Kesinambungan dari pemberian BR1M yang berjumlah RM 500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Ada seorang teman hubby di surau berkata pendapatan dia dan isteri memanglah melebihi sedikit dari tiga ribu tapi beliau mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya telah bersekolah. Hubby hanya tunduk akur dan merasa belas juga membayangkan kesulitan yang dihadapinya. Banyak yang dia kena berjimat-cermat dan berkira kalau dengan pendapatan begitu dan duduk pula di Johor Bahru.
Membandingkan dengan jiran yang tinggal berhampiran rumah kami.
Bukan bangsa aku. Kerja sendiri yang aku juga tidak tahu apa kerja dia sebenarnya kerana saban hari ada saja di rumah. Mempunyai tiga orang anak yang mana satu darinya sudah mempunyai kedai stationery dan dua masih bersekolah. Nilai rumah yang didiami itu melebihi RM 300 ribu. Isteri juga tidak bekerja. Setiap hari makan di luar, bahkan setiap tahun mereka pasti pergi melancung keluar negara (tidaklah aku tahu andai dia booking yang Air Asia selalu offer melalui online). Samada anda percaya atau tidak keluarga ini layak mendapat wang RM 500 itu.
Membandingkan dengan jiran yang tinggal berhampiran rumah kami.
Bukan bangsa aku. Kerja sendiri yang aku juga tidak tahu apa kerja dia sebenarnya kerana saban hari ada saja di rumah. Mempunyai tiga orang anak yang mana satu darinya sudah mempunyai kedai stationery dan dua masih bersekolah. Nilai rumah yang didiami itu melebihi RM 300 ribu. Isteri juga tidak bekerja. Setiap hari makan di luar, bahkan setiap tahun mereka pasti pergi melancung keluar negara (tidaklah aku tahu andai dia booking yang Air Asia selalu offer melalui online). Samada anda percaya atau tidak keluarga ini layak mendapat wang RM 500 itu.
~~Masih ada lubang di sana-sini yang perlu ditampal. Apa yang jelas sasaran untuk membantu pejawat awam dan pihak tertentu tapi kelihatannya sasaran ada juga tertuju pada mereka yang suka bekerja sendiri dan tidak mempunyai penyata gaji lalu secara tidak langsung dapatlah keistimewaan ini. ~~
79 comments:
salam kakzakie..acik setuju sangat dengan apa yang kakzakie tuliskan..
tapi siapa yang memantau keadaan ini
mak ayu pun kerja sendiri tapi tak pendaptan sederhana pun xdapt..ayah pun xdpt..bla ayu mhon pun xdapat.sedangkan tanggungan ramai.dorang bagi harapan ja.pnat naik trun ofis 3-4 kli last2 xdpt.;-(..bkn rezeki...
mak ayu pun kerja sendiri tapi tak pendaptan sederhana pun xdapt..ayah pun xdpt..bla ayu mhon pun xdapat.sedangkan tanggungan ramai.dorang bagi harapan ja.pnat naik trun ofis 3-4 kli last2 xdpt.;-(..bkn rezeki...
tulah pasal kak, yang patut tak dapat, yang tak patut, dapat la pulak...hmm, mmg banyak yang perlu ditampal ni..
hmmm tak tahu la nk komen apa pasal ni. maybe diorg terlepas pandang or ni jugak rezki namanya.
ada yg ptt layak tp tk dpt. hmm...maybe terlepas pandang or bukan rezki.
kenapa jadi macam tu yer... takkan terlepas pandang kott.... musykill jap... sy ni memanglah tak layak walaupun gaji saya sikit tapi campur dengan suami lebih jugak 3 ribu huhuhuhu.. sbb gaji suami yg tinggi...
huhuh pelik kan akk
lubang2 nielah yg kita kena tampal dan segerakan ..
harap2 rakyat paham dan cepat2lah buat perubahan .. x salah buat perubahan sbb hanya utk 5 tahun kan .. x bagus , kita tukar layieee ape yg susah huhuhuh
kerajaan bagi brim ni pun nak tahu siapa yg tak pernah bayar cukai... tunggu jela nanti
Mungkin jalan itu telah terlalu sedap dilanyak hinggakan segala lubang tidak dilihat sbg satu masalah yang akan membawa kecelakaan!
ada yg cakap mcm tu kak...
ini tidak adilllll..
tidak adilllll
ayu nyanyi sikit ya kak,...
dapat rasa kesedihan y dialami oleh golongan y benar2 mememerlukan..
PS: rasanya jiran bukan bangsa kita tu tanam daun ganja dalam rumah tak.. heheheheh... jahatnya adikmu..
susahla kak benda2 cam ni kita nak ketengahkan...
klu ikutkan mmg tak adil..
Betul kakzakie.. kadang2 benda ni kene tgok betul2..
nak bagi bantuaan, tp yg nk di bantu tak dapat..
yg tak perlu dapat pula..
kasihan kat yg tak dapat.
gembira la yg dapat..
moga ada perubahan selepas ni jika ada lagi bantuan seperti ni..
Pokok Manggis Depan Rumah
sangat rugi untuk orang yang makan gaji sebab ada slip gaji.sangat untung orang yang tak ada slip gaji..sesuka hati boleh letak berapa pendapatan sebulan. padahal pendapatan sebulan lebih dari syarat kelayakan.dah banyak kali dah jumpa kes macam ni..
hurm... kak Zakie, saya stuju entry yg akak tulis ni... atas keprihatinan pihak Kerajaan, patot lah dpt RM500 kepada keluarga yg berkenaan...bestnye... kan, Rezeki dari Allah!
dapat ke, tak dapat ke, janji undi bn, itu yang umno concern
Mungkin sebab dia kata dia tak ada kerja dan tak pernah bayar income tax.
Kalau orang yang sepatutnya dapat, boleh dapat, kita syukur Alhamdulillah.
mmg ramai yang TAK SEPATUTNYA dapat TAPI DAPAT BR1M nih...
salah siapa?..
siapa yang tak menilai dgn betul?..
siapa yang meluluskan?..
tepuk dada tanya diri.
assalamualaikum
usah disebut mengenai pemantauan, usah disebut mengenai penguatkuasaannya..hakikatnya minda orang Malaysia memang begitu, semua benda percuma mahu dikautnya tanpa memikirkan hak orang lain..lebih lagi orang ca ya nun alif nie....
mana dtg duit bantuan tu ???
sebenarnya masa kecoh ttg pembahagian BRIM ni..saya dan suami sikit pun tak teruja utk sibuk2 nak isi aptah lg nak ambil borang..atau klik aje guna jari.bukanlah belagak atau apa saja yg org selalu anggap!
bagi aje pd org yg betul memerlukan..tapi lompong juga sana-sini akibat 500 tu.benda ini juga berlaku depan mata sendiri..bila mana sanggup menipu..
saya tak mampu utk betulkan org itu,hanya doa saja.dah habis pun duit tu.
terang2 tak berkat.
lubang korek sana korek sini...
tutp sana tutp sini
ketidak adilan dimana mana
sudah banyak sangat ketirisan yang berlaku di sana sini.... Kadang2 terfikir kepada mereka2x yang sebagai pembuat dasar negara ni di PUTRAJAYA.... Tahap jawatan dah JUSA ( Jutawan Sektor Awam ) tapi macam mana la kerja mereka ni membuat dasar yang diminta oleh menteri...
P/S: sekadar luahan pendapat kerana kes ini sebenarnya berleluasa di sana-sini depan mata... kesian pada mereka yang betul2x memerlukan...
itulah kak....pasal BR1M tu macam2 cerita dengar, yang sepatutnya dapat tak dapat-dapat, yang sepatutnya tak dapat boleh dapat dengan senang je...
Kak Zai ada juga dengar seseorang tu kerja sendiri yang incomenya berlipat ganda tapi dapat juga BRIM, konon isteri tak bekerja.Mentang2 tak ada slip gaji boleh tipu sana tipu sini, berkat ke duit tu bagi anak bini makan.
saya melihat... analoginya begini..
dek kerana lubang yang terlalu banyak..si penutup lubang hanya menutup lubang yang secara zahirnya ukur lilitnya kelihatan besar je.. tanpa sempat melihat kedalaman lubang tersebut.. (",)
namun, saya sudah jangkakan dari awal perkara begini akan terjadi..
dalam perkara agama pun manusia cuba nak tipu2, inikan pulak kalau berkaitan dengan duit.. (",)
setuju ngan kak zakie..
kdg2 org yg lebih senang dpt duit rm500 nikan..mcm kwn intan..dia kate gune org dlm..hmmm,,ntahla..
=(
Tak apalah....rezeki die.
Sama ada berkat atau tak....jawablah kemudian hari.
btl tuh kdg syarat2nya tuh membuatkn ada org yg dipinggirkan cth mcm akak ckp tuh. anknya ramai 5 org. patut kena tgk jugalah keadaan sesebuah family tu kan...
betul tu kak..biasanya yg bekerja sendiri ni takkan lepaskan peluang..
masa sy tgk mereka pergi ambil voucher di tempat yang di khaskan..kereta yang digunakan...wow... hanya mampu geleng kepala...
Salam, Kakzakie, Sepatutnya bukan dikira dari pendapatan sajakan..
Contoh, suami isteri bekerja yg pendapatannya 3.2K anaknya lima berbanding dgn satu keluarga yg suami shja bekerja gaji 2.8K anaknya seorang.. yang mana makan lagi byk, perlu lebih banyak..
Percayalah..ada rezeki lain untuk kita...Yakin dengan janji Allah...letakkan Tuhan yang Satu...sebagai Maha Pemurah dalam memberi rezeki...
setuju dengan kakzakie, tapi tulah siapa yang nak tolong pantau. Patutnya kalau dah tahu mampu tu tak perlulah mohon, tp duit orang nak beri free, ada aje yang pandai ambil kesempatan kan kak
saya nyampah dengan projek gula gula macam ni kak..yang benefit bukan banyak mana pun..propaganda je lebih...
diaorg wat keje x telus mana pun...ader yang sepatutnyer xlayak pun leh dapat..."rakyat didahulukan tu" mcm x sesuai jer. yg kaya bertambah kaya
ramai kak yang sangat2 layak tapi tak dapat..kesian saya tengok meka, mengharap sangat2....hurmm
mencari org yang jujur ni ibarat mencari permata di dalam pasir kan?
kak zakie, betui, is pun duk rasa macam tu dan ada jugak jiran-jiran kat umah yang dapat tapi kaya2 belaka, ada yang xdapat tapi keperluan mereka tidak mencukupi... sian... kebanyakan yang bekerja sendiri dan pendapat tidak berslip, dapat... yang ada slip, tapi potongan bulanan banyak, ikut gaji 3000++ kira xlulus... perlu penilaian semula... hmmm~
pembahagian dana masih tak kemas...
memang setuju sgt kak.patutnya yg berkemampuan tu beri peluang pada org lain yg lebih memerlukan utk terima.mana2 pembahagian pun ssh kalau kita nak buat secara telus dan memuaskan hati semua pihak.msti ada walau sedikit ketidakadilan.inilah dunia..:)
yang bekerja sendiri dengan pendapatan tinggi ini juga terlepas dari membayar cukai...
saya ni tak boleh baca entry mcm ni kak, kes pertama tu bisa menitiskan airmata ni, kes kedua, dah tau tak layak berilah pada org yang layak menerimanya, yang kaya makin kaya, yang miskin semakin ditindas, wallahualam
nak kena kaji scara mdalam neh. kejujuran pemohon kdg2 bleh dptikaikan sbb mrk guna konsep pengisytiharan sendiri. kpd yg mnipu, tindkn mahkamah haruslah d ambil
duit siapa taknak.. dah tau tak layak tapi berusaha juga untuk mendapatkannya dan ada pulak antaranya berjaya..
bagi saya biarlah hanya mereka yang benar-benar layak dan memerlukan je yang mohon untuk mendapatkannya.
betul tu...pendapatan memang lebih dari 3ribu tapi tangungan yang ada dorang tak kira kot..kalau anak 5 dan semuanya masih bersekolah macam mana??
yang kurang dari 3 ribu tapi tak ada pa tanggungan pon..macam dapat durian runtuh la kan...
apa pon tahniah buat mereka yang dapat BR1M..rezeki.
Biasa lah tu, kalau kita lihat mereka yg xpatut dpt, tp dapat, sedangkan yg patut tp xdapat, mmg kita rasa kesian atau sakit ati. ckuplah kita think yang berapa ramai org yang patut dpt dan dapat manfaat dr rezeki tuhan tu. yg terlepas tu, mgkin rezeki untuk dia yg Allah bagi melalui rezeki org lain
ditunggu untuk follow
http://penyuluhpi.blogspot.com/2012/04/ternyata-kotoran-sapi-bisa-dijadikan.html
setuju ngan pendapat akak.. memang nampak x adilkan..
assalam kak..
setuju sgt kak..MIL sy pun x dpt sedangkan dia dah berumur 65thn(wargaemas)..yg peliknye ada sorang jiran MIL dgn pencen RM1000 sebulan blh lak dpt..mana telusnya program BRIM ni..
kesian pada yg layak tp tak dapat..yg tak layak tu gatai2 nak gi mohon jugak watpe..
kakzakie mesti ada yang terlepas pandang tentang itu ini....
berilah pada yang memerlukan...
aduhla kesian pd ketidak adilan ini kak... kesian pd jiran akak tu... yelah walaupun lbh 3k tp ngn tanggungan ramai mana kan ckup,...
nampaknyer banyak yg perlu di tambah baik masa akan datang... agak2 kalu pendatapan dh ckup tu malah berlebih2 tak pyhla mintak bantuan tu,kesian pd yg lbh memerlukan
setuju sgt kata2 akak.. pemberian msih x adil kan..pttnyer kna tgk isi rmh.. jgn hnya bsndarkan gaji 3000 k bwh y layak.. kalo gaji 3000 tp anak sorang... n gaji 3000 lbh sikit tp anak y blajar 5-7 orang.kerajaan msti lbh peka kan.. tgk pd isi rmh.
duit free dah tahu tak layak tetap apply..tapi tak sangka pula permohonan dia berjaya.... ini kena report ni
Klu dah ada rumah besar,mkn luar tiap2 hari dan melancong luar negara setiap thn,BR1M yg RM500 tu pun dipandang,kasilah sesapa yg layak menerimanya...
emm... iols juga tak dapat - thos lebih nya berapa ringgit aje!
perit juga kak... maklum le duduk KL kan!
setuju dgn akak..memang ada yg begitu sebenarnya..
Sangat setuju.. MIL dan FIL yang cuma berjualan di gerai dengan pendapatan tak seberapa pun khabarnya tak layak dapat BR1M..mana silapnya tak tahu la..
ada yg tersirat di sebalik yg tersirat tu kak ;)
Cerita lubang-lubang macam ni memang dalam setiap sudut ad.
Teringat semasa menguruskan SPBT dulu. Kebanyakan bangsa asing yang menjadi tokeh-tokeh besar, apabila diminta penyata pendapatan ibu bapa, punyalah liat. Status penjaga dia catatkan nama datuk yang pendapatan bawah RM500. Minta/cakap lebih lebih, dia kata pendapatan dia private and confidential...cikgu tak usah sibuk nak tahu. Demi anaknya dapat buku teks. Sekarang, semua dapat, tak kira kaya ke miskin.
hmm.
saya dan mak ayah tak memohon sebab roughly gaji tak layak memohon. kalau ikutkan 500 tu byk juga, so agak rugi tak cuba.
tapi ada juga kawan yang gaji 3k ke atas dan nak apply juga. apa hasilnya tak tahu lah.
tapi sesak kan pejabat lhdn time time tu? saya tak tahan.
bila orang tidak bertanggungjawab..orang lain jadi mangsa
Inilah di antara 'loop hole' yang sukar untuk menyaring penerima yang layak dengan tepat.
Keadaan ini jelas memberi kelebihan kepada anggota masyarakat yang bekerja sendiri.
Perkara ini perlu diperhalusi jika akan ada BRIM DUA.
tulah yang saya frust dgn situation skang.. sad to say but it's the truth.. bile sebut psl bantuan, sume org berpusu2.. susah nak cakap kalau berpendapatan bawah RM3K layak memohon..betul akak ckp, camne kalau tanggungan melebihi dari jumlah pendapatan,pastinya menjadik negatif balik..byk yg lubang sana sini, saya tak berapa agree konsep beri bantuan ni, sebab nak monitor agak payah, nilah yg terjadi..ade org layak tapi tak dapat..ade yang tak layak, masih mau mencuba.. kenapa ye? tak terpikir ke org yg betul2 layak tu mungkin keciciran nak dpt sebab terlalu ramai yang mohon..*sigh*
saya lebih suka kalau pihak2 ini mengawal harga barang2 & menguatkuasakan undang2 yg lebih ketat tentang pemberian gaji bukan saja utk govt staff tapi jugak utk private sector.. ramai org ingat keje swasta, gaji besar.. tapi sad to say, ade yg masih dpt gaji hanya RM500 sahaja utk say, keje shift 12 jam? logik ke utk zaman skang ni? mungkin susah nak monitor agaknye..but i seriously don't think that the bantuan can help solve the issue (kang ade marah aku kalau aku ckp ni mainan politik jek kang..heheh)
Pemberi sukar membuat pantauan tetapi pendirian yg meminta kenalah fikirkan kedudukan diri. Apa lagi bila yg ada kuasa memberi menunjukkan yg dia boleh tunjuk kuasa kenalah beringat kita hidup di dunia ini tidak lama mana. Apa-apa pun terima kasih buat: -
Acik Erna, @re_lin@yu, Huda, Cik Farizam, Masya, ieda, Santri TPINI, kakcik, Citarasa Rinduan, Sharifah Nadzarah, Pokok Manggis Depan Rumah, Nur Anis, Emme, Cikli, Kunang-Kunang, Nini D, shahromnasrudin, pB, cinnamon.com, @tune@, Kazman/Sue (hihi... shortform Kas/Sue utk JUSA cantiklah), Aien Alien, Zaitun, fuad ansari (lubang kat baju si pengukur tu belum tentu dia nampak ini kan pula nak menutup lubang yg dah banyak kan..), intan_blur, Pok Amai-Amai, noor, nabila_2908, Sari Yusa Ibrahim, Arif Fazdilah, Yus, Rai Ourkizuna, Tentang Kita, Tihara, kasihibu, eeiyss, sis_intan, Puan Kutu, Amie, Aju Mohit, So Shy Lady, aizamia3, Adylia Qarissa, fazruonoor, Penyuluh Perikanan, ct rahani, ieja amieja, fieda, Qhaifa Nur, norhidana, Lyafrina, MamEma, Nazayiena, miloais milo, kasih Salina, Mokcik Azwa, sisdee, ckLah@xiiinam, gadisBunga (kalauGB apply mesti kakak tak respect tau), Kancil8349, Ujang Kutik dan Maya Amir (kita sekadar boleh memberi pandangan Maya tetapi entah didengar atau tidak itulah hakikat yg ada sekarang).
Akan adakah BR1M ke dua? Kita tunggu. Terima kasih buat semuanya:D
Kepincangan sebegini berlaku kerana bantuan yg diberikan bukannya bermatlamat ingin membantu rakyat tapi kerana bermotifkan politik supaya dilabel sebagai cakna rakyat.
setuju sgt apa yg sis tuliskan...perlu selidik dulu sblm memberi.. yg patut didahulukan, yg mampu sepatutnya bg pluang pd org lain...
salam
banyak lagi kepincangan dalam pengurusan BR1m ni.
banayk yg kena betulkan kerajaan kita ni kak.....sy study public sector semester ni,memang banyak bnda yang membuka minda kami sebagai pelajar untuk memperbetulkan sistem...
sebetulnya yana pun pelik kat cni ada yg pakai kete mahal pun dpt rm 500 tu..
sedangkan yg betul2 memerlukan tak dapat...
bila bab duit ni apa salahnya yg mampu tu beralah dan macamana kerajaan buat keje yerk?
pelik..pelik...
Salam KZ'
Memang ada org tak kisah, asal duit je ngap1
untungnya mereka yang tidak ada penyata...
moga walaupun hidup kita sederhana di sini..moga hidup kita berkat dan mewah di sana nanti...
Tentulah tak tepat bila kedudukan ekonomi seseorang/keluarga hanya didasarkan kepada satu faktor saja, iaitu pendapatan. Jelas faktor tanggungan (termasuk bilangan anak, bayaran berjangka panjang spt perubatan, dll) juga wajar diambilkira. Tapi, orang nak cepat laksanakan sesuatu. Tak ada masa nak fikir mendalam apa yang mahu dilakukan dan bagaimana cara terbaik melakukannya. Salam bahagia, kakzakie.
salam k zakie ..
klu tk dapat tu anggap la bukan rezeki kita ..
dan jgn kita iri terhadap taqdir allah swt yg menrezekikan org lain ..
insyallah tk dapat BRIM..
mungkin kita akan diberi dengan cara yg lain ...
gitu kot ..
Kita lihatlah saja selepas PRU13 ini akan adakah BR1M yg kedua atu tidak? Terima kasih juga buat: -
Shameel Iskandar, Salmiza, Syira Qahira, Fasihah Supian, Maya Mayana, Mama Ju, Sudais, tunz, Temuk (harap akan ada badan pemantau hal ini ye cikgu) dan aby.
Terima kasih semuanya sekali lagi.
PR pun ade dengar gak citer mcm ni. Ade tu satu keluarga 2 kali dpt apr citer pun tak tau...
yup masih ada lubang... org yg memerlukan x dpt, malah sebaliknya....
ita pun ada mintak ..tapi tak ada jawapan lagi...setuju dengan pandangan akak tu..perlu di kaji lg kot...
Post a Comment