Monday, April 30, 2012

Periksa sahsiah anak

Selagi belum menginjak bulan ramadahan akan masih ada saja majlis maulidurrasul. Lebih memikat lagi bila agak lewat dapatlah kita menikmati ceramah agama dari penceramah yang hebat-hebat. Sebab di waktu bulan ramadhan jadual pencermah amat padat dan peluang mendapatkan mereka agak sukar. Hari Sabtu yang lepas Sekolah Agama adik menganjurkan majlis tersebut. Padat hadirin yang datang hingga aku terpakasa parking kereta agak jauh kerana selepas isya' baru kami bertolak. Sekolah adik tidak sampai 5 minit jarak dari rumah aku kalau memandu sudah boleh sampai.

Qasidah - Pimpinan ustaz-ustaz dan beberapa pelajar undangan
Guru Besar- Selepas qasidah guru besar memberikan ucapan alu-aluan.

Ramai-ramai berdiri - Hormat selawat dan salam ke atas junjungan rasulullah saw bersama-sama

Dr. Robiah K Hamzah - Lantang suara membuat tiada yang terlena bahkan terpegun dgn lontaran bicara yg disampaikan. Penekanan sahsiah diri anak-anak ditekankan pada malam itu. Paling berkesan bila beliau mengatakan untuk semak apa suroh yang anak kita baca, apa yang anak kita makan, apa yang anak kita pakai dan apa yang anak kita lakukan sepanjang hari kita tinggalkan untuk mencari rezeki. Semua ini akan dipertanggung-jawabkan ke atas bahu kita sebagai ibu-bapa andai ada kelalaian.
Adik juara kuiz bawah 10 tahun - Gambar atas pentas terlepas sebab tidak sangka nama adik dipanggil sebagai juara. Terlewat mahu ambil gambar adik sudah turun pentas.
Tokoh lelaki dan perempuan - Adik  Nur Ilham dan Adik Naqiah yang berumur 15 dan 11 tahun disampaikan oleh Dr. Robiah K. Hamzah.

Majlis berakhir pada jam 11:15 malam baru diikuti dengan jamuan nasi beryani. Aku dan anak-anak tidak makan kerana ustazah (guru besar) sudah memberi sedikit berkat nasi beryani itu waktu asar ke rumah kami.


~~ Terpempan bila ustazah Dr Robiah mengatakan setiap hari dianggarkan 400 pasangan muda yang menikah di Songkla, Thailand kerana pernikahan tidak mendapat restu ibu-bapa. Gerun sebagai ibu yang punya tiga anak dara. Ya -Allah moga dikuatkan keimanan anak-anak kita dan menghormati kita sebagai ibu-bapa mereka. Amin.~~


Saturday, April 28, 2012

Masih berbau Mekah lagi

Bingkisan tiba - Nurienne anak sulung aku yang mengambilnya dari en. posmen
Berkali sudah membuat umrah
21-04-2012 baru saja kembali 
Juga tarikh ulangtahun cucunda tercinta
Hilang segala rasa resah
Pemberian Kakpah menyentuh hati
Berguna, cantik dan enak tidak terkira
Bau Mekah lagi - ada tasbih digital, fridge magnet, ada 2 jenis kurma dan kismis
Anak ramai cucu sudah dua
Menikah usia muda agaknya
Marilah teman kunjungi rumahnya
Gembiranya hati tidak terkira
Mendapat ini tanpa di duga
Dulu menatap kini memilikinya
Satu bekas penuh - kurma dan kismis besar-besar itu yang anak aku kebetulan semuanya ada dirumah jadikan kudapan mereka bertiga.
FM - Bersama teman-teman yang lain di dapur
Tadika Aulad tegak berdiri
Memberi manafaat anak bangsa
Secawan Kopi Panas nama blognya
Dikejauhan ini ucapan diberi
Jutaan terimakasih tidak terhingga
Moga ukhuwah terjalin selamanya

MAHU BERKENALAN KLIKLAH KAKPAH.


~~ Aku jarang memasuki contest dan GA. Tetapi memandangkan aku punya gambar yang agak sesuai untuk dijadikan N3 bagi contest tersebut itulah aku terpanggil memeriahkannya dan ternyata membawa bahagia.~~



Friday, April 27, 2012

Janganlah ambil kalau bukan hak kita

Petang itu aku, Mak Zah dan adik gigih pergi ke masjid sebelum solat maghrib. Penceramah undangan akan membincangkan berkenaan bab riba' dalam kehidupan harian kita. Sambil itu dalam kereta kami mendengar siaran radio rancangan mari mengaji rakaman adik - belum selesai kami sudah tiba di masjid. Tempat parking pun masih terlalu banyak ruang kosong. Aku memilih parking di tepi sebab balik nanti senang hendak keluar.

Selesai rancangan radio kami menapak masuk ke masjid. Sebelum suara azan berkumandang aku ke bilik air untuk berwudhu'. Bawa pencuci muka seperti biasa. Selasai berwudhu' capai serkop kepala, pakai tudung lupa hendak ambil pencuci muka. Aku baru beli produk baru ini. Masih lagi belum tahu andai ada kesan sampingan.

Sehingga selesai solat maghrib, isya', ceramah dan sessi soal-jawab aku masih tidak ingat pencuci muka itu lagi. Tiba di rumah bila hendak mencuci muka lagi baru teringat sebab pencuci muka biasanya satu memang aku tinggal di dalam beg dan satu di rumah. Telefon hubby kerana biasa dia balik lambat sebab membantu mengemas itu-ini tetapi juga terlewat sebab dia sudah hampir tiba ke rumah.

Esoknya pergi lagi tetapi ternyata pencuci muka baru aku sudah hilang. Sedih tapi hendak buat macam mana. Kalau pun hendak menggunakannya waktu membersihkan muka gunakanlah saja, jangan terus diambil itu kata hati aku. Pujuk hati supaya ikhlaskan tapi masih tidak berupaya, hiss... syaitan menggoda aku kiranya.
Pemuda ini cacat penglihatan tetapi menjadi Johan musabaqah OKU peringkat negeri Johor
Marhaban sebelum solat Isya'
Johan syarahan bawah 15 tahun

~~ Jika mengambil yang bukan hak kita terlalu besar tanggungan yang akan dijawab kelak. Tujuan ke masjid untuk beramal tetapi kalau amal yang sedikit dicemari dengan sifat begini alangkah ruginya.~~

Thursday, April 26, 2012

Akhirnya aku juga tertipu

Aku pengguna produk tersebut sejak habis pantang anak kedua. Kini anak kedua aku akan menginjak usia 13 tahun pada June tahun ini. Betapa setianya aku dengan produk itu. Tiba-tiba dalam kasih-sayang yang tidak berbelah-bagi aku dikejutkan dengan berita bak letupan bom nuklear hingga merentap sekaligus kasih-sayang yang telah di semai sekian lama. Salah satu produknya disahkan mengandungi sibutramine, dadah bahaya yang boleh menyebabkan lumpuh dan gila. Jangan main-main. Walaupun aku tidak menggunakan produk untuk tujuan kurus yang terbongkar 'rahsianya' itu tetapi mendengar jenama itu sudah membuat aku kecut. Hubby pula serta-merta kata "jangan guna lagi produk ini, tidak boleh dipercayai  langsung!!"

Jumpalah 'beautician' berdekatan dia mengesyorkan produk baru. Sudah lebih seminggu aku mengunakan produk baru. Entahlah aku kini dalam tempoh percubaan bahkan masih tercari-cari produk yang boleh aku guna-pakai. Rasa takut membeli produk tempatan mula bersarang dalam minda. Konon mahu membantu saudara sebangsa/seagama namun begini pula jadinya.
Dari google - bukan ini yang aku guna dulu dan sekarang

~~ Walaupun rasa tertipu namun masih lagi bersyukur kerana aku tidak terpengaruh dengan apa juga produk untuk kuruskan badan. Kalau tidak pasti lama sudah aku jadi gila disebabkan minum produk ciptaannya.~~


Wednesday, April 25, 2012

WW - Menambah koleksi kegunaan kaki

Adik mencuba saiz
Mama pula - ok selesa
Polkadot - adik punya
Wedges mama -  murah saja
~~ Memenuhi permintaan selepas adik sembuh dari demam+batuk+selsema.~~

Tuesday, April 24, 2012

Aku yang Setia dan Berusaha

Minggu setiausaha.....
siapa yang menyambut dan disambut?
tersenyum menyorot kad-kad ucapan
setiausaha syarikat menimbulkan pelbagai reaksi
masih adakah isteri yang sangsi
walau ketua aku bukan satu
tapi aku punya Allah yang satu
aku punya Allah yang sentiasa melihat
aku punya Rakib dan 'Atid yang tidak letih mencatat

Sungguh duduk di kerusi dan bilik ini
seringkali kebosanan menerjah naluri
sampai masa akan ditinggalkan juga
kerana setia itu masih perlukan usaha
jika mahu kekal sebagai setiausaha
ramai yang mampu dan boleh duduk di sini
sabarlah sampai masa aku pasti mengundur diri

Aku mahu jadi setiausaha suami tercinta
mahu jadi setiausaha anak-anak juga
setiausaha di sini sementara saja
usah disangsi tugasan aku
setia dan usahaku di sini tidak lama



~~sungguh aku akan sentiasa berusaha untuk setia
setia mencari mawaddah wa rohmahNya~~



Monday, April 23, 2012

Teka-teki membawa bahagia

Dari Pantai Timur Ke Johor Bahru
Berteduh dibawah pokok meranti
Ternganga melihat keindahan alam
Berbunga-bunga di dalam hati
Bila membuka bungkusan semalam

Awan tidak jemu berarak
Bumi berputaran tidak berhenti
Mulan teman blog kakak
Memberi ini sebagai cenderahati

Loves you too


Banyak ikan warna-warni lagi
Melekat bersama teman-teman yang lain di dapur

Walaupun raga jarang dipandang
Tenunannya indah untuk bergaya
Tanpa diduga tanpa diundang
Menjalin ukhuwah di alam maya

Anganan mahu mencapai rembulan
Puncak Kinabalu pun tidak terdaki
Syukran jazilan buatmu Mulan
Moga ikatan berkekalan di sanubari


~~ Sebenarnya bingkisan telah tiba di rumah pada 19-04-12 tetapi sebab Mak Zah pergi ke sekolah menghantar baju sekolah agama dan makanan adik di sekolah, kenalah hubby tolong mengambilnya di Pejabat Pos.~~


Friday, April 20, 2012

Bukan jalanraya saja yang banyak lubang sana-sini

Kesinambungan dari pemberian BR1M yang berjumlah RM 500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Ada seorang teman hubby di surau berkata pendapatan dia dan isteri memanglah melebihi sedikit dari tiga ribu tapi beliau mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya telah bersekolah. Hubby hanya tunduk akur dan merasa belas juga membayangkan kesulitan yang dihadapinya. Banyak yang dia kena berjimat-cermat dan berkira kalau dengan pendapatan begitu dan duduk pula di Johor Bahru.

Membandingkan dengan jiran yang tinggal berhampiran rumah kami.

Bukan bangsa aku. Kerja sendiri yang aku juga tidak tahu apa kerja dia sebenarnya kerana saban hari ada saja di rumah. Mempunyai tiga orang anak yang mana satu darinya sudah mempunyai kedai stationery dan dua masih bersekolah. Nilai rumah yang didiami itu melebihi RM 300 ribu. Isteri juga tidak bekerja. Setiap hari makan di luar, bahkan setiap tahun mereka pasti pergi melancung keluar negara (tidaklah aku tahu andai dia booking yang Air Asia selalu offer melalui online). Samada anda percaya atau tidak keluarga ini layak  mendapat wang RM 500 itu.


~~Masih ada lubang di sana-sini yang perlu ditampal. Apa yang jelas sasaran untuk membantu pejawat awam dan pihak tertentu tapi kelihatannya sasaran ada juga tertuju pada mereka yang suka bekerja sendiri dan tidak mempunyai penyata gaji lalu secara tidak langsung dapatlah keistimewaan ini. ~~




Thursday, April 19, 2012

Minda tidak pernah putus berfikir....

Ketika memandu ada yang berlegar-legar dalam minda aku ketika berada dalam perut kereta pagi ini:-

1. Alangkah baiknya kalau cuti hari ini - mahu mengemas almari-almari baju yang nampaknya sudah menyakitkan mata memandang.
2. Niat mahu berhenti di warung membeli kwee-teow goreng tapi warung tutup pula. Makanlah biskut kering di pejabat
3. Soalan teka-teki radio IKIM buat aku teringat masa kecik-kecik dulu bapak suka buat teka-teki selepas mengaji. Teka-teki hari ini walau sais berbeza tapi banyak-sikit tetap sama saiznya. Jawapannya penimbang.
4. Teringat bapak sarapan apa hari ini - telefon tadi bersarapan lontong katanya.
5. Rata-rata yang berkereta besar bukan saudara seagama dengan aku. Lihat kereta sendiri samalah - tidak mampu.
6. Seronoknya jadi burung terbang di atas bagai mencecah awan terbang berkawan entah kemanalah hala tujuannya
7. Jangan ingat 'perempuan tua' ini tidak boleh racing dengan anak muda - "see the leg" seperti kata anak aku - puas bila dapat kalahkannya tapi bila tiba di pejabat rasa kesal macam orang tidak ada iman melayan anak muda racing atas jalanraya - bahaya sungguh.


~~Macam-macam yang terlintas dalam kepala, apalah pula yang anak-anak aku fikir waktu-waktu begini.~~



Wednesday, April 18, 2012

Bunga raya

Aku sedang mengumpul himpunan berbagai jenis bunga raya. Bukan kerana bunganya sinonim sebagai bunga kebangsaan, tetapi pokok bunga raya sentiasa berbunga itu  yang membuat aku suka. Minat menanam bunga orkid masih lagi tidak pudar hanya sedih kerana bunga orkid aku susah benar hendak mengeluarkan bunga yang banyak seperti bunga rayaku.

Merah - Berdaun putih-hijau. Merupakan pokok bunga raya paling lama berada di halaman rumah.

Merah kecil - Bunga raya ini jenis tidak kembang. Kelihatan bagaikan kuntum tapi memang beginilah ia. Aku dapat benihnya dari satu tempat makan di Pekan Nenas, Pontian bernama "Asam Pedas Madu Tiga".

Merah jambu - Jenis yang kecil-kecil. Aku suka sebab bunganya kecil-kecil tapi banyak dan tidak pernah berhenti dari berbunga.
Putih - Besar dan jarang-jarang mengeluarkan bunga. Daun bukan main meriah tapi bunganya jarang-jarang.



~~ Setiap kali mahu masuk kereta mesti membelek dulu pokok-pokok bunga aku. Balik kerja pun begitu, sebaik turun kereta mesti aku toleh dulu pokok-pokok bunga yang aku tanam di tanah yang tidak sebesar mana itu.~~


Tuesday, April 17, 2012

Contest datang lagi!!

Mari bercontest bersama Secawan Kopi Panas. Mahu tahu syarat-syaratnya kliklah di sini
Tuan empunya blog sekarang sedang menunaikan ibadah umrah. Bersama kita doakan moga Kakpah mendapat ibadah yang mabrur.
Dapat tangkap - Nasib baik kain pelikat papa tidak terlondeh. Adik tidak padan menangis sebelum ini mahu juga berposing dengan angsa yang mahu menyudunya. Berat tau angsa kami ini....




Sesekali balik kampung - biasanya kalau selesai solat subuh adik masih mahu berkelubung masuk semula ke dalam selimut. Mendengar riuh-rendah suara ayam-itik-angsa-ayam turkey membuat adik bungkas bangun untuk mandi. Tidak sabar mahu turut serta papa dan abah Dol.  Melihat papa dan abah Dol sibuk di belakang rumah peninggalan arwah nenek adik segera ke belakang. Sepasang angsa cepat saja merendahkan dan meluruskan leher hampir mencecah tanah menyudu sambil mengejar adik. Lintang-pukang tidak cukup kaki, menjeri-jerit dan menangis adik di buat dua ekor angsa kesayangan kami. Aku yang sedang membancuh air di dapur terkejut apabila mendengar jeritan adik memanggil-manggil aku. Mujur papa ada.  Apa lagi, segera papa tangkap si jantan manakala yang betina gagal ditangkap oleh abah Dol. Mulanya mahu menyudu papa juga tapi bila papa berjaya menangkap aku pun ambil camera dan gambar di atas itulah hasilnya.

Selalu kami katakan pada anak dan anak-anak buah "jadilah seperti angsa kita yang di belakang rumah nenek, sayangnya tidak pernah pudar kerana sedari kecil hingga sekarang, ke mana pergi pun sentiasa berdua". Oleh sebab itulah walau usianya hampir menginjak dua tahun September ini kami tidak sampai hati untuk menggulainya. Biarlah dia membuat riuh bersama yang lain-lain di belakang rumah arwah nenek.

Nota: Buat Faris Hafizin auntie ucapkan Happy Birthday in advance. Tarikh tamat tempoh contest pada 21hb April, 2012 ini adalah tarikh ulangtahun kelahiran Faris yang gebus pipinya dan punya rambut ala-ala mat salleh itu.


~~Hendak membela angsa di Johor Bahru tidak ada tempat jadi kami membelanya di kampung. Apa yang kami ada 'angsa' buatan Toyota - Unser adalah sedikit mirip bunyinya. Bezanya yang ini bila berjalan dengan anak-anak dia jadi 'tunggangan' kami sekeluarga. ~~





Monday, April 16, 2012

Katalah cantik...

Sebelum Hari Raya tahun lepas adik pergi  meluruskan rambut. Namun oleh kerana setiap kali mandi rambut juga akan dicuci sekali, akibatnya rambut lurus itu cepat kembali keriting. Bila keriting asal berlawanan dengan lurus buatan manusia rambut jadi kembang. Bagi mengelak kelihatan hodoh, kami bawa dia gunting saja rambut yang rosak itu.

Bila si kakak balik Jumaat minggu lepas dia pun mulalah menayang rambut barunya.

Adik: Kakak dari seluruh badan adik, kakak ada nampak perubahan tak?

Kakak: Hmmm.... adik dah gemuk kan sebab mama kata sekarang adik kuat makan.

Adik: Ala... mana ada. Lain dari itu.

Kakak: Tak adalah.

Adik: Rambut adik cantik tak?

Kakak: Ooh.... rambut. Biasalah rambut kakak lagi cantik.

Bila mendengar jawapan kakak mestilah adik tidak gembira. Aku jegilkan mata pada si kakak kerana sengaja membuat si adik berkecil hati.

Kakak: Eh... cantiklah kalau nak banding rambut yang lama, yang ini mestilah lagi cantik.

Adik: Itulah kakak katalah cantik. Auntie kedai itu pun kata rambut adik cantik.

Kakak: Kena tutup tu dik tak boleh tunjuk orang. Rambut kakak cantik pun tak pernah tayang-tayang.

Malas melayan mereka aku tinggalkan kerana aku tahu kata-kata si kakak terluah sebaik di jeling oleh mamanya. Itulah anak-anak walau jumpa sesekali kalau tidak mengusik si adik memang tidak sah. Entah mengapa adik boleh mempunyai rambut keriting kerana kami semua berambut lurus. Mungkin dari genetik arwah mak mertua.


~~Walau ada usik-megusik diantara mereka tetapi aku lebih suka bila mereka semua kumpul bersama. Sesekali berkumpul terasa meriahnya.~~






Friday, April 13, 2012

Ole-ole untuk adik

Setiap kali hubby ada kerja luar mesti dia akan telefon apa benda yang hendak dipesan. Aku pula bila sudah selalu minta itu-ini lama-lama sudah tidak tahu hendak minta apa lagi. Adik tidak sudah-sudah sticker dan fridge magnet yang dikumpulnya. Balik malam itu adalah ole-ole untuk adik bila si mama sudah tidak tahu mahu meminta apa-apa lagi.
Key-chain - Sticker adik tidak dapat lalu diganti dengan yang ini. Ada fridge magnet tetapi telah di tepek di fridge sebelum sempat diambil gambarnya.
T-Shirt - Untuk semua perempuan yang ada di rumah. Tidak dipesan tapi mungkin papa sudah tidak tahu mahu membeli apa lalu inilah yang dibelinya.
Dulang buluh - Satu set ada tiga buah. Bolehlah disesuaikan dengan dulang yang dibeli sebelum ini. Aku suka sebab penutupnya yang unik.

~~ Selalu kerja luar tapi setiap kali hendak balik agaknya papa pening mahu beli apa untuk anak-anak. Mama lagilah tidak tahu dan selalu mama kata apa sajalah.~~


Thursday, April 12, 2012

Kisah disebalik selimut

Aku rasa kebanyakkan kita mesti menggunakan selimut ketika tidur. Dulu sewaktu masih gadis aku mengambil tempahan menjahit baju kurung. Segala perca-perca kain tidak aku buang tapi aku jahit dan cantum-cantumkan menjadi selimut. Hingga kini aku masih ada beberapa helai lagi selimut yang aku jahit hasil dari cantuman perca. Ilham ini aku perolehi dari arwah mak dulu. Keluarga kami miskin jadi tidak ada membeli selimut. Semua selimut kami adalah hasil dari perca-perca yang mak jahit dan cantumkan menjadi lebar. Lapisan bawahnya dijahit dengan kain cotton batik.

Masa zaman kanak-kanak bila tidur ganas, selimut pun terlerai. Tapi bila arwah mak selimutkan balik, walau sudah sedar tapi nikmatnya aduuhhh... seronoknya tidak terhingga. Kini aku rasa anak aku  pun begitu. Semalam balik dari menjengah dua kakak di asrama balik kerja hujan. Balik saja terus adik masuk ke bilik sambil membaca majalah yang baru dibeli hari Ahad lepas. Ketika aku menjengah dia sudah agak terlena. Bila aku betulkan selimutnya kelihatan dia senyum-senyum. Aku tahu dia belum tidur lagi dan dia pun pasti seronok bila aku selimutkan seperti juga aku dulu-dulu.

Segiempat kecil - Sebab banyak yang sama bolehlah disusun mengikut warna. Perhatikan betul-betul selimut agak gelembung sebab disebalik selimut ini sebenarnya ada adik.
Besar-besar - Janji tidak dibuang perca kain yang ada sudah. Tidak susun pun tapi selimut ini pernah mengikut aku hingga ke Mekah dan Madinah Tidur di hotel pun aku lebih suka selimut ini.
Ada setengah orang bila berselimut hujung kaki tidak boleh ditutup. Bila di tutup mesti ditarik agar kedua-dua hujung kakinya bebas. Itulah hubby aku. Katanya memang dari kecil lagi dia sudah begitu. Aku pula kalau berselimut mesti dari hujung kaki hingga paras leher baru terasa selesanya.


~~ Kain perca yang dijahit cantum-cantum kalau dilapis dengan kain cotton batik akan lebih selesa untuk dibuat selimut. Mungkin sebab aku orang kampung masih suka cara begini. Tetapi ada juga selimut yang dibeli aku sediakan untuk tetamu.~~

Tuesday, April 10, 2012

Bila terkena batang hidung hendak membebel pula..

Mana boleh marah kalau ianya dari kesilapan diri sendiri. Itu kata hubby walau dalam hati dia aku tahu dia pun jengkel sama. Tiga saman kerana memandu melebihi had laju telah kami terima baru-baru ini. Satu kerana kesalahan aku sewaktu mahu mejenguk Yasmien. Hendak cepat punya pasal dapatlah 'hadiah' surat saman yang siap ada gambar bonet belakang kereta aku dan tertera nombor plet lagi. Dua lagi hubby punyalah walau salah satu atas nama syarikat tapi kereta sepenuhnya untuk kegunaannya kenalah dia membayar.

Apa yang aku hairan sudah lebih dua tahun  jambatan antara bandar Senai ke Kulai, ke lapangan terbang dan ke bandar Johor Bahru tidak siap-siap. Bercinta bila lalu di sini. Manakan tidaknya, dua lane dari arah utara dan dua lane dari airport menjadi satu lane untuk ke Johor Bahru. Tidak siap itu antara kontraktor dengan pihak berkuasa punya urusan. Tapi jem gilanya tidak ada pula yang ambil tahu traffik di sini. Masing-masing tujuk siapa berani dia menang sebab memang tidak orang yang akan dapat 'surat cinta' di kawasan ini.. Apa yang aku nampak ada seseorang yang lebih suka bersembunyi di sebalik tiang jejantas (susur keluar dari Highway Skudai ke Senai) dengan alat bagaikan senapang. Laluan di sini amat lancar, tapi kelajuan terhad, bererti kalau setakat satu jam beratus kereta boleh di'tembak' dan akan menerima 'surat cinta' macam aku. Biasalah bila lepas release tension dari jem berdesuplah speedometer tanda leganya bagai orang yang dahaga mendapat air sejuk.

Jalan yang berlopak sana-sini dek kerana mahu upgrade sistem jalan juga satu hal. Ada seorang pemuda dengan motorsikalnya sekali terbaring sebelah-menyebelah - pagi-pagi lagi sudah kena begini. Entah mengapa hati jadi jengkel bila melihat scenario begini. Manalah perginya duit-duit saman itu agaknya? Kawan-kawan bayarlah cepat mana tahu boleh membantu jambatan di Senai boleh disegerakan kesempurnaannya.

~~Membebel memang senang tapi yang bertanggung-jawab untuk menyelenggarakan pening kepala agaknya. Maaflah salah aku sendiri tapi kerana emosi aku lontarkan di sini.~~





Monday, April 9, 2012

Sekadar berkongsi apa yang aku buat

Delete
Blogger Daddy Ziyyad said...
apa apa pun, tahniah buat anak akak sebab pandai bertaranum, menang kalah adat pertandingan...

akak ada apa apa tips ke dalam mengajar anak anak supaya celik dan pandai al quran sejak  kecil? Kalau sudi kongsi, kongsikan lah..saya nak anak anak saya macam anak akak..

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terlebih dahulu mohon maaf kerana sungguh ada kalanya syaitan suka bila ada rasa riak dan ujub bertakhta di hati setiap umat Muhammad. Aku benar-benar berharap dan mohon dijauhkan ya Allah... Menjawab komen tersebut aku rasa sekadar ingin berkongsi mana tahu ianya boleh diguna-pakai dan andainya tidak boleh sila abaikanlah saja - sekali lagi maaf yang aku pohon. Kerana sesungguhnya yang baik adalah petunjuk dari Allah dan yang kurang akulah manusianya itu. Anak aku juga bukan pandai tetapi sekadar minat membaca al-quran itu saja. Lihatlah contohnya bukan pun adik berjaya dalam tilawah antara sekolah-sekolah yang baru lalu.

Aku mendidik anak-anak mengenal huruf sebaik mereka mula bercakap. Permainan anak aku juga seperti anak-anak lain seperti masak-masak-patung dan sebagainya. Aku memperkenalkan anak-anak membaca alquran menggunakan iqra'. Percayalah kalau sedari usia 3 tahun walau belajar sambil berbaring, telentang atau duduk atas riba (sebab masih kecil - jangan dimarah) tetapi kalau sudah hari-hari pastinya bila mencapai usia 5 tahun setakat iqra' 1 dan 2 pasti dia sudah boleh membaca. Biasanya kalau masuk iqra' 3 anak-anak sudah lancar kerana cantuman dan baris-baris sudah bertambah jelas olehnya. Oleh itu biasanya akhir tahun tadika umur 5 tahun pembacaan iqra' 6 sudah tamat. Masuk umur 6 tahun untuk membaca al-quran pasti sudah tidak ada masalah lagi. Kalau setiap hari mengaji (biasanya aku mengajar selepas solat maghrib) percayalah usia 8 tahun sudah boleh khatam 30 juzuk. Ini sudah termasuk bercuti  melancung/balik kampung dan sebagainya lagi.

Satu saja yang pasti ialah membaca al-quran jangan bercuti. Anak-anak juga faham bila aku katakan "Mama ABC (Allah Bagi Cuti)" bererti mereka akan membaca berzanji (dalam uzur kita boleh membaca berzanji). Melalui pembacaan berzanji secara tidak langsung anak-anak akan terasuh dengan taranum kerana berzanji mengutamakan taranum bukan tajwid berbanding kalau tilawah alquran 40 markah adalah diambil dari tajwid tetapi berzanji 40 markah adalah taranum.

Tanamkan sifat suka mengaji pada anak-anak. Sebagai contoh kalau bulan ramadhan biasanya aku bercuti mengajar kerana bertadarus tetapi anak-anak juga aku bagi semangat untuk sama-sama bertadarus. Baca bersama-sama mereka dan pastikan mereka berhenti dulu baru kita dan bukan sebaliknya. Biasanya kalau usia bawah 10 tahun memang tidak boleh khatam sebelum syawal tapi tidak mengapa yang penting jadikan al-quran sebagai bahan bacaan setiap hari selain dalam solat kita.
Nurienne punya - Ini Al-quran terjemahan yang baru kami beli bulan lepas di Badan Cemerlang, Plaza Angsana.

~~ Anak-anak masa kecil ingatan mereka masih kuat. Sebab itu adalah silap (pada pandangan aku) bila menunggu anak sudah besar baru mahu diperkenalkan al-quran. Rugi. Kerana semasa kecil memori mereka amat mudah ingat apa yang kita ajarkan. Mohon maaf dari aku yang dhaif ini.~~







Friday, April 6, 2012

Kehampaan

Petang Rabu itu juga adik sudah menelefon aku di pejabat. Suara kehampaan jelas kedengaran di hujung talian. Aku sebenarnya sudah menjangka dengan cara alunan tarannum yang adik buat tidak mungkin adik boleh meraih kemenangan. Suara pun tidak mencabar langsung. Aku tahu ustazahnya mesti hampa kerana menaruh harapan tinggi. Tidak semestinya kalau kakak-kakaknya boleh adik pun boleh. Harap tahun depan adik boleh mencuba dengan lebih baik lagi. Tilawah pada Rabu lepas adik sekadar mendapat saguhati saja.

Tempat pensil - Ini juga diberikan sebagai cenderahati
Piala - Hadiah saguhati saja yang diperolehi.

~~ Inilah pendedahan pertama kali adik di majlis tilawah. Kalau pertandingan bercerita dan tarian adik sudah biasa. Di sekolah kebangsaan kini sedang gigih satu kelas untuk latihan inang  buat persembahan Hari Guru bulan depan.~~


Thursday, April 5, 2012

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

Biasanya botol sabun cuci baju, syampu, botol minyak masak, tin-tin air minuman dan sebagainya memang dikumpul di belakang rumah. Kotak pizza, segala mak-nenek kotak supplement, colgate atau apa saja kotak pun kami tidak buang. Bila papa jual anak-anak akan bahagikan sama rata. Biasanya papa mesti akan genapkan jumlah duit yang diperolehi agar masing-masing dapat jumlah yang sama banyak sebelum dimasukkan ke dalam tabung.

Minat mengumpul duit ini terbawa ke sekolah. Nurienne anak sulung aku sejak tahun lepas lagi dipilih oleh pihak sekolah/asrama memberi tuisyen pelajar tingkatan satu untuk pelajaran Bahasa Inggeris. Mata pelajaran lain murid lain pula. Setiap bulan pihak sekolah memberi RM80 sebagai imbuhan. Yasmien pula dipilih untuk menjual akhbar dan dalam seminggu dapatlah dalam RM 5-7 ringgit bergantung jumlah berapa banyak hasil dijual. Adik pula bersama dua lagi rakannya (terbaik matapelajaran matematik tahun lepas) bertugas menjual makanan seperti kerepek-muffn-air kotak/tin. Duit ini milik pihak sekolah tetapi setiap bulan adik dan dua lagi temannya itu diberi dalam RM 30-31 ringgit oleh guru koperasinya. Sebagai pengawas adik lebih suka diberi tugasan ini daripada menjaga padang, taman haiwan atau tangga sekolah katanya.
Kira duit - Ini adik punya sebab telah tiba masa untuk dimasukkan ke dalam bank. Kalau wang yang besar biasanya pemberian dari atuk atau mak-pak saudaranya

~~Jujur aku katakan wang anak-anak walau lima sen pun kami tidak usik. Memandangkan kami bukan orang kaya dan kerja swasta kami tidak mahu anak-anak tergendala pelajaran mereka andai kami dijemput Allah sebelum mereka selasai di alam pendidikannya. Cukup haul kami keluarkan sikit untuk dizakatkan.~~


Wednesday, April 4, 2012

WW - Kalau nama pun gula mestilah manis






~~Sekadar membeli empat paket ini - bukan kami ada diabetic
elok digunakan untuk mencegah diabetic katanya~~

Tuesday, April 3, 2012

Perujian musabaqah kali pertama

Sewaktu mengajar kakak-kakak dulu mudah mengikut rentak. Adik mudah mengalah. Kena ulang dua-tiga kali sudah kata dia tidak boleh. Latihan di rumah kedengaran bolehlah juga tetapi bila tiba di sekolah dia membaca ikut tarannum rekaanya sendiri. Suara pun takut-takut hendak dikeluarkan. Itu kata Mak Zah yang mendengar bila ustazah buat latihan menggunakan mikrofon di sekolah Jumaat lepas. Aku bukanlah ajar tarannum ras yang perlu nada tinggi, tapi sekadar bayati dan sedikit sikah tapi adik bagaikan susah tangkap.

Hari Jumaat lepas diberikan kain oleh pihak sekolah untuk dijahit. Bila dapat kain ini adik minta aku memberitahu pada ustazahnya yang dia tidak mahu memasuki perujian musabaqah tersebut. Aku pujuk tidak mengapa kalau adik tidak berjaya. Musabaqahnya akan berlangsung esok 4hb April. Tahun depan kalau tidak mahu kenalah beritahu awal bukan bila sudah tinggal 3-4 hari baru adik kata adik takut. Aku pun tidak mengharap dia meraih johan tapi sekadar memberi pendedahan saja.
Baru siap - Baju ini bukan aku yang jahit. Terpaksa hantar kedai sebab sudah suntuk tidak sempat aku mahu menjahit sendiri.


Tudung - Aku jahit untuk dipakai dengan baju polkadotnya tapi sesuai juga untuk baju yang cikgu beri. Kalau tidak pun pakai saja tudung lain yang ada di dalam almari.


~~ Aku pun tidak menyangka adik yang selalu bukan main cergas di atas pentas sekolah bila dijadikan wakil sekolah lain pula jadinya. Berkali-kali dia kata dia takut. Jiwanya tidak besar kata bapak.~~

Monday, April 2, 2012

Mahabbah IKIM FM lagi

Tarikh: 31-03-2012 hingga 01-04-2012
Tempat: Bandar Dato' Onn, Johor Bahru

Kami pergi pada hari terakhir karnival tersebut. Panas terik yang tidak terkata tidak melemahkan semangat untuk pergi sebab janji telah dimeterai bersama adik sebaik mendengar radio IKIM fm mewar-warkannya sejak bulan lepas lagi.
Hasil - Beberapa benda yang kami beli. Semuanya lebih untuk anak-anak saja.
Nampak kepala saja - Adik di longgokkan  buku. Aku biarkan saja dia membelek tapi membeli setakat beberapa buah buku saja termasuk sebuah novel yang aku simpan untuk diberikan pada hari lahir Nurienne pada 23 April ini.
Pertemuan -Bertemu Sharifah Nadzarah empunya blog Sweet Memori
Ketiga-tiga anak ada bersama. Geram melihat Aidil. Aku cubit pipi dan gigit lengan dia sehingga Mak Zah marah.

Hidangan makan - Hubby dan adik makan nasi beryani kambing, aku dan Mak Zah makan laksa penang.


Kurma Ajwa - Pada mulanya aku ingin membeli tapi hubby kata di tempat kerja dia dulu bertahun tanam tapi tiada hasil. Tidak jadi membeli pokok tetapi kami membeli kurmanya.

Balik - Adik sempat menaiki kuda di belakang itu - percuma tidak ada bayaran dikenakan.


~~ Merasa perbezaan jika karnival yang berlandaskan agama terlalu kurangnya pengunjung yang datang. Tapi eloknya kerana rata-rata yang hadir tidak menyakitkan mata memandang.~~