Thursday, February 9, 2012

Anak jiran

Bukan anak aku tetapi selalu berada di ruang tamu rumah setiap kali ada cuti dan masa terluang. Bangun pagi walau belum mandi lagi sudah menjengah-jengah pintu pagar rumah aku. Tidak boleh nampak kelibat hubby.

Mohd. Fauzan - Anak jiran aku yang manja dengan kami. Panggil aku Mama Mien. Hubby pula Papa Mien. Berusia 2 tahun lebih. Masih pelat lagi.

Bersepah - Habis dipunggah apa saja yang dia nampak di depan mata. Tapi aku puji dia selepas bermain mesti disusun semula walau susunan tidaklah seperti asal.


Waktu ini aku baru keluar dari bilik air untuk menunaikan solat Dhuha. Nampak aku bertelekung dia bertanya aku hendak bersembahyang. Mak Zah bertanya padanya pula.

Mak Zah: Fauzan tak sembahyang?
Fauzan: Sembahyanglah (pelat dia kami faham).
Mak Zah: Sembahyang apa?
Fauzah: Sembahyang suraulah macam papa. (Mudah betul jawapan dia).

Mak Zah: Fauzan tak mandi lagi kan, balik dulu mandi, lepas tu datang lagi.
Fauzah: Bibi tunggu bonda cuci pinggan (membahasakan diri baby tapi bunyinya bibi)
Mak Zah: Minta tolong kakak mandikan.
Fauzah: Tak nak.
Mak Zah: Bonda cuci pinggan apa lama sangat?
Fauzan: Pinggan masak-masaklah (jawapan dia spontan tidak perlu befikir lagi).

Kami suka melayan dia. Walau pelat tetapi bahasa dia telah kami fahami. Namun yang membuat kami seronok, apa juga yang kita tanya pasti akan dijawab. Cerdik. Apa yang tidak baik seandainya ada kala cerita yang sepatutnya menjadi rahsia keluarga pun akan diceritakan. Kita sebagai orang dewasa yang kena berhati-hati.


~~Anak-anak pada usia begini sedang membina akal. Apa yang dilihat itulah yang akan diikutinya.~~




65 comments:

Hudalatip said...

Bagusnya anak jiran tu kak..

cheqna said...

suka layan budak2 ni
mesti akan tergelak sorang2 =)

pB said...

makin dilayan makin seronok

musang said...

best jugak layan budak2 nih

terpatrisinarabadi said...

Dia sebagai penghibur :)

eiza said...

budak memang luhur...walau tak payah nak fikir dulu sebelum cakap tapi relevan je jawapan die..

Kakcik Seroja said...

Semoga Fauzan menjadi anak yang cerdik dan soleh. :)

Liza said...

salam kak zakie...betul tu. anak liza yg umur 3 thn ni pun, bercakap jer keje dia...tp seronok jugak melayan, kdg2 kita pun jd bdk2 cm dia jugak....hihihihi

Temuk said...

As-salam
Hehehe, kakzakie nak komen apalah agaknya kalau ada orang kata,

"Anak seluang, seluang juga,
Takkan sama anak tenggiri"?

Phew, nak tumpang komen juga "gedine" kenduri kakzakie di Restoran (Kena) Singgahselalu Lido JB tu.

kurus said...

anak jiran yg baik
buat penyejuk hati akak dan suami ..
seronok kalau rumah ada anak2 kecil nie .. riuh dia lain kan kak ;)

Masya said...

anak² jiran saya pun suke jugak bertandang, pantang pintu pagar terbuka.. anak sy pelawa mereka masuklah hihihihihi... main sama²

ajumohit said...

Rajinnya Akak melayan keletahnya ye, seronok dpt bjiran ngan Akak kan, layan anak2 seperti Anak sendiri, di Rumah saya ni semua suke main basikal Dan masak2, ramai perempuan ;)

Unknown said...

Itulah budak2, jwpnnya jujur dan takde kona2. Selalu zana pesan kat anak (masa kecik2 main kt rmh org) hal2 keluarga jangan cerita pd org tak kenal rapat....hehe...nasib baik anak dgr kata.

emarieys said...

budak-budak tak reti nak berbohong

Azian Elias said...

depa ni cakap dari hati.. pure..

Munn Jaafar said...

sy suka borak dgn budak2 baya cmni..best! kekadang kalau kita buat2 tak paham, dia terdiam n pk kejap mcm mana nk terangkan..pastu kuar la ayat spontan cmni =)

amirah said...

layan kerenah budak2 memang rasa happy je..tambah lagi kalau dapat menyakat..hehehe

Unknown said...

memang seronok kalau layan budak2 yang suka bercakap ni..yang kita tanya buat tak tahu tu yang geram tu..berat mulut..

sahromnasrudin said...

anak jiran slalu citer mak ayahnya asyik gaduh je huhuuhh

intan_blur said...

best layan dorang ni kan..
lagi2 klu rahsia..hehhehe..n bhati2 juga ngan dorang ni kan..

Unknown said...

anak2 seusia fauzan ni mmg jujur & bersih hatinya... ada juga meneman akak kat umah bila anak2 x der...mesti rasa terhibur dgn ragam dia kan...

adarnadzmie said...

suka juga layan anak2 jiran yg dtg bertandang main2 ngan anak2 saya...
betul tu kakzakie budak2 ni lurus klu berkata2...tak pandai berbohong... abis la klu cerita pasal2 rahsia dlm keluarga ni...hehe

aReLaN said...

bila la nak ada budak2 kat rumah sndiri.jeles tengok orang ada anak isteri.nak kawen cepat2 la gini.hehehe

Dr K said...

zaman sekarang ni kak, makin susah nak tgk anak jiran bertandang ke rumah...masing2 terlalu sibuk dgn kerja..anak anak pula seawal pagi dah dihantar ke nursery/tadika...baguslah ada hubungan yg baik dgn jiran macam ni

Azlan Strider said...

haha..comel cara dia jawab soalan..hehehe

Regards,
-Strider-

norhidana said...

teringat watak kanak2 nakal kt cite elly n epit kt astro ceria... hehehe

kanak2 umur camni tak pandai bohong,jawapan nyer jujur

ieda said...

salam...memang best ja melayan kalau dapat budak kecik yg rajin bercakap.

ckLah @xiiinam said...

Bertuah dia dapat jiran penyayang...

Qhaifa Nur said...

saya pun seronok jika anak jiran bertandang kat umah main dgn anak2...
kadang2 kita sendiri tak sangka mereka bole cakap begitu...

ini semua didikan ibu bapa sendiri...

mama ju said...

Salam

Mesti hubungan KZ dan mak dia baik sangatkan!
Dulu ada kwn anak yg tak nak balik rumah!

mama ju said...

Salam

Mesti hubungan KZ dan mak dia baik sangatkan!
Dulu ada kwn anak yg tak nak balik rumah!

wahida said...

cerdiknya...budak2 sekarang mmg keletah kan kak...
kengkadang boleh bocor rahsia keluarga dek mulut budak2 keletah ni...hehe...

Anonymous said...

bagus die akak ek..budak2 pandai cakap..suka tengok keletah diorang

nabilah_2908 said...

family akak dengan family dia mesti rapat kan... :)

Tie HT said...

bagusnya akak layan budak2..kusyuk dia main tu :)

syiela said...

rajin layan bebudak ye.. best dengan gelagat dorang.. tapi budak2 ni jujur apa yang kita tanya dijawab dengan betul.. so nak tanya pun kena hati2 jugak..

Zaitun said...

Tentu keluarga Fauzan pun rapat dengan keluarga kakzakie.

Beruntung dia dapat jiran macam kakzakie.

Unknown said...

saya ingat bibi tu bibik..hihi, cute la budak budak kan kak

eelobor said...

hehehe..... mesti kalau dah selalu dia bertandang & sampai masa suatu hari nanti dia tak datang lagi, akan terbit perasaan rindu pada saat2 yang lalu

pena rozie said...

seronok gak layan budak2 pelat ni. Walau pun kadang kala memang x paham

Unknown said...

betul tu kak.. baya-baya ni mmg dah petah bercakap.. just like ammar.. suka sgt layan dia ckp.. kdg2 x expect pun perkataan tu dia boleh ckpkan...

fatin said...

kids mmg suka kan perhatian..
dia suka lah tu duk umah kak zakie..ada yg melayan dia~

=}

Aliesha Kirana said...

alalala comelnyeee die kak! pandai bercakap. nampak mcm dh besar jerr. heee

::NureeN:: said...

bagus la.. betol tue.. masa usia ni la anak2 mula belajar apa yg dia nmpk :)

Ann Ishak said...

rajin akak melayannya, comel pulak tu

Kayu Manis said...

jujur kan budak2..mana pandai tipu2..dah jumpa kwn baru jumpa yg pelik2..pulak..

hah sudah.

aanie said...

dia main sorang2 je ke kak? pandai bawak diri...

MulutPayau said...

seronok kalau dapat melayan budak2 macam ni.....

sal said...

terhibur dapat melihat telatah anak2 yee..

Cik Ina Do Do Cheng said...

seronok layan budak keletah cam ni, boleh kak zakie buat teman.

aliza said...

yuppp budak2 x reti simpan rahsia,.. sebab tu risau kalau anak2 p jalan2 rumah sedara mara, ada2 je benda yg ditokok tambah dia..macam adik, anak dia sibuk citer pada mak, .. dia naik eloplan.. kan terbukak rahsia adik p bercuti naik aeroplane!..

Hanis MY said...

bestnya kalau berjitan dengan kak zakie... bertuah budak tu...

Hairun Azmi said...

Bijak dan telus...

Di persilakan semua untuk menyertai Giveaway Sulung Miecyber's Blog.

http://www.miecyber.com/2012/01/giveaway-sulung-miecybers-blog.html

Unknown said...

kak......
rindunya.
ayu dh lama tak BW.

malam nie dapat fak curi masa, walhal pg tadi sibuk dgn interview, ke imegresen

kak, ayu nak tahulah. pasal kat jb tu, imegresen y kat pekan rabu ker?
sbb kat jb y tjb dh tutup dr tahun lepas lagi...
ayu baru tahun nie msuk tahun ke 2 hidupkan di setia tropika

PS: anak jiran kak tu mmg cute, serasi dia ngan family kak kan?

mama aini said...

assalam `kakzakie`..ehem bijaknya dia..dah lama mama tak dikunjungi olih ank2 jiran, sbb mereka dah besar skrg ni..he2x..

mama ju said...

KZ
Drp sekolah arab tu, terus je , perasankan sempadan BP/Pontian terus lagi tak samapi 1/4 km tgk blah kiri.Ia gerai.Femes dgn gearbox, sup belut.Tapi lain org lain citarasanya.
ok

Fasihah Supian said...

betul kak, anak2 kecil waktu ini sangat perlu untuk menunjukkan role model yang baik2...

YATZAKIE said...

pandai dia lepas main kemas blk..kalo anak jiran saya,dia tinggal mcmtu je lepas main..

suri solehah said...

hehe..pandai bibi ni....lepas main kemas balik ye...
baca coretan kakzakie selama ni..mcm teringin sangat jumpa kakak..dapat bayangkan,harmoni je hidup keluarga kakzakie..

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya kakak dan abang memang suka kanak-kanak hingga kakak pernah ada niat nak buka nursery tapi banyak hal pulak kena buat.

Terima kasih kepada teman-teman berikut: -

Huda, cheqna, pB, redza, ikatankasihku, eiza, kakcik, Liza, Temuk (benar anak org sekadar tumpang kasih aje kami nie), ieda, Masya, Ajumohit, Zanafahmi, Mama Ema, Azian Elias, Munnafendy, amirah, diana, sahromnasrudin, intan_blur, Mamamya, adarnadzmie, arelan, Daddy Ziyyad (betul kakak pun jarang jumpa kalau tak masa cuti), Azlan Hasan, norhidana, ieda, ckLah@xiiinam, Qhaifa Nur, Mama Ju (tak juga sebab kakak kerja jarang jumpa, kalau jumpa pun masa cuti itupun kalau kami tak jenjalan), wahida, Tiramisu Fatiema, nabila_2908(nak kata rapat tak juga dik sebab jarang bersua sebab kerja), Tihara, Syiela, Zaitun, Ladysirna, eelobor, Pena Rozie, Queen Teratai, Fatin Mraz, Aliesha Kirana, Nureen, Ann Ishak, cinnamon.com, aanie, Mulut Payau, Sal, Cik Ina DDC, aimaniman, Hanis MY, Hairun Azmi Hashim, Citarasa Rinduan (kakak tak tahu yg di Setia Tropika), mama aini, Mama Ju (Thanks kak ju), Fasihah Supian, Yatzakie dan suri solehah (insya-allah kita akan bertemu kalau ada izin allah suri)

Sekali lagi terima kasih semuanya.

sahromnasrudin said...

mesti dia sgt respek kat kakzakie kan :-)

ROZILA said...

salam pagi jummat kak zakie,

Budak2 berkunjung kerumah itu adalah satu rahmat....

Saya suka...

ct rahani said...

kdg2 seronok jugak melayan anak2 yg petah nih.. mesti byk soklan terkeluar dr mulutnya.. kdg2 ader soklan kiter sendiri mati akal nk menjawabnya kan kak.. :)

Kakzakie Purvit said...

@ Sahromnasrudin : bukan respect shah tapi manja dah

@ ROZILA: Kakak memang suka bebudak

@ ct rahani: ct ada 2 hero seronok melayan mereka kan...

Maya Mayana said...

rahsia pun kdg2 terbongkar..bahaya..hehe

kena pandang, dan tengok2 dulu nk buat sesuatu kdg2 mrk tanya:

cth: org besar pkai pampers ke?

pening...pening...