Meninggalkan negeri Terengganu yang indah di pagi hari selepas Dhuna. Keropok lekor yang telah sedia untuk dimakan terus dikunyah sepanjang menuju ke arah selatan. Sebagaimana perancangan diatur, Bukit Gambang Water Park menjadi pilihan anak-anak.
Kami tiba telah masuk waktu zuhor. Selesai membeli tiket Mak Uda, Mak Ngah dan Mak Zah sudah pergi dulu ke surau bahagian luar tempat permainan. Aku, hubby dan anak-anak solat di bahagian dalam tempat permainan. Kelihatan di surau bahagian wanita ada juga disediakan telekung 3 set. Kami lebih selesa menggunakan telekung sendiri. Selesai solat apa ditunggu lagi kecebur!!... masing-masing membasahkan diri.
Kemudahan - Banyak kemudahan disediakan tapi kami hanya menyewa tube saja sebab bila habis digunakan wang boleh diambil semula. Sama kaedahnya seperti di Sunway Lagoon, A-Famosa Melaka dan Wet World Batu Pahat. Gambar adik dengan sepupunya diambil ketika hendak balik. Adik pakai baju Kak Nurienne kerana masa masuk lupa bawa baju kering untuk buat salin. T- Shirt Kak Nurienne bagaikan maxi bila dipakai. Mulanya dia menangis, tapi bila dipujuk dan katakan akan tukar bila tiba di tempat parking, dia akur... lihat mood nak bergambar pun hilang.
Kakak-kakak masing-masing dengan aktiviti mereka sendiri. Aku terpaksa temankan adik dan hero lelaki anak adik aku kemana saja dia hendak pergi. Permainan adik dan sepupunya tidak melibatkan yang bahaya.
Tidak puas - Adik dan sepupunya lebih banyak menghabiskan masa di tempat permainan ini. Mereka suka sebab ada slides, gua, terowong dan tangga macam di taman permainan. Ada ketikanya curahan air dari atas ke pool bahagian bawah membuat mereka gembira teramat sangat. Aku pula teringat dulu ketika aku masih kanak-kanak di rumah embah (datuk) aku bila hujan aku tadahkan kepala di cucur air hingga membuat embah marah. Gelihati juga bila teringat itu semua.
~~Anak-anak mengatakan mereka lebih seronok mandi-manda di Sunway Lagoon, A-Famosa Melaka dan Wet World Batu Pahat berbanding di sini. Sebelum bercuti yang sibuk benar menjadikan Bukit Gambang ini satu itinerary adalah mereka juga.~~
46 comments:
As Salam Kak Zakie
pernah tahun lepas , pB ke masjid Kristal.
Kebetulan masa sampai tu , masuk waktu zohor...
Ada solat berjemaah masa tu ..
Dan ada imam yang bertugas pada setiap waktu
Tak tau pulak sekarang ni dah tak ada...
he~~sunway memang best tapi crowded sangat~~
assalam kakzakie..anak2 memang tak boleh dipisahkan dengan air..asal cuti je..mesti nak kemana2 yang boleh berendam
Seronoknya! Klu msk tmpt mcm nie, Aydin mst suke!
petang ni ke kuantan..tp kalau ada masa boleh gak ke Gambang water park ni..
blm penah bawa anak2 mandi manda kat water park sbb risaukan afiqah ada asthma...
tak jauh dari rumah izan dah ni..tp kami pun xsmpai lagi.tmpt org pun dh smpai..biasa mcm tu kan kak..
mmg ramai bg feedback yg agak kureng bila ke sini.maybe sbb mcm anak akak kata tu...
tgk gmbr2 anak2 akak tu mmg nampak hepinya =)
Wah...ni Jelajah Pantai Timur namanya... :)
tak best ke kak? wet world batu pahat best? hehe, lain kali nak g wet world batu pahat bagitau eh kak, boleh kita jumpa..
bestnya...mau kalau bawak askar-askar saya sampai kecut pun tak rasa nak balik!hehehe
@ pB: Oh... ye ke pB. Tapi kata org yg bekerja di situ solat berimam sesama kita saja dan solat jumaat memang tak ada. Masa kami tiba pun sekadar utk solat tahiyyatul masjid aje sebab dah lepas asar...
@ bujal x: Tapi permainan di Sunway banyak itu yg anak-anak suka
@ Acik Erna: Kita dah jadi ibu ikut suka Acik walau taklah sehebat mereka hihi...
@ Fara: Jangan kata Aydin... Fara pun suka juga bila tengok Aydin terlompat kegembiraan
@ MamaEma: Mesti anak-anak Ema suka...
@ Mamamya: A'ah... kesian juga kalau dia asthma Lia. Tapi kalau Firas mesti tak mahu berhenti main air
@ izan: Selalu gitulah izan... yg dekat tak sibuk nak pergi, kita yg jauh siap plan memacam hihi...
@ Cik Shinju: Sementara anak cuti Yun. Lepas naik sekolah je masing-masing dah tak boleh kumpul lagi...
@ Huda: Kakak sabtu ini balik Batu Paht, kalau cepat kami akan terus ke wet world tapi kalau lewat hari Ahad ini kami pergi.
@ eiza: Itu dah mesti eiza. Kalau mandi sampai gigil masih tak mahu berhenti budak-budak nie...
i tak bape gemar lak wetworld tu sbb pnah pgi sekali dah kurang bersih dan ada sikit bau kat situ..huhuhu..mgkin terlalu rmi orang gaknya dan my kids juga anak sdare ckp tak best..so terus tak pgi lagi..tapi tak tau le skrang dah okay :)
ohhh gambang nie mmg jadi idaman my kids dah lama tapi masa ke sana jek tak de huhuhu..wah happy tul tgk cuti2 msia camnie ek..puas bjalan :)
salam kak...wahhh berjalan sakan yer...Liza jugak belum sampai kat Gambang tu...hihihihi
kalau dapat berendam bukan setakat anak2 mak2 pun syokkk tapi sekarang ni jarang nak berendam lebih banyak pantau anak2 yg berendam sahaja...bapak? memang berendam sakan tak peduli dah anak2 or mak...:)
Salam perkenalan...
best jugak yer kat sini..nt nak try ushar :)
laa akak xmain sama ke hehe
Sunway Lagoon lebih seronok ya kak...
Kami tak pernah sampai sana, takpe lepas ni mungkin boleh ke sana pula...:)
nak masuk sunway lagoon sekarang nie bukan main mahal lagi...
pernah gak 2x ke sini, semua gelungsur saya naik. hehehe, ngalah kan anak kecik. bercadang ari isnin nie nak ke sunway lagoon... tapi tak tahu lah pengunjung ramai ke tak. maklum lah hari cuti kan?
seronoknyaaa.. dah lama teringin nak ke sana...
bestnya akak.. bila ya bleh smpi cini.. teruja tgk
salam
wow, memang best gambang ni....
jangan kata anak2 saya pun suka berendam..
seronok tgk adik main air heheeh... msti puas anak2 akak cuti sekolah ni ek... jln sana sini je
seronoknya sekali skala dpt berendam! tp xbest kalau rmai sgt org..crowded
salam akak..
wow best..lama xg mandi2 mcm ni lagi..ehehe
dah lama Queen x pergi bermandi manda.. mandi manda kat rumah aje dlm kolam kecil anak.. hehehehe
salam k zakie ..
masa cume awal muharam baru2 ni aby gi sana dengan family. jumpa wf dan anak kt sana on the way aby balik dari kenyir ...
masa tu waterpark penuh sbb bersama dgn tiket free gegar Harian Metro,
yg seronok kami beli tiket dari pemilek tiket free yg menawarkan kt kami, RM 10 satu ..
kira ok la tu ...
apapun enjoy your holidays
spelling error ..
cume = cuti
@ sisdee: Permainan di wet world lebih banyak kot itu yg anak kakak suka
@ Liza: Kakak pun baru kali pertama. Nampak akan ada perkembangan lihat pada signboard akan ada snorkeling katanya - dlm projeklah tu
@ JunAina: Biasalah Aina... mak-mak walau apa pun tetap bimbang, mesti nak pantau anak-anak. Kakak paling takut kena bawa lari org jahat hihi...
@ Tihara: Ok jugalah janji dah penuhi kehendak anak-anak
@ redza: Kakak main tempat adik. Cuma tak trill sebab cetek:)
@ yus: Oh... Sunway Lagoon besar/luas dan banyak permainan Yus. Kalau nak main semua pun tak larat. Tapi harga tiket pun mahal hihi...
@ Acu Sayang: Kakak pun lama tak pergi. Kalau pergi sana anak-anak pergi dgn sepupu mereka
@ eelobor: Kakak ngeri dengan slide yg guna tikar tu ee. Tapi ramai juga yg berani. Kakak tak bagi anak dara kakak 2 tu buat kakak takut terpelanting je...
@ Hanis MY: Tunggu Hanis balik M'sia dululah ye.
@ Nureen: Bolehlah turun sini Nureen, mesti Elly suka.
@ Qhaifa Nur: Masa berendam lupa kan, sedar-sedar muka perit dan gelap aje hihi...
@ norhidana: Mana tak seronok dana... semua yg dia nak dapat, sampai gelap muka
@ Munnafendy: Sebab cuti sekolah memang ramailah munna
@ cikceriacorner: Em... ajaklah cik abang ccc tu ke sini. Jenjalan berdua dulu nak tunggu ahli baru lama lagi kot:)
@ Queen Tertai: Kena rehat dulu Queen, bila dah boleh bergerak semuanya baru boleh pergi lagi. Allah bagi cuti sekarang nie kena jaga kesihatan...
@ aby: Wa'alaikumsalam aby.... wah untunglah beli tiket berganda murahnya. Tapi kalau ada pesta Harian Metro mesti sesak masa itu kan...
Salam, gumbira ria bersama keluarga.. mandi manda dan makan-makan.. Insyallah, momen-momen ini akan jadi kenangan indah buat kita dan anak-anak pabila masing-masing dah besar nanti..
dah lama tak ke tempat2
mcm gini ..dpt pi hotel
yg ada swimming pool dah ok je
buat anak2 ati
akak tak join mandi sekali...? :)
memang best bila dpt luangkan masa utk famili....selamat bercuti kak...safety fitst! ok.
Assalam Kakzakie,
cuti2 Malaysia ye... rehat minda rehatkan diri juga untuk seketika, moga gembira bersama family tercinta!
amboi akak ini btul2 cuti2 msia ni...mrata pgi ye!
bukit gambang kureng sikit ke, kak? t.pnah pg. sy ingat nk pgi sunway lgoon je... dkat ;D
aloor dah dekat ngan ieda
tahu akak turun leh jumpe :)
akak bagi saya ok lahh .. kalau ke sanway rege mahal pula kan .. sini kira ok dgn rm 20++ tuu :)
seronok ye adik2 mandi manda...
cuti sekolah neh..hehe
@ Che mid: Itulah CM sementara masih kecik kita boleh usung mereka, kelak besar boleh pergi sendiri
@ Ati Masrif: Suasana bezalah sikit Ati sebab tempat macam ini banyak tempat permainannya
@ nabila_2908: Kakak kena join juga sebab nak jaga dua budak yang tak tahu bahaya lagi. Join tempat budak-budaklah tapi hihi...
@ PCL: Terima kasih PCL. Dua minggu sebelum sekolah dibuka kakak dah plan tak kemana lagi
@ Amie: Wa'alaikumsalam amie. Yg lebih seronok sebenarnya anak-anak
@ So Shy Lady: Pada kakak ok aje. Tiket pun tak semahal sunway lagoon kan.
@ ieda: Masa sampai di bandar Muazam Shah (masa pergi ke T'ganu) kakak teringat ieda dgn izan (ialah teman blogger kan).
Betul ieda ticket jauh lebih murah berbanding sunway lagoon
@ ila honeybunny: Kalau Ila pun mesti suka mandi-manda sambil bercanda adik-beradik kan...:)
Assalamualaikum...kak,
dlm suasana cuti sekolah mcm skrglah memang sesuai sangt untk satu family pergi makan angin..tak kiralah di mana pun..
Bukit Gambang Water Park tak penah sampai lagi ni..saya kena pergi juga ni..:))
seronoknya..saya belum berkesempatan lagi bawak anak2...mgkin kalo ada rezeki selepas krismas nanti..insyaallah
@ Sekamar Rindu: Wa'alaikumsalam SR. Begitulah dik... sebelum cuti lagi anak-anak sudah merancang hala mana hendak pergi.
@ Cik Tie@Akak: Kena luangkan masa juga cik tie... cuti sekolah semakin sampai ke penghujung...
kalau akak nak tau kan, saya tak penah pegi ke mana2 water theme park. padahal dekat opis saya ni dekat bebenor dgn desa waterpark. sunway lagoon pun tak penah gi. yg kat tasik shah alam tu pun tak penah gi.
pesen takut air saya ni. heheheh~
teringin nak ke Gambang nih...tak sampai lagi...
tak pernah lagi jejak kat sini, banyak blog bercerita pasal gambang ni, cam teringin nak pegi, tunggulah satu hari nanti, kalau diizin Allah SWT.
Post a Comment