Tuesday, December 13, 2011

Mencanai kebahagiaan - pertunangan Mohd Shakif - Faezah

Sambil bercuti sambil mengintai bakal anak saudara. Comel, manis dan cantik. Patutlah anak saudara aku tidak mahu ikatan pertunangan lama-lama. Kalau boleh awal tahun depan mahu saja diikat secara halal, tetapi pihak perempuan mahu selepas Hari Raya syawal tahun depan.
Dari kami untuk bakal ahli keluarga kami - Cik Faezah.

Sudah bersiap-siap untuk dihantar ke rumah bakal sepupu anak-anak aku.

Tiga kereta berkunjung - Ini bukan barang hantaran. Kereta kami pun sesekali ingin juga menikmati gubahan bunga. Kek juga kami masuk dalam kotak sebab sudah terlebih jumlah dulang. Janji 7 tiba-tiba terlebih satu. Kami jinjit katakan hadiah - bukan barang hantaran. Yang comel inilah bakal jadi anak saudara aku.

Tertunai hajat - Mak-mak pakat-sepakatan, ayah-ayah mengikat janji, tersarung cincin sebagai ikatan, ciuman kasih moga kekal abadi.

Makan - Selsesai bergambar atas pelamin nan indah, kami dijemput makan di khemah. Makanan terhilang sungguh membuat kami makan berpinggan-pinggan. Selera sungguh setelah berhari-hari makan di kedai/restoran, kini makan di rumah. Sambal belacan huh... sungguh tip-top benar-benar membuka selera kami.

Selesai - Kuih-muih juga terhidang. Ada kuih akok, karipap dan puding jagung. Disebabkan anak aku kata sedap berkali-kali, kuih akok dibekalkan sehingga sebekas besar sebagai bekal untuk dibawa balik. Malu aku... tapi aku juga turut makan sama.



~~Andai ada izin Allah tahun depan jadilah gadis comel ini sebahagian ahli keluarga kami.~~

64 comments:

Izwa Kamaruddin said...

amin...insyallah...

Hudalatip said...

bakal anak sedara orang mana kak? cantik dan manis gitu..

Sharifah Nadzarah said...

wah bestnya...
lagi best makanannya..kikiki

kak tie said...

sedapnya lauk pauk dia...peerggh...akok tu yang tak tahan tu...

No Lan said...

Selamat bertunang untuk bakal pengantin..

Ye la kak, klo bleh jangan tunang lama..org kata darah tengah manis masa tu banyak dugaan dan cabaran hehehhe....

azi said...

Kakzakie...
sedap-sedapnyer makanan yang dihidangkan...tahun depan seorang lagi ahli keluarga bakal bertambah...:)

adarnadzmie said...

moga ikatan kekal ke jinjang pelamin... amin....

menu sedap2 belaka..

pB said...

orang mana ??

faraherda.razalan said...

Hiks~ Teringat ms sy dulu. Ceh! Sibuk je kan?

Ati Masrif said...

sekarang ni mmg fesyen orang
bertunang pun ada pelamin kan

sepupu ati pun mcm gini :)

Tie HT said...

salam,

cantik tema hantaran tu :)

Kakcik Seroja said...

Semoga berpanjangan kasih ke akhir hayat mereka. Amin. :)

~izan~ said...

slmt bertunang utk anak buah akak.ye la,cantik n comey orgnya... =)

meriah majlisnya kak,menu2 pun sedapnya!

Widi Dede said...

congratz :)

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

norhidana said...

cantik bakal anak buah akak... dana pun suke kuih akok...tp dana suke yg tak berapa manis... mkn sampai tak ingt kadang tu hehehe...

Waqheh said...

sy dulu pun tunang tak lama kejap je hahaahaa..

nabilah_2908 said...

meriah juga majlis pertunangan ni...bila kenduri kawin..sure lagi meriah dari yg ni kan..huhu... :)

Puteri Kayangan?@#$%???? said...

amin2 ... umi gembira tengok orang bahgia ..moga segala perancangan berjalan dengan lancar ..amin :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

Selamat bertunang bakal pengantin. meriah anak saudara kak zakie bertunang., kenduri kahwin nanti mesti lagi meriah.seronokkan . bakal anak saudara tu memang cantiklah kak zakie, comel je orangnya.

s a r said...

assalamualaikum akak.

saya pun ada azam ni takmo tunang. teruskan aja. ahah

lieynanilaz said...

meriah majlis pertunangan ini..
cantik2 barang hantaran..:)

dhiera zainudin said...

amin~ semoga urusan ke walimahnya sentiasa dipermudahkan

JunAina said...

banyaknya juadah...apapun semoga kekal ke jinjang pelamin.

NURAZZAH8 said...

Salam KakZakie...ooo anak sedara ya? ingatkan anak akak yang bertunang...hehe..bila lagi anak akak pulak? ...
memang comel cantik molek bakal isteri anak sedara Kak Zakie tu...

Azzah
http://www.nurazzah8.blogspot.com
http://www.buttonplanetent.blogspot.com

Eye_nee said...

cantik dan lemah lembut raut wajah dia kakzakie...Semoga Allah permudahkan semuanya..dan InsyaAllah akan dia menjadi sebahagian dari keluarga kakzakie satu hari nnt...

munna said...

TAHNIAH BUAT ANAK SAUDARA KAK ZAKIE... MMG CANTIK BAKAL ISTERI DIA...

Kak Amy said...

cantik sangat kak , makanan pun menyelerakan..anyway tahniah ye..

Acik Erna said...

Tahniah..dan selamat menyambut orang baru.
bertambah ahli keluarga kakzakie.

Rozie said...

Bagus tak payah tunang lama-lama..

LYAfrina said...

y gambar bakal ibu mertua cium dahi tu.. dari tepi... mmg nmpak cam rozita che wan.. msti cun kan

Munn Jaafar said...

slmt btunang =)

gmbr tunangnye sipi2 je hehe

wahida said...

telur masin tu menggoda saya kak...

semoga kasih mereka kekal abadi...

ajumohit said...

Terasa manisnya Kuih akok tu kak... Tahniah kpd pasangan ini, smg ikatan yg terbina disusuli dgn ikatan Perkahwinan amiinn

Unknown said...

meriahnya majlis pertunangan ni.moga pasangan ni kekal bahagia.
Juadah2 tu semuanya nampak sedap2 belaka

Cho Zila said...

alahai orang comelkan mesti takut dikebas orangkan.. meriah gak majlisnyer... hantaranpun kemain banyak lagi lyerk..

aizamia3 said...

selamat bertunang kepada anak buah akak.. ;)
cantik.. ;)
hantarannya pun menarik.. sweet je..

dapat bekal kuih akok.. hikhikhik.. kalau ai.. takkan dilepaskan..

Unknown said...

Salam Kakzakie..
tahniah ye..
sy tk pandang bakal pengantin tu tapi sy asik pandang tang makanan dan kueh2 tu..sedapppp..

WuMing said...

Dari hantaran sampai ke makanan semuanya kelassss gituuu...

Dr K said...

selamat bertunang buat anak buah akak..:)

ahmad humairi said...

Tahniah!

Layout gambar-gambar tu pun comey lah. Kakzakie memang hebat! Segalanya comel...purple plak...sama tema kawin anak saya dulu!

Anonymous said...

selamat bertunang..manis orangnya.

Lydia Miza said...

cantik warna pilihan.moga berbahagia menuju ke jln yg diredhai Allah

Kella said...

InsyaAllah.. semoga smuanya dipermudahkan..
nampak sikit.. memang comel.. =)

Darling Pya said...

anak saudara acu pun bakal bertunang minggu depan...langkah bendul mak sedara dia nie...hehehehee

gadisBunga™ said...

lawa betul bakal pengantin tu.... :)

dwatyKNY said...

memang comel....
aminkak... semoga dipermudahkan semua urusan membina masjid...

ieja amieja said...

assalam kak zakie,
tahniah buat ank sedara akk..mmg comel calonnyer dan meriah sungguh majlisnyer..semoga menjadi dan kekal abadi nnt..

mama aini said...

assalam kak zakie..selamat bertunang buat ank saudara..comil tunangnya..semuga berkekalan hingga kepelamin..amin..thanks ya..

ciK LyndaWawa said...

pink dan pepel..cantiklaaaa=]

Unknown said...

tahniah buat bakal pengantin...semoga selamat hingga jinjang pelamin nanti.cantik hantaran tu kak...makanan pun sedapx2:)

Hanis Azla said...

mmg manis orangnya bakal anak saudara akak tu.. semoga segalanya berjalan lancar menjelang hari bahagia mereka nanti.. bestkan kak.. dah makan diberikan bekal lagi.. rezeki.. rezeki.. Alhamdulillah..

Qhaifa Nur said...

alhamdulillah dah sampai jodohnya...
orang kata darah manis yup...
meriah, macam2 ada..

Anonymous said...

salam.....kak,

selamat bertunang buat en Mohd.Shakif dan Cik Faezah..

semoga Allah SWT mempermudahkan semua urusan..amin

Afida Anuar said...

Semoga bertemu di jinjang pelamin, insyaAllah..

makanannya yang sedap tu kak..ada akok!.. he he

Unknown said...

selamat bertunang ..semoga hubungan kalian kekal ke jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat

CikTeddyCorner said...

alhamdulillah~

Noor Fatin said...

insyallah. amin. selamat bertunang. cantiknya gadis tu :)

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah pertunangan telah terikat doa-doa dan komen dari teman semua kakak ucapka jutaan terima kasih: -

Mrs Eady, Huda, Sharifah nadzarah, Cik Tie@Akak, No Lan, azi, adarnadzmie, Fara, pB, Ati Masrif, Tihara, kakcik, izan, norhidana, waqheh, nabila_2908 , My Life's Journey, CIk ina DDC (she's the only daughter from two siblings cik ina),sar, lieynilaz, dhiera, JunAina, Nurazzah8, Eye_nee, munna, Amy Syaquena, Acik Erna, Zie, Lyafrina, munnafendy, wahida, ajumohit, win@momysheinqeisha, Cho Zila, aizamia3, Nyanyisunyi, WuMing, Daddy Ziyyad, ahmad humairi, Lydia Miza, Tiramisu Fatiema, Acu Sayang, Kella, gadisBunga, dwaty, ieja amieja, mama ainia, cik Lyndawawa, Nieza, Hanis Azla, Qhaifa Nur, Sekamar Rindu, Afida Anuar (Akok dia tak manis tu yg best:), Original Cik Teddy, Tentang Kita dan Noor Fatin.

Terima kasih atas segala ucapan yang diberikan.

emarieys said...

selamat bertunang..memang comel tuan empunya tu..

Unknown said...

insya'allah..semoga dipermudahkan semuanya.. amin.

So Shy Lady (SSL) said...

btul kak comel orgnya, sy bknan dressing merahnya tu...rs nk btunang lg la pulak kihkih

Cikli said...

tahniah kepada bakal pengantin baru. jangan tunang lama-lama.

SITI NOARIZAH ARIS said...

kAK KITA SAMALAH BAGI KALER PURPLE UTK PIHAK PEREMNPUAN.

TAPI SY BELUM ADA MOOD LAGI NAK UPLOAD GAMBAR SEKITAR PERTUNANGAN ADIK SAYA AYIE 3HB ARI TU..:)

Kakzakie Purvit said...

@ MamaEma: Terima kasih Ema

@ So Shy Lady: Hihi... dah berlalu dah

@ Cikli: Kami nak cepat tapi mereka (pihak perempuan) tak bagi

@ CT Norarizah: Sharelah boleh kakak tengok:)