Aku pengguna produk tersebut sejak habis pantang anak kedua. Kini anak kedua aku akan menginjak usia 13 tahun pada June tahun ini. Betapa setianya aku dengan produk itu. Tiba-tiba dalam kasih-sayang yang tidak berbelah-bagi aku dikejutkan dengan berita bak letupan bom nuklear hingga merentap sekaligus kasih-sayang yang telah di semai sekian lama. Salah satu produknya disahkan mengandungi sibutramine, dadah bahaya yang boleh menyebabkan lumpuh dan gila. Jangan main-main. Walaupun aku tidak menggunakan produk untuk tujuan kurus yang terbongkar 'rahsianya' itu tetapi mendengar jenama itu sudah membuat aku kecut. Hubby pula serta-merta kata "jangan guna lagi produk ini, tidak boleh dipercayai langsung!!"
Jumpalah 'beautician' berdekatan dia mengesyorkan produk baru. Sudah lebih seminggu aku mengunakan produk baru. Entahlah aku kini dalam tempoh percubaan bahkan masih tercari-cari produk yang boleh aku guna-pakai. Rasa takut membeli produk tempatan mula bersarang dalam minda. Konon mahu membantu saudara sebangsa/seagama namun begini pula jadinya.
Jumpalah 'beautician' berdekatan dia mengesyorkan produk baru. Sudah lebih seminggu aku mengunakan produk baru. Entahlah aku kini dalam tempoh percubaan bahkan masih tercari-cari produk yang boleh aku guna-pakai. Rasa takut membeli produk tempatan mula bersarang dalam minda. Konon mahu membantu saudara sebangsa/seagama namun begini pula jadinya.
~~ Walaupun rasa tertipu namun masih lagi bersyukur kerana aku tidak terpengaruh dengan apa juga produk untuk kuruskan badan. Kalau tidak pasti lama sudah aku jadi gila disebabkan minum produk ciptaannya.~~
79 comments:
Mujur juga set SRG (kakcik pernah ceritakan di blog kakcik sebelum ini) harganya tak sampai pun RM50.00 membuatkan kakcik kurang rasa terkilan bila terpaksa tidak memandangnya lagi. Gara2 menggunakannya, doktor boleh sangka kakcik kena demam campak disebabkan muka yang penuh parut kehitaman. :(
oo produk yg kecoh skang ni tu ek kak? lame jugak akak pakai tu ye.. alhamdulillah, dpt tau skang..cuba imagine langsung tak tau smpai bile2? aduhai... derang ni sedar ke tak mende2 tu boleh mengancam pengguna.. tulah bile keuntungan dlm perniagaan lebih jadik keutamaan...*sigh*
ooo, tulah kan kak, kita nak bantu orang kita, tp jadi mcm ni rasa was-was pula...
baca komen kakcik di atas SRG membawa masalah pada muka dia? Yus guna SRG juga, so far ok.
msa bpntang dulu lya pernah ambik pil n pati haruan ST je.. tp mujur x pnah ambik ape2 produk lain pon..tp jd risau jgk kalo produk y pnh kn dulu pon ada bhn terlarang..
itulah..igt lg testimni .katanya, smua tu hasil resepi dia sndiri mgunakan akar2 kayu..sekali bila dh kecoh.. kata bhn tu drp supplier..so???
huhu..bila dapat tau, myra pun terkejut..nasib baik tak penah try..skang ni nak beli pape produk..memang hati2 betul.
Dulu masa remaja selalu juga minum teh pelansingan...
Tapi entah bagaimana bila beranak terus jadi kurus.... jadi memang tak pernah ambil produk utk kurus selepas kahwin.
salam k.zakie..duluuuuuuu atie pernah gak guna produk dr syarikat tu gak TP dah lama xpakai...
Semua dah bahaya skrg..nk sennag kita guna bedak sejok cam mak2 kita dolo2...halus je muka depa,xder jerawat lg!...hikhik
Susahlah skrg nak cari product yg memang betul2 sesuai dgn kita yg halal dan selamat digunakan,kakzakie pki ST ke?
tulah tgh hangatkan skrg diperkatakan...yg kesiannya pengguna mcm kita ni xtahu apa2...
ohhhh bahaya gak produk zaman skrg ni kan kakkk. kene berhati-hati.
Yang geramnya hal ini dilakukan oleh orang sebangsa kita....bangsa Malaysia yang menipu duit bangsa sendirik....hhhaaiiiihhh!
sya ketinggalan betul pasal ni, memang tertanya tanya, tp bila baca komen baru tahu
sya pun tak guna produk kurus, sebab sya pecinta makanan ;p
Salam kenal..
Tulah, hasrat kita nak menolong sesama melayu. Akhirnya kita yg tertipu dan mungkin memberi musibah pulak. Susah dah nak percaya produk tempatan..
produk ape nie??kenapa macam tak tauuuu
risau nak beli produk produk dekat pasaran ni..nak buat petua tradisional, malas lah pulak..
set apa lah tu yek... seram lak kalu dgr kan...dana jarang gune kosmetik yg made in malaysia bukan sbb eksen tp sbb penah gune jenama nata... tp pakai 2-3bln kulit dana jd merah2 terus dana tkr produk lain neutrogen n dh kekal sampai skrg dh 5thn dh...
betul kata akak, niat kita nak tolong bangsa kita sendiri tapi agak risau dan was-was dalam produk tempatan ni semua..sy pakai apa yang boleh jer.
Takutnya.... kenapalah sampai hati betul nak kaut untung sampai nak membunuh orang....
Sy tak pnh percaya dgn produk kuruskan badan nie. Dulu mak sy selalu beli ubat tu, susu nie...tp semuanya hampeh....
Ubat paling berkesan utk sihat dan slim adalah - senaman dan pemakanan yg sihat!
mmg kurang percaya..takutkan nnt dpt penyakit lain la pulak nanti...
kalau nak kurus sama la jugak mcm fara punya pendapat tu..
saya pun ngeri dgr..niat nk bantu org kita tapi hmpeh :(
saya guna yg biasa2 jek now nie pun :( jamu pun saya makan yg tukang urut jual jek
Allah...risau nyer!
sy ada dgr kat berita penjelasan pengasas pasal produk tu...katanya produk tu bukanlah hasil dr syarikat diorang, means bukan diorang buat kajian sndri blablabla...kira mcm kerjasama antara diorang dgn pihak yg buat ubat kurus tu,bg produk dan rebranding dgn ST...
kesilapannya diorang xkaji betul2 apa yg ada dlm kandungan produk tu. kesian, usaha dia selama ni jd rosak gara2 kesilapan ni.
Salam KZ
Dulu ada baca dlm majalah, iklan- sapa2 nak beli/buat apa2 produk- geram tenguknya - boleh beli dgn supplier benda2 mcm tu lepas tu letak label entah apa2.Tapi tak pernahlah beli.
alhamdulillah, kak zakie masih belum gila dan masih mampu menulis blog.. kalau sampai kak zakie jadi gila, nanti kami pakat2 buat demonstrasi aman..(",)
niat kita nak tolong bangsa sendiri tapi tak sangka ini pulak yang jadi
produk apa tu ??
sungguh ketinggalan zaman pB nie
kesian ST kene subotaj kott... nasib baiklah tak pernah guna produk dia langsung.... jauh sekali ubat pelangsing...
akak, produk ape tu? dorg ni meniaga nak kaut untung je, x pikir kesihatan org..
sedih kan bila kepercayaan dikhianati? :(
dulu pernah makan produk kurus dia..lama dah..8 tahun dulu..sib baik tak gila...heheeh
Salam, kakZakie. Sy antara yg prnah mnggunakan produk tu. Tapi rasanya tak silap sy produk yg terbabit merupakan produk baru (bkn yg sy guna dulu). Dan syarikat ni pengedar jer, suppliernya syarikat lain, jadi ayat penyelamat, kena sabotajlah.. huhu. Yang sy tak faham, knp sbelum ni mengaku itu formula dia, bila dah jadi macam ni ada pulak orang lain dijadikan kambing hitam... haishhh!!
Salam perkenalan..
Itu yang takut tu kan.. tak pasal2 kena musibah.
Kawan makchaq pernah bagi makchaq teh kurus.. minum asyik mencret...sampai naik letih.. minum 2 bungkus terus stop takut lain jadinya...
lamanya akak guna produk tu..nasib baik akak tak pakai set produk kuruskan badan dia tu...huhu...
memang kena hati2 akk
saya memang x pakai produk2 yg bukan2 nie .. risau .. dari dulu x berani cuba .. sbb macam takut , nak2 melibatkan wajah huhuhu
soo saya kekalkan guna produk yg dah memang lama di pasaran .. takut kak huhu
saya memang berhati2 dalam guna produk kecantikan atau kesihatan...takut terkena macam kawan, guna produk "tetttt" dari muka licin terus berjerawat sentiasa.
salam kenal.
Dulu sis pun pernah guna produk dari syarikat,tak sesuai dgn badan terus stop.Sungguh terperanjat dgn berita baru2 ini.Kesihan pada kita sebagai pengguna.
Alhamdulillah selamat..
sebelum jadi apa2.. baik berhenti kan akak..
semoga org lain pun berhenti juga bila baca ni..
bahaya ni, sampai boleh lumpuh+gila lagi..
Pokok Manggis Depan Rumah
salam kak zakie...ms berpantang dulu Liza prnh guna produk ni...sib baik xde ape2...tp sekarang takut la pulak....
Pakai bedak Baby Johnson je kak lepas ni. Takut jugak nak pakai produk2 tempatan. Entah mana2 dorang dapat supply. Yelah tetiba peniaga2 produk ni tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Lepas tu kaya-raya pulak tu.
err kak zakie.. MAC eh tu.. saya kenal dengan sorang make up artist ni..dia kata MAC tu memang bagus.. tapi tak sesuai utk digunakan sebagai mekap hari2.. sbb professional biasanya gunakan utk sesi fotografi je..
saya pun tatau betul ke tidak.. tapi begitulah katanya..
nasib baik dkna tak pakai produk tu ;p
Alah takutnyeee nak guna produk ni..
tu lah kak..kita nak tolong bangsa kita tapi kita yang terkena..lamanya kak zakie guna produk tu...nasib baik tak de apa2 effect..alhamdulillah..
Maaf cakap, saya memang sentisa skeptikal dgn produk2 sebegitu, yg mana entah mana / bila masa dia buat scientific research..masalahnya, org Malaysia mmg mudah terpedaya.
mmg tak percaya langsung dgn local produk...sbb dah bnyk kali terkena
ayu baru tau..tak pernah tgk n cuba lagi..huhu...pnh jgk pkai produk tmptn..tp tula ksan skjp ja..myb tak sesuai ngn kulit ayu kot..
memang bergantung kt produk satu je tak berkesan pun. kena jaga secara natural dan seimbang jugak.
takutnya dengar berita nih...nasib baik sy tak pernah guna produk pelangsing..
natural beauty :)
pdhal..pemalas
saya la tu
saya tak pernah guna apa2 utk kurus..
semulajadi, bdn sedang2 aje.
bedak sejuk pun tak ada.maknanya yg lain2 lg lah tak ada.
salam kak,
ooo baru tau rahsia awet muda akak yer...kategori tegartu...tapi itu dulu laaa...kan kan..
insyaALLAH tiap berlaku ada hikmahnya..kita sangka baik dan ini lah peluang allah nak kita cOmeback to nature...muga kita tak terkena kali ke2...
remark: para saintis teruslah berinovasi ...
apa product tu kak?
produk kurus??? tak penah cuba
sebab iols suka makan
sentiasa berhati-hati kita semua kalau nak beli sebarang produk takut tertipu..kesannya kita yang tanggung..nasib baik kakzakie tersedar cepat...
pernah dengar gak...
Skrg nie mcam2 ubat ada di pasaran tapi saya masih rasa was2 takut kan.. kdg2 tgk org makan okey plak..
As Salam Kak Zakie,
Ema skrg nak cuba kempiskan perut..tapi bab makan ubat memang ema tak berani nak makan... cuma ema tgh cuba memakai pakaian saja...INSYAALLAH kalau ada perubahan apa-apa..ema informkan..
Kakak,
Sejak belum kawin sampai sekarang, saya masih setia dengan satu produk tu..sesuai dengan kulit saya yang kering ni...saya pasti kakak akan jumpa juga satu produk yang sesuai dengan kakak...
menakutkan ye kak..
bertudung litup tak bermakna
dia jujur...???
ati pernah guna 1 produk utk
kesihatan wanita baru cuba sekotak
tp badan ati ni cepat elergik
kalau tak kena ...akibatnya 2 minggu
sakit ...pening dan angin penuh 1 badan...nyesalll...
saya cari produk utk naikkan berat badan.. :)
salam...
sekarang ni susah nak percaya produk yang benar2 berkualiti... bila jd kes mcm ni, mcm2 isu timbul. masing2 salahkan org lain..
p/s : kalau akak jg penemuduga nanti, kalau syira y p interview, terima jelah ek..hahah
mcm tahu je ..hehe
try guna terapi medan elektrostatik la kak :D
aljabbar ok gak
takut nak cuba sebarang-sebarang produk yee..kena berhati2 supaya tidak memudaratkan..
Dari dulu kak Zai tak pernah makan apa2 ubat pelangsing cuma percaya pada cara pemakanan.Kak Zai juga mengamalkan vitamin setiap hari.
assalamualaikum kak..
syukur lah..sekurang2nya skrg akk dah tau kebenarannya..bygkan klu akk still guna produk tu berterusan..effect dia mungkin lambat kot, tp dlm jangkamasa panjang?? bahaya tuh..sekarang ni mmg berlambak produk2 pelangsing dipasaran..lbh elok amalkan diet seimbang dan pemakanan vitamin je kak..
Pakai produk Zaiton je la kak Zakie, guna kan tanpa was was, saya mmg tak brani nak gune produk2 mahal ni.. diragui, bahan2 dalamnya.. boleh tinggalkan kesan yg mendalam pada kulit kita kan...
kene berhati hati kan setiap kali nak beli barang2 kosmetik or kesihatan kat pasaran skrg nih...
mujur la terbongkar rahsia produk tu...kalau tak..selamanya kita tak tahu kan...hmmm...
klu akk nak tahu makcik2 kt opis sy kata pengasas dia yg berpurdah tu tutup muka sbb muka beliau dh tak cntik sbb pakai produk beliau sendiri.betul ke tidak sy tak tahu.hehe..
sy tak pernah pakai apa2 produk itu.ubat kurus pun tak mahu.skang tgh diet dan bersenam secara sihat je...:)
nasib baik tak pernah berpantang. haha
eloklah dibrentikan penggunaannya kan kak, mmg memudaratkan...saya dulu gune tia amelia, abis kulit muka merah dan nipis, pastu terus dihentikan
akak. saya nk no phone akak. lupa nak mintak hari tu. sbb nak pos adiah guna pos laju. akak boleh tinggal no kat blog saya. atau mesej saya 019988546
Terlanjur ada masa (belum maghrib lagi nie)biarlah kakak jelaskan pada yg mungkin tidak mambaca keseluruhan isi N3 kakak ini. Kakak tidak menggunakan produk pelangsingan ye... kakak hanya menggunakan produk kecantikan utk mencuci,dan kecantikan muka saja, tetapi dek kerana produk pelangsingannya ada isu kakak berhenti menggunakan produk tersebut. Terima kasih kepada: -
kakcik, maya amir, yus,Lyafrina, Myra, Nida, azatiesayang, Nazayiena, noor, ALiesha Kirana, ahmad humairi, kasihibu, Rozita, Fasihah Supian Nur Anis, norhidana, Huda, Amie, Pok Amai-Amai, ainnoraini, sidee, Mrs Eady, Munnafendy, Mama Ju, fuad ansari, Nini D, pB, asya, Sara, gadisBunga, Ila, Sari Yusa Ibrahim, Makchaq, wahida, ieda, Aien Alien, Norzie, Pokok Manggis Depan Rumah, Liza, Teratak Hami, Rai, Adylia Qarisa, Sherwieyna Muzzawer, Lynn, Daddy Ziyyad, POSH76, Are_lin@yu, Rapunzel Cikilolo, Sis intan, Irfa, cinnamon.com, ainhany, Azian Elias, miloais milo, Qhaifa Nur, Pena Rozie, Rinna, MamaEma, azi, Ati Masrif, Queen Teratai, Syira Qahira, Cik Farizam, Sal, Zaitun, eija amieja, Emme, Papa Mifz, nabila_2908, Puan Kutu, Cikli dan Aju Mohit
Sekali lagi terima kasih dari kakak buat semuanya:)
selamat malam kak...heheee mlm baru smpi sini..siang td sempat singgah n baca jer... :)
mujurlah lia mmg x penah guna produk ST w'pun ada hajat nak guna lps pantang nnti tp bukan utk pelansingan lah...ubat2 kesihatan slps b'salin jer.tp bila dah dgr mcm ni mmg takut dah nak guna...ikut je lah petua org2 lama...
nasib bik terjumpa rahsia tu ..syukur belum terlambat
ntahla kak yg yana pernah dgr cikgu ckp semakin mahal semakin byk kandungan kimianya sebabtu cepat betul kesannya..yg lebih baik perubahan perlahan-lahan secara semulajadi...
kadang2 kita sangka ubat rupanya racun...nk sihat kena tanam sendiri pokok2 herba kat tepi umah makan buat ulam,rebus buat ubat cam org dulu2 agaknya lah kan...
Bila dah tahu terasa geram betul tapi itulah Allah dah bagi kesempurnaan masih nak tepek itu ni sekarang kakak terimalah. Terima kasih kakak buat: -
eira eixora (kakak dan smskan -thanks dik), Mamamya, SUD@IS dan Maya Mayana (kalau boleh nak buat macam tu kan Yana).
Terima kasih semua..
ita tak pernah pakai produk apa2 pun setakat ne...
Post a Comment