Friday, April 6, 2012

Kehampaan

Petang Rabu itu juga adik sudah menelefon aku di pejabat. Suara kehampaan jelas kedengaran di hujung talian. Aku sebenarnya sudah menjangka dengan cara alunan tarannum yang adik buat tidak mungkin adik boleh meraih kemenangan. Suara pun tidak mencabar langsung. Aku tahu ustazahnya mesti hampa kerana menaruh harapan tinggi. Tidak semestinya kalau kakak-kakaknya boleh adik pun boleh. Harap tahun depan adik boleh mencuba dengan lebih baik lagi. Tilawah pada Rabu lepas adik sekadar mendapat saguhati saja.

Tempat pensil - Ini juga diberikan sebagai cenderahati
Piala - Hadiah saguhati saja yang diperolehi.

~~ Inilah pendedahan pertama kali adik di majlis tilawah. Kalau pertandingan bercerita dan tarian adik sudah biasa. Di sekolah kebangsaan kini sedang gigih satu kelas untuk latihan inang  buat persembahan Hari Guru bulan depan.~~


66 comments:

Kazman / Sue said...

tak pee... usaha tangga kejayaan...

Acik Erna said...

assalam kakzakie..tak pe..adik jangan hampa..cuba dan cuba lagi..
tahniah buat adik yang dapat jugak hadiah

norhidana said...

takpe lah adik yek, thn dpn blh cuba lg... insyallah....

Kakcik Seroja said...

Itu hanya permulaan buat Adik. Langkah seterusnya masih jauh panjang untuk diatur. InsyaAllah, Adik akan berjaya suatu hari nanti. :)

Darling Pya said...

jangan putus asa ye dik
cuba lagi nanti :)

Effi Rahmat said...

Semoga Adik lebih berjaya lagi masa depan.. takpe.. pelan² mendaki.. Insyaallah naik lenih tinggi.. :)

noor said...

xper dik jgn putus asa..gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan hihihihi...apa pun unite nak ucapkan tahniah sbb adik berani!

@lfidah @dim said...

boleh cuba lagi..adik janganlah bersedih..

sahromnasrudin said...

alhamdulillah...hadiah itu sebenarnya motivasi utk berusaha lebih kuat lagi

mama ju said...

Aslkm KZ

InsyaALLAH lain masa menang tu.
Bagus betul anak2 KZ jadi org yg brtanggung jawab.( N3 bawah)

aanie said...

tahniah adik..xpe, baru permulaan....lepas ni target yg tinggi lak....

mama maman aka yana said...

takpe la belum rezeki.. pastikan dia cuba lg ye kak.. bagus biarkan anak2 bermain(baca) dgn al-quran nih..:)

musang said...

esok masih ada...mungkin rezekinya ditunda ke tahun depan

intan_blur said...

slm kak zakie ;)
tahniah sbb dpt masuk
menang kalah tu adat pertandingan..
janji jgn putus asa..
smoga adik bjaya dkemudian hari ye ;)

::NureeN:: said...

thn dpn usaha lg ya dik.. insayALLAH...

nur anis said...

dah ada pengalaman tu..lepas ni boleh cuba lagi..bagus sangat dia berani sebab berani masuk pertandingan-pertandingan tu semua..

Amie said...

Tahniah, walaupun kalah tapi sebenarnya menang kerana sudah menyertainya dengan sempurna. Insya-Allah, lain kali boleh cuba lagi.

Fasihah Supian said...

hadiah daripada anak untuk kedua ibubapanya~

Izwa Kamaruddin said...

usaha tangga kejayaan :)

Munn Jaafar said...

kenangan manis n pahit yg sy jugak tak kan lupa smpai bila2...masuk pertandingan tilawah...hihi

Aine Ainun said...

Walopu saguhati, itu pengalaman berharga utk adik

Unknown said...

saguhati pun kira dah ok dah tu kak.. tp tula mungkin adik pun berharapan tinggi mungkin sbb tu dia rasa kecewa.. lgpun inikan pendedahan pertama adik.. nnt kalau dah selalu masuk bertanding InsyaAllah adik akan berjaya juga satu hari nnt

Zeaf I-sahus said...

Kehampaan?

Sepatutnya ia menjadi "Kemajuan" buat diri 'adik'. Kerana tidak semua orang dipilih untuk bertanding. Hanya mereka yang hebat dipilih oleh sang guru untuk dibawa ke pertandingan. Bermakna 'adik' adalah dalam kalangan orang yang hebat-hebat walaupun tidak menjadi yang terhebat. Syabas~ Ujian hidup mengajarkan, PENGALAMAN pula mendewasakan.

pena rozie said...

tak pe boleh cuba lagi kan....

fazrulnoor said...

penyertaan pon dah bagus. ni kan dapat saguhati..bagus

Dr K said...

apa apa pun, tahniah buat anak akak sebab pandai bertaranum, menang kalah adat pertandingan...

akak ada apa apa tips ke dalam mengajar anak anak supaya celik dan pandai al quran sejak kecil? Kalau sudi kongsi, kongsikan lah..saya nak anak anak saya macam anak akak..

s a r said...

assalamualaikum kakzakie.

kegagalan pengajaran terbaik kan. :)

chaiyok2 adik!

Werdah said...

Assalamu'alaikum kakzakie

InsyaAllah kegagalan ini menjadikan adik akan lebih kuat berusaha.

ajumohit said...

Untuk Adik, jangan putus Asa ye, masa masih panjang untuk perbaiki kelemahan tersebut, ini permulaan yang baik

terpatrisinarabadi said...

adik memang berani.. :)
teruskan usaha dan yakin diri selalu :)

Eye_nee said...

awal2 saguhati du..buat pembakar semangat...InsyaAllah kan lebih baik lagi thn mendatang...Jgn putus asa Dik!!!..

faraherda.razalan said...

Ala...boleh usaha lagi! Caiyok!

dwatyKNY said...

tak pe... belajar dari kesilapan... kiranya pendedahan pertama... nanti2 mesti dah boleh punya...

saguhati pun dapat piala ???

Ati Masrif said...

pendedahan dah ada..
lepas ni mesti adik akan
lebih bersemangat lagi :)

dhiera zainudin said...

tak pe. ini baru kali pertama. cubaan seterusnya insyallah memberi hasil yang diingini~

Cikgu Ma said...

pasni usaha lagi...

fatin said...

apapun tahniah juga. saguhati pun hadiah kan~

wahida said...

aktifnya anak2 akak...mcm2 pertandingan dorang masuk...

takpe dik, gagal sekali bukan gagal selamanya tau....

adik boleh!!

Unknown said...

takpe... dah leh masukpun alhamdulillah... mula secara saguhati dulu, nanti barulah juara... insyaALLAH (^____^)

GREENJADE said...

fist time ya adik..takpe kite kasi semangat lg utk beliau utk terus bjaya dlm Tilawah.

go go caiyok to adik!

aby said...

salam k zakie ..
dalam bab ngaji ni
jgn letakan kemenangan sebagai sasaran.. takut nanti niat dah jadi lain ...
tp tk boleh nipu hati ..
klu masuk pertandingan mesti nak menangkan ..
aby plak ..
sekadar nyiapkay farish mboco seng bener.. arek ngawe khatam quran kapan2 angger ngunati engko ..

Unknown said...

saya memang lemah dalam lagu melagu dalam tarannum quran ni, mengaji biasa bolehla. bagusla anak akak kecik2 dh tahu tarannum quran.

Puan Kutu said...

tahniah buat adik.menang kalah tak penting,yg penting pendedahan penglibatan tu yg utama..:)

Cik Ecah said...

saguhati pun xper...:)
ini permulaan...maybe akan dtg no 1 plak... hehe

Anonymous said...

cuba lain kali adik :)

azi said...

Kakak, wpun adik cuma mendapat saguhati, itu sudah cukup baik sebagai pendedahan awal..lepas ni mesti adik dapat tempat yang lebih baik....sejuk betul perut kakak mengandungkan diorang...suka saya kakak...:)

Aliesha Kirana said...

takpe kak. janji dia dah usaha. menang kalah belakang cerita. uhhuh.

p/s : ade je blog AK tu. cuma dkt blogger profile, AK xviewkan. tp skrg dh view balik. hehehe

emarieys said...

baru firt time masuk kan kak..tahun depan cuba lagi...itu pun dah dapat piala lagi..

Hanis MY said...

takpe boleh cuba lagi... ganbatte adik...

Unknown said...

insyallah tahun depan sure dapat johan pulak...:)

MulutPayau said...

tahniah utk adik...Walau dapat hadiah s/hati, tapi sekurang2nya adik mencuba....tak pe, tahun depan adik boleh cuba lagi....

Maya Mayana said...

tahniah...pndai bertarannum semuda ini pn dh bagus dan bangga...

Ann Ishak said...

tahniah kerana menang walaupun saguhati...usaha lagi, tahun mesti dalam lingkungan top 5 pulak.

Kakzakie Purvit said...

Sebenarnya dari awal kakak sudah dapat menjangka tambahan pula hari-hari terakhir adik tidak dapat berlatih sebab kakak dalam ABC (Allah bagi cuti). Terima kasih atas segala komen yang diberi:-

Kazman/Sue, Acik erna, norhidana, Kakcik, @cu Sayang, Mama Mirza, noor, @lfidah @dim, Sahromnasrudin, Mamam Ju, aanie, mama maman aka yana, redza, intan_blur, Nureen, nur anis, Amie, Fasihah Supian, Mrs Eady, Munnafendy, Aine Ainun, Queen Teratai, Zeaf I-sahus, Pena Rozie, fazrulnoor, Daddy Ziyyad (kakak akan buat N3 utk inilah doc.), sar, werdah, Aju Mohit, ikatankasihku, Eye_nee, Pok Amai-Amai, dwaty, Ati Masrif, dhiera, Cikgu Ma, Fatin Marz, wahida, eeiyss, GreenJade, aby (rasane sediluk wes gedi yo anak-anak), Santri TPINI, Puan Kutu, Cik Ecah, Repunzel Cikilolo, Azi, Aliesha Kirana, Mama Ema, Hanis MY, Papa Mifz, Mulut Payau, Maya Mayana (adik tak pandai lagi Yana- masih belajar) dan Ann Ishak.

Terima kasih sekali lagi buat semua...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Tahniah adik.. tak pe..
itu dah jadi sebahagian contoh yg baik drpd adik kepada kita2 semua..
kene rajin2 mengaji utk ingat kat Allah.. Allah suka kita baca Al-Quran. Insyallah lain kali adik cuba lagi.
Pokok Manggis Depan Rumah

Zehan Ilyana said...

wah, anak2 akak semua pandai tarannum?

sal said...

alhamdulillah buat pertama kali,pendedahan..pengalaman ini pun sangat berharga buat anak kita..cuba lagi..moga dilain masa ..akan berjaya

Zana Adieyza said...

yg penting adik dh cuba yg terbaik kan.. mana tau next year bila dia dh ada pengalaman dia boleh berjaya...

Temuk said...

As-salam KAKZAKIE
Mengambil bahagian itu sendiri sudah merupakan satu kemenangan. Insya-Allah adik akan beroleh kemenangan yang lebih besar lain kali. Lagi pun adik boleh juga menang dalam macam-macam bidang lain. Insya-Allah.

Tie HT said...

Tahniah untuk dia...mesti hepi jer dapat hadiah ni..sweet memories :)

aamalinaazman said...

hayooo
sayu je bace
x pe, at least die dh cube yg terbaik kan :)

IMANSHAH said...

mai la ustaz imanshah ajor..hehe

Kakzakie Purvit said...

Tidak ketinggalan terima kasih juga buat: -

Pokok Manggis Depan rumah, Teenager Housemaid, sal, Zana Adieyza, Temuk, Tihara, aimie amalina dan Imanshah (kalau dekat boleh cikgu)...

Terima kasih semuanya sekali lagi.

LYAfrina said...

insyallah..pjalann msih pnjang.. blh cuba lg tahun depan.. dan msuk k ptandingan ni pon dah satu pncapaian y mbanggakan..bukan smua blh tau btaranum ni..

duniaanita74.blogspot.com said...

tahniah...bagus adik ya kak...punya keberanian...mcm ne anak ita malu sangat....

Cik Ina Do Do Cheng said...

Pada cik ina, adik tetap menang , sebabnya bukan senang nak baca alquran ngan tarannum, cik ina pun tak pandai. Di masa akan datang boleh cuba lagi, kak zakie, cik ina tau adik boleh buat .