kakak. Tak apa org kata bodoh...
@ mama aini: Sebab kakak rasa org itu baiklah jadi rasa kesal
@ Maya Mayana: Betul Yana... tapi kesal kemudian tak guna dah...
incik fuad kalo mencelah..tak terkata...hehe
akak..saya nak pnjam teka teki tu...hehe
ooo kak zakie dengar ikim ye, bestkan dengar radio gomen, bukan cik ina tak suka radio swasta, suka , yang tak best dorang banyak putar lagu :(
cik ina tak terpikir langsung jawapan teka-teki tu cam tu.
kalau sy pun org ketuk camtu sure takut n terperanjat.. akak keje kt area taman daya ke.. dekat la tu dgn sy.. hiks..
x pe kak
berdoa semoga akak boleh mambantu di lain kali kan.. :))
tamo sedih2 ye kak
@ cikgu ma: En. fuad nak uji kakak tu cikgu. ambil saja sebab bukan dari kakak pun dari radio IKIM
@ CIk Ina DDC: Kakak boleh katakan 100% dengar radio IKIM melainkan sabtu petang jam 6:30 dengar Johor FM sebab masa itu rakaman adik mengaji berkumandang
@ ct rahani: Kakak lalu Tmn Daya setiap hari tapi tak kerja situ
@ aimi amalina: Mudah-mudahan gitulah mimi...
Post a Comment