Mana boleh marah kalau ianya dari kesilapan diri sendiri. Itu kata hubby walau dalam hati dia aku tahu dia pun jengkel sama. Tiga saman kerana memandu melebihi had laju telah kami terima baru-baru ini. Satu kerana kesalahan aku sewaktu mahu mejenguk Yasmien. Hendak cepat punya pasal dapatlah 'hadiah' surat saman yang siap ada gambar bonet belakang kereta aku dan tertera nombor plet lagi. Dua lagi hubby punyalah walau salah satu atas nama syarikat tapi kereta sepenuhnya untuk kegunaannya kenalah dia membayar.
Apa yang aku hairan sudah lebih dua tahun jambatan antara bandar Senai ke Kulai, ke lapangan terbang dan ke bandar Johor Bahru tidak siap-siap. Bercinta bila lalu di sini. Manakan tidaknya, dua lane dari arah utara dan dua lane dari airport menjadi satu lane untuk ke Johor Bahru. Tidak siap itu antara kontraktor dengan pihak berkuasa punya urusan. Tapi jem gilanya tidak ada pula yang ambil tahu traffik di sini. Masing-masing tujuk siapa berani dia menang sebab memang tidak orang yang akan dapat 'surat cinta' di kawasan ini.. Apa yang aku nampak ada seseorang yang lebih suka bersembunyi di sebalik tiang jejantas (susur keluar dari Highway Skudai ke Senai) dengan alat bagaikan senapang. Laluan di sini amat lancar, tapi kelajuan terhad, bererti kalau setakat satu jam beratus kereta boleh di'tembak' dan akan menerima 'surat cinta' macam aku. Biasalah bila lepas release tension dari jem berdesuplah speedometer tanda leganya bagai orang yang dahaga mendapat air sejuk.
Jalan yang berlopak sana-sini dek kerana mahu upgrade sistem jalan juga satu hal. Ada seorang pemuda dengan motorsikalnya sekali terbaring sebelah-menyebelah - pagi-pagi lagi sudah kena begini. Entah mengapa hati jadi jengkel bila melihat scenario begini. Manalah perginya duit-duit saman itu agaknya? Kawan-kawan bayarlah cepat mana tahu boleh membantu jambatan di Senai boleh disegerakan kesempurnaannya.
Apa yang aku hairan sudah lebih dua tahun jambatan antara bandar Senai ke Kulai, ke lapangan terbang dan ke bandar Johor Bahru tidak siap-siap. Bercinta bila lalu di sini. Manakan tidaknya, dua lane dari arah utara dan dua lane dari airport menjadi satu lane untuk ke Johor Bahru. Tidak siap itu antara kontraktor dengan pihak berkuasa punya urusan. Tapi jem gilanya tidak ada pula yang ambil tahu traffik di sini. Masing-masing tujuk siapa berani dia menang sebab memang tidak orang yang akan dapat 'surat cinta' di kawasan ini.. Apa yang aku nampak ada seseorang yang lebih suka bersembunyi di sebalik tiang jejantas (susur keluar dari Highway Skudai ke Senai) dengan alat bagaikan senapang. Laluan di sini amat lancar, tapi kelajuan terhad, bererti kalau setakat satu jam beratus kereta boleh di'tembak' dan akan menerima 'surat cinta' macam aku. Biasalah bila lepas release tension dari jem berdesuplah speedometer tanda leganya bagai orang yang dahaga mendapat air sejuk.
Jalan yang berlopak sana-sini dek kerana mahu upgrade sistem jalan juga satu hal. Ada seorang pemuda dengan motorsikalnya sekali terbaring sebelah-menyebelah - pagi-pagi lagi sudah kena begini. Entah mengapa hati jadi jengkel bila melihat scenario begini. Manalah perginya duit-duit saman itu agaknya? Kawan-kawan bayarlah cepat mana tahu boleh membantu jambatan di Senai boleh disegerakan kesempurnaannya.
~~Membebel memang senang tapi yang bertanggung-jawab untuk menyelenggarakan pening kepala agaknya. Maaflah salah aku sendiri tapi kerana emosi aku lontarkan di sini.~~
70 comments:
Sabar la kakakku :)
heee3x... biasa la tu.... saya pernah kompol saman sampai ada 20 saman... pas tu tunggu diskaun baru bayar.... pas tu "demam"sebulan.... agaknya duitnya terus keluar kereta POLIS EVO ... haaa3x...
P/S : Itu namanya POLIS yang meneguk di Air Keruh.... Orang dah lambat ngadap jem dia sibuk nak buat speed trap... Apa daa...
hehehe..biasalah kak...
pernah jugak kene saman..bayar jer laa..tapi sebenar rela paksa kene bayar saman ni...
huuu saya pun dah ada 3 saman had laju tertangguh x bayar ag....nawaitu nak clear tahun ni...insyaallah..
Nway singgah dan follow sini...salam kenal dari sumesakan ye...
Sabar akk...rietta pown pernah kena...tapi adik yang bawa....selang masa xsmpai 10 minit....8 minit jew klu xsilap...dr utara nak ke KL....satu di Taiping, satu di Bukit Larut....memang terasa sangat, sebab memang laluan yang sama, klu dah ada 2 pacik polis men tembak2, mmg 2X kena tembak la...
cheqna ada 4 saman 'nembok'
sambung road tax baru ni tak bayar pun saman tu lepas je...sebab bukan saman sign kan
hehehe
saya pun kene saman baru² bi.. gara² terlupe bayar parking masa peri klinik huhuhuhuhu....
huhu.. sabar.. saya juga orang yang menyelenggara.. hehe.. kadang² sukar nak dijelaskan.. sabar ya kakakku.. :)
banyak juga 3 saman tu..memang patutlah akak rasa macam tu...sebab kita yang gunakan laluan tu je yang faham..
sabar kak..bayarlah saman..hehe
Sabar ajer kak.. Bayar la saman tu kan lewat byr naik pulak saman tu.
kalau dah lama tak siap2 siapa yg tak marah... mudahan di beri kesabaran kepada kita utk menempuhinya...
alahai ...
susut la bajet kak sikit ..
dengan raya dah nak sampai ..
bajet tu boleh buat beli kain raya ..
ha..ha..
saya lebih suka kalau saman dikeluarkan kepada org yg memandu dengan cara yg membahayakan - cilok sana sini, kuar simpang masuk simpang mcm samseng, tak reti ikut Q rupa org dpt lesen terbang, menghimpit - daripada saman org yg laju tapi tak membahayakan pengguna lain di laluan lancar.
nak kene tunggu saya jadi menteri baru boleh diusulkan benda ni kot?
huh!
betul la kak,kak sama dgn suami saya..pun dia kata..jln berlopak sana sini..suami buat aduan marahkan diorang mula2 tampal guna batu kerikil aje.call lagi sekali,dan berkali2 baru semen betul2..lambat..nak saman cpt aje.
kesian200x
makin ramai org tak puas hati makin bertambah2lah dosa..
mulalah tak datang berkatnya dlm berkerja.
rasa rasanya tu pun makan 5-6 tahun baru siap..hehehe..
biasa lah kak..harap2 nak pilihan raya kali ni siap lah jalan tu.. beli jiwa punya pasal..hehe..
cuba bawakan hal ni ke tengah..masuk paper ke...kejap je masalah ni akan selesai..huhu..
dah nak dkt pilihan raya ni..minta la apa je...boleh dpt...tk minta pun dapat gak... (^_^)V
aduhaii kena 3 yer kak. try mintak dcount mana dptkan. klau kena saman2 nih nor termenung kak pikir duit nk melayang!
anak sedara acik 2 orang..adik beradik sekali tak dapat nak hidupkan roadtax..sebab ada 2 saman..
wahh fasion saman zaman sekarang siap hantar dengan gambar lagi... boleh minta diskaun ke tak? sabar ye kak...
area situ memang jammedkan kak.. sy faham situasinya.. harap2 cepat la siap projek kat senai tu.. rasa2nya projek tu paling lambat.. projek2 lain byk dh siap.. so far sy x penah kena saman lg.. en hubby adalah jugak satu dua saman..
Aslkm KZ
Moga sabar dlm semua perkara. Hhehe tak tau nak komenlah..terpaksa berserah saja....
nak gelak pun ada baca n3 ni...hehe..
saya pun ada saman kak, saman keta ada, saman motor pun ada...takpe, tunggu diskaun nnt baru bayar...haha...
kalau sy pun nak marah gak macam ni kak....
Nak buat macamana kakzakie suara kita tak didengar, bayar ajelah.Harap2 semua duit saman tu tak adalah buat mengembongkan poket seseorang.
Kak kene byr saman dulu baru siap Jalan tu kak, sabar jela, mmg sakit hati kan, mcm2 bayaran dikenakan tapi tiada perubahan
banyak kan sabar ye kak :)
Hehe, berbanyak sabar lah ye kak..dah kena saman nak buat camana lagi kan..
Nini paling menyampah kalo dapat surat chenta dari PDRM..tapi setakat ni,alhamdulillah..rekod memandu Nini ok :)
is rasa nak setujula dengan kakzakie, mana pi det saman semua no? jalan sopa tu jugak huduh dia.. hehe
betul tu kak..mmg menjengkelkan mende2 gini, especially berkaitan dgn jalan yg kite guna tiap2 hari..
perkara biasa je tu..
sabor je la..
ehehhee
sabar2...
dugaan hidup..
ehehheee
sabar la kak..
biasa la tu..
memang kita yg x jadi polis ni kene aje saman, kena pakai GPS yg ada tanda tempat ada camera polis pula time nak balik kg..
Pokok Manggis Depan Rumah
assalam..
sabar je la kak..polis traffic mmg selalu mcm tuh..kekadang dorang tu cuma nak penuhkan target dorang je..tu yg main tembak..bukan salah tembak tp salah tempat..amik kesempatan je dorang ni..dah jam,msg2 nak cpt lak tu..ramai lah mangsa dia..
rakyat dah bayar
tapi duit entah kemana akk huhuhu
kalau komen kt blog kakzakie ni, mesti zana yg last kan?
Tu yg pelik, dok nyorok celah2 tiang buat apa? Hubby zana x lyn saman2 tembak ni, saman parking pun selamba je dia koyak melainkan yg kita sign sendiri.
Pelik kan, mana pegi berjuta2 duit saman, jln masih lekok, lubang, batu bata....hehe..kt sabah jgn tnya la....sakit hati je cuma sini jarang ada speed trap.
setuju...!!
mane pegi duit kita bayar, tapi jalan still x elok. huhu
Alhamdulillah, xpernah kene speed trap lagi. saman parking ada sekali kat melaka.
tuler terjadi... undang2 manusia mana ada yang adil... tempat yg tentu2 orang speed tapi had laju rendah memangler ramai yang kenakan...
sbr ye kak... dugaan namanyer tuh kak.... biasalah tukang hendap tu mmg suke pasang perangkap kt tmpt2 yg mcmtu...
byr cpt2 mana tau kan kak boleh dpt kurang
sememangnya begitulah kak, kita hanya mengikut peraturan mereka walaupun mereka tidak pernah cuba mencukupkan keperluan pengguna jalan dengan lebih baik, andai mereka juga mampu di saman, kita pulak hantar notis saman, jalan tidak memberangsangkan...hehe
tudiaa..bom jangka dah meletopss..sabar kak..hehe..pensyarah saya ckp kalau duit saman tue selalunya duit zakat yg mana tekurang agaknyee..sy punya bos penah dapat 2 dozen saman dalm sebulan..hehehe =)
macam tu la lebih kurangnya kakzakie...hehe
Sabarlah Kakzakie,doakan semoga jln tu cepat siap utk kemudahan org ramai yg semuanya x suka jln jem....
what to do kan.. sabar jer lah...
Efisien sungguh pihak berwajib nie ngantor surat saman iye nak collect duit.. ler tuh kan tak lama lagi nak pilihanraya.. sabo je laa..
rasanya semua org ada kena saman kereta...saya belum ada lg..hrp2 jgn ada la...pernah kena saman parking jer...hehe...
sabarlah akakk! huuu. nasib baik AK xpandai bawak kereta lg. kalau pandai esok, ntah cmne la. hahaha
nak at cmna kak,.bayar tetap kena bayar.sy dh dua kali kena saman tembak..:)
papa mifz kene saman jugak hari tuh...speed trap...huhu
saya pun risau gak nie... kut2 sampai saman ekor. sebab tu saya suka balik kampung waktu malam sbb risiko nak kena saman ekor agak rendah
sabar jer la kak...bab bayar saman tu biasa la semua liat jer la nk bayar kalau ada tindakan baru kelam kabut nk bayar kan:)
assalamualaikum kak.
betul la kak. membebel memang senang bila maslah kena pada diri sendiri. semua orang ada masalah kan.
termasuklah penyelenggara jalan2 tersebut. sabar ajalah kak. senang kata, sendiri buat, sendiri jawab, sendiri buat laju, sendiri bayar saman. hee. ~sory kak, gurau je. :)
Salam KZ..
Memahaminya, kerana saya juga mengharapkan jalan2 di tempat saya lebih baik.
Kakzakie
Kata orang, biar kena $aman, jangan kena $amun! Kata orang lagi, biar tak cepat, asal $aman tak melekat. Kata orang juga, $aman menaikkan pendapatan negeri.
Tapi, saya pun jengkel sebab pernah juga kena saman. Beratur lagi pula tu, bila nak membayar!
sabar ye kak..skrg ni mengadu dengan metro atau TV3 lagi cepat depa wat keje dr pihak berkuasa...
Sabarlah kak...tu kes kita buat sendiri..kalau orang lain buat ke atas kereta kita...lepas tu ndak mengaku...lagi sakit hati...
Kak Zakie.. kami ada 6 saman yg tertunggak... tulah nak bebel kat suami pun tak guna, nasi dah jadi bubur
ermmm.. ade la tu sebab musababnya.. susah2 report je kat TV or surat khabar, haaa.. baru x senang duduk dorang nanti..
Salam Kakak, nasib baik, saya tak pernah dapat surat saman lagi...
kalau nak cepat, memang le kita tak ingat had laju yang dietapkan...tak pe kakak, nanti boleh bayar....:)
adat orang berkereta kak zakie. nak elakkan pun tak boleh , kadang-kadang benda ni berlaku tanpa kita sedari. bertabah ye kak zakie, dah luahkan kat sini lega sikit rasa hati.
Assalamualaikum Kak Zakie,
bila selesai baca entri ini saya senyum aje....
bilalah agaknya dapat potongan bayaran saman lagi ek...saya pun berderet jugak saman atas angin gini
Apa-apa pun kesalahan tetap tidak boleh dielakkan. Surat saman juga telah berada di tangan kenalah bayar ye tak? Silap sendiri kenalah tanggung sendiri... Terima kasih atas komen emosi kakak ini ye kawan-kawan...
Mrs Eady, Kazman/Sue, Sharifah Nadzarah, ainnoraini, Sumesakan, Henrietta Jose, cheqna, Masya, Mama Mirza, Lynn, CIkgu Ma, Pena Rozie, Zie, aby, gadisBunga, nabila_2908, cinnamon.com (kakak tunggu GB jadi menterilah hihi...), Rai Ourkizuna, noor, Acik erna, Hanis My, ct rahani, Mama Ju, wahida, aanie, Zaitun, Aju Mohit, @cu Sayang, Huda, Nini D, eeiyss, Maya Amir, Mie, Pokok Manggis Depan Rumah, ieja amieja, ieda, zana@pb, izla, Cho Zila, norhidana, Smile, Nazayienna, Fatin Marz, Rinna, adarnadzmie, Aliesha Kirana, Puan Kutu, Papa Mifz, eelobor, Nieza, sar, Deru Ombak, Temuk, Maya Mayana, Kancil 8349, Nida, Cik Gee, Azi, Cik Ina DDC, Amie dan Ann Ishak.
Terima kasih sekali lagi dari kakak untuk semuanya.
aduh...surat cinta....kopak duit...tak suka, tak suka
sabar aje kak..lain kali lebih berhati-hati...ya...
@ ikatankasihku: Betul nak buat macam mana dan terkena
@ anitadiana: Insya-allah tapi selelu lupa bila dah pegang stereng...
sabau kak :-)
salam
setelah beribu pulus melayang dahulu, lamadah tak terima surat cinta drpd pdrm. Saman ni salah satu sumber pendapatan negara.
Post a Comment