Petang itu aku, Mak Zah dan adik gigih pergi ke masjid sebelum solat maghrib. Penceramah undangan akan membincangkan berkenaan bab riba' dalam kehidupan harian kita. Sambil itu dalam kereta kami mendengar siaran radio rancangan mari mengaji rakaman adik - belum selesai kami sudah tiba di masjid. Tempat parking pun masih terlalu banyak ruang kosong. Aku memilih parking di tepi sebab balik nanti senang hendak keluar.
Selesai rancangan radio kami menapak masuk ke masjid. Sebelum suara azan berkumandang aku ke bilik air untuk berwudhu'. Bawa pencuci muka seperti biasa. Selasai berwudhu' capai serkop kepala, pakai tudung lupa hendak ambil pencuci muka. Aku baru beli produk baru ini. Masih lagi belum tahu andai ada kesan sampingan.
Sehingga selesai solat maghrib, isya', ceramah dan sessi soal-jawab aku masih tidak ingat pencuci muka itu lagi. Tiba di rumah bila hendak mencuci muka lagi baru teringat sebab pencuci muka biasanya satu memang aku tinggal di dalam beg dan satu di rumah. Telefon hubby kerana biasa dia balik lambat sebab membantu mengemas itu-ini tetapi juga terlewat sebab dia sudah hampir tiba ke rumah.
Esoknya pergi lagi tetapi ternyata pencuci muka baru aku sudah hilang. Sedih tapi hendak buat macam mana. Kalau pun hendak menggunakannya waktu membersihkan muka gunakanlah saja, jangan terus diambil itu kata hati aku. Pujuk hati supaya ikhlaskan tapi masih tidak berupaya, hiss... syaitan menggoda aku kiranya.
Esoknya pergi lagi tetapi ternyata pencuci muka baru aku sudah hilang. Sedih tapi hendak buat macam mana. Kalau pun hendak menggunakannya waktu membersihkan muka gunakanlah saja, jangan terus diambil itu kata hati aku. Pujuk hati supaya ikhlaskan tapi masih tidak berupaya, hiss... syaitan menggoda aku kiranya.
Pemuda ini cacat penglihatan tetapi menjadi Johan musabaqah OKU peringkat negeri Johor |
Marhaban sebelum solat Isya' |
Johan syarahan bawah 15 tahun |
~~ Jika mengambil yang bukan hak kita terlalu besar tanggungan yang akan dijawab kelak. Tujuan ke masjid untuk beramal tetapi kalau amal yang sedikit dicemari dengan sifat begini alangkah ruginya.~~
46 comments:
ada gak orang yg sanggup nak amik kat tempat2 camtu lak ea...hrrrmmmm....
Tu lah kan kak...bila kita cuba nak ' sedekahkan aja ', syaitan terus goda supaya hati ini rasa marah/menyesal kan...
Baru saya tahu ada pertandingan musabaqah kategori OKU.
kes yg paling femes..kebas slipar hmmmm tulah elok2 dpt pahal gi masjid dah jd lain jadinya gara2 mengambil hak org lain
kak.. dulu kat tmpt keja lama sy.. siap curi bag kain sembahyang lagi.. cantik kot beg tuh.. hehehe.. kain smbhyg dia tinggalkan. ada gak kes ilang tipon, cari punya cari, jumpa yg ambik.. nasib la, kena buang keja la bdk tuh.. gamaknya bila dlm kehidupan yg sukar manusia sanggup nak mencuri harta org lain wlpun dlm surau.
moga kita dijauhkan dari sifat ni.tkt jgk..mmg tak baik ambil sesuatu yg bkn hak kita
betul tu kak.. kekadang kita cuba nak ikhlaskan sesuatu perkara tu.. tetapi perasaan yang sedang digoda tu susah nak dielakkan.. mungkin perasaan terkilan tu yang lebih.. sebab benda tu baru kita gunakan lagikan.
peliknye kn kak, apa lah motif dtg ke masjid,bkn ke kerana nk memungut pahala tp dh jd menambahkan dosa lak yek bile mengambil sesuatu yg bkn hak...
biasalah kak.
suami saya dan anak saya selalu hilang kasut di masjid.
mahal,baru beli pulak tu.
itu bukan rezeki kita..suami redha.
kalau Allah kata bukan..bukanlah jawapnya.
kasut selipar pun diorg hentam kak.
agaknya akak pakai brand yg org tu teringin nk pakai kot..tp dia nak beli tak mampu...xpe la kak...sedekahkan je la...
halalkan aje.. kita senang hati malah dpt pahala lg...
knp kadang2 kite ikhlas buat sesuatu tp dlm hati mcm kutuk2 je....mcm tak puas hati la.... hasutan syaitan atau apakah itu :(
kalau saya pun akan terdetik kata2 macam akak, nak pakai boleh pakai jelah, tapi tak payah la ambil...tapi nak buat macam mana dah diambilnya....
ish ish..tergamak betul...
dari elok dtg masjid dpt pahala, terus dpt dosa buat keje buruk mcm ni...adoi la..
semoga kita semua dihindarkan drp sifat2 mazmumah seperti ni...
kak..
pasti mahal pencuci muka kak zakie tu
ayu pernah terbaca 1 hadis, jika kita ambil hak org, balasan kebaikkan kita akan diambil u hapuskan dosa itu,.
astafirullah....
kat surau..berderet dan bermacam jenis pencuci muka org bawak dan tinggal kat situ mgkin stok kat opis.tp w,pun saya tak bawak pencuci muka namun tak pernah teringin nak pakai org punya..takut nanti tiba-tiba muka saya rosak.dahlah pakai org punya yg mgkin x sesuai utk kita.curi pulak tu.huhu takut..
penah beg telekong hilang kat surau
baru beli lak tu..salah saya sbb sapa suh tinggal..igt selamat
Kakzakie...kes terbaharu...bawa pengantin solat kat Masjid Putrajaya sambil melawat, bila keluar masjid tengok kasut dah hilang,kesian... kasut kahwin pulak tu.
Kasihan kat akak. insyallah akak pegi tempat yang baik..
nanti Allah "ganti" yang baik untuk yang hilang tu..
doa kebaikan utk org yang ambik tu..
semoga berkat doa kita semua. org yang ambik tu insaf dan bertaubat..
apa lah org yg ambil nekan..kat masjid pun nak mencuri..bila ambil hak org...satu hari kita akan kehilangan yg lagi besar..
yelah kak. t.elok ambik hak org. tringat sy kisah sorang hamba Allah neh tjumpa duit rm50 trus dmasukkn dlm kocek alasnnya Allah trunkn rzeki utk dia dr langit.
gram hati dengar. tbyg ksusahn org yg tcicir wang tu. agaknya tcari2 mcm akk, kan
Assallamualaikum kakzakie,
yang suka mengambil barang2 orang ni selalunya yg datang ke masjid dengan tujuan sebegitu...mama Nadz pun dah berapa kali hadapi situasi mcm ni.. sabar dan sabar jer
Lama-lama hati pun jadi lembut, insya-Allah halalkan sahajalah kepada yang mengambilnya. Dulu Amie hilang satu set barang kemas dalam beg tangan, memang kepoh sana sini cari sampai jumpa bomoh... tapi lama-lama timbul rasa insaf, mungkin sebab emas tu Amie tak pakai, simpan saja jadi terlupa nak zakat, alhamdulillah sekarang bila teringat, tidaklah nak menyumpah seranah lagi kepada yang ambil... redha, bukan rezeki kita lagi.
maaf akak. saya tersilap bagi no phone saya. 0199885546
ingatkan kat masjid org selalu curi selipar/kasut...pencuci muka pun ada juga yg nak ambil...kat tmpt ibadah plak tu...
mcm2 ragam org yg blh dijadikan ikhtibar pd diri sendiri...
kakzakie, mereka mesti ingat barang yang tinggal tu mesti tak bertuan....
kalau dalam masjid pun boleh hilang memang kita semua tak faham...biarlah dosa mereka yang tanggung nanti..
kompem naik jerawat kat muka dia nanti sebab tak berkattt!
paling tak faham, dalam masjid pun masih nak ambik hak orang lain kan kak...
Betul tu, kerana yang paling penting dalam rezeki adalah berkatnya...
dia ingat pencuci muka tu masjid punya kottt...hhhehee
macam2 ye..benda yg camtu pun ada org nk ambk..
hehehe... memang ikhlas susah nak hadir, apapun HAK orang tetap tak boleh nak di ambil.
akak tau kan jam saya hilang di surau petronas dulu, pastu saya beli jam baru, skali lagi diduga ianya hilang di masjid shah alam pula.
Yg menjadi persoalannya kedua2 jam hilang di rumah allah. takpe kak saya redha, mungkin saya yang alpa.
saya percaya ada hikmah di sebaliknya
betul tu.. jujurlah pd diri sndiri..
Salam, Kakzakie... tak terfikir agaknya itu orang punya dalam kepala dia. Mesti dah biasa buat macam tu..
alahai..teruk betul moral orang islam sekarang kak..kat tempat suci pun nak mencuri..
OKU boleh jadi johan .. malu je org normal macam kiteee huhuh
apee lahh , selalu je jadi kat sini kak .. kalau di pejabat lagilah , hari2 saya nie bertukar pen dan alatan pejabat , pelik , dah tulis nama punn org selambee amik huhuu
Kakak..
Kat Pejabat saya, kain telekung kawan hilang bila ditinggalkan disurau....hairan betulkan.. kain telekung pun nak dicuri...
Hubby saya, solat Jumaat dia pakai kasut New Balance.. adalah baru jugak dia beli. Konfem2 kena tibai. hurm. Sabar jelaa
ada jer kan aktiviti akk... selamat berhujung minggu kak z...
Assalam
Di kawasan saya sekarang ni, sangat rajin para pencuri memindahkan kotak-kotak sumbangan/derma jemaah! Kotak-kotak surau lain yang ditumpangkan untuk tujuan mengumpul dana pun dingkut. Di surau atau mesjidlah kita sangka orang takkan buat kerja jahat, tapi di situlah orang jahat mudah menjalankan tugas! Kakzakie wes tuku seng baru?
Appa da punye pencurik.. pencuci muke pon nak songlap ke? Teruk betui!!
tak sanggup nak ambil hak org walaupun tak ada org nampak tapi Allah sentiasa nampak..CCTV Allah akan dipamer diakhirat kelak.kita doakan jer moga org tu insaf dan sedar kan.
dekat masjid pun nak ambil benda yg bukan hak kan..sebab tu time solat jumaat selalu berlaku selipar hilang..sungguh tak faham!
Apa pun kakak silap juga sebab alpa dgn barang sendiri. Kini hati kakak sudah sejuk dan boleh menerima dan sudah pun kakak halalkan dan anggap sebagai sedekah. Kesian juga mungkin yg mengambil org susah dan berkeinginan - inilah saja cara Allah nak bagi dia peluang. Kakak dah ikhlaskan:)
Terima kasih kepada: -
mama irfan, Daddy Ziyyad, noor, mama maman aka yana, are_lin@yu, Ratu kebaya, norhidana, cinnamon.com, Munnafendy, Queen Teratai, Cik Farizam, Aien Alien, wahida, Citarasa Rinduan, Irfa, Zaitun, Pokok Manggis Depan Rumah, anitadiana, So Shy Lady, nadz, Amie, Eira Eixora (ok dah call senang - kakak jarang bersms), Mamamya, Qhaifa Nur, Nini D, Yus, ckLah@xiiinam, Be Simple Beb, Kasih Salina, eelobor, Aju Mohit (kesiannya Aju hilang lagi ye), Lyafrina, Sari Yusa Ibrahim, Rai, ieda (allah bagi kelebihan padanya terang hari ieda), azi, kayna, dwaty, Temuk(ngesok arek tuku seng baru pasal nang omah aneng siji meneh cikgu), Penjejak Mimpi, Nieza (cctv allah maha hebat nieza) dan Puan Kutu.
Semalam kakak cuti ambil anak di asrama tidak berkesempatan utk bw. Pelan-pelan hari ini kakak kunjungi ye...
Terima kasih sekali lagi buat semua.
la pencuci muka pun nak cilok.kita manusia biasa kakk zakie perasaan geram bila barang kepunyaan kita hilang tu tak banyak sikit mesti ada.InsyaAllah esok lusa lupalah pasal pencuci muka tu.
dekat masjid pun nak mecuri.. tak baik btl...
X tahulah nak ckp,harap org yg ambik tu lepas nie boleh fikir yg mana hak org atau rezeki dia....
Post a Comment