Monday, April 9, 2012

Sekadar berkongsi apa yang aku buat

Delete
Blogger Daddy Ziyyad said...
apa apa pun, tahniah buat anak akak sebab pandai bertaranum, menang kalah adat pertandingan...

akak ada apa apa tips ke dalam mengajar anak anak supaya celik dan pandai al quran sejak  kecil? Kalau sudi kongsi, kongsikan lah..saya nak anak anak saya macam anak akak..

------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terlebih dahulu mohon maaf kerana sungguh ada kalanya syaitan suka bila ada rasa riak dan ujub bertakhta di hati setiap umat Muhammad. Aku benar-benar berharap dan mohon dijauhkan ya Allah... Menjawab komen tersebut aku rasa sekadar ingin berkongsi mana tahu ianya boleh diguna-pakai dan andainya tidak boleh sila abaikanlah saja - sekali lagi maaf yang aku pohon. Kerana sesungguhnya yang baik adalah petunjuk dari Allah dan yang kurang akulah manusianya itu. Anak aku juga bukan pandai tetapi sekadar minat membaca al-quran itu saja. Lihatlah contohnya bukan pun adik berjaya dalam tilawah antara sekolah-sekolah yang baru lalu.

Aku mendidik anak-anak mengenal huruf sebaik mereka mula bercakap. Permainan anak aku juga seperti anak-anak lain seperti masak-masak-patung dan sebagainya. Aku memperkenalkan anak-anak membaca alquran menggunakan iqra'. Percayalah kalau sedari usia 3 tahun walau belajar sambil berbaring, telentang atau duduk atas riba (sebab masih kecil - jangan dimarah) tetapi kalau sudah hari-hari pastinya bila mencapai usia 5 tahun setakat iqra' 1 dan 2 pasti dia sudah boleh membaca. Biasanya kalau masuk iqra' 3 anak-anak sudah lancar kerana cantuman dan baris-baris sudah bertambah jelas olehnya. Oleh itu biasanya akhir tahun tadika umur 5 tahun pembacaan iqra' 6 sudah tamat. Masuk umur 6 tahun untuk membaca al-quran pasti sudah tidak ada masalah lagi. Kalau setiap hari mengaji (biasanya aku mengajar selepas solat maghrib) percayalah usia 8 tahun sudah boleh khatam 30 juzuk. Ini sudah termasuk bercuti  melancung/balik kampung dan sebagainya lagi.

Satu saja yang pasti ialah membaca al-quran jangan bercuti. Anak-anak juga faham bila aku katakan "Mama ABC (Allah Bagi Cuti)" bererti mereka akan membaca berzanji (dalam uzur kita boleh membaca berzanji). Melalui pembacaan berzanji secara tidak langsung anak-anak akan terasuh dengan taranum kerana berzanji mengutamakan taranum bukan tajwid berbanding kalau tilawah alquran 40 markah adalah diambil dari tajwid tetapi berzanji 40 markah adalah taranum.

Tanamkan sifat suka mengaji pada anak-anak. Sebagai contoh kalau bulan ramadhan biasanya aku bercuti mengajar kerana bertadarus tetapi anak-anak juga aku bagi semangat untuk sama-sama bertadarus. Baca bersama-sama mereka dan pastikan mereka berhenti dulu baru kita dan bukan sebaliknya. Biasanya kalau usia bawah 10 tahun memang tidak boleh khatam sebelum syawal tapi tidak mengapa yang penting jadikan al-quran sebagai bahan bacaan setiap hari selain dalam solat kita.
Nurienne punya - Ini Al-quran terjemahan yang baru kami beli bulan lepas di Badan Cemerlang, Plaza Angsana.

~~ Anak-anak masa kecil ingatan mereka masih kuat. Sebab itu adalah silap (pada pandangan aku) bila menunggu anak sudah besar baru mahu diperkenalkan al-quran. Rugi. Kerana semasa kecil memori mereka amat mudah ingat apa yang kita ajarkan. Mohon maaf dari aku yang dhaif ini.~~







63 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Bagus tips akak ni..terima kasih bnyk sb sudi share tips ini..

Unknown said...

terima kasih atas perkongsian ini...

apa yang akak katakan adalah benar...

cheqna said...

alhamdulillah
bagus tips kakak ni
betul...
anak2 waktu kecik memorinya kuat....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam kak zakie...pengkongsian yg bermanafaat tuk semua.Terima kasih.
Semoga ibubapa2 di luar sana akan lbh menitik beratkn pengajian Al-quran tuk anak2 mereka sedari anak masih kecil lg.
Tahniah gak tuk anak k.zakie yg menang bertaranum....mmg susah nk brtaranum...mesti sedap suaranya.Alhamdulilah.

Kakcik Seroja said...

Anak2 ibarat kain putih, ibubapalah yang banyak mencorakkan warna mereka. :)

Sharifah Nadzarah said...

tq for sharing..insyaallah...

LYAfrina said...

alhamdulillah..ckplah teruja lya mmbacanya..sbb lya pun teringin asya pndai mcm anak akak.. kak..pkongsian akak ni adalah pkonsian y baik n uk pnduan smua ibu-bapa.. biasanya..seseorg itu bjaya mgikut contoh y berjaya.. amin

Acik Erna said...

salam kak zakie..alhamdulillah sudi berkongsi..boleh dijadikan panduan pada yang anak2 masih kecil
acik lambat dari kakzakie,,yang sulong guna muqadam je..yang no dua dan tiga baru mula dengan iqra' tu pun selepas berumur 5 tahun..terima kasih kazakie sudi berkongsi

ajumohit said...

terima kasih atas perkongsian ini kak, mendidik anak2 memang mancabar kan, saya mmg tabik pada ibu bapa yang berjaya mendidik anak2 mereka

pena rozie said...

terima kasih kak... sebab bg tips yg berguna ni...

bujal X said...

tq kak sebab bagi tips~~

faraherda.razalan said...

Terima kasih atas perkongsian nie. Aydin skg tgh galak nak belajar ABC dgn 123. Pasnie boleh ajar die alifbata.

uncle gedek said...

Ooo... istilahnya ABC ya? haha

Diana @ BKKC said...

kak...anggap sahaja akak berkongsi ilmu dengan kami para ibu dan bakal ibu-ibu...

thanks kak.. tips akak ni seumpama peringatan pada D jugak yg kadangkala tidak serius dalam membaca Quran... (tidak setiap hari)..jika berkelapangan dan berkeinginan je..

Insyaallah..panduan akak boleh D praktikan nt bila dberi rezeki menjadi ibu.. thanks banyak2

Unknown said...

Anak kakzakie sama dgn kakzana, bermula dgn Iqra dari umur 4 tahun dah mula membaca. Tahun 1 skolah keb. dia dah pun naik alQuran. Cuma nak membiasakan diri setiap hari agak letih budak2 ni kalau kita tak biasakan bersama. Wajibkan seminggu 2/3 kali buka alquran (kdg2 sibuk dgn aktiviti sekolah) Memang liat tp kena tegas jugak.

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

Syukur kakZakie.. mendidik perlu sabar dan istiqamah kan.. kaedah kazakie ni adalah yang berkesan..alhamdulillah..

Masya said...

alhamdulillah.. saya dah mengajar amir baca muqadam dari akhir tahun lepas... sekarang pun dia dah rajin ikut kt org solat jemaah... terutama waktu maghrib lps tu terus baca muqadam... thn ni umur dia 4 tahun... rasa seronok sgt.. pernah air mata ni mengalir lps dia habis baca al-fatihah dgn sangatlah lancar.. terharu sgt...

JunAina said...

Alahmdulillah...sejuk hati mendengar cerita2 macam ni. Terima kasih juga kerana berkongsi tips.

noor said...

tq kak for sharing. btl ingatan ank semasa kecil masih kuat. dia akan ingat dgn cepat. nor akan usahakan kak tuk Aiman

Unknown said...

memang bagus mulakan seawal yang mungkin..sementara fikiran mereka masih putih dan suci..bila semakin besar makin banyak anasir yang mengganggu..

Kazman / Sue said...

betul laa... anak2x masa kecik tu yg memori kuat melekat tu dalam ingatan... bagus la kongsikan tips ni... semoga bahagia dan dirahmati Allah... suka baca entri ni...

kurus said...

TQ akak ..
saya pun dah nak start ajar zahrien ..
dia dah 4 tahun .. huhuhu

Darling Pya said...

mak & arwah ayah acu memang berat kan pasal baca quran nie..seawal umur 5 tahun acu di hantar mengaji.

Masa sekolah rendah, petang pegi sekolah agama malam pula pegi ngaji kat umah jiran...kalau jiran acu ABC arwah ayah yg akan dengar acu baca

Sampai sekarang mak pesan jangan tinggal baca quran...baca lah setiap hari walau pun cuma satu muka surat saja :)

eMMe said...

Terima kasih kak Zakie, saya akan praktikkan, jika saya dah ada anak nnt...InsyaAllah............

Kak, thx kasi komen kat blog saya! saya sgt2 hargainya...

Deru Ombak said...

Alhamdulillah!

Sebuah contoh yang baik untuk di tauladani..
Moga KZ sentiasa dlm rahmat Dan redha Allah SWT.

Eye_nee said...

Alhamdulillah..perkongsian yg cukup baik dan bermanfaat...

Hanis MY said...

bagusnya tips dari kak zakie ni, terima kasih byk2 kak!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

terima kasih atas perkongsian ini, kakzakie..

kasihibu said...

terima kasih kak di atas perkongsian ini
betul akak kata tu anak anak kecil ingatan mereka memang kuat, sya nampak apa yg akk tulis di sini pada ayong.

terpatrisinarabadi said...

berkongsi tak beerti kita nak menunjuk, pada yang salah erti tu biar sajalah kak..
alhamdullillah sebagai ibu memang gembira pabila anak2 bijak dalam ilmu agama..

macam anak ikin pon hampir khatam alquran tahun ni..syukur alhamdullilah..dapat anak yang terang hatinya :)

mama ju said...

Aslkm KZ

KZ memang hebat! Mama dulu tak de buat mcm tu. Mengaji sendiri juga dan anak2 boleh baca umur rendah juga tapi mama rasa ada kurang...
Tahniah tentu ramai ingin mencontohi gaya KZ. Ada ilmu kita kongsi2kan.

mama maman aka yana said...

tak salah berkongsi benda2 yg baik camnih kann.. tq kak

intanrh said...

TQ kak sbb sudi kongsi tips. Anak2 kecik memang lebih mudah mengingati, mereka senang hafal juga. Terang hati budak2 ni.

Hanis Azla said...

bagusnya tips dan cara didikan akak tu.. harap2 saya dapat berikan perkara yg sama buat anak2 saya.. terima kasih kak..

s a r said...

assalamualaikum kak.

wah, terbaik ni kak. thanks for sharing. setuju dengan akak. biar anak2 berhenti dulu dari kita. ~perasan ada anak jap. eheh.

tak sama pula bila kena ajar orang yang dah berumur. kesabaran kena tinggi lagi. huu

Kayu Manis said...

salam kak zakie.

tahniah kak,boleh jadi contoh.

perkara yang baik apa salahnya kongsi,sikap manusia yg dengki saja tak boleh terima perkara yg baik..

janji kita tahu apa kita buat,dan tidak melampaui batasan.anak2 yang baik,adalah dari ibubapa yg baik.

sayang anak, kita berilah didikan agama,bertegas,dlm soal agama.hukum, bila mereka melanggar perintah Allah..rotan atau denda mereka.itu cara saya lah.

gadisBunga™ said...

tapi tips akak ni mmg boleh pakai sebab ada logiknya. kena perkenalkan bacaan alquran kepada budak2 ni seawal yg mungkin sebab senang nak tanam minat kepada mereka. bila dah makin besar, nanti diorg dah ada banyak pulak kegemaran pilihan sendiri...

-Sara- said...

sharing is caring la kak :)

nazayiena said...

Tq kakzakie share camne akak berjaya mendidik anak2 pandai baca Al-Quran,Insya Allah nak ikut tips2 akak nie.....

CikTeddyCorner said...

nnti bila cik dah kawen n ade anak,nak praktik cara ni jugak la..

Tie HT said...

suka sangat entry akak ni..mmg takut nak tulis entry ttg ilmiah takut org salah anggap, tp tu semua was2 syaitan tak bagi kita sebarkan ilmu..bkn maksud nak riak, jauhkanlah, maksud nak kongsi je kan kak.. tips2 akak ni memang sangat berguna..nice entry kak :)

Aliesha Kirana said...

Alhamdulillah kak. tips yg sgt berguna. InsyaAllah akan AK praktikkan bila dah ada anak esok. moga2 dipermudahkan. amin!

Azlan Strider said...

thanks 4 da tip kak..moga bila sy ade anak nanti sy tak lupa tip2s macam nie..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Lynn said...

Bagus tips akak nie..lynn pun nak share..bila nak tidur malam..lynn selalu amalkan membaca surah pendek bersama anak dari dia kecil.hasilnya anak lynn alhamdulillah dah boleh hafaz surah2 pendek seawal 3tahun walaupun pelat..

Kamsiah yusoff said...

salam
sejuk perut ibu mengandung...tahniah kerana menjadi ibu yg begitu menitikberatkan tuntutan agama kita..menjadikan al quran bacaan harian...
anak2 saya,walau terlewat dari anak2 kakzakie (darjah 4 baru khatam)
alhamdulillah...semuanya khatam semasa sekolah rendah lg..

emarieys said...

terima kasih kak atas perkongsian ini..

duniaanita74.blogspot.com said...

terima kasih kak..ita dah antar mengaji aqil umur 3th lebih....pelat sangat..kak diana dulu pun masa tadika 5th dah hantar mengaji..ita tak pandai....so alhamdulilah kak diana dah katham al-quran umur 10th..dan sekarang masih mengaji lagi...so nak teruskan dengan si arisya lah ...arisya nak masuk 2th..boleh kan kak...

Unknown said...

terima kasih akak berkongsi tips ini. Cuma satu kelemahan yus,sangat kurang sabar, dan selalu termarah anak bila mereka lambat dapat. Harap dapat belajar lebih sabar macam akak...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Betul tu kak zakie semuanya kena bermula dari kecikkkan. Cik ina pun suka cara kak zakie didik anak-anak kak zakie terutama bab bab agama ni.Terima kasih kak zakie sudi berkongsi ilmu ngan rakan-rakan.

Unknown said...

saya suka baca perkongsian pengalaman sebegini. saya follow akak ye...salam manis dari smile...

YATZAKIE said...

betul tu kak...skang ni pon yat dah stat ka qis utk kenal2 huruf jawi n rmi..insyaAllah ia akan berterusan....tq share kak

Unknown said...

syukur alhamdulillah kak, satu perkongsian yg menarik.semoga anak akak berjaya dunia dan akhirat..InsyaAllah:)

Puan Kutu said...

Terima kasih atas perkongsian berguna nie kak. sy sekarang tgh mengajar Aiman iqra,ajar selepas maghrib juga sambil ajar Aiman solat. Memang setiap hari tp kadang2 dia tido awal tu miss gak la.

Walaupun agak terlambat mulakan waktu Aiman 5 tahun,sy mmg tgh berazam supaya dia cpt dpt iqra supaya tahun depan sy dh boleh antar Aiman mengaji dekat tok guru.Tapi satu je masalah sy, sy nie cpt hilang sabar bila mengajar.mmg dugaan paling besar rasanya. Semoga Aiman juga celik Al-Quran macam anak akak..:)

dwatyKNY said...

insyaALLAH kak... perkonsian ini akan dijadikan panduan...

Kakzakie Purvit said...

walau apa pun cara kita mengajar yg penting didikan anak-anak mempelajari al-quran adalah tanggung-jawab kita. Terima kasih buat semua yang memberikan komen N3 kakak ini: -

Mrs Eady, jedi, cheqna, azatiesayang, kakcik, Sharifah Nadzarah. Lyafrina, Acik Erna, Aju Mohit, Pena Rozie, Bujal x, Pok Amai-Amai, Gedek (macam lembut je kan istilah ini), Diana @ bilakukatacinta, zana@pb, Werdah, JunAina, Masya, noor, Rai Ourkizuna, Kazman/Sue, ieda, @cu Sayang (itu yg terbaik Cu), Emme, Deru Ombak, Eye_nee, Hanis My, Sari Yusa Ibrahim, kasihibu, ikatankasihku (baguslah Ikin - banyak komitment Ikin kan), Mama Ju, mama maman aka yana, sis intan, Hanis Azla, sar, cinnamon.com, gadisBunga, Sara, Nazayiena, O Cikteddy, Tihara, Aliesha Kirana, Azlan Strider, Lynn, Kamsiah, MamaEma, anitadiana (janji dah boleh cakap boleh aje ita - tapi jgn paksa/marah), Yus (kena arif tu yus kena banyak sabar), Cik Ina DDC, smile (thanks and kakak will follow you back soon), Yatzakie, Nieza dan Puan Kutu (kakak dulu pun sama kalau dia tidur biarlah).

Untuk semuanya sekali lagi terima kasih.

Kakzakie Purvit said...

dwaty: Terima kasih juga dik..

Cik SHiNJU said...

Xpe adik...cuba lg nt..
menang kalah x penting...
yg penting adik kuasai ilmu al-quran...syabas!

Rozie said...

Cekalnya kakak ajar anak2... tapi saya selalu kalah bila mengajar anak2, bila baca sikit dia cakap mama dak penat ni.. emm dah tu camna?

Mudahan diberi pertunjuk untuk lebih yakin mengajar anak2.

ct rahani said...

best baca pengalaman akak nih.. boleh sy jadikan panduan dalam mendidik anak2.. tq kak sbb sudi share.. :)

husnalalink said...

akan saya praktik kepada anak saya..InsyaAllah..tp sy lom kawen lg..nnt2 lah..hehe =)

fatin said...

terima kasih kak zakie.. sudi berkongsi..

insya allah akan saya amalkan jua..
=}

Kakzakie Purvit said...

Terima kasih juga buat: -

Cik Shinju, Zie, ct rahani, lalink7 (kena cepat tu dik) dan Fatin Marz

Teratak Hami said...

thanks kak sebab sudi share info yang baik ini.